Thursday 11 June 2009

Sejarah kita




18 comments:

boleh saya dapat sedikit penerangan mengenai gambar nie saudara?

Kalau kita tidak silap ini adalah gambar Sultan Ahmad Shah (Sultan Pahang) . Baginda menaiki tahta setelah berjaya mematahkan pemberontakan aka Perang Semantan,

Sebenar kita simpan gambar ini kerana terdapat gambar moyang kita juga.

pemberontakan dari siapa?antara siapa?kenapa?boleh ceritakan sedikit sebanyak?

hai Nash, berminat benar nk tahu... : )

Boleh tk menjadi masaalah untuk berkongsi sejarah. Tapi izinkn kita untuk bersolat dulu ye nanti kita ceritakn, insya Allah

Bagi memenuhi permintaan sahabat, secara ringkas Perang Semantan :
Perang Semantan ini dipimpin oleh seseorang pembesar bernama Dato' Bahaman . Punca utama pemberontakan ini ialah rasa tidak puas hati orang-orang Besar Pahang , terutamanya sekali Dato' Bahaman (Orang Kaya Semantan) terhadap campur tangan British ke atas kawasannya . Sebenarnya ketegangan di antara Dato' Bahaman dengan pihak British telah bermula sejak tahun 1890 lagi tetapi ketegangan itu memuncak pada tahun 1891. Ketegangan itu bermula pada bulan Disember 1890 bilamana Dato' Bahaman dikatakan telah marah dan mengata-ngata E.A Wise (Pegawai Jajahan Temerloh) kerana E.A Wise hendak mendirikan sebuah balai polis di Lubuk Terua iaitu satu tempat yang termasuk dalam kawasan Dato' Bahaman , tanpa terlebih dahulu berunding dengannya . Apabila Hugh Clifford ( Pemangku Residen British Pahang ketika itu ) mengetahui hal tersebut , beliau telah menasihatkan Sultan dan baginda kemudiannya memanggil Dato' Bahaman supaya pergi ke Pekan agar perkara itu dapat disiasat . Oleh kerana Dato' Bahaman enggan ke Pekan , Sultan telah mengeluarkan surat perintah yang melucutkan pangkat dan tarafnya sebagai Orang Kaya Semantan . Tindakan melucutkan pangkat dan taraf itu menyakitkan hati Dato' Bahaman . Keadaan ini menyebabkan Dato' Bahaman dan pengikut-pengikutnya menyerang hendap C.E.M Deaborough dan pengikut-pengikutnya pada 15 Disember 1891 ketika mereka sedang mudik Sungai Semantan. Serangan itu dilakukan oleh Dato' Bahaman kerana ia menyangka Desborough datang untuk menangkapnya Dalam serangan yang mengejut itu , pihak Desborough telah kalah dan beliau melarikan diri ke Bandar Temerloh . Setelah mengetahui peristiwa di Semantan itu , pegawai-pegawai British di seluruuh Pahang mula sibuk mengatur tentera mereka untuk melawan orang-orang Melayu yang menentang British .Ekoran dari itu , pada 21 Disember 1891 , satu pasukan yang diketuai oleh Clifford dan Tengku Mahmud telah pergi ke Kampung Kelubi yang merupakan kubu kedua pertahanan Dato' Bahaman . Di sini berlaku sekali lagi pertempuran antara pihak British dengan Dato' Bahaman tetapi pihak British sekali lagi mengalami kekalahan.

hehe...dh lame xbincagkan hal nie bang..=)

siapakan sultan pada ketika ini?

Isu ini agak sensitif juga kerana ada antara kita yg memihak kepada Bahaman dan ada yg taat kepada Raja. Jadi ianya terlalu subjektif..tk perlu kita pening2kn kepala

pada pendapat saya, org melayu dahulu cukup setia pada raja yg berdaulat..tp kenapa dlm hal ini tetibe org melayu ade yg berpihak pada datuk bahaman?adekah kerana rajanya yg tidak berdaulat atau bukan dari keturunan raja asal?

Ingin bercerita takut dikatakan menderhaka...ingin memberi pandangan takut dikatakan fikiran sumbang...
taat setia kepada Raja berpada-pada...bagaimana pula jika ada pihak istana bersetongkopl dgn pihak penjajah? Tidakkah ini merumitkan keadaan?

betul kata saudara...saya amt setuju..sebab tu saya timbulkan persoalan..pantang melayu menderhaka pada raja yg berdaulat...cube imbas balik pertelingkahan antara tun mutahir dan tun ahmad...siapa abg siapa adik..siapa raja, siapa pemberontak?

Maka tepat sekali peribahasa, dua gajah mengamuk si kancil yang tersepit ditengah2

abg nie pengamal penjurit kepetangan ker....

Sama sekali bukan. Sekadar suka memerhati org lain bersilat :)

Post a Comment