Sunday 7 February 2010

Ayat Mengenai Petir


"Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya".


"Dan Dialah juga yang guruh dan malaikat bertasbih memujiNya, kerana takut kepadaNya. Dan Dialah juga yang menghantarkan petir, lalu Ia mengenakan dengan panahannya kepada sesiapa yang dikehendakiNya. Dan mereka yang ingkar itu membantah (serta mendustakan Rasul) mengenai perkara yang berhubung dengan Allah (dan kuat-kuasaNya), padahal Ia Amat keras azab seksaNya".


CATATAN
Surah ini dinamakan Ar Ra'd yang bererti guruh (petir) kerana dalam ayat 13 ini Allah berfirman yang ertinya "Dan guruh itu bertasbih sambil memuji-Nya", menunjukkan sifat kesucian dan kesempurnaan Allah SWT. Dan lagi sesuai dengan sifat Al Quran yang mengandungi ancaman dan harapan, maka demikian pulalah halnya bunyi guruh itu menimbulkan kecemasan dan harapan kepada manusia. Isi yang terpenting dari surah ini ialah bahawa bimbingan Allah kepada makhluk-Nya bertalian erat dengan hukum sebab dan akibat. Bagi Allah SWT tidak ada pilih kasih dalam menetapkan hukuman. Balasan atau hukuman adalah akibat dan ketaatan atau keingkaran terhadap hukum Allah.

14 comments:

salam.. satu perkongsian yang bermakna..

Mungkinkah ayat-ayat ini yang sedang dicari oleh kalian?

Salam sahabatku.. Segala GUDANG ILMU dah ALLAH turunkan... tetapi masih lagi mencari rujukan yang lain.. MACAMANA TU?

Paduka Sunan, asas pengetahuan amat cetek, kita berlandaskan Al Quran serta hadith-hadith tertentu sahaja. Untuk berguru, jauh sekali. Sekadar yang ada insya Allah, mencukupi untuk kita kembali kepadaNya. Pun demikian ada antara kita yang masih dahagakan ilmuNya..alhamdullilah. Dalam keghairahan pencarian tersebut, pantang ada orang mengatakan sifulan seorang guru agama yang handal, maka berebutlah mendapatkannya. Malah ada yang berguru-guru banyaknya, bila dihimpun mungkin sudah mencapai taraf maha guru. Itulah naluri semulajadi kita, maka ramailah yang mempelajari ilmu2 Allah, yang benar2 berilmu amat sedikit, yang mengaku dan nampak berilmu teramatlah ramai. Kita diberi akal fikiran, gunakanlah sebaik mungkin. Waima apa pun yang ingin dicari, kita berpegang teguh, asas tiang kita sendiri itu itu syariat kita perlu kukuh, maka barulah diberi hidayahNya. Sudah menjadi resam manusia, semuanya mahu, semuanya hendak diamalkan, tetapi yang asas sering dilupakan. Selagi kita tidak kenal siapa diri kita sendiri, usahlah mencari kerana mungkin tidak dibuka rahasiaNya..Allahu wa'alam.

Allah, tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia Yang Hidup kekal lagi terus menerus mengurus (makhluk-Nya); tidak mengantuk dan tidak tidur. Kepunyaan-Nya apa yang di langit dan di bumi. Tiada yang dapat memberi syafa´at di sisi Allah tanpa izin-Nya? Allah mengetahui apa-apa yang di hadapan mereka dan di belakang mereka, dan mereka tidak mengetahui apa-apa dari ilmu Allah melainkan apa yang dikehendaki-Nya. Kursi Allah meliputi langit dan bumi. Dan Allah tidak merasa berat memelihara keduanya, dan Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar (Al-Baqarah : 255)

Benar sahabat ku.. Semoga perjalanan kita diterangi dengan "CAHAYA" dariNYA. Amin.

Insya Allah Paduka Sunan....Amin

Assalamualaikum...baru beberapa hari yang lalu, pc kanda kena petir..waktu itu kanda betul-betul berada disebelah, bunyinya bagaikan letupan bomb..dan berbau terbakar...Syukur Alhamdulillah..cuma pc saja yang rosak...Terima kasih atas perkongsian.

ayat 13 itu lah rasanya tuan yg dikatakan oleh sdr kita itu mampu digunakan (dgn izinNya) utk menangkal semua sihir dari Siam...
wallhua'lam

Assalamualaikum Abg.

terimakasih kerana berkongsi.

Wassallam

yang ni akak kena membaca doa menjauhkan daripada tujahan petir...heeee

Sebenarnya ayat yang paling simple dengan membaca La hawlla wallah quwata illah.......

Benar paduka tuan terima kasih

Post a Comment