Tuesday 2 February 2010

Sanggupkah kita?

Ketika sedang berjalan, Ibrahim bin Adham bertemu dengan seorang lelaki yang tidak dikenalnya. Lelaki itu bertanya kepadanya letak perkampungan terdekat. Ibrahim segera saja mengarahkan jari telunjuknya ke pemakaman yang ada di dekat situ sambil berkata, "Itulah perkampungan yang sebenarnya, sebuah perkampungan hakiki". Lelaki itu mundur sedikit lalu dengan perasaan kurang senang berkata, "Aku menanyakan letak perkampungan, mengapa kamu menunjukkan pekuburan kepadaku? Apa kamu hendak mempermain dan memperbodoh-bodohkan aku?".

Dengan penuh kemarahan, lelaki itu memukul kepala Ibrahim dengan tongkatnya sehingga darah bercucuran dari kepala Ibrahim. "Pukullah kepala yang telah lama berbuat dosa kepada Allah ini" Ibrahim bin Adham menjerit sambil berusaha menghentikan aliran darah dari kepalanya. Lelaki itu kemudian pergi. Kejadian ini di ketahui oleh orang yang kebetulan berada tidak jauh dari tempat itu. Ia lalu menghampiri pendatang tadi dan berkata, "Hai lelaki, tahukah kamu dosa yang telah kamu lakukan hari ini? Kamu baru sahaja memukul kepala orang yang paling banyak beribadah di zamannya. Kamu baru sahaja memukul Ibrahim bin Adham, seorang zahid yang terkenal !". 

Mendengar ini, lelaki itu segera kembali mendatangi Ibrahim lalu meminta maaf. "Aku telah memaafkanmu dan mendoakanmu masuk syurga", kata Ibrahim. "Bagaimana mungkin?", seru lelaki itu dengan perasaan lega tetapi kehairanan. "Kerana, ketika kamu memukul kepalaku, aku bersabar, dan balasan bagi orang yang sabar tidak lain adalah syurga. Jadi, tindakan kamu memungkinkan aku untuk masuk syurga Allah swt kerana kamu. Jika aku mendoakan kamu masuk neraka, ianya bukanlah sikap yang bijaksana“, jelas Ibrahim bin Adham. Begitulah sifat mukmin sejati. Akhlaknya mulia walaupun dihina dan disakiti oleh orang lain, dan di dalam hatinya, tidak terdetik untuk membalas dendam, sebaliknya mendoakan kesejahteraan terhadap orang yang menganiayainya.

5 comments:

Dari Nabi Muhammad saw bahawasanya baginda bersabda:-

"Sesungguhnya Allah tidak menyiksa kekasihnya tetapi Dia kadang-kadang mengujinya". (Al- Hadis).

sanggupkah kita? kalau dipukul sekali, mungkin sanggup .. tapi kalau dah sampai berdarah, sanggupkah ....??? rasanya belum cukup kesabaran lagi ...

segala yang berlaku pasti BESAR HIKMAHNYA...

Post a Comment