PUSAKA MPA

Minangkabau

PUSAKA MPA

Urang Awak

PUSAKA MPA

Adat

PUSAKA MPA

Warisan

PUSAKA MPA

Sejarah

Thursday 29 April 2010

keris Sepukal Bugis




Keris berdapur Sepukal dan berpamor Beras Wutah. Terdapat Gunungan di pangkal bilah, ricikan bergusen tanpa ada-ada. Pakaian adalah asal, berhulukan Pekaka dari kayu hitam dan uletan perak gaya Lombok.

Tuesday 27 April 2010

Bilah-bilah lama sama ada diperolehi/ditanya oleh para sahabat




1. Keris 13 Luk Sengkelat Mataram Senopaten Jawa - Bilah lama luk 13, dapur Sengkelat mungkin dari tangguh Mataram Senopaten. Berpamor Beras Wutah, dan ganja bentuk Nguku Bimo. Warangka Branggah Surakarta diperbuat dari kayu Trembalo Jawa dan berpendok Blewahan tembaga.
2. Keris Mataram Sultan Agung - Dapur Sempaner, berpamor Adeg dan mungkin Tangguh Mataram Sultan Agung. Warangka Gayaman Solo dari kayu Timoho.
3. Keris Sempaner Adeg Limo Madura - Bilah keris lurus lama, berdapur Sempaner, kurang pasti akan tangguhnya mungkin Madura. Pamor hampir sama dengan Tejo Kinurung (garisan di tengah). Pamor juga hampir pamor Adeg Limo. Ganja Mas Kemambang berpamor miring.
4. Keris Sumbawa Pulanggeni Luk 5 - Dapur Pulanggeni luk 5 berganja Mbatok Mengkureb. Pamor kurang jelas dan perlu dibersihkan. Warangka bercirikan Sumbawa. Hulu diperbuat dari tulang.

Thursday 22 April 2010

Keris Luk 9 Dapur Jaruman Pamor Blarak Sineret




Keris Luk 11 pamor Blarak Sineret warangka Gayaman Jogja dari bahan kayu Cendana Wangi . Pendok Bunton Jogja diperbuat dari bahan perak. Mendak jenis Meniran Jogja diperbuat dari bahan tembaga sepuh perak. Hulunya Nunggak Semi Jogja dari kayu Kemuning. Panjang bilah 36 cm

Keris Balebang Luk 7




Kepada pencinta Keris Jawa, bilah ini adalah bilah lama. Kita cuba membantu sahabat kita untuk me'lepas'kan bilah ini. Harga amat berpatutan dan boleh berunding terus dengan pemilik.

Wednesday 21 April 2010

Lawatan ke Bukit Chandan/Sayong




Hari Rabu baru-baru ini kerana ada urusan ke Kuala Kangsar, mengambil kesempatan melawat Makam Daing Sedil @ Datok Maharaja Tan Pancung Tak Bertanya. Beliau merupakan Mufti Perak yang pertama dan telah bernikah dengan puteri Sultan Muzaffar Shah. Singgah ke seorang Pandai Besi @ Pak Mat Zin yang terkenal di kalangan Istana Perak.

Monday 19 April 2010

Keris-Keris Lama




Tambahan koleksi. Walaupun buruk tetapi ada nilainya pada kita.

Monday 12 April 2010

Sundang Moro Luk 3 @ Blarak Sineret




Sundang bilah baru luk 3. Pamor Blarak Sineret dengan kembang kacang dan ganja Mbatok Mengkureb bersama greneng. Warangka diperbuat dari kayu beserta pendok (selaput perak dan berukiran). Panjang bilah 17 3/8 inci dan panjang keseluruhan 27 1/8 inci, Berat hampir 994 gm.