Friday 26 June 2009

Keris dan Khadam

Ada beberapa fakta menarik tentang keris dan kadam (pendamping iaitu makhluk halus jin):
Jika pemilik keris tidak mengamalkan berlangir keris dengan limau, keris dalam simpanannya akan 'hilang' kesaktian tetapi bagi jin (kadam) sesetengah keris, mereka akan 'menyerang' pemilik atau keluarga. Contohnya, isteri pemilik bermimpi perutnya ditendang (ketika itu dia mengandung 7 bulan). Esoknya, bayinya meninggal (gugur). Atau mimpi makan, esoknya orang itu akan berasa kenyang.

Jika hendak membuang kadam dari keris (istilah keris "hidup"), rendamkan keris di dalam air Yaasin atau air bercampur cuka.

Antara barangan/senjata tradisional yang diketahui mempunyai kesaktian (kuasa luarbiasa di luar kekuasaan manusia) ialah keris, tombak, lembing, akik, buntat, azimat dan wafa' (lakaran). Bila menggunakan minyak pengasih, jin akan mengaburi mata kita supaya kita pandang orang itu cantik atau menawan sentiasa.

Oleh kerana keris diperbuat dari pelbagai jenis logam, logam mempunyai aura dan bila pemujaan dilakukan ke atas keris, misalinya dibelai, asap dengan kemenyan dllc, makhluk halus akan 'muncul' sebagai penjaganya (kadam). Semangat (mayo) akan segar bila keris sentiasa dimandi dengan air bunga, diasapkan dan baca Ayat2 Al-Quran yang ada kaitan dengan besi.

Pembuat keris melalui proses ini sebelum mula membuat keris:
* Pilih besi yang bersemangat 'berani' (untuk keris digunakan dalam pertarungan)
* Memilih hari / ketika berdasarkan nafas
* Berpuasa
* Sembahyang hajat
* Mohon pada Ilahi supaya berkat
* Pembuat dalam keadaan sihat, pakaian bersih dan bercorak sesuai
* Ketika menempa, berzikir ingat Allah SWT setiap masa. Dengan itu, setiap 'hentaman' ke atas keris (ketika dibentuk) mengandungi ribuan 'doa' / zikir si pembuat.

Keris mungkin mengambil masa tujuh tahun untuk ditempa kerana hanya ada satu atau dua hari saja dalam setahun di mana keris boleh dibuat. Itupun, dalam sehari, mungkin ada 30 minit yang sesuai. Pemilihan hari bergantung pada (sukatan) numerologi dan kemahiran lainnya.

www.rajamenagis.com

10 comments:

Assalam Mualaikum.....Sungguh menyeramkan. Saya lebih rela mensedekahkannya daripada terus
menyimpannya.

salam sejahtera. Sememangnya itulah sebaik2nya. Kalau ada yang ingin 'bersedekahlan keris-keris' mereka. kita sudi menerimanya :)

Kalau namapun Megat Panji Alam, memang sahlah saudara ini berketurunan Aceh, Kedah dan Siam.
Nampaknya nenek moyang kita dulu bersaudara agaknya.

kalau gitu gerangannya, kenalah periksa DNA dulu

Tak payah DNA, ini cerita dulu kala

hahahahhahha............ ayat yang amat 'baik'..... hamba pun mau..............

muskil dgn ayat di rendam dgn air yasin.???? dgn cara membuat dan membentuk bilah di zikir dgn ayat2 suci. macam tak kelik... kalau keris ini di buat sambil berzikir.kenapa pulak perlu di rendam dgn air yasin supaya jin tu keluar. maaf saya tak faham.kerana kurang ilmu.

Zikir ke atau jampi serapah ?. Boleh kah senjata yang dizikirkan membunuh orang ?

ikut niat empu keris berdasarkan permintaan dan kesesuaian pemilik..... ada jalan kiri ada jalan kanan dlm semua ilmu, termasuk ilmu keris..... khadam tidak semuanya dari bangsa jin, dan bangsa jin tak semuanya boleh jadi khadam..... senjata walau sudah dizikirkan AMAT BAIK digunakan utk membunuh org atas sebab keris itu tetaplah sejenis senjata.... membunuh pula adalah atas sbb yg haq spt mempertahankan agama, negara, keluarga, anak isteri dan diri sendiri

seperti pernah ku dengar....... tapi di mana ya??...................heheeh

Post a Comment