Monday 22 February 2010

Ilmu Penunduk - Perbuatan Terkutuk!

   Ustazah Nor Bayah Mahamod, Pendakwah Bebas terkemuka Malaysia menegaskan bahawa ilmu penunduk ini merupakan satu cabang ilmu hitam yang perlu dielakkan kerana ianya membawa syirik kepada Allah s.w.t kerana kita sebagai hambaNya tidak meminta terus kepada Tuhan dengan cara berdoa, sebaliknya meminta kepada manusia yang lain. Allah tidak menerima ibadah mereka yang syirik dan jika tidak sempat untuk bertaubat, balasan di akhirat, azabnya tidak dapat digambarkan. 

   Menurut Ustazah Nor Bayah juga, adalah tidak salah untuk berikhtiar dalam mencari kebahagian rumahtangga tetapi sebagai seorang Islam, kita harus tahu apakah cara yang dibenarkan agama agar kita tidak terpesong dan mengikut telunjuk syaitan.

   Ilmu sihir yang digunakan untuk menundukkan pasangan ada pelbagai jenis. Jenis sihir untuk membuatkan pasangan lebih kasih dan sayang dikenali sebagai At-tiwalah. Ahli sihir akan meminta pengamal untuk membawa satu barang yang telah dipakai oleh mangsa seperti pakaian, seluar, sapu tangan yang telah terkena peluh mangsa untuk dijampi dengan beberapa batang jarum. Setelah dijampi, jarum ini akan ditanam di satu tempat tertentu. Makanan juga akan dijampi dengan benda-benda kotor seperti darah haid, kencing atau najis untuk dihidangkan kepada si mangsa. 

   Adegan dalam filem Isteri, Perempuan dan … di mana Sofea Jane pernah melakonkan watak isteri yang dizalimi suaminya, lantas membuat nasi tangas atau nasi kangkang kepada suaminya, Nasir Bilal Khan supaya suaminya tunduk dan patuh kepada kemahuannya. Nasi tangas merupakan salah satu daripada sihir at-tiwalah dan nasi ini dibuat dengan mengambil nasi atau makanan yang masih panas, lalu dicampurkan dengan bahan-bahan kotor yang diambil daripada badan manusia (pengamal), seperti daki, kotoran celah-celah kuku dan dikangkangkan sehingga wap daripada kemaluan jatuh dalam makanan tadi. 

   Untuk menambah keberkesanan nasi tangas atau nasi kangkang ini, duduk mencangkung, rapatkan punggung pada nasi untuk selama lebih kurang sepuluh hingga lima belas minit dan lakukan ketika berada di dalam keadaan haid. Nasi tangas yang bertujuan untuk membuat suami bertambah sayang akan menjadikan suami seperti seorang bodoh yang takut kepada isteri dan mengikut sahaja apa yang diarahkan isteri.

   Ustazah Nor Bayah menekankan berkali-kali bahawa mana-mana pihak yang menggunakan bahan-bahan lain selain daripada air kosong dan ayat suci Al-Quran adalah patut dijauhi. Memandangkan zaman sekarang ini sarat dengan pelbagai jenis rawatan alternatif di pasaran yang memberi pelbagai jenis pilihan kepada pasangan yang bermasalah dalam rumahtangga untuk tampil menerima rawatan, kebijaksanaan individu dalam menilai sesuatu rawatan amat penting


Soalan:

Bolehkah seseorang mendapatkan bantuan luar kerana kusyuk dalam solatnya terganggu dengan perangai suami yang 

zalim zahir dan batin?


   Ustazah Nor Bayah menegaskan bahawa walaupun seseorang pengamal perubatan itu menggunakan ayat-ayat Al-Quran dalam rawatannya, pastikan tiada bahan-bahan lain yang diminta seperti kuku dan sebagainya.

Adalah lebih baik jika dapat menyelidiki lebih dahulu latar belakang pengamal perubatan itu samada dia seorang yang kuat beribadat atau bagaimanakah reputasinya dalam bidang perubatan Islam. Jangan terus mempercayai sekiranya bomoh atau tukang ubat menggunakan ayat Al-Quran kerana kadang-kadang perbuatan itu bertujuan sekadar untuk mengaburi mata pelanggan. Namun, jika pengamal perubatan tersebut hanya menggunakan air dan doa semata-mata tanpa menyembur air tersebut, insyaallah ianya boleh diguna pakai.

   Sejenis sihir lagi yang sering diamalkan ialah sihir kasih yang dikenali sebagai sihru'-mahabbah. Sihir ini khas untuk isteri atau suami yang tamakkan harta yang dimiliki pasangan dalam memastikan pasangan tidak beralih kasih kepada orang lain lantas segala harta akan menjadi milik pengamal seorang sahaja. Sihir jenis ini memerlukan barangan peribadi isteri atau suami yang akan dijampi dan ditanam di tempat tertentu atau dimasukkan ke dalam makanan atau minuman. Dengan jampi serapah itu, mangsa akan mengikut kehendak pengamal sepenuhnya. Jika kad ATM diminta, ianya akan diberi tanpa banyak soal.

   Terdapat juga sihir yang lebih bahaya dikenali sebagai as-sihru'i-aswad, iaitu sihir yang bermain dengan najis, kencing atau darah nifas supaya kesannya juga kotor di mana suami akan membenci semua wanita dan kemungkinan juga akan menyebabkan suami jatuh sakit kerana termakan benda-benda kotor. Selain daripada itu, jin-jin juga boleh memainkan peranan dalam menganggu kehidupan berkeluarga dengan menjadikan pasangan kelihatan hodoh atau mengganggu dalam kehidupan berkelamin dengan menyebabkan si suami berasa seolah-olah adanya sepotong daging menyekat faraj isteri atau apabila suami cuba mengadakan hubungan seks dengan isteri, jin akan mematikan suis ransangan seks yang berpusat di otak lantas menjadikan alat kelamin yang menegang keras serta merta terkulai layu dan lembik.

   Menurut Ustazah Nor Bayah, seorang teman beliau pernah mengalami kejadian terkena ilmu penunduk dan mangsanya ialah si isteri. Perkahwinan tersebut bukan sekufu di mana isteri lebih kaya daripada suami. Selepas berkahwin, keluarga pihak perempuan itu perasan bahawa anak perempuannya menyara segala-gala perbelanjaan dan walaupun diherdik dan dihina oleh si suami, anaknya tidak membalas. Lantas menyedari ada sesuatu yang tidak kena, ibu bapa dan keluarga si isteri telah mencari ikhtiar dengan membaca Yasin dan ayat-ayat Al-Quran kepada anaknya. Alhamdulillah anaknya dapat diselamatkan setelah sembilan tahun berumahtangga.

   Ilmu penunduk bukan penyelesaian kepada masalah rumahtangga tetapi ianya akan menjadi masalah kepada sesebuah rumahtangga yang dibina. Sebagai seorang Islam, tidak ada tembok antara kita dengan Allah dan doa itu merupakan senjata kita yang paling berkuasa. Allah menjanjikan manusia cabaran di dunia dan melihat bagaimana manusia menghadapinya. Menurut Ustazah Nor Bayah, Allah sering menyuruh malaikat turun ke bumi untuk memberi manusia cabaran kerana Allah rindu untuk mendengar manusia berdoa kepadaNya.

   Sifat-sifat negatif harus diganti dengan sifaf-sifat positif dan untuk pasangan suami isteri, tanamkan kasih sayang dalam rumahtangga dengan cara yang betul. Pelbagai doa yang boleh diamalkan untuk mengeratkan kasih sayang di antara suami isteri. Di antaranya ialah surah Ali Imran ayat ke 31 yang bermaksud Katakanlah: “Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” 

   Bagi mereka yang mempunyai pasangan panas baran, gunakan surah Al Hasymi ayat ke 21 untuk berdoa agar dia cepat sejuk hati. Dari Abdillah bin Mashud Radiallahu-Anhu katanya: "Saya telah mendengar Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda: Sesungguhnya jampi, tangkal dan ilmu pengasih itu adalah syirik."  (Riwayat Al-Imam Abu Majah). Rasullullah s.a.w juga pernah cuba disihir oleh orang Yahudi, maka diturunkan Allah surah tiga Qul agar dapat melindungi Rasullullah daripada disihir.

   Bagi mereka yang mengamalkan ilmu penunduk atau ilmu sihir, kesannya ialah dibenci oleh Allah s.w.t dan diberikan jiwa yang kucar-kacir yang akhirnya kehidupan akan ditimpa kebinasaan!. Jalan terbaik untuk kembali ke pangkal jalan ialah dengan bertaubat nasuha kerana Allah tidak pernah menganiaya hambaNya.



33 comments:

Sekadar berkongsi cerita dengan sahabat-sahabat di MP...berjaga-jaga......hehehehehehe!

as salam sahabat... perkongsian yang baik..

inikan rasul orang sihirkan.. inikan kita manusia biasa... mcmana yek..? Tapi Allah dah tinggalkan segalanya dalam Al Quran... segala rahsia dunia dan akhirat...

Rahasia-rahasiaNya terdapat dalam Al Quran

kalau hok kita sengaja buat sewaktu diranjang tu boleh kena "ilmu penunduk juga ke" misalnya jilat-jilat ke, isap-isapke? maaf bertanya

Soalan ini pernah kita tanya (bukanlah Ustazah), "kenapa bila jilat2 atau hisap2' tk jadi penunduknya, tapi bila makan nasi yang telah dicemari pulak menjadi? Kita tk dpt respon apa2, nasib baik tak kena pelempang Jepun! Mungkin 'jin' hanya minat kepada benda2 yang kotor baru MUJARAB kot! Kalau sama2 syok, jin pulak jeles !

pasal jin tu malu nak tengok..... dia kata sejahat2 aku.... aku tak buat kerja2 'terkutuk' cam ni....... huhuhu

Berkemungkinan! Entah2 lepas tgk dia balik buat...maybe???

ayat ni sering org salahgunakan tuannnnn...... setakat ini, ayat tersebutlah ilmu pengasih terampuh.... setau saya la....

bukan gulppp......jin akan berkata...addduuuuuuuuuusssssssssss....massssiiiinnn!

Ah ah...dibaca setakat ayat ini sahaja!

hehehe.... yg ijazahkan pd saya skrg ni mungkin tgh menyesal seumur hidup...hahaha

hahahahahaha..rezeki awk bro!

tapi sy tak pernah guna utk pikat perempuan.... hanya amalan utk utk pengasih umum.....

org encem cam bro tk perlu penunduk!

sebenarnya kesan amalan baca surah ali imran ayat 31 tu la bro..... pengasih umum... tiada sebarang penambahan utk dijadikan pengasih khusus... bahaya

dengar boleh, percaya jangan.... kadang2 kat mp ni sy pun suka mengarut.... cakap ikut dan jer,,,,...

Alangkah baiknye digunakan kepada musuh Islam agar tunduk...ekekekek...

Ilmu penunduk ni tak tahu lah kita, tapi petua nak bagi isteri sentiasa nampak muda, ada lah...tapi hanya untuk digunakan di malam pertama.....hehehe

aisey.... turunkan la bro..... mana la tau ada jodoh dapat malam pertama sekali lagi.......

untuk orang yang baru nak kawin kali pertama saja....Untuk yang lain kena bayar pengeras.huhuhuhu

itupun kalau boleh keras lagi le..... sekali bini ikat sampai tak boleh keras2....... hahahaha...... baru padan muka...

boleh.... sebilah pm n permaisuri sbg pengeras

makan minum jaga, exercise selalu, ambik supplement ikut nasihat doctor.... insyaallah masih keras.....
kalau kurang keras gak, pegi jer pandamaran jumpa pak mat...ahaksss

Ini lah org muda sekarang, umur belum 50 thn dah ambil supplement! hehehehehe

hehehe... maksud sy supplement utk imunisasi tubuh...

maaf tuan sekadar ingin tahu...jika ilmu penunduk ini kita gunakan pada haiwan peliharaayg liar bagaimana pula?

Belum pernah dicuba Tuan....mungkin....!

jgan brlaku syirik pada allah..nraka balasannya..

Post a Comment