Thursday 6 August 2009

Benteng Tujuh Lapis di Dalu-Dalu Mengimbau Perjuangan Harimau Rokan

Selepas mendengar taklimat Bupati Kabupaten Rokan Hulu, propinsi Riau di Pasir Pengaraian dalam rangka lawatan menelusuri perjuangan ‘Harimau Rokan’, saya bersama rombongan Muzium Negeri Sembilan dibawa ke benteng tujuh lapis di Daludalu sekitar tahun 2003 lalu. Lokasi ‘benteng tujuh lapis’ itu terletak di tebing Sungai Rokan (yang mengalir ke Selat Melaka), hampir tiga jam pula perjalanan dari Pekanbaru menaiki bas. Justeru menjadi tanda tanya apakah kepentingan Belanda menceroboh wilayah Sumatera Tengah yang jauh dari perairan, malah perjalanan yang sukar melalui sungai mahupun pergunungan? Penjajah Belanda seolah-olah maniac mahu menceroboh negeri-negeri Melayu sebagai misi mereka mahu menguasai Asia Tenggara.

'Harimau Rokan’ atau dikenali juga ‘Tuanku Tambusai’ merupakan empat serangkai pejuang Sumatera Tengah melawan Belanda diketuai oleh Tuanku Imam Bonjol sekitar dekad 1830-an. Lawatan pihak Muzium Negeri Sembilan ke Rokan Hulu pada 2003 itu pada awalnya dijangka diketuai oleh Pengerusi Lembaga Muzium NS, Tan Sri Abdul Samad Idris, tetapi beliau tak ikut serta berikutan jadual yang lain. Bagaimanapun ketika di pintu masuk ‘benteng tujuh lapis’, sudah terentang banting mengalu-alukan kunjungan Tan Sri Abdul Samad Idris. Sambutan meriah pemerintah di Rokan Hulu terasa pula bagai penghargaan yang terlalu tinggi terhadap rombongan kami, apalagi saya diberi tugas mengumpulkan fakta-fakta berkaitan dengan Tuanku Tambusai atau Haji Mohd Salleh bin Maulana Kadi.

Tuanku Tambusai yang digelar Belanda sebagai ‘Harimau Rokan’ itu sebenarnya berundur ke Seremban selepas ‘benteng tujuh lapis’ ditawan Belanda sekitar tahun 1838. Kehilangan beliau dalam kepungan Belanda dianggap misteri, kerana tak diketahui bagaimana boleh memboloskan diri. Tak jauh dari Daludalu (lokasi pertahanan Tuanku Imam Tambusai) ialah pekan Kuok yang juga terletak pasentarin (sekolah agama rakyat) yang diasaskan oleh moyang saya Tuan Guru Sutan Muda Sheikh Salim bersama anak-anaknya Tuan Guru Sheikh Dohak dan Tun Guru Sheikh Ahmad (datuk saya). Memang belum tahu kaitan pasentarin berkenaan dengan perjalanan Tuanku Imam Tambusai ke Tanah Melayu, tetapi kajian dibuat berikutan destinasi terakhir beliau ialah di Kampung Pondok, Rasah di Seremban apabila meninggal dunia pada 1882.

Fakta atau rekaan..Allahu wa'alam - Petikan http://abdulmulukdaud.blogspot.com

7 comments:

megenai Tuanku TAmbusai........jika tak keberatan..... silalah bertandang ke majlis sembang kami yang tak seberapa..... ahad ini..... mungkin ada banyak yang Tuan dapat kongsikan nanti......disamping berbagi info.....

http://multiply.com/mail/updates/anakcurra/7#_mainfilter......

set! insya Allah. Kita boleh dihubungi melalui 019-353 7862 (zul)

khabarnya kerna beliau sempat sampai di air...... wallahualam...

terrer juga dia itu kalau boleh bertahan lama dlm air. Amalan ilmu nafas sedepa kot?

salam
tuan paduka
kita ingat sejengkal
sedepa ruponyo..
salah lah hambo

hahahahahaha...yang kita 'liha' semasa di permatang siantar, sumatera 'sedepa'....sejengkal pun best juga bole hisap rokok!

Post a Comment