Wednesday 15 July 2009

Wali pun manusia biasa?

Suatu hari, seorang wali yang dikenali sebagai Ba Yazid atau Abu Yazid sedang jalan-jalan di satu lorong. Tiba-tiba seekor anjing menghampirinya. Oleh kerana takut jubahnya tersentuh kulit anjing itu, maka Abu Yazid menarik pakaiannya ke atas. Tiba-tiba anjing itu bersuara seperti suara manusia, “Kalau kulit aku kering, terkena kulitku, tuan tidak perlu mencuci pakaian tuan, tapi kalaulah kulit aku basah, tuan boleh menyamak pakaian tuan itu. Tetapi sifat benci yang ada di dalam diri tuan itu tidak boleh dicuci walaupun dengan tujuh batang sungai sekalipun. Dosa bathin itu payah untuk dicuci.

Abu Yazid berkata, “Wahai anjing,kamu ini sangat bijak. Marilah tinggal dengan aku seketika.” “Tidak, kita berdua tidak boleh tinggal bersama kerana aku ini dihina manusia sedangkan tuan dipuji oleh dunia.Tambahan pula aku tidak menyimpan makanan untuk esok, sedangkan tuan menyimpan makanan untuk setahun,” jawab anjing itu. Apabila  mendengarkan kata-kata anjing Abu Yazid berbisik sendirian: ” Kalaulah dengan seekor anjing pun tidak sudi bersamaku, apakah aku layak untuk menghampiri Tuhan dan duduk di `majlis-Nya’? Puji-pujian bagi Tuhan yang menghinakan diriku dan mengajar manusia melalui perkara-perkara yang kecil.”

17 comments:

cerita/nasihat yang bagus Tuan....tapi tolong highlight backgroundnya Tuan....sakit mata nanti Tuan...hehe

Mohon maaf la..kita tidak perasan

no hal Tuan....tajuknya pun sesuai...kita ni manusia

salam tuan rumah ... boleh tahu info nya dari mana ?
Tq

musykil jugak nih...org boleh bercakap dgn anjing.....

musykil jugak nih...org boleh bercakap dgn anjing.....

dunia ini penuh dengan perkara ajaib...yang penting segalanya terjadi dengan izin Allah s.w.t. Pada zaman Nabi Sulaiman a.s ...beliau boleh berbicara dengan haiwan dan golongan jin. Karamah dan anugerah Allah turun kpd sesiapa yang Dia kehendaki ... yang pasti terjadinya sesuatu adalah bersama hikmah satu pengajaran.

tuan wali tu tak tahu hukum gamaknya...ish sampai anjing tolong bagi tazkirah pada dia dan anjing tu tahu pulak isi hati manusia....tahap wali tapi hati masih tak bersih??..itu bukan wali tapi tepong poli...hehehe ...gurau aje..

tuan wali tu tak tahu hukum gamaknya...ish sampai anjing tolong bagi tazkirah pada dia dan anjing tu tahu pulak isi hati manusia....tahap wali tapi hati masih tak bersih??..itu bukan wali tapi tepong poli...hehehe ...gurau aje..

Selamatz pagi bg Panji,satu kisah yg menarik...ok,my komen,..inilah yg ditakuti orang2 islam ,yg berilmu dan yg banyak berfikir dan yg jadikan ilmu yg bermanfaat itu dirinya...kebanyakkan yg berTITLE,.seperti maaf kalau saya nyatakan disini,mmg tidak semua-nya,hanya segelintir sahaja,...apabila sudah bergelar Guru,Uzstaz,Parti Islam masih berperangai kurang baik,dan kadang2 mengelirukan orang ramai,dgn sikap yg sombong,melihat orang lain lebih rendah dan rasa selalu ingin di hormati,sedang kan dialah sepatutnya yg mempunyai rasa rendah hati,berakhlak mulia dan mesra alam,tidak kira bangsa dan ugama,kulit atau bulu...
Jiwa dan hati mereka masih bersarang dan bertenggek setan2 yg merosakkan,tak tahulah mereka sedar atau tidak,jgn cakap tempat surga semajlis yg akan mereka perolehi,malah pinggir tepi drain(longkang surga pon belum tentu Allah swt..kurniakan ..sebab apa,selagi kita kulit kita ditoreh,keluar darah merah,selagi itulah kita masih manusia,..dan jagn lupa berpijak dibumi yg nyata dan berjalan di hamparan yg super licin dan berliku..Sampai ada kekata yg berbunyi,sedang kan Nabi yg sudah dijanjikan syurga masih mengampunkan kesalahan dan kesilapan umat,tetapi mereka,...subhanaalah...(saya harap abg Panji pon paham)...wassalam..
-Ts Arixkodi-

Amat bersetuju kita dengan pandangan Paduka Tuan. Macam ini sahajalah Paduka Tuan, kita cadangkan janganlah kita menilai seseorang itu berdasarkan saiz serban yang dipakai, amacam?

Benar....walau apa-pun make-up,pakaian dan siri rekod jenayah,album hangat, dan record giuness kita pecahkan -Bukan kah kita semua masih manusia,..cuma kita masih ada,harapan,berita gembira dan Agama Islam yg khabarkan,yg menjanjikan iaitu,..selagi kita bernyawa,bernafas pintu taubat masih terbuka luas,!!..seluas-luasnya dan jalan kebaikkan serta keampunan masih ada.........
Ya,..mmg sukar tapi inlah peperangan jiwa/nafsu!,.. suka atau tidak kita terpaksa hadapi,untuk mendapat tempat akhirnya (makam keabadian kita) yg tenang dan bahagia,yg diredhaiNya...

Amat bersetuju kita dengan kata-kata pedoman dari paduka tuan..

Assalamualaikum Paduka Kekanda. Hidup ini penuh dengan ujian dan dugaan Allah. Saya pernah diberi kesempatan oleh Allah menemui insan yang bertaraf `Wali Allah' berumur hampir 100 tahun, di Mengkosa Barru Sulawesi. MasyaAllah, dimuka sahaja dah terpancar bercahaya..doanya amat mustajab. Dia mempunyai beberapa buah pasentren di Sulawesi Selatan. Anak muridnya ribuan yang telah berjaya menjejakkan kaki di universiti2 dinegara2 Arab. Beberapa hari sebelum beliau kembali kerahmatullah...waktu itu kemarau yang amat sangat di Sulawesi, beliau berpesan supaya mayatnya nanti dimandikan dengan air hujan. Ternyata pemergiannya buat selama2 diiringi oleh hujan....Demikianlah perjalanan hidup seorang hamba Allah yang hidup dipelbagai era. dia tetap tampil sebagai susuk yang selalu tegar dan tegas. Ibarat pohon bakau ditepi pantai, ia tak pernah luruh dan tetap kukuh menghalau deburan ombak yang menghentamnya.Dalam kondisi dan kemampuan fisiknya diusia senja, dimana keadaan tubuhnya sudah tidak berfungsi, mata kabur, tubuh ringkih kering, semuanya tidak membuatnya untuk berhenti dari misi `Pengabdiannya terhadap Azalli' - Insan yang amat2 saya kasihi , Gurutta Kiyai Haji Abdul Rahman Ambo Dalle.

Maaf Tuan, bercakap dgn haiwan seperti mana yang saya di-fahamkan, bukan lah seperti manusia bercakap. Bahasa yg di-gunakan ia-lah bahasa jiwa, itu pun dengan izin Allah. Maaf Tuan.

Post a Comment