Sunday 21 February 2010

Jangan kedekut Ilmu !

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Jadikanlah dirimu orang alim (berilmu) atau orang yang menuntut ilmu atau orang yang selalu mendengar pengajaran atau orang yang mencintai (tiga golongan itu) dan janganlah engkau menjadi daripada golongan kelima, yang dengan sebabnya engkau akan binasa.” (Hadis riwayat al-Bazzar)

Ilmu menduduki darjat yang tinggi di sisi manusia dan Allah. Orang berilmu akan dimuliakan oleh penduduk langit dan bumi. Oleh itu, setiap mukmin hendaklah berusaha mempertingkatkan kemajuan dirinya sama ada:

  • Menjadikan dirinya orang alim (berilmu) yang mengajarkan ilmunya kepada orang lain.
  • Menjadi orang yang belajar (menuntut ilmu).
  • Mendengar atau mengikuti majlis ilmu.

Menghormati atau mencintai satu daripada atau ketiga-tiga golongan di atas dengan menurut jejak langkah mereka. Dengan adanya sifat disebutkan di atas, kehidupan seseorang itu sentiasa terjamin untuk mendapat keselamatan dan kebahagiaan jasmani atau rohani kerana sentiasa berada dalam jagaan ilmu pengetahuan yang memimpinnya ke jalan benar.

Sementara mereka yang tidak termasuk dalam golongan itu atau ‘bodoh sombong’, mereka adalah golongan bakal mendapat kebinasaan kerana tidak ada pimpinan dapat memandu kepada kebaikan. Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang ditanya mengenai ilmu lalu dia menyembunyikannya akan diikat mulutnya (meletakkan kekang di mulutnya seperti kuda) dengan kekang daripada api neraka pada hari kiamat.” (Hadis riwayat Abu Daud dan at-Tirmidzi)

Islam menghargai ilmu dan ilmuwan sehingga kedudukan ilmu serta ulama dipandang tinggi seperti firman Allah Surah Al-Mujaadalah : ayat 11.



Hai orang-orang yang beriman, apabila dikatakan kepadamu: "Berlapang-lapanglah dalam majelis", maka lapangkanlah, niscaya Allah akan memberi kelapangan untukmu. Dan apabila dikatakan: "Berdirilah kamu, maka berdirilah, niscaya Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman di antaramu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa derajat. Dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.  (Al-Mujaadalah : 11)

Berjihad dalam ilmu maksudnya ialah bersungguh-sungguh membentuk masyarakat berpengetahuan serta memberikan gambaran benar mengenainya tanpa merasa iri hati atau tamak kerana orang yang memberikan ilmu dikurniakan balasan pahala dan kebaikan sama seperti orang mengamal ilmu itu. Mereka yang tidak kedekut ilmu juga akan dilimpahkan rahmat Allah kerana semua makhluk Allah mendoakan supaya diberikan balasan sebaiknya.

Sabda Rasulullah yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah sentiasa memberi rahmat dan malaikat-Nya serta penduduk langit dan bumi, sehinggakan semut dalam lubangnya dan ikan di laut sentiasa berdoa untuk sesiapa yang mengajarkan perkara baik kepada orang ramai.” (Abu Umamah).


Sumber: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

11 comments:

Ooo, kedekut tu maksudnya pelit kalau disini..

Memang betul, meski seayat, ilmu harus dibagi (dikongsi)...jangan pelit-pelit..:)

Terima kasih kerana sudi berkongsi pengetahuan Paduka Bambang. Kok ada maklumat jangan pelit-pelit ya. Wasalam

Salam sejahtera,
Ada juga kekawan kita yang sorok guru, ada sorok tukang,

nak buat macamana Tuannnnnnn.... dia rasa yang dunia, guru dan ilmu itu dia yang empunya......

Seperti dunia, hai ana yang punya! (Lagu Madu 3)

Eishhh....tukang kena sorok jauh2 dalam hutan, rugilarrr ana punya meniage!
aku rasa sesapa pun xkan declair dorang punya tukang hatta aku sendiri, nasib lerrr yeoppp!

mintak2lah pada yang suka sorok tu...... agar kami tak jumpa....... alamatnya satu dunia akan tahu...... huhuhu....goooooonnnnnggggGGGGG!!.....

hhohohohoho....jangan harappp!

Mana nak jumpa, dia menyorok bawah .....Hantu Kopek!

hantu kopek pon pandai mengukir
hebat2
he3

Post a Comment