Thursday 4 February 2010

Sesatkah diri ini ?

  • Dan barangsiapa yang buta di sini, maka di akhirat pun dia buta dan lebih sesatlah jalannya. (Ayat 72 : Surah al-Isra')
  • Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati. Dan tidak akan disempurnakan balasan kamu melainkan pada hari kiamat. Lantaran itu barangsiapa yang dijauhkan daripada neraka dan dimasukkan ke dalam syurga maka selamatlah dia, kerana penghidupan dunia ini tidak lain melainkan menipu-daya. (Ayat 185 : Surah a-Li ‘Imran)
  • Sesungguhnya nafsu ammarah sangat mengheret kepada kejahatan. (Ayat 53 : Surah Yusuf)
  • Tidakkah engkau perhatikan orang yang mengambil nafsunya sebagai tuhan dan dia disesatkan oleh Allah kerana Allah mengetahui (kejahatan hatinya), lalu ditutup Allah akan pendengarannya dan penglihatannya tertutup. (Ayat 23 : Surah al-Jaathiyah)
  • (Iblis) berkata: "Beri tempuh akan daku wahai Tuhanku, kerana aku akan menyesatkan mereka hingga hari kiamat." Tuhan berfirman: "Kamu diberi tempuh." Iblis berkata: "Oleh kerana aku telah sesat, maka aku akan halang mereka daripada jalanMu yang lurus. Aku datang kepada mereka dari hadapan, belakang, kanan dan kiri dan Engkau dapati kebanyakan mereka tidak mensyukuri Engkau. (Ayat 14 - 17 : Surah al-A'raaf)
  • Dalam hati mereka ada penyakit lalu ditambah Allah penyakit mereka dan bagi mereka azab yang pedih akibat dusta mereka. (Ayat 10 : Surah al-Baqarah)
  • Dan sesungguhnya Kami telah sediakan untuk neraka jahanam beberapa ramai dari jin dan manusia. Mereka mempunyai hati tetapi tidak mengerti, mempunyai mata tetapi tidak melihat, mempunyai telinga tetapi tidak mendengar. Mereka adalah seperti haiwan bahkan lebih hina daripada itu dan mereka adalah orang-orang yang lalai. (Ayat 179 : Surah al-A'raaf)
  • Kami jadikan manusia dalam bentuk yang paling baik kemudian kembalikan dia ke tempat yang paling rendah. (Ayat 4 & 5 : Surah at-Tiin)
  • Dikunci Allah akan hati mereka dan pendengaran mereka dan penglihatan mereka tertutup. (Ayat 7 : Surah al-Baqarah)
  • Itulah orang-orang yang dilaknat oleh Allah, maka ditulikan pendengaran mereka, dibutakan penglihatan mereka. Tidakkah mereka merenung al-Quran? Bahkan dalam hati mereka terdapat kunci-kunci. (Ayat 23 & 24 : Surah Muhammad)
  • Bagi setiap umat telah Kami tetapkan upacara ibadat (syariat) yang mereka akan lalui. Maka janganlah sekali-kali mereka membantah engkau dalam perkara ini; dan serulah kepada Tuhan engkau. Sesungguhnya engkau adalah di atas petunjuk yang lurus. (Ayat 67 : Surah al-Hajj)
  • Hari ini Aku sempurnakan agama kamu bagi kamu dan Aku cukupkan atas kamu nikmat-Ku. Dan Aku reda Islam menjadi agama (syariat) kamu. (Ayat 3 : Surah al-Maa'idah)
  • Dan berkata orang-orang Yahudi: "Uzair anak Allah". Dan berkata orang-orang Nasrani: "Al-Masih anak Allah". Demikian itulah kata-kata mereka dengan mulut mereka; menyerupai perkataan orang-orang kafir yang dahulu. Diperangi Allah akan mereka. Bagaimana mereka dapat dipalingkan? Telah mereka ambil guru-guru mereka dan pendeta-pendeta mereka menjadi Tuhan selain Allah dan (juga) al-Masih anak Maryam; padahal tidaklah mereka diperintahkan melainkan supaya menyembah kepada Allah, Tuhan Yang Maha Esa, tidak ada Tuhan melainkan Dia. Maha Suci Dia dari apa yang mereka sekutukan. (Ayat 30 & 31 : Surah at-Taubah)
  • Bahkan mereka mempertuhankan jin. (Ayat 41 : Surah Saba')
  • Tidakkah engkau perhatikan mereka yang mempertuhankan nafsu mereka? Maka apakah engkau boleh jadi pemelihara ke atas mereka?(Ayat 43 : Surah al-Furqaan)
  • Katakanlah: "Jika bapa-bapa kamu, anak-anak kamu, isteri-isteri kamu, kaum keluarga kamu, harta yang kamu dapati, perniagaan yang kamu takut akan mundur dan tempat kediaman yang kamu sukai, lebih tercinta kepada kamu daripada Allah dan Rasul-Nya dan berjihad pada jalan-Nya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan ketentuan-Nya. Dan Allah itu tidak akan memberi petunjuk kepada kaum yang fasik". (Ayat 24 : Surah at-Taubah)

Orang yang melalui jalan syariat akan berjaya apabila sampai kepada makam mukmin. Allah s.w.t berfirman: "Sesungguhnya Allah akan membeli orang-orang mukmin, dirinya dan hartanya dengan syurga, iaitu mereka yang berjihad pada jalan Allah, lalu mereka membunuh dan terbunuh, sebagai satu perjanjian yang benar di tentang itu (yang tersebut) dalam Taurat dan Injil dan Quran; kerana bukankah tidak ada yang sempurnakan janjinya lebih daripada Allah? Lantaran itu bergembiralah dengan perjanjian kamu yang kamu janjikan kepada-Nya, kerana yang demikian adalah kebahagiaan yang besar". (Ayat 111 : Surah at-Taubah)

Orang yang mencapai darjat mukmin ada harga pada sisi Allah s.w.t hinggakan Dia sanggup membeli mereka dengan harga syurga, harta yang paling tinggi nilainya dalam seluruh alam makhluk. Tidak ada keraguan lagi kedudukan mereka sebagai ahli syurga. Makam yang di bawah daripada makam mukmin ada dua. Pertama adalah mereka yang dijamin sebagai ahli neraka. Kedua adalah mereka yang mungkin ke syurga atau mungkin ke neraka, hanya belas kasihan Tuhan yang boleh menyelamatkan mereka. Ketika hayat masih ada ujilah diri sendiri apakah sudah mencapai taraf mukmin atau belum. Alat pengujinya adalah firman Allah s.w.t: "
Orang-orang mukmin apabila diperingatkan dengan Allah nescaya gementarlah hati mereka, dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayat-Nya menambahkan bagi mereka keimanan; dan kepada Tuhan mereka berserah diri. (Iaitu) orang yang mendirikan sembahyang dan membelanjakan sebahagian daripada apa yang Kami kurniakan kepada mereka". (Ayat 2 & 3 : Surah al-Anfaal)

Jika tanda yang tersebut di atas tidak ada waspadalah! Mungkin neraka menunggu di akhir perjalanan hidup di dunia ini. Mulalah bekerja untuk menyelamatkan diri dengan berniaga dengan Allah s.w.t, menjualkan diri kepadanya dengan cara berjihad pada jalan-Nya. Mudah-mudahan Allah sudi membeli. Kejayaan bagi mereka yang berjihad pada jalan Allah s.w.t adalah mereka dikurniakan petunjuk dengan nur tawajjuh yang berperanan memalingkan hati kepada Allah s.w.t dan membentenginya daripada apa yang cuba memesungkannya. Orang yang dikurniakan nur tawajjuh dinamakan orang salih yang berpegang teguh dengan syariat Allah s.w.t. nur tawajjuh membuat mereka berasa damai dan tenang serta bertambah kehampiran dengan Allah s.w.t. Mereka tidak berasa berat untuk melakukan ibadat walau berapa banyak sekalipun kerana semakin banyak mereka beribadat semakin mereka memperolehi taqarrub (mendekat dan menghadap Allah s.w.t) dan semakin mereka berasa lazat beribadat. Orang salih adalah ahli syariat yang memakai pakaian warak dan berjalan dengan nur tawajjuh.

11 comments:

Ruangan ini khusus untuk Paduka Pendhowo Limo, Paduka2 Pewaris dan yang berminat dengan coretan mengenai agama. Sekadar berkongsi serba sedikit pengetahuan yang seadanya. Semoga kalian mendapat keredhaan serta hidayahNya dan diberi kesejahteraan kehiduapn, insya Allah !

terimakasih yg tak terhingga atas peringatan tersebut tuannn..... sesungguhnya masih jauh perjalanan saya ke makam "mukmin", bahkan pendakian gunung syariat dirasakan masih terkapai2.....

Inna solatii wanusuki wamah yaya wa mamti lillahirabbil aalamin

terima kasih yang tak terhingga Tuannnnnnn....... atas peringatan dan nasihatnya....... moga Allah jualah yang membalasnya..... membaca peringatan ini .... terasa amatlah kerdil diri hamba..... kekadang terasa malu pula hamba...... untuk berani mengaku sebagai hamba kepada Allah yang Esa.... sedang diri ini masih berani engkar akan suruhan dan laranganNya.... Ya Allah..... ampunilah diriku yang hina ini.......

Ini boleh dijadikan zikir kita agar sebati dalam diri..insya Allah

Sebesar gunung sekali pun dosa kita, Dia Maha Pengampun. Malah liku2 hidup kita sendiri bergelumang dengan dosa2....semoga Allah mengampuni dosa2 kita juga, insya Allah.

benar Tuannnnnn...... moga2 Allah mengampuni kita semua...... amiinn...........

Assalamualaikum.....Bila berada di pagi ini, jangan memperhitungkan nasib kita pada petang nanti dan seteruskannya untuk hari esok...Guna kesempatan hidup sebelum datang kematian, guna waktu sihat sebeum datang waktu sakit...kerana kita tidak akan pernah tahu..apakah nama kita akan tetap ada hingga esok pagi...oleh itu sebagai orang yang berakal, hitunglah diri kita dalam deretan orang-orang yang telah mati. Demi Rabb Yang Maha Menguasai diri kita, sesuatu yang telah dijanjikan kepada kita pasti akan terjadi, sementara diri kita adalah orang-orang yang tidak memiliki kemampuan untuk menangguhkannya, walaupun hanya untuk satu saat.

benar Tuannnnnn...... alangkah baiknya jika kita dapat merasa akan perasaan yang seperti ini..... sedar dan faham yang kita akan kembali pada bila2 masa sahaja..... tidak lewat atau cepat walau sedetikpun......... namun ramai antara kita yang masih menggalas dunianya, hartanya, pangkatnya darjatnya....... seolah2 itulah segala2nya..... malah lebih malang lagi...... nafsu sendiri pun tak mampu kita didik...... apatah lagi mahu membuangnya sedikit demi sedikit........... ramai di antara manusia yang hamba lihat mahu kepada syurga...... namun takut kepada mati....... soalnya..... akan adakah syurga untuk kita..... tanpa adanya kematian???.......

Barangsiapa yang mengaku empat perkara tanpa diikuti oleh empat perkara lain, dia adalah pendusta. Empat perkara itu ialah: -
1. Orang yang mengaku cinta syurga tetapi tidak melakukan ketaatan pada Allah.
2. Mengaku cinta pada Nabi SAW, tetapi tidak cinta pada ulama dan orang-orang miskin.
3. Mengaku takut kepada neraka, tetapi tidak mau meninggalkan maksiat.
4. Mengaku cinta kepada Allah, tetapi keluh kesah apabila ditimpa cobaan.

a. Barangsiapa yang rindu pada syurga, tentu dia bersegera melakukan kebaikan-kebaikan.
b. Barangsiapa yang takut pada neraka, tenti ia mencegah kesenangan hawa nafsunya.
c. Barangsiapa yang percaya kepada kematian, tentu ia menganggap hina kelazatan-kelazatan duniawi
d. Sebaliknya mengutamakan Zat yang dicintainya iaitu ALLAH.

Semoga Allah memberi petunjuk dan hidayahNya kepada kita semua

benar Tuannnnn....... satu peringatan yang sangat baik...... terima kasih yg tak terhingga......

Post a Comment