Sunday 14 June 2009

Alam Mulki, Malakut dan Jabarut

Penerangan Mengenai  Alam Mulki,  Alam Malakut dan Alam Jabarut

Ketahui olehmu bahawasanya orang yang Salik kepada Allah Taala itu apabila bersungguh-sungguh ia berjalan kepada Tuhannya dan serta beradab ia pula dengan gurunya yang menjalaninya,  nescaya diputuskan segala alam hingga sampai ia kepada Tuhannya.

Maka yang pertama alam  yang diputuskan atau dilalukan ialah Alam Mulki dan dinamakan juga Alam Nasut iaitu barang yang didapatkan dengan mata kepada seperti ijsam dan lain-lainnya yang dinamakan pula Alam Nafsu. Kemudian maka dilalukan pula Alam Malakut iaitu barang didapatkan dia dengan mata hati dan iaitu Alam Qalbi dan dinamakan pula Alam Akhirat. Maka dilalukan pula Alam Jabarut dan iaitu segala Alam Arwah  Kemudian dilalukan pula Alam Laahut dan iaitu Alam Sirri yakni RahsiaNya Allah Taala.

10 comments:

Sekadar berkongsi ilmu pengetahuan, tiada niat yg lebih dr itu.

terima kasih kekanda Panji :)
ngaji di mana kekanda...nak ikut bleh?

Sekadar mengutip sana sini dari mereka yang lebih arif dari kita.

Saya minat pada kosmologi Islam..Kalau boleh dapat lakarkan satu peta 'alam' mengikut kosmologi Islam..Selalu kita dngar dalam format textual..kalau nampak secara graphic lagi bagus..:)

riwayat pendapat drp ibnu Abbas...terdapat lebih kurang 1000 alam....

riwayat pendapat drp ibnu Abbas...terdapat lebih kurang 1000 alam....

saya dengar alam cuma ada 4, lahut, jabarut, malakut, mulki..boleh dirujuk dalam buku sirrul asrar karangan syeikh abdul kadir jailani

salam iloni..saya pun pernah terlintas kat webiste tentang kosmologi ibnu abbas..saya lupa bukunya tapi saya rasa penulis adalah ulama' nusatara..namanya saya pun samar2 ingat tapi pasti ada nama 'Nakula'.

mulki.malakut.jabarut. ketiganya adlah alam ilmu. mulki adalah alam kekuasa,yang bisa di raba dengan panca indra.sedang jabarut.dan mulki adalah alam goib.khaya tingkatan wali yang bisa sampe ke sana

Post a Comment