Monday 31 August 2009

Mohon Pandangan

Megat Terawis datang ke Perak bersama-sama dengan Sultan Muzaffar Syah I dari Kampar dan mendirikan kerajaan di sana. Selang beberapa lama, berlaku perselisihan faham antara baginda dengan Tun Saban yang membawa kepada peperangan.

Sultan Muzaffar Syah menawarkan jawatan Bendahara kepada sesiapa yang berjaya membunuh Tun Saban dan ia disahut oleh Megat Terawis. Megat Terawis kemudiannya dilantik menggantikan Tun Muhammad menjadi Bendahara Perak dengan gelaran Bendahara Paduka Raja.

Megat Terawis ada sembilan adik-beradik dan seorang daripada mereka bernama Megat Panji Alam. Beliau pernah bertunang dengan anak Bendahara Pahang bernama Tun Teja Benggala yang dilarikan oleh Hang Tuah untuk dijadikan isteri Sultan Melaka.

Megat Panji Alam dan saudaranya Megat Kembar Ali berserta 4,000 rakyat Terengganu menuju ke Melaka untuk berperang. Berita penyerangan Megat Panji Alam diketahui oleh Melaka dan satu angkatan perwira yang diketuai oleh Hang Tuah dan Hang Jebat menuju ke Pahang,

Peristiwa pembunuhan Megat Panji Alam telah menimbulkan kemurkaaan Sultan Pahang dan Sultan Terengganu. Sultan Terengganu sendiri telah bersedia untuk menuntut bela tetapi hasrat itu dibatalkan (Petikan http://azliadlan.blogspot.com/)
 
Bagaimana pula dengan Megat Seri Rama?

76 comments:

kalau dikaitkan dgn megat panji alam, maka kita kena kaji pula susur galur mereka melalui time line sejarah.... Hang Tuah ini hidup di zaman bila?

Boleh tuan nyatakan, tahun yang berkaitan dengan Megat Panji Alam dan Megat Terawis.....?

bang panji..saya yg bab ni ------->Bagaimana pula dengan Megat Seri Rama? ada ... sikit

Sebenarnya kita agak 'bodoh' bila ditanya mengenai timeline. Kita selitkan petikan yang ditulis sahaja. Paduka Khaz ada mengatakan mengenai kesahihan wujudnya Megat Terawis tempoh hari dan tidak kita nafikan. Persoalannya kita ada berjumpa dengan seseorang hamba yang mengakui dari keturunan Megat Seri Rama @ Laksmana Bentan. Umum ketahui beliau mati pada tahun 1699 setelah isteri beliau menjadi korban Sultan. Persoalannya, setahu kita mengikut Tuhfat Al-Nafiz (kalau tidak salah) Dang Anum adalah satu2 isteri beliau dan dibunuh ketika mengandungkan anak sulung. Sahabat kita mendakwa beliau adalah keturunan Laksmana Bentan dengan isterinya di Pahang. Itulah yang kita agak 'confuse'....mohon pandangan Paduka sahabat

ehmm...nanti ada org akan ceritakan hal sebenar,tu pun kalo dia nak bercerita di sini..

Tahun kematian ini agak konsisten dengan kematian seorang yang bernama Daeng Matteko, yang juga mendapat nasib yang agak sama i.e. isterinya yang sedang mengandung juga dibunuh oleh musuh2 nya.....Daeng Matteko ( atau mungkin Mattako ) dikatakan juga pernah singgah di Linggi danmungkin membuka perkampungan di sana. Tapi lontara mencatit dia di Johor. Daeng Matteko ini sebenarnya adalah kekanda kepada seorang raja Bugis...

Mohon saya bertanya tuan Paduka....kenyataan ini asalnya dari mana catatannya?

Kita faham akan maksud Paduka Bugis, tetapi yang peliknya keturunan ini pun ada talian dengan Rawa dan Minang. Mengikut pandangan kita 'aura' yang ada bukannya dari Bentan. Kita sudah memaklumkan kepada kawan ini bahawa kita perlu lihat pada keris yang kononya kepunyaan Laksmana Bentan (13 luk??)

".........kenyataan ini asalnya dari mana catatannya?..." Petikan http://azliadlan.blogspot.com
Tidak salah juga Paduka Penjurit dalam homepage keturunan Megat Terawis lebih kurang berbunyi yang sama

Petikan dari http://ms.wikipedia.org/wiki/Sejarah_Bugis_Di_Tanah_Melayu
"...Dalam tahun 1730-an, seorang Bugis bernama Daeng Mateko yang berbaik dengan raja kerajaan Siak mengacau ketenteraman Kelang; negeri Melayu yang diserahkan kapada orang Bugis Luwok sabagai upah membantu Sultan Sulaiman I mendapat kembali kerajaan Johor-Riau-Lingga. Ini menjadikan Daeng Chelak datang ke Kuala Selangor dengan angkatan perang dari Riau. Daeng Mateko dapat dikalahkan dan kemudiannya beliau lari ke Siak..."
Kita rasa dua character yang berlainan ie. Megat Seri Rama dan Daing Mateko.....?

Antara yang dinyatakan dalam blog yang berlainan
"......Menarik juga kisah mengenai Megat Panji Alam, kerana Persatuan keturunan Megat Terawis memang sudah umumkan pertalian Megat Terawis dengan Megat Panji Alam. Tetapi jika tak salah ingatan saya, Megat Seri Rama adalah anak saudara Megat Terawis. Kena kira faktor tahun juga. Kepada siapa yang minat ingin mencari susurgalur keturunan Megat sila rujuk kepada Persatuan keturunan Megat Terawis....."

megat panji alam tu kn tuanpunya blog ni

seeloknya nama watak2 dan peristiwa sejarah ini disusun mengikut susunan time line bagi memudahkan kajian kerana ternyata nama2 dan peristiwa2 yg disebutkan berselang beberapa ratus tahun......

aduh laaaa...... panjangnya...... jawa campur arab campur minang campur bugis campur melayu campur aceh campur pasai campur kelantan........ teringat plak kat air batu campur ..... untuk buka puasa ni...... huhuhuh

heheh tu la..dah nak dekat ni..table pun dah start susun tu..apa lagi..usha2 la apa nak sambau utk buka ni..

Air kelapa pembuka selera...buah kurma....waduh!

silsilah yg ada ni pun masih blom lengkap..maka tak pasti pula utk menetapkan yg empunya nama tu bagaimana..cuma sekadar dengar kisah itu ini begitu begini..apa2 pun good job bro panji highlightkan topik ni ;)

Sekadar ingin menambah ilmu dan pengetahuan..

Sumber wikipedia rupamya..... kenyataan ini bercanggah dengan beberapa kenyataan di sumber2 lain. Adalah tidak masuk akal Daeng Matteko berperang dengan Daeng Chelak, kerana Daeng Chelak tidak akan berani menentang Daeng Matteko kerana beliau adalah kekanda La Maddukelleng, raja Besar Bugis waktu itu dan Daeng Chelak munggunakan kapal perang milik La Maddukelleng waktu itu. Timeline nya juga lari kerana daeng Matteko datang ke Johor lebih awal lagi. menurut Lontara, La Maddukelleng yang mula merantau pada tahun 1714, datang ke Johor dan mendapati Daeng Matteko ( dankeluarganya) sudah mati dibunuh. Melainkan ada Daeng Mattko yang lain, saya berfirasat, cerita seperti ini adalah antara fitnah yang ditaburkan pada waktu itu untuk mengekang pengaruh Bugis di Tanah Melayu, sama seperti keadaan yang serupa di negeri sembilan dahulu. Wallahualam

tak sabar rasanya menunggu saresahan daeng selili.... kena tunggu bro khaz balik dari samarinda

Coretan keturunan Megata Terawis...
'....Tok terawih @ megat terawih adalah keturunan bugis wajo yang mana ayahanda nya sorok dia di pagaruyung. Pihak belanda ……mahu membunuh keturunan beliau. Nama beliau ialah petta to rawi bin daeng selili. Oleh kerana orang kenamaan pagaruyung berpangkat megat beliau ubah namanya megat terawih. Seorang lagi saudara nya petta to siangka di acheh berkuasa memerang koloni belanda di pulau sembilan perak bertukar nama daeng hanasah @ panglima hitam. Ada yang kata megat terawih anak angkat daeng selili dan daeng hanasah abang daeng selili. Semua itu tak betul. Yang sebenar nya kedua dua mereka itu adalah anak daeng selili yang beristeri kan dari pasir silawesi....'

Salam tuan,

Dari mana sumber petikan diatas, dapatlah sekiranya tuan titipkan kepada saya sumbernya. Wassalam.

nampak macam kenyataan dari sedara Maizul.........

Alahai...rupa2nya kita telah menjolok sarang tebuan ..... maka ramailah dari susungalur Megat Terawis yang melemparkan soalan sbg contoh petikan dari mana...siapa sumbernya.. Termampu oleh kita untuk mengatakan taip 'Megat Terawis di Google (atau lain2 search engine) berlambaklah yang keluar termasuk blog golongan yang mengaku keturunan beliau. Kita keturunan dari Adam...tak glamour sangat...hehehehe

eheheheh kikikiki ;) maju terus maju di bawah kalimah tauhid..

Assalamualaikum semua. Bulan puasa ni Paduka Kekanda Megat buka topik ini, mana boleh tahan tak masuk gelanggang. Kanda Paduka - dua hari saya saya mencari kitab Al Hikam di semua toko buku di jakarta tapi semuanya habis. laris betul. Besok saya akan kirimkan yang dulu dan yang terbaru kepada Kanda Paduka.
Kepada andilawajo dan Khaz, Petta To'Rawe dan dan Megat Terawis adalah individu yang berlainan. Bezanya ratusan tahun. Sedangkan Tun Saban dan Megat Terawis di era sebelum dan selepas kejatuhan kerajaan melayu melaka.

salam..aik mana fair..panji aje dapat...kita2 takde ker?heeheheh

Terima kasih artikelnya...sungguh banyak sejarah Melayu yang belum saya ketahui...

Pada tahun lalu saya bertemu dengan seseorang yang tinggal di Alor Setar Kedah. Beliau mengetahui segala salasilah Megat Terawis. Umornya mungkin dipertengahan 70 tahun. Ingatanya tersangat hebat, siap dengan faktanya sekali. Mengikut pendapat beliau fakta sejarah Melayu telah diputar belitkan olih
Inggeris. Sesiapa yang berminat saya boleh tolong kalau mau jumpa.

Laa adinda bugispajungpun mau, boleh!...lagi panjanglah jariah kak kay.

cari kitab al-hikam yang dalam bahasa arab ke jauh sampai ke jakarta dicarinya kak?

kalau syarah kitab al-hikam dalam bahasa Melayu di sini pun ada.dalam bahasa Indonesia pun ada di sini.

syarah kitab al-hikam yang bahasa Melayu salah satunya ditulis oleh Tok Pulau Manis.yang saya tahu edisi jawi je ada.edisi rumi tak jumpa lagi

ada banyak declassification of documents dari simpanan Inggeris di England.... memang pd masa tersebut diselewengkan oleh inggeris bagi membendung semangat juang org melayu..... tetapi sekarang sudah banyak boleh diperolehi, terutama jurnal yg ditulis oleh pegawai2 tentera hingga resident/governor british di tanah melayu...... jurnal2 adalah catatan harian berdasarkan kejadian yg berlaku di depan mata..... info ini biasanya tiada penyelewengan...

cuma cerita2 sebelum inggeris spt megat terawis, megat panji alam dan sewaktu dgnnya, tiada pencatat jurnal inggeris...... so?

Bukan apa wahai adinda Paduka Bugisg..yang tua didahulukan...Terima kasih diucapkan kepada Paduka Kay..semoga Allah swt membalas budi baik Paduka, insya Allah

yang saya maksudkan ni kitab al-Hikam karya Ibn Atoillah.Kalau yang lain saya tak tahu

Salam tuan MPA ... menarik isi perbincangan nie . namun seperti kata majoriti teman2 perlu ada garis masanya .... baca kisah diatas pun dah rasa tertarik ! kalau ada garis masanya lagiii menarik . Bagaimanapun kita bersetuju dengan pandangan yg seruan Islam melalui Acheh dan Pasai datang lebih awal iaitu pada abad ke 13 lagi cuma alirannya Shiah dan pendakwahnya berkemungkinan besar dari golongan ahlul bait ( keluarga baginda Rasulullah ) !

Akan kita ingat akan nasihat Paduka Razak itu...Terima kasih

di S'pura juga ada yg mengaku begini...pengakuan sebgini adalah satu trend yg selalunya senang dibuat tanpa ada apa2 bukti sokongan.

Minta pandangan ... di ceritakan yg Megat Seri Rama , Megat Terawis dan Megat Panji Alam adalah 3 beradik dari 9 ... dan berasal dar pagarruyung . Tetapi Megat Seri Rama bergelar Laksamana Bentan mengambil sempena asalnya dari Pulau Bentan , Riau !.. Lagu mano nih ?.... asal dari Riau @ pagarrurung ?

kak dijah kami2 semua rasanya mahu malah kalo boleh kami ingin includekan di dlam program2 yg kami jalankan utk kita berbual bicara..wacana minda...cewahh..

im ok big bro...saja nak usik kak dija utk masuk bersama diskusi heheh tapi kalo betul nak memanjangkan jariahnya ALLAH luaskan serta pelihara akan kak dijah sekeluarga :)

jangan lupa tuan malaysia juga ada salah satunya PENGKAJI KHAZANAH FATHANIAH

tapi bang ada plak kata dia suku bugis yg mendiami jazirah arab...ehmm x tau la plak sama ada mendalami agama atau generasinya terdahulu menetap di jazirah arab..gitu critanya yg disampaikan melalui silsilah ulama2 nusantara.

salamssss .. .. wahhhh!! menarik sekali isu yang dibentangkan dan dikupas ini .. .. buat hamba yang agak jarang jarang menyelongkar sejarah begini menjadi tertarik dengan apa yang dipersembahkan .. .. apa yang penting, kalau kita hendak mendalami sejarah asli, perlu berani untuk menongkah arus sejarah komersial .. .. memang mencabar dan sukar .. .. faham fahamlah, paling susah nak dapat tu, bukti sahih .. .. apa pun, selamat tuan tuan .. .. ;-) .. ..

Hmm.... ada berbagai versi , susah juga nak di leraikan simpulan kisahnya ! Utk tujuan perbincangan , katakan lah Megat Terawis itu dari suku Bugis yg berasal dari Bentan atas alasan mengambil sempena adiknya Megat Seri Rama yg juga dikatakan berasal dari Bentan ... apakah boleh di terima utk perbincangan perkaitan ini ?

Hee..hee.. banyak lagi yg belum terungkai tuan karimsh ... tengah mengupas nih !

Hari pertama puasa haritu, saya di Kuala kangsar, ada jemputan serasehan dengan beberapa waris keturunan Daeng Silili. Saya diperlihatkan salasilah yang dikatakan milik keturunan Megat Terawis. Yang menjadi pertanyaan, silsilah itu sebenarnya berkongsi dengan silsilah Petta To Rawe yang di pastikan sendiri oleh waris beliau. Macammana tu? Berkemungkinan ada yang tak betul di salah satu sumber.

Memang saya tahu Petta To Rawe bukanlah Megat Terawis yang dikatakan berwujud pada zaman Sultan Muzaffar Shah 1, tetapi kenapa ada pertindihan silsilah melainkan ada kekaburan yang hendak di percerahkan? Dan siapakah "daulat pagar Ruyung"? Bagi yang mengetahuinya, pagar ruyung hanyalah sebuah "istana' yang dipagar dengan ruyung untuk menghalang nafsu serakah seorang cucu kepada neneknya....

Menurut Lontara Sukkuna Wajo, La Maddukelleng belayar ke Johor sekitar tahun 1714 atau 1715 mencari abangnya Daeng Matteko namun tidak bertemu kerana Daeng Matteko dan keluarganya sudah mati dibunuh. Kalau Daeng Matteko sudah mati pada waktu itu, Daeng Matteko manakah yang membuat kacau di Selangor pada tahun 1730an? Daeng Matteko lain kot?

mohon memberi pandangan yang tak seberapa..sepanjang pengetahuan saya, orang dulu2 biasa mengulang guna nama..biasanya cucu diberi nama sempena nama datuk..kemungkinan nama berulang adalah wujud juga

Betul betul betul...nama saya pun sama dgn nama atuk buyut saya

satu pandangan yang memungkinkan, tuan .. .. ;-) .. ..

Ada kemungkinan .. boleh jelaskan lagi teori yg ada di dlm kotak pemikiran tuan tu ?

takde apa dah..tapi yang ini diceritakan oleh ibu saya..merujuk kepada nama orang2 tua dalam keluarga saya..mungkin berkenaan :)

Dalam kes daeng Matteko ini, agak sukar untuk menggunakan teori ini kerna dia sekeluarga dibunuh...termasuk anak dalam kandungan isterinya.

sama kisahnya dgn megat seri rama.... orang yg sama ker bro? lokasi dan tahun kejadian?

Ntahla...yang tercatit dalam lontara, Daeng Matteko udah dibunuh semasa La maddukelleng ke sana tahun 1714/1715. maknanya Daeng Matteko terbunuh sebelum itu

yg pakai keris sempena riau laksamana bentan kan tuan..... bermakna megat seri rama asal mengabdi kpd kerajaan johor-riau selepas kejatuhan melaka (sultan mahmud II). Baginda ditabal seusia remaja tahun 1685, dan mangkat dibunuh laksamana bentan pd tahun 1699. sementara itu, gowa-makassar jatuh ke tangan gabungan belanda-bone pd tahun 1669..... bolehjadi pelarian bugis wajo dan makassar pd waktu itu sudah berada di johor dan riau.....

Masuk akal juga bila dikaji dari perspektif ini?

Saya pikir waktu itu, orang Bugis sudah biasa merantau untuk berdagang. Bukan saja lari sebab perang. Atau mungkin kedua2nya sekali. Oleh kerana sudah biasa merantau, berdagang, apabila mereka terpaksa lari, maka mereka pergi ke tempat yang mereka sudah biasa

ahah.... asalnya mereka merantau berdagang, namun kembali juga ke sulawesi.... sebaliknya selepas kejatuhan makassar gowa.... tiada lagi jalan kembali, lalu terpaksa bermukim / mengabdi di negeri baru, atau membuka negeri baru atau terpaksa menjadi 'ronin" yakni pahlawan tak bertuan / menjadi tentera upahan.... sehingga mereka tiba di perak..... la madukelleng seorang arung besar sudah ada di sana.... bermulalah episod masuk campur politik sumatra, nusa tenggara dan semenanjung......

Tahun tahun 1600an hingga hujung 1700an satu era menarik untuk dikaji perihal pengaruh Bugis di Nusantara... kelihatan masih banyak yang disembunyi dan tersembunyi.

Garis masa / tahun yg sangat berguna untuk rujukan .. trima kasih tuan . InsyaAllah , kita akan catat semampu yg boleh mengikut " chronological order " nya .

Adakah beliau putera Sultan Alaudin Riayat Shah ?.. @ cucunda Sultan Mahmud ?

dah jauh tu tuan.... cucunda sultan alauddin riayat shah III

Ingin juga kita ketahui mengenai keturunan Laksmana Bentan kalau diizinkan...

- Laksamana Bentan masih hidup semasa pembunuhan Sultan Mahmud II
- Dia membuka Seri Menanti, N9
- Dia cucu kepada keturunan Bendahara dan reputable panglima... sebab tu, orang istana tak brani nak lawan dia mase dia bunuh Sultan Mahmud

...

"kegilaan" sultan mahmud KERANA.. bukan sebab dia kejam.. tapi.. dia beristerikan Pontianak (sepertimane yg di lapurkan oleh Captain Hamilton semasa mengunjungi baginda)

Aiks ! Ini sudah jadi cerita lain...Ada fakta yg kuat mengatakan bhw Seri Menanti dibuka oleh rombongan dr Tanah Minang (Sarilamak dan Payakumbuh) diketuai oleh Datuk Putih. Mereka datang pada Sutan Sumanik yg duluan membuka perkampungan di Negri Sembilan ini. Datuk Putih terkenal sebagai seorang pawang atau bomoh yg ahli ilmu kebatinan. Beliaulah yg memberi nama Seri Menanti bagi tempat istana raja yg sekarang ini....
Cerita baru dr bro BP Laksmana Benatan yang membuka Seri Menanti?

saya jumpa pun dari sumber JMBRAS bang panji...

Assalamu'alaikum tuan2...
mohon baca sembangkuala.blogspot mengenai kisah Megat Terawis ini bawah tajuk :The Five Families Of Perak di http://sembangkuala.wordpress.com/tag/megat-terawis/
ada silsilah Megat Terawis si situ, dan boleh klik pada gambarajah silsilah utk di besarkan. Terima kasih.

Hebat sungguh panglima dan pahlawan kita suatu masa dulu, saya berharap sangat air liur kita menjadi penghubung antara lidah dan langit, kekadang mulut kita tak reti diam untuk menceritakan yang tersurat maupun yang tersirat, saya berharap agar kita teruskan yang tersirat sesama kita InsyaAllah kibarkanlah bendera Hitam dengan kalimahNya bertinta Putih.

Hebat sungguh panglima dan pahlawan kita suatu masa dulu, saya berharap sangat air liur kita menjadi penghubung antara lidah dan langit, kekadang mulut kita tak reti diam untuk menceritakan yang tersurat maupun yang tersirat, saya berharap agar kita teruskan yang tersirat sesama kita InsyaAllah kibarkanlah bendera Hitam dengan kalimahNya bertinta Putih.

asslamualaikum saudara..blh hamba berasal dari kampung nibong panji alam,batu burok..kala x keberatan blh sy tahu kisah yg lebih panjang dan detail

maaf pembetulan..typo blh hamba tahu?

Apapun suku kita, jika hari ini Islam adalah agama kita, maka “Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu disisi Allah ialah orang yang paling bertakwa diantara kamu”. (QS Al-Hujurat ayat 13). Dan kepemimpinan itu jelas dipergilirkan dari keturunan yg satu dengan keturunan yang lain.

Tak kita pungkiri sebelum abad 16 diaspora perantau Minangkabau sejak zaman Adityawarman telah luas di semenanjung. Tersebut dalam perjanjian beliau saat dihadang oleh beberapa datuk di lima puluh koto sepulangnya dari ekspedisi menyerang desersi singosari yg mendirikan kerajaan Silo Simalungun. Bahwa wilayah Minang (darek) tetap dipimpin oleh penghulu di Nagarinya masing2, raja silahkan untuk mengembangkan pengaruhnya ke daerah Rantau, dan penghulu-penghulu Nagari akan sangat mendukung. Motivasinya mulai dari berdagang, hingga berdakwah.
Hal ini terlihat dr tokoh keturunan Minang di Bruney, Dayak Tomun, Sulu, Mindanau, hingga tiga datu patimang, datu ri tiro dan datu ri bandang.

Disamping antara keturunan Sriwijaya (Syailendra) maupun Melayu (Mauli), terlebih sejak beragama Islam sudah sejak lama berhubungan erat, salah satunya melalui ikatan perkawinan. Istilah ini bagi pihak Pagaruyung disebut sebagai sapiah-balahan, kuduang-karatan, kapak-radai, dan timbang-pacahan.

Salah satunya adalah hubungan dengan Bintan. Namun apakah itu dimasa awal Temasek, Malaka atau hingga Marhum mangkat dijulang. Karena setelah itu telah masuk diaspora Opu Lima Bersaudara (Bugis). Termasuk juga kerajaan lainnya disepanjang pantai timur sumatera seperti Kampar, Indragiri, dll. Jadi antara kerajaan-kerajaan di Sumatera sudah banyak ikatan terjalin diantara perjodohan anak keturunan beliau-beliau. Apakah Atjeh dengan Inderapura, Inderapura dengan Barus, dan banyak lainnya. Sebelumnya antara Melayu dan Singosari (awal Majapahit) sehingga lahir sosok Adityawarman dikemudian hari melanjutkan kerajaan kakeknya menjadi "Malayupura Swarnabhumi".

Waktu berlalu, usai perjanjian Bongaya arus diaspora Bugis meluas ke semenanjung. Hingga masa Opu Lima bersaudara. Pada awalnya pun Raja Kecil bersepakat untuk merebut tahta Johor, namun dikemudian hari Raja Kecil menyerang dahulu semasa para Opu bersaudara merangkul masayarakat bugis di semenanjung untuk berperang. Konon, ada kisah cemburu tidak dijadikan Istri, ada keinginan merebut tahta kembali, intinya antara janji Raja Kecil maupun Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah kepada Opu Lima Bersaudara adalah menjadikan salah satu Opu menjadi Yamtuan Muda. Kelanjutannya sudah dapat kita baca dari kitab yang dikarang pada masa kerajaan Johor-Riau-Lingga meskipun ada perbedaan dengan hikayat Siak yang lebih awal. Tentu saja masing-masing kerajaan punya kepentingan didalamnya.

Menanggapi tulisan diatas, saya mendapat satu informasi baru mengenai kaitan antara Megat Terawis, Megat Panji Alam dan bahkan Megat Sri Rama (Laksamana Bintan). Tapi jika tak silaf saya (mohon maaf jika salah) bahwa Megat Panji Alam sezaman dengan Hang Tuah (masa Malaka) sedangkan Megat Terawis berangkat ke Perak setelah Sultan Malaka berundur ke Kampar dan mangkat di sana. Dan Megat Sri Rama membunuh Sultan mangkat dijulang (keturunan dari anak sulung Sultan Malaka terakhir). Jadi kemungkinan beliau-beliau ini tidak sezaman.

Kemudian saya tertarik mengenai kisah Megat Panji Alam yang sebenarnya. Adapun mengenai melarikan tunangan orang, jikalah sultan Malaka adalah orang yang benar-benar menjalankan Syariat dengan baik, maka adalah salah bila melakukan hal demikian. Ditambah kita sebagai orang Melayu tentu menjunjung tinggi adat budaya. “

Dari Uqbah bin Amir, sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda: seorang mukmin adalah saudara dari mukmin yang lain. Seorang mukmin tidak halal menjual atas penjualan saudaranya, dan tidak halal melamar atas lamaran saudaranya sebelum ia meniggalkannya,”.

Mengenai apakah beliau-beliau para Megat ada turunan Minang, Bugis atau daerah lainnya silahkan ditelusuri lebih dalam. Karena masa itu sudah jauh berlalu dari kita, adalah wajar itu terjadi melalui waris riwayat yang berbeda-beda.

Itulah sedikit buah pikir dari saya, yang sangat mendambakan bersatunya kita sebagai bangsa Melayu yang hidup dalam kemuliaan Islam. Dan menjadi keberkahan bagi semenanjung tanah Melayu, baik wilayah Indonesia maupun Malaysia dan Singapura. Yang menjadi Bandar Madani, berkumpulnya orang dari berbagai suku, bangsa dan agama.

Sayapun terharu dengan sebuah lirik lagu, saya kutip dua bait saja...

Anak kecil main api
Terbakar hatinya yang sepi
Air mata darah bercampur keringat
Bumi dipijak milik orang

Nenek moyang kaya-raya
Tergadai seluruh harta benda
Akibat sengketa sesamalah kita
Cinta lenyap di arus zaman

Salam kenal dari Batam,
Baitur Rahmad Isman

Post a Comment