Wednesday 17 February 2010

Inilah yang tinggal !




Tanah diwakafkan Marhum Muhammad Arif dan Saodah, SetapakMasjid Jami'ul Ehsan di Setapak merupakan salah sebuah masjid tertua dalam sejarah pembangunan Kuala Lumpur. Tanah keturunan Dato' Alam Selangor@ Dato' Simpan

12 comments:

lambat laun akan terhakis dek pembangunan yang pesat jika tidak diambil precautions...

Memang benar sekali Paduka BP!

bila g amik foto nya bang?

Guna fasilitas yang ada kat internet bro. Alhamdulillah ada juga hamba Allah yang sudi mengambil foto2 buat kenangan. Waris cam kita ini, bukan sahaja malas, camera pun tk de !

Kalau tuan lihat setapak7.jpg, di belah kanan Masjid lama adalah laluan untuk keluarga Datuk Alam Selangor dan Datuk Sati. Di sebelah kiri pula adalah laluan untuk org2 kampung (itulah diceritakan kepada kita).

"Pada ketika itu orang Minangkabau juga telah mendirikan sebuah masjid lain, iaitu berdekatan dengan gedung Gian Singh pada 1930-an.Disebabkan adanya dua buah masjid bagi masyarakat Melayu di Kuala Lumpur, maka terjadilah perselisihan kerana masing-masing hendak mendirikan solat Jumaat di Masjid mereka. Ini hampir menimbulkan perkelahian besar. Tetapi dengan campur tangan Sultan Abdul Samad, sembahyang Jumaat telah diadakan secara bergilir-gilir maka selesailah perselihan faham tersebut.

Sejak Kuala Lumpur dibuka hingga 1890-an, Bukit Nenas adalah pusat kuasa bagi masyarakat Melayu kerana wakil Sultan menetap di situ. Jika ada sebarang keramaian tradisional seperti sempena perlantikan ketua atau pembesar masyarakat Melayu, maka ia diadakan di Bukit Nenas. Antaranya sempena perlantikan Tuk Alam Setapak, Tuk Bela Sungai Cantik, Imam Perang Muhammad Arif, Raja Utih dan Tuk Dagang Dianjuk (Haji Abdullah Hukum sendiri), dimana satu keramaian telah diadakan selama tujuh hari tujuh malam menurut adat keramaian zaman dahulu.." petikan : http://ms.wikipedia.org/wiki/Haji_Abdullah_Hukum

Laluan untuk ke sungai dan juga ke pekan?

tembak jer org yg kejar kan pembanggunan (poket sendir) tuh......

Yang berduit, maka berpengaruhlah akan dia. Siapalah kita kudrat amat terhad!

eh.bila nak ke bukit nenas kita?

Bila ada gang yg sanggup tunjuk kita akan tempatnya bro

Post a Comment