Tuesday 16 February 2010

Antara Azmat dan Tangkal - satu pandangan

MENGENAI TANGKAL AZIMAT Dr. Amran Kasimin 
(Petikan : http://solatjemaahjumaat.blogspot.com)

Terdapat perselisihan pendapat ulama mengenai hukum menggunakan tangkal (kita yang kurang arif apatah lagi !) Penjelasan sama ada, tangkal, azimat atau wafak itu boleh dibahagikan kepada dua bahagian iaitu: Pertama, tangkal yang ditulis ayat-ayat al-Quran, nama-nama Allah, sifat-sifat-Nya, daripada doa-doa (yang menjadi trend sekarang); kedua, tangkal yang diperbuat selain daripada jenis pertama, seperti daripada logam iaitu keris, paku, jarum atau duit syiling, cincin, tembaga, timah atau tahi besi dan daripada binatang seperti kulit binatang, misai atau kuku harimau, sisik tenggiling, tulang kokang, batu akik atau benang, tasbih, kayu dan sebagainya (ramai dari kita mempunyai benda-benda ini umumnya sebagai koleksi).

Tangkal yang diperbuat daripada bahan pertama, tidak kira di mana di gunakan, sama ada digantung di leher, diikat di pergelangan tangan, di pinggang, diletak di bawah bantal, di bawah alas tempat tidur, digantung di dinding, atau di atas rangka pintu tidak harus digunakan berdasarkan kepada hadis umum yang bermaksud: "Sesungguhnya jampi-jampi dan tangkal-tangkal juga tiwalah itu syirikhadis riwayat Imam Ahmaddan Abu Daud (setakat hadis ?).

Juga berdasarkan kepada sebuah hadis daripada Aqabah bin Amir yang bermaksud: "Barang siapa menggantung tangkal maka sesungguhnya dia telah syirik" hadis riwayat Ahmad, Abu Daud, Ibn Majah, Ibn Habban dan al-Hakim (sekali lagi hadis juga !). Menurut Asy-Syeikh Abdul Rahman bin Hassan seperti yang tersebut dalam Fathu`l-Majid, larangan tersebut berdasarkan kepada:

1. Umum hadis-hadis di atas melarang penggunaan tangkal, tanpa pengecualian atau merujuk kepada kes-kes tertentu.

2. Untuk mencegah kekeliruan, di mana orang awam berkemungkinan tidak dapat membezakan antara tangkal yang diperbuat daripada ayat-ayat al-Quran atau doa-doa dengan tangkal yang ditulis bukan daripada ayat-ayat tersebut.

3. Untuk mengelakkan berlakunya penghinaan terhadap ayat-ayat suci, iaitu sekiranya ia dibawa ke tempat-tempat kotor, seperti tandas, dipakai ketika istinjak, ketika dalam keadaan junub dan sebagainya. Pendapat ini disokong oleh Abdullah bin Mas'ud juga murid-muridnya, Ahmad Hambal dan juga kebanyakan para sahabat, dan disokong oleh ulama yang terkemudian daripadanya seperti Ibn Abbas, Uqbah bin Amir dan IbnAkim.

Pendapat kedua ialah pendapat yang mengharuskan penggunaan tangkal yang diperbuat daripada ayat-ayat al-Quran, nama-nama Allah dan sifat-sifat-Nya. Ini adalah pendapat Abdullah bin Umr bin al-As, juga sesetengah ulama salaf. Menurut fatwa jawatankuasa fatwa kerajaan Arab Saudi yang dibukukan, iaitu dalam Al-Fatawa Az-Zahabiyah, 1996, ms. 252, pendapat pertama, iaitu pendapat yang melarang penggunaan tangkal adalah lebih kuat hujahnya, lebih mantap untuk memelihara akidah, tauhid dan pegangan hidup orang Islam.

Menurut Ibrahim an-Nakhaiy, para ulama salaf tidak menyukai (karahah) penggunaan tangkal. Yang dimaksudkan dengan karahah di sini ialah haram. Ini adalah pendapat Imam Ahmad, juga pendapat sekumpulan sahabat yang disokong oleh ulama yang terkemudian. Adapun tangkal yang diperbuat selain daripada ayat-ayat al-Quran dan nama-nama Allah, sifat-sifat-Nya juga doa-doa, maka hukumnya adalah syirik, berdasarkan kepada umum hadis-hadis di atas.

Keterangan hadis berikut memperkuat larangan menggunakan tangkal :
Pada suatu ketika Abdullah bin Mas'ud mendapati isterinya memakai kalung yang ada padanya tangkal. Beliau telah melucutkan tangkal itudan memotongnya sambil berkata: " Seluruh keluarga Abdullah tidak boleh melakukan amalan syirik kepada Allah dengan sesuatu yang tidak pernah diturunkan oleh Allah keterangannya.'' Kemudian beliau berkata, menyatakan yang beliau pernah mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya jampi-jampi,tangkal-tangkal dan tiwalah itu syirik".

Para sahabat telah bertanya: Ya Rasulullah, jampi-jampi dan tangkal telah kami tahu, apakah yang dinamakan 'tiwalah' itu? Baginda menjawab: Tiwalah itu ialah pekerjaan yang dilakukan oleh kaum wanita agar dengannya suami-suami menyayangi isteri-isteri mereka.

Larangan menggunakan tangkal ini sama seperti fatwa yang dikeluarkan oleh As-Syeikh Abdul Halim Mahmud (Ahmad an-Nuhas, 1994:515). Larangan menggunakan tangkal ini meliputi tangkal yang diperbuat daripada logam, yang dipakai di pergelangan tangan seperti yang dijelaskan oleh hadis berikut: Daripada Imran bin Husain "..sesungguhnya Nabi telah melihat seorang lelaki memakai gelang tembaga di lengannya. Baginda bertanya: Apa ini? Lelaki itu menjawab: Ini adalah benda yang lemah. Mendengarkan katanya itu baginda bersabda: Lucutkan ia. Sesungguhnya ia tidak menambah, kecuali kelemahan. Kalau kamu mati sedangkan ia tetap kamu pakai, selama-lamanya kamu tidak akan selamat.." hadis riwayat Imam Ahmad.

Lelaki yang memakai tangkal tembaga ini mengalami sakit di lengan.Tangkal yang dipakai telah dijampi terlebih dahulu. Baginda s.a.w.menyuruh agar menanggalkannya, jangan dipakai lagi dan menyatakan bahawa tangkal itu akan hanya menyebabkan dia lebih lemah, kerana hati dan harapannya selama itu bergantung kepada tangkal yang tidak memberi manfaat atau mudarat.

Menurut Ahmad an-Nuhasiy at-Tumi dalam kitabnya Syifau `r-Rahman ll`s-sihr wa `l-hasad wa Amradi'l-Jan, ms. 101, perbuatan menggantungkan al-Quran pada anak-anak kecil juga pada orang dewasa, ataupun di kereta untuk melindungi diri daripada kecelakaan, atau daripada gangguan jin-jin adalah termasuk dalam amalan bid'ah. Begitu juga perbuatan menggantung ayat-ayat al-Quran, seperti surah Alam Nasrah dikedai-kedai, agar terhindar daripada pencuri berdasarkan kepada hadis-hadis di atas (bagaimana dengan nombor 786 ?).

Dalam satu soalan yang dikemukakan mengenai hukum menggantungkan tangkal pada pesakit yang ditulis padanya doa-doa dengan ayat-ayat al-Quran dengan perkataan Arab yang tidak difahami maknanya, yang disertai dengan lakaran bintang-bintang, juga nama-nama nabi, as-Syeikh Abdul Aziz bin Baz memberi fatwa bahawa tangkal tersebut tidak harus digantungkan pada manusia, diletakkan dalam pakaian, di atas hamparan tempat tidur, atau di mana-mana tempat dalam rumah, untuk menolak bala atau kecelakaan, atau untuk mendapatkan kebahagiaan. Perbuatan tersebut adalah syirik.

Dalam sebuah hadis riwayat Imam Ahmad, Ibn Majah, Ibn Hibban danal-Hakim, daripada Zainab, iaitu isteri Abdullah bin Mas'ud, ia berkata bahawa suaminya telah melihat sehelai benang dililit di lehernya. Dia bertanya: Apa ini? "Sehelai benang yang telah dibacakan jampi"  jawab isterinya. Abdullah bin Mas'ud telah melucutkan benang tadi lalu memotongnya, kemudian dia berkata: Semua keluarga Abdullah bebas daripada syirik. Sesungguhnya aku telah mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya jampi dan tangkal juga tiwalah itu syirik". Zainab bertanya, "kenapa kau berkata sedemikian rupa, padahal mataku mengeluarkan air mata apabila terpandang seorang Yahudi dan apabila aku memakainya, air mata itu tidak keluar lagi. Abdullah menjawab: "Sesungguhnya itu adalah amalan syaitan. Apabila kamu taat kepadanya, ia akan mencucuk mata dengan jarinya". Cukuplah engkau membaca, seperti yang dibaca oleh Rasulullah s.a.w. doa yang berikut:

Hilangkan sakit ini : "wahai Tuhan manusia, sembuhkanlah aku, Engkau adalah penyembuh, tidak ada kesembuhan kecuali kesembuhan-Mu, kesembuhan yang tidak meninggalkan sakit.." hadis riwayat Ibn Majah, AbuDaud dan al-Hakim.

Pendapat keempat, penggunaan tangkal (tidak kira sama ada tangkal yang diperbuat daripada ayat-ayat al-Quran, nama Allah, sifat-sifat-Nya dan doa-doa, yang ditulis pada kertas, kain atau pakaian (dibuat baju), logam, daripada binatang, tumbuh-tumbuhan, batu akik, termasuk benang dan sebagainya) dilarang menggunakannya apabila ia disertai dengan amalan sihir, seperti yang dijelaskan dalam sebuah hadis: "Barang siapa membuat satu simpulan, kemudian meniupnya, maka sesungguhnya dia telah melakukan amalan sihir, barang siapa melakukan amalan sihir maka sesungguhnya dia telah melakukan syirik" hadis riwayat an-Nasaiy.

Yang dimaksudkan dengan sihir di sini ialah perbuatan menyediakan tangkal yang terdiri daripada sesuatu yang boleh dibuat pengikat, seperti benang, kain dan sebagainya, atau benang yang diletakkan padanya tangkal, ataupun kain yang diambil daripada kain kapan, kemudian dibacakan dengan rangkaian jampi mantera untuk memanggil jin-jin, sama ada jin-jin yang dibela, dibuat sahabat atau dibuat saudara yang akan "bersama" dengan tangkal yang dibuat tadi, membolehkan pemakai tangkal memperoleh natijah luar biasa, yang dianggap sebagai "hikmah" untuk pendinding diri, disukai ramai, penggerun dan sebagainya, kemudian bahan tadi ditiup yang diistilahkan sebagai "an-nafath". Orang yang berkenaan telah melakukan sihir.

Kalimah "an-nafath" asalnya bererti mengeluarkan sesuatu daripada mulut seperti kahak atau air ludah (al-Munjid, 1966: 823), tetapi yangdi maksudkan di sini ialah meniup daripada mulut tanpa mengeluarkan air ludah. Amalan ini banyak dilakukan oleh tukang-tukang sihir perempuan dizaman jahiliah seperti yang tersebut dalam al-Quran (al-Falaq, 4). Jelasnya, tangkal tidak kira daripada bahan apa ia disediakan, sekiranya disertai dengan pemujaan jin-jin, maka amalan itu tetap dilarang. Orang yang berbuat demikian telah melakukan sihir, yang boleh menyebabkan syirik iaitu salah satu dosa besar yang dilarang dalam Islam.



Sesungguhnya Allah tidak mengampuni dosa syirik dan Allah mengampuni dosa selain daripada dosa syirik terhadap mereka yang dikehendaki oleh-Nya - (an-Nisa': 48).


 "...Kelak kamu akan dapati (golongan-golongan) yang lain, yang bermaksud supaya mereka aman daripada kamu dan aman (pula) dari kaumnya. Setiap mereka diajak kembali kepada fitnah (syirik), mereka pun terjun ke dalamnya. Karena itu jika mereka tidak membiarkan kamu dan (tidak) mau mengemukakan perdamaian kepadamu, serta (tidak) menahan tangan mereka (dari memerangimu), maka tawanlah mereka dan bunuhlah mereka di mana saja kamu menemui mereka, dan merekalah orang-orang yang Kami berikan kepadamu alasan yang nyata (untuk menawan dan membunuh) mereka... (An-Nisaa':91). 


70 comments:

Kena cari balik 'barang-barang' yang ada !

salam tuan paduka panjii.. hehehe

Perjalanan kehidupan ku yang 'hitam sehitam2 nya'.....hehehehe

Huuiii.. saya lagi itam tuannn.. hehehe

tangkal2 ni kadang2 macam2 cara nak dibaginya.. huhu.. itammmmm

Tepat sekali....makanya fikir2 lah apa yang baik bagi diri kita. Insya Allah

betul tuann.. takot menda2 gini.. kang salah2 amek.. ada 'sepaideman' dengan kostum putih duk melekat kat penjuru dinding.. huhu

Alahai.....bab ini yang malas nak bayangkan!

hehehe.. jangan bayang tuan panji.. hehehe

Sebenarnya nak bagitau segan, Yang tuan cakapkan pernah terjadi !

oh cincin2 ku.... oh keris2 ku.... oh badik2 ku......

berkenaan menggantung ayat suci alQuran di rumah atau kedai dsb, hukumnya asalnya adalah harus, tetapi berubah menjadi haram / syirik sekiranya beriktikad bhw apa yg digantung itu berkemampuan utk melakukan sesuatu spt menghindarkan sihir atau jin.....

bagaimanapun sekiranya pengguna tangkal atau ayat2 tersebut beriktikad bhw segala sesuatu yg berlaku adalah hanya dgn izin Allah SWT semata2, maka hukumnya kembali kepada harus....

disini sukalah saya membuat analogy mengenai memakan panadol bagi mengubati sakit kepala.... maka hukum asalnya yg harus boleh menjadi haram/syirik, bergantung kpd niat atau iktikad.......

Wallahua'lam

erkkkkk... huhu, jahat sungguh sepaiderman ituu

ada lagi..oh taring dan misai harimauku...oh kemenyan bunianku...oh baju besi dan wafak moyangku..oh keris2 siluman..ish ish ish ! Tidak berani akan kita untuk 'bertegang leher' dengan Paduka Harizant..maklumlah Empat senawi atau lebih lagi???

Bukan jahat, tetapi bila manusia itu sendiri ingin melihat 'siapakah dia' maka dimakbulkan hajatnya...na'uzubillah!

Hehehe.. tapi tuan dah nampak kan?.. rezeki tuan panjii

lho...kok bilang begitu bang...??? ampat sanawi sy tu lama dah tak diiktiraf kerana pd zaman ini, terlalu ramai pengkaji agama yg lulusan unibersiti besau2 mcm al azhar, uia, um, ukm dll.....

itu tak termasuk pengkaji bebas yg penuh 10 almari buku2 agama... tak daya org cam sy ni nak berhujjah agama pun ... apa lagi amalan pun amat kurang......ahaksss..

Tidak termasuk juga mereka yang 'mampu' menembusi alam malakut...lagi dasyat!

hehehe.... tahap gaban cam ni lagi la sy tak daya.... apa nak buat....

alam flora pun buleh tuan harizannnn

salam Tuan-tuan Paduka sekalian........ izinkan hamba duduk tumpang mendengar akan perbahasan tahap tinggi ini...... nak nyampuk.... ilmu tak de.... huhuhu

sama la kita tuann.. hamba ini tukang perati leh laa.. pastu jap2 kang garu kepala sebab tak faham.. huhu

Garu kepala tak pe...garu celah koleper..adusssssssss!

dalam membicarakan isu sebegini, yakni mengenai hukum dimana terdapat 2 pendapat yg berlawanan, hendaklah kita berhati2 dlm membuat pilihan - tidak boleh terburu2 utk menghukum sesuatu perbuatan itu sbg syirik atau sebaliknya. sebaiknya hendaklah mempunyai ilmu tauhid yg kukuh sebelum bermain2 dgn benda2 spt tangkal dan keris - juga, jikalau mahu berfatwa, hendaklah mahir dlm ilmu Al Quran dan Ilmu hadis, sehingga dapat membezakan apa yg sebenarnya tersirat dalam yg tersurat.... berhati2 menghukum perbuatan seseorang itu sbg syirik, kerana ia umpama mengkafirkan seorang muslim atau mukmin lain.... saya tak berani nak kata syirik atau harus dgn sebenar2 jitu mengenai perihal penggunaan tangkal.... cuma sy berani kata, yg penting iktikad kita sendiri...

semoga dijauhkan dari perkara2 yg membatalkan syahadah.....

Salam tuan2 ... ingin kita kongsikan sedikit apa yg kita dpt dr web :

1) Abdullah Hannafi bin Abdul Yazid Al Harqani dari Hudzaifah Al Adawy dari Yahya bin Malik menceritakan, bahawa ada seorang lelaki dari kaum Al Khazraj sebelum perang Badar, mengatakan kepada kawannya dan didengar oleh Rasullullah SAW, lelaki itu mengatakan, "azhiimah (awfaq atau wafaq) dan ruqyah itu adalah haram hukumnya". Nabi SAW bersabda kepadanya, "apakah engkau telah menerima wahyu Allah sebelum aku, mengenai hal itu?" dan lelaki itu pun berlalu pergi dengan perasaan malu atas ucapan sindiran Rasullullah SAW, dan dari semenjak itu, dirinya tidak pernah terlihat lagi sampai perang badar selesai ...(HR Muslim).

2) Ibnu Abbas RA menceritakan kepada Abdu Manaf Al Makhzummy bin Abi Al Arqam, bahawa ketika Rasulullah SAW melihat seorang lelaki dari kaum anshar tengah mengikat sesuatu pada kepala orang yang terkena penyakit gila, lalu beliau bersabda, "Apa yang kamu ikatkan di kepala orang itu?" Jawab lelaki itu, "Ya Rasulullah, ku ikatkan dia dengan azhiimah (awfaq atau wafaq)". Rasullullah SAW bersabda, " Tidak mengapa, jika mendatangkan manfaat para orang itu" (HR Ibnu Abbas).

- wallaahu'alam ...

terimakasih tuan mazintan atas penerangan lanjutnya.....

sama2 tuan, sekadar berkongsi apa yg kita jumpa ... supaya kita mengkaji dan meneliti setiap sesuatu sebelum menjatuhkan hukum ...

Opsss... huahua, tuan paduka panji jangannn

Kita setuju sebab itu kita nasihatkan 'baca' dan 'fahami' apa yang ditulis oleh Penulis. Yang jelas tidak ada hadis yang sahih dalam isu 'wafaq' terutama sekali.

Kalau mengikut perbincangan yang berlaku ni saya rasa hadis yang digunakan ni hadis sahih terutama sekali menyertakan Imam Bukhari dan Imam Muslim sebagai periwayatnya dan jika hadis itu memang terkandung di dalam Sahih Bukhari dan Sahih Muslim.

Cuma mungkin hadis yang digunakan tidak mencapai darjat hadis mutawatir.

kedua-dua bidang nie harus kita pelajari, tanpa memahami hadis, kita terawang-rawang tak tahu punca dan sumber, begitu juga dengan wafak, apa dia wafak, bagaimana wafak itu wujud dan bagaimana wafak digunakan dalam masyarakat...jadi kita tahu di mana salahnya silapnya, khurafat syiriknya...hok nie pentingnya ngaji, berguru pula bukan pada seorang tapi ramai..jadi kita akan dapat macam-macam pandangan..asas feqah kena kuat, tauhid usulludin kena faham, asal usulnya wafak tu juga perlu tau...dalam soal agama nie kena ngaji dari alif...kita pakat ngaji, musyawarah, cari jalan hok comel..wallahualam

Amat setuju kita dengan pandagan tuan ini.

sy juga amat bersetuju dgn saranan dan nasihat tn prof kita.... kaji dulu apa itu wafak tangkal dsb, baru lah kita hukumkan bersandarkan nas2 yg ada dr Al Quran, Hadith dan Ijmak Muttahidin....

Pandangan yang baik bro. Amat bersetuju!

tumpang dengar Tuannnnn............. bagi hamba yg tak berilmu ni..... dapatlah sikit tambah pengetahuan.........nak nyampuk tak berani... almaklumlah basic pun takde.....

kalau tuan basic pun tak ada, maka sy apatah lagi.... baru merangkak nak mula alip ba ta

Waduh..kalau berani menyampuk, penyepak Jawa melekat di muka ! Janganlah merendah diri tuan, yang ada dikongsi bersama. Dada tuan dengan kita sama besar, cuma tuan lebih sikit tang perut aje!

wahhhh....... alif ba ta????....... sudah mula mengenal 'besi' ke Tuannnnnnn???..... sudah mula mau berkomunikasi?........

adat orang yang tak hebat.... Tuannnnnn...... tiadalah berani mengangkat kaki......maaf dipinta berlalu diri...... pulang ke rumah limau dicari.... untuk dipotong dimalam hari....... hehhehehhe

Pulang ke rumah limau dicari, keris yang lama, habis kita 'mandi!'....adussssssss..!

maka menjerit2 lah keris dilimau..... katanya...... BUKAN AKU!!!...... BUKAN AKUUUU!!!......huhuhu

Maka ditanya lagi oleh sahabat kita, "kalau bukan perbuatan engkau, siapa ?" Yang bestnyer, sahabat Jawa kita diam membisu.....innocent !

hahhahahhahaha....... dengan tuannya pun dia buat deekkkkkkk je...... ada ka patut.......????...... (adegan yang tak ingin kita lihat).....

Maka berkatalah sahabat Jawa tadi "kalau Merapi sanggup ku harungi, inikan pula limau nipis, tidak ku geruni..'

" Kepada Nabi Allah turunkan Mukzizat
Kepada Wali Allah turunkan Hikmat
Kepada Manusia Allah turunkan Azimat "

Ma'af banyak-banyak, sekadar berkongsi aja. Kalau salah tolong betulkan.

Alhamdulillah. Terima kasih diucapkan kepada Paduka Raden kerana perkongsian ini.

syahdan setelah mustaid segala urusan berlimau itu, berkatalah ia "sampai hati tuan aku buat begitu pd ku...."

meskipun demikian, sahabat Jawa itu sekarang sudah menyesali kesalahannya, dan mohon kembali bertuankan si Jawa itu, katanya, "aku mau pulang, tapi rumahku tiada di sini lagi.... terimalah aku kembali tuan kerna sesungguhnya aku telah bersih kembali..."

Alahai...syahdunya....sedih kita !

boleh percaya ker bro....? takut ianya satu helah lagi untuk berbuat onar.....

Kalau manusia pandai berlakon, apatah lagi dia orang! Tapi kalau Bro Curra berikan lampu hijau, tidak ada masalah kot?

maka berkumandanglah lagu SAMPAI HATI dari kumpulan spring....... dnyanyikan oleh keris jawa yang terbugis...... huhuhu

avira-antivirus-pro-crack
is the best software to kill viruses and malware in your system for your protection. It is full of safety tools. Therefore, you can scan the system in a short time. Besides, it is suitable for both Mac and Windows operating systems.
freeprokeys

dr-fone-crackcan be a productive and fantastic tool for assigning all one of those misplaced data out of the own system. It may operate on different hardware systems, for example, cellular apparatus, and is very flexible.
new crack

This article is so innovative and well constructed I got a lot of information from this post. Keep writing related to the topics on your site.
Tuxler Crack
Ultraviewer Crack
Vidjuice Unitube Crack
Zebra Designer Crack
Letsview Crack
Mathtype Crack
Sourceguardian Crack
Combo Cleaner Crack
WinRAR Crack

With your presentation, you make it appear so simple, but I find this subject to be one that I believe I will never understand.
It appears to be far too sophisticated and vast for me.
I'm looking forward to reading your future post,
I'll make an effort to grasp it!
dbpoweramp music converter crack full version
acronis true image crack
atomic email hunter crack
magix music maker crack

This comment has been removed by the author.

if you'd want to hire a blogger, I'd be happy to do so.
I'm sure this will be a big help to you, and I look forward to it.
I'd be happy to help if you ever need someone to shoulder some of your responsibilities.
My blog will link back to yours in return for writing material for yours.
If you'd like to get in touch, please do so by email. I appreciate your kind words!
iobit malware fighter crack
windows 7 ultimate crack
driver booster crack
teamviewer crack

You have a great site, but I wanted to know if you know it
any community forum dedicated to the same topics
discussed in this article? I really want to be a part
of a society where they can receive information from others with knowledge and interests.
If you have any suggestions, please let us know. I appreciate!
avast pro antivirus crack
ashampoo burning studio crack
iobit driver booster pro crack crack
freemake video downloader crack

This application is a strong IDE programming that gives you smart thoughts to build your foundation. So, this product upholds numerous dialects. What's more, its usefulness furnishes you with complete route documents. This program makes projects for you that utilization the most recent series Fortnite 9.11.2 Crack 2022

Dr.Fone Crack is the world’s first iOS and Android information recuperation programming, which has helped heaps of individuals.
DVDFab Crack Its speedy, it’s basic, and no doctorate is required. You can duplicate a twofold layered dvd9 onto 2 dvd5s in about 90 minutes to 2 hours, from start to finish. It practically thoroughly takes care of you.
Escape Crack is an MMO FPS/TPS game with RPG segments and an endurance sandbox. Likewise, players become individuals from two military corps, which battle each other in the principal Russian city.

I guess I am the only one who comes here to share my very own experience guess what? I am using my laptop for almost the past 2 years.



imagenomic-portraiture Crack



sidify-music-converter Crack



picpick-professional serial-key



redshift-render Crack

I guess I am the only one who comes here to share my very own experience guess what? I am using my laptop for almost the past 2 years.

amazing-slow-downer crack



euro-truck-simulator Crack



rhinoceros Crack



eset-internet-security Crack



sidify-music-converter Crack

Fresh-Cut Flowers for Any Occasion. Order now. Get Directions. Sign Up For Offers. Safe Shopping. Highlights: Customer Service Available, Nationwide Delivery Available, Professional Floral Experts Available.

webstorm crack
typing master pro crack
vso convertxtodvd crack
mackeeper crack
teamviewer crack with torrent

Great Blog Your Blog is Very Nice and Helpfull Crack Software

I enjoyed read over your blog post. Your blog have nice information, I got good ideas from this amazing blog.
DVDFab Passkey
Thunderbird
Wondershare PDFelement Pro
Skype

Post a Comment