Tuesday 16 February 2010

Kita Golongan Yang Mana ?

Pembahagian manusia di sisi Allah subhanahuwata`la di akhirat kelak terbahagi kepada empat golongan :

1) As-saabiqu bi al-Khairat.(yang mendahului dalam melakukan kebaikan) Mereka ialah golongan yang sangat dekat dengan Allah, merekalah ahli Ihsan (yang suka berbuat kebaikan dan memperbaiki kerosakan), merekalah golongan yang tertinggi sekali kedudukan(maqam,thabaqat) di sisi Allah (selepas para nabi dan rasul), mereka menunaikan semua perkara-perkara fardhu (wajib) dan meninggalkan perkara-perkara haram Mereka sangat gemar melakukan amalan-amalan mustahab (sunnah) dan ibadah-ibadah yang dituntut,mereka meninggalkan perkara-perkara yang haram, al-makruhaat (perkara yang dibenci) dan al-musytabihaat daripada perkara yang diharuskan kerana takut terjebak ke dalam larangan Allah.

2) Al-muqtasid (pertengahan) Golongan ini ialah golongan kanan, mereka adalah golongan al-abrar(yang suka berbuat kebaikan), mereka menjaga batasan-batasan yang telah Allah tetapkan, dan beristiqamah di atas agama Allah tetapi mereka tidak melakukan amalan-amalan mustahab, nawafil seperi golongan pertama.Mereka melakukan sebahagian al-makruhaat (perkara yang dibenci), dan al-musytabihaat daripada perkara yang diharuskan.Maka kedua-dua golongan yang terawal ini kesemua mereka merupakan ahli syurga dan diantara yang terawal memasukinya dan mereka tidak masuk dalam neraka.

3) Az-zholimu li nafsih golongan yang menzalimi diri sendiri Golongan ketiga ini merupakan mereka yang menzalimi diri mereka sendiri, mereka ialah orang-orang yang beriman yang meninggalkan sebahagian kewajiban atau melakukan sebahagian perkara-perkara yang haram, kesemua mereka ialah orang yang beriman dan ahli syurga secara umumnya, tetapi mereka berada dalam keadaan yang merbahaya yang boleh memasukkan diri mereka ke neraka disebabkan menzalimi diri mereka sendiri dengan perbuatan maksiat.Dan status mereka berada di atas mashiiah (kehendak) Allah dan termasuk dalam firman Allah:


وَيَغْفِرُ مَا دُونَ ذَلِكَ لِمَنْ يَشَاءُ

"..dan Dia (Allah) mengampuni segala dosa yang selain dari (syirik) itu, bagi siapa yang dikehendaki-Nya ". [an-Nisa`[4]:48]

Jika mereka diampunkan oleh Allah maka mereka akan dimasukkan ke dalam syurga ataupun mereka akan diazab dahulu dalam neraka kemudian dikeluarkan daripadanya dan dimasukkan ke dalam syurga melalui syafaat dari pemberi-pemberi syafaat ataupun hanya dengan rahmat Allah swt.

4) Al-kaafir. Golongan yang kafir Golongan yang keempat inilah golongan ashabul mashamah dan merekalah golongan kiri,mereka terdiri daripada orang-orang kafir, pendusta-pendusta agama, dari kalangan yahudi, nasrani, majusi, munafiqin, musyrikin, wathaniyyin (penyembah berhala), kesemua mereka akan masuk neraka dan mereka dihumban kedalam neraka selama-lamanya. Moga Allah menyelamatkan kita dari termasuk dari golongan ini. Maka tiga golongan yang terawal kesemua mereka merupakan ahli iman, merekalah golongan yang Allah wariskan kepada mereka al-kitab(al-Quran) dan merekalah golongan yang dipilih oleh Allah dari kalangan hamba-hambaNya sepertimana firman Allah swt :

ثُمَّ أَوْرَثْنَا الْكِتَابَ الَّذِينَ اصْطَفَيْنَا مِنْ عِبَادِنَا فَمِنْهُمْ ظَالِمٌ لِنَفْسِهِ وَمِنْهُمْ مُقْتَصِدٌ وَمِنْهُمْ سَابِقٌ بِالْخَيْرَاتِ بِإِذْنِ اللَّهِ ذَلِكَ هُوَ الْفَضْلُ الْكَبِيرُ

"..Kemudian Kitab itu Kami wariskan kepada orang-orang yang Kami pilih di antara hamba-hamba Kami, lalu di antara mereka ada yang menzalimi diri mereka sendiri dan di antara mereka ada yang pertengahan dan di antara mereka ada (pula) yang lebih dahulu berbuat kebaikan dengan izin Allah. Yang demikian itu adalah kurnia yang amat besar.." [al-Faathir[35]:32]

Allah swt menyebut dua golongan yang terawal golongan As-saabiqu bi al-Khairat (yang mendahului dalam melakukan kebaikan) dan golongan Al-muqtasid (pertengahan) dalam awal ayat dari surah al-Waaqi`ah manakala pada akhir surah ini Allah menyebutkan golongan yang kafir: Firman Allah swt :

وَكُنْتُمْ أَزْوَاجًا ثَلَاثَةً

"..dan kamu menjadi tiga golongan..".

فَأَصْحَابُ الْمَيْمَنَةِ مَا أَصْحَابُ الْمَيْمَنَةِ

"..iaitu golongan kanan.Alangkah mulianya golongan kanan itu..."

وَأَصْحَابُ الْمَشْأَمَةِ مَا أَصْحَابُ الْمَشْأَمَةِ

"..Dan golongan kiri. Alangkah sengsaranya golongan kiri itu..."

وَالسَّابِقُونَ السَّابِقُونَ () أُولَئِكَ الْمُقَرَّبُونَ

0 comments:

Post a Comment