Sunday 21 June 2009

Kasyaf - Anugerah yang tidak ada gurunya

Kasyaf adalah salah satu karamah atau kelebihan yang diberikan Tuhan kepada hamba-hambaNya yang dikasihiNya. Apa yang ingin disebut di sini adalah kasyaf yang dianugerahkan Tuhan kepada kekasihNya atau waliNya.

Walaupun tidak dinafikan, ada kasyaf yang didapati oleh orang awam, kasyaf sebegitu boleh menipu dan merosakkan diri merka. Kasyaf itu jika tidak dipimpin dan dijaga, nescaya menjadi istidraj kepada mereka.

Bagi wali Tuhan ini, hal-hal kasyaf sebenarnya telahpun dijanjikan Tuhan sepertimana dalam sebuah hadis qudsi,

Allah berfirman yang maksudnya: Orang yang mendekatkan diri kepadaKu, mengerjakan yang fardhu dan yang sunat, sehingga Aku cinta kepada mereka lalu Aku menjadi pendengaran mereka dan Aku menjadi penglihatan mereka.

Kasyaf kepada wali Allah ini ada banyak bahagiannya, seperti berikut:

1) Kasyaf Mata

Mata dapat melihat alam mawara-ul-maddah atau disebut sebagai alam yang seni-seni atau boleh disebutkan sebagai alam di luar kebendaan. Di sini, mata dapat melihat perkara-perkara ghaib seperti malaikat, jin dan syaitan. Kasyaf inilah yang menjadikan orang seperti Sayyidina Umar r.a nampak apa yang sedang berlaku pada tentera-tenteranya. Karamah seperti ini penting kerana dapat menyelamatkan seluruh tentera Islam.

2) Kasyaf Telinga

Kasyaf telinga disebut juga hatif. Telinga boleh mendengar benda-benda yang ghaib. Mendengar suara tetapi tidak nampak lembaganya sama ada dari jin yang soleh, malaikat atau waliullah. Suara itu adakalanya membawa berita gembira, adakalanya berita yang negatif. Tujuannya ialah Allah hendak menghiburkan orang yang mendapatnya. Kalau berita itu berita gembira, boleh menggembirakannya. Sebaliknya, kalau berita itu berita duka, juga akan menggembirakannya kerana dia tahu terlebih dahulu, sekurang-kurangnya dia boleh bersiap menghadapi ujian itu. Atau dia boleh mengelak daripada bahaya itu.

3) Kasyaf Mulut

Tuhan beri kepada orang itu, lidahnya ‘masin’ seperti doanya kabul atau apa yang dia sebut terjadi sama ada jangka pendek atau jangka panjang. Juga, di mana saja dia memberi kuliah, nasihat, tunjuk ajar, berdakwah dan sebagainya, ianya mudah diterima masyarakat dan boleh mengubah hati mereka. Akhirnya berubahlah sikap masyarakat. Karamah seperti ini biasanya dikurniakan kepada pemimpin.

4) Kasyaf Akal

Mendapat ilmu yang seni-seni yang Allah kurniakan pada seseorang terus jatuh ke hatinya. Ini terjadi tanpa dia belajar, tanpa membaca, tanpa mentelaah dan tanpa berguru. Dinamakan juga ilham atau ilmu laduni. Agar tidak terkeliru, perlu diingat orang yang hendak dapat ilmu laduni itu, dia mestilah dahulu ada ilmu asas iaitu ilmu fardhu ain.

5) Kasyaf Hati

Dinamakan juga firasat. Inilah kasyaf yang tertinggi daripada kasyaf-kasyaf yang disebutkan tadi. Biasanya dikurniakan kepada pemimpin. Itupun tidak banyak kerana Allah kurniakan hanya kepada pemimpin-pemimpin yang sangat soleh, yang sangat sabar menanggung ujian yang begitu berat ditimpakan kepada mereka. Kasyaf hati ialah rasa hati atau gerakan hati yang tepat lagi benar. Dia boleh menyuluh mazmumah yang seni-seni yang kadang-kadang kita membaca kitab tak mengerti. Termasuk juga adalah rasa hati dapat membaca diri seseorang. Nabi pernah bersabda, “Hendaklah kamu takuti firasat orang mukmin kerana dia melihat dengan pandangan Allah”. Apa yang dimaksudkan dengan firasat itu ialah kasyaf hati. Orang yang mendapatnya dapat memimpin diri dan dapat memimpin orang lain. Kalau tidak, seorang itu tidak layak jadi pemimpin. Kalau dia terus memimpin rosaknya lebih banyak daripada kebaikan.

Demikianlah yang dapat diceritakan tentang kasyaf. Moga-moga kita mendapat manfaatnya.

13 comments:

sefaham saya..tiada org pon yg tau dirinya itu seorang yg dah kasyaf & jika ya sekalipon..tidak akan dikepohkan pada umum dirinya itu kasyaf..

tentang kasyaf.......suatu pembicaraan yang berat......... malah lebih berat lagi tanggungjawabnya.... wallahualam...

''sefaham saya..tiada org pon yg tau dirinya itu seorang yg dah kasyaf & jika ya sekalipon..tidak akan dikepohkan pada umum dirinya itu kasyaf''
Sesungguhnya memang tepat sekali pandangan PAduka tsjr ini

uikss...paduka?? jauh panggang betul...haha...biasa-biasa saja bro panji..sekadar nyampuk di hari isnin

Isu heboh mengheboh tidak timbul disini sekadar ingin berkongsi pengetahuan apabila seseorang pnh bertanya 'kenapa ilmu yang dituntutnya tidak menjadi'...itu sahaja. sama juga wali ada golongannya; ada yang tidak tahu yag dia adalah seorang wali Allah, ada yang mengaku dia wali allah (ini banyak sekali) dan ada juga manusia lain yang mengangkat didir seseorang itu menjadi wali allh (ini lagi banyak)....

banar..banar...tapat sungguh apa dinyatakan tu ;) moga dijauhkan kita sifat sedemikian...

teringat cerita P Ramlee..... banyak2......sedikit2...... jarang2.....kaddang-kaddanggggg...... hehehehhe

Kasyaf adalah anugerah, yang dapat adalah atas rahmatnya.

dikhabarkan bahawa ada segolongan jin iaitu jin kasyaf yang mendampingi manusia. kalau didampingi di mata, jadi kasyaf mata, kalau di telinga, kasyaf telinga, dan seterusnya. khabarnyalah... otai2 di luar lebih arif.

“Hendaklah kamu takuti firasat orang mukmin kerana dia melihat dengan pandangan Allah”, yang ini ambo setuju sangat2, tapi sudah cukup mukmin kah kita, atau masih sekadar muslim? Adus...

''sudah cukup mukmin kah kita, atau masih sekadar muslim?"" Satu persoalan yang baik dan patut direnungi bersama.

Mukmin sa-saorang itu Insya Allah dapat kita lihat di saat dia meninggalkan dunia yang fanak ini. Alhamdulillah, cukup lah kalau kita di akui sabagai saorang Muslim( umat Muhammad ) oleh Baginda Rasulullah Muhammad SAW.
Surah Al-A'araaf ayat 179
DAN AKU SUMBATKAN KE DALAM NERAKA JAHANAM DARI GOLONGAN JIN DAN MANUSIA YANG MEMPUNYAI HATI TIDAK MEMERHATI DAN MEMPUNYAI MATA TIDAK MELIHAT DAN MEMPUYAI TELIGA TIDAK MENDENGAR. MEREKA ADALAH BAGAIKAN BINATANG TERNAKAN, BAHKAN LEBIH HINA DARIPADANYA DAN MEREKALAH ORANG-ORANG YANG LALAI.
Untok renungan sahaja. Pendapat hamba yang bodoh.

Post a Comment