Sunday 28 June 2009

Alam Roh

Ketahui olehmu adalah hati itu terbahagi pada 2 bahagian:    
 
1. Dinamakan hati sanubari  2. Dinamakan hati nurani

Adapun hati sanubari itu hal keadaannya zulmah ertinya gelap tiada menerima sinaran nur atau cahaya ma'rifat, oleh kerana hati sanubari itu tempat dinaungi oleh Syaitan ditakluk dengan nafsu amarah yang sekeji keji dan seburuk buruk nafsu. Ianya termasuk didalam satu dari anggota tubuh badan yang kasar ini yang terletak disebelah kiri didalam dada. Hati sanubari adalah segumpal daging yang berbentuk bulat mamanjang dan mempunya'i tugas tugas tertentu yang didalamnya berongga dan ada terkandung darah hitam.

Hati inilah yang disabdakan oleh Nabi: ''Inni fi jasadabni adama mudghatan, fa'iza salakhat, jasadu kulluhu. wa iza fasadat, fasadal jasadu kulluhu, ala wahiyal qalbu.'

Sesunggunya didalam tubuh anak Adam ada segumpal daging, maka apabila baik daging itu baiklah seluruh anggota badannya, dan manakala rosak daging itu binasalah seluruh tubuh badannya, ialah hati sanubari dan hati sanubari ini tidak lain melainkan jantung. Maka adalah jantung ini sesuatu yang amat penting bagi kehidupan tubuh badan. Ianya diperolehi pada manusia dan haiwan. Adapun kejadiannya dicipta dari alam nyata atau disebut alam syahadah.

Adapun hati yang kedua dinama hati nurani. Hati inilah yang dapat menerima sinaran nur ma'rifat dari Tuhan, bahkan ialah yang menerima tajalli Tuhan, menanggung amanah dan rahsia Tuhannya, berpakaian dengan tujuh Sifat Maani. Ianya merupakan haqiqat Insan dan bersifat Ketuhanan. Hati Nurani ini bukanlah kejadian yang dijadikan dari alam nyata, bahkan dicipta ia dari unsur unsur alam ghaib. Oleh kerana itu Hati Nurani ini tiada boleh dilihat dengan mata kasar. Maka hati inilah yang di tuntut hadhir dalam sembahyang, menghadap Tuhannya, memuji dan bermohon kepada Tuhan. Hati Nurani inilah yang disebut Ruh Latifurabbaniyah. atau Hakikat Insan atau juga disebut diri sebenar diri. Oleh kerana ianya merupakan hakikat insan maka dinama'i pula dengan sebutan Insan Hakiki. Dialah semulia mulia dan setinggi tinggi kejadian dan sebaik baik makhluk sebagaimana
 
Firman Allah: "Laqad khalaknal insana akhsani taqwim"
Demi sebaik baik kejadian yang Kami jadikan ialah Insan.

Insan hakiki inilah yang di isyarat oleh Allah dengan firmanNya didalam Hadith Qudsi:

"Al Insanu Sirri Wa ANA sirruhu" Adalah Insan itu rahsiaKu dan Aku rahsianya.

Demikian dengan terang dan tegas sekali dinyatakan oleh Allah. Dengan itu jua bererti ianya menjadi dalil yang nyata bagi wujud Allah, suatu dalil yang paling hampir kepada Allah, dengan dialah dijadikan sebagai jalan yang paling dekat untuk mencapai ma'rifat kepada Allah sebagaimana diisyaratkan oleh Nabi s.a.w. dengan sabdanya yang begitu jelas dan tegas: "Man arafa nafsahu, fakad arafa rabbahu" Barang siapa  mengenal akan dirinya dengan sebenar benar pengenalan, maka telah ia akan Tuhannya.

Didalam Hadith Qudsi pula Allah berfirman:"Man talaballahu bighairi nafsihi fakad dalla dalalan ba'idan". Barang siapa menuntut ma'rifat akan Allah dengan barang yang lain dari dirinya sendiri maka telah sesat ia dengan  kesesatan yang amat jauh.

FirmanNya lagi dalam Hadith Qudsi: "Man wasafallahu bisyai in min khalqihi fajad kafar, waman angkara ma wasafallahu bihi binafsidi fakad kafar."

Barang siapa mensifatkan Allah dengan sesuatu daripada barang yang dijadikan Allah, maka telah kafirlah ia dan barang siapa yang ingkar pada yang telah disifatkan Allah dengannya dengan Zatnya maka telah kufurlah ia.

Ketahui olehmu adalah Hati Nurani atau alam Ruh Latifurr Rabbaniah itu alam latif dan tiada padanya rupa dan warna yang dapat dilihat dengan mata kasar. Tuhan telah menjadikannya terdahulu dari kejadian jasad dua ribu tahun lamanya. Adapun pada istilah Tahqiq bahawa adalah Ruh itu beberapa namanya,

1. Ruhul Quddus 2. Ruh Idhafi  3. Ruhani  4. Ruhul Hayat  5. Ruhul Amar  6.  Ruh Jamadi
7. Ruh Nabati 8. Ruh Haiwani  9. Ruh Insani 10.Ruh Kamalat  11. Ruhul Ajsad

Adapun yang bernama Ruh Nabati ialah tatkala darah yang setitik maka pada alam kabir iaitu segala tumbuh tumbuhan.Ruh Jamadi itu tatkala daging yang seketul/segumpal.Maka pada Alam Kabir ialah segala batu batu dan kayu kayan. Ruhani iaitu tatkala sudah dimasukkan nyawa padanya. Ruh Haiwani iaitu tatkala berhajat kepada makan dan minum dan jimak, maka pada alam kabir ialah segala binatang. Ruh Insan iaitu tatkala sudah zahir dari perut ibu.Ruh Kamalat iaitu tatkala bersuara menangis pada pertama pertama jadi.Maka adalah perbezaan roh dan nafas itu adalah roh itu batin dan nafas itu zahir. Maka nafas itu adalah kezahiran roh atau kenyataannya yang juga disebut kelakuan atau sifatnya.

Yang demikian tertib Allah s.w.t. yang amat halus pekerjaanNya lagi bijaksana, dengan IradatNya menggerakkan Ruhul Amar dan Ruhul Amar menggerakkan Ruhul Hayat dan Ruhul Hayat menggerakkan Nafas dan Nafas pula menggerakkan Jasad. Maka zahirlah kelakuannya pada Jasad.
 

0 comments:

Post a Comment