Friday 26 June 2009

GALUR MELAYU PELBAGAI DI TANAH MELAYU

Orang Melayu di Semenanjung Malaysia terbahagi kepada 2 kumpulan iaitu Melayu Anak Dagang dan Melayu Semenanjung.

Istilah 'Melayu Anak Dagang' merujuk kepada suku-suku pribumi Nusantara yang bukan penduduk asal Semenanjung. Mereka berasal dari Kepulauan Indonesia, Champa, Filipina dan Brunei.

Melayu Anak Dagang merangkumi:-

* Suku Aceh * Suku Banjar * Suku Batak-Mandailing * Suku Boyan (Bawean) * Suku Bugis
* Suku Cham * Suku Jawa * Suku Kerinci * Suku Minangkabau * Suku Rawa * Suku Yunnan
* Suku Jambi * Suku Riau

'Melayu Anak Dagang' tidak dianggap sebagai pendatang di Semenanjung kerana penduduk Nusantara menganggap bahawa Kepulauan Melayu adalah hak milik bersama. Itu adalah sebab utama mengapa kerajaan Malaysia memberi mereka status Bumiputra.

Istilah 'Melayu Semenanjung' pula merujuk kepada suku-suku pribumi Nusantara yang merupakan penduduk asal Semenanjung. Melayu Semenanjung merangkumi:-

Suku Kedah Tua
- suku pribumi Semenanjung yang mendirikan Kerajaan Kedah Tua pada awal abad ke-4 Masihi.
- merujuk kepada orang Melayu di Kedah, Pulau Pinang, Perlis, utara Perak dan selatan Thai (Satun, Trang, Phuket dll)

Suku Perak
- suku pribumi Semenanjung yang mendirikan Kerajaan Gangga Negara pada awal abad ke-2 Masihi.
- merujuk kepada orang Melayu di Perak (bahagian tengah dan selatan)

Suku Kelantan dan suku Patani
- dua suku pribumi Semenanjung yang mendirikan Kerajaan Langkasuka pada abad pertama atau ke-2 Masihi.
- merujuk kepada orang Melayu di Kelantan, Patani dan wilayah-wilayah lain di selatan Thailand.

Suku Terengganu
- suku pribumi Semenanjung yang asalnya dari keturunan penduduk Kerajaan Langkasuka yang berhijrah ke Terengganu (Terengganu adalah sebahagian jajahan Langkasuka)
- merujuk kepada orang Melayu di Terengganu.

Suku Pahang
- suku pribumi Semenanjung yang mendirikan Kota Muang Pahang - salah satu kota Naksat (Naksat city) di bawah pemerintahan Langkasuka
- Kota Muang Pahang masih tidak ditemui sehingga sekarang.
- merujuk kepada orang Melayu di Pahang.

Suku Johor
- suku pribumi Semenanjung yang mendirikan Kota Gelanggi atau Perbendaharaan Permata pada 650 tahun Masihi.
- Kota Gelanggi adalah dipercayai ibu kota pertama empayar Srivijaya sebelum berpindah ke Palembang, namun kota tersebut masih tidak ditemui.
- merujuk kepada orang Melayu Jati di Johor.


Orang Melayu, kebudayaan Melayu dan Bahasa Melayu (termasuk Bahasa Indonesia) berasal dari Semenanjung. Srivijaya juga bermula di Semenanjung dan bukannya Sumatera.
Siapa yang mendirikan Kerajaan Langkasuka, Gangga Negara, Kedah Tua, Kota Gelanggi, Kota Muang Pahang, Chih-Tu dan Ligor? Penduduk Indonesia berhijrah dari Dataran Yunnan ke Kepulauan Indonesia melalui Semenanjung Malaysia.


Daripada : http://malay.cari.com.my

7 comments:

Assalam Mualaikum, serta salam perkenalan. Banyak sekali kajian saudara tentang Suku Pendatang
dan Suku Peribumi. Saudara berketurunan daripada yang mana pula?. Mungkin anak cucu Raja Kedah/
Siam....Narai....Long ?

Hai! Mr. Megat Panji Alam, pernah ke kita bertemu dirumah Nai Long Kassim disatu waktu dulu?

Terima Kaseh banyak2 Tuan Megat..Saya amat menghargai info ini...harus dan mesti diajar pada semua murid sekolah..

ambo plak dari suku jawa tak asli.... campuran jawa, bugis/makassar, cina dan parsi...... tapi JPA bagi jugak biasiswa persekutuan... alhamdulillah, saya tenang dipanggil muslim shj

pernah dengar ada otai tertentu sebut pasal Bani Jawi...Tanah Jawi....apa sebenarnya istilah itu? apa kisahnya? faktanya? pencerahan plzzz...

Bangsa Melayu dikatakan berasal dari keturunan Nabi lbrahim a.s., begitu menurut Ibnu Athir, seorang ahli sejarah Islam terkenal di zaman lampau. Bangsa Melayu, menurut beliau, ialah Bani Jawi, iaitu keturunan lbrahim a.s., dari isterinya yang ketiga bernama Qatura. Bagi anak-anak dari keturunan Qatura ini, baginda telah memerintahkan agar berpindah ke timur dengan memberikan bekalan-bekalan yang perlu bagi memulakan hidup baru, maka mereka pun meninggalkan tanah Kanaan untuk berpindah ke timur.

Kemungkinan besar perpindahan demi perpindahan telah berlaku akibat berbagai sebab. Dikatakan juga bahawa bangsa Melayu pernah menduduki Tibet dan telah menamakan gunung Himalaya, yang mana di dalam bahasa Sanskrit adalah bermakna Gunung Melayu. Perkara ini berlaku lebih dari 2000 tahun yang lampau. Dikatakan juga bahawa bangsa Melayu yang tinggal di banjaran gunung itu telah berpindah pula ke selatan akibat dari peperangan demi peperangan yang berlaku di tanah besar Cina serta India dan akhirnya mereka menempatkan diri di selatan Thai serta Semenanjung Tanah Melayu. Ini adalah kisah perpindahan mengikut jalan darat.

Rujuk : http://forum.ekpkm.com/

Post a Comment