Thursday 23 July 2009

Manusia dan Zikir

ZIKRULLAH

Muaz bin Jabal r.a memberitakan bahawa baginda Rasulullah s.a.w bersabda: "Bahawa penghuni-penghuni syurga setelah tibanya di syurga tidak akan menyesal dan tidak akan berdukacita mengenai suatu apapun kecuali masa yang telah berlalu dalam dunia tanpa zikrullah."

Apabila penghuni-penghuni syurga menyaksikan pahala ganjaran yang bertimbun-timbun laksana gunung bagi sebutan nama Tuhan yg Maha Suci yang ia sebutkan didalam dunia hanya sekali sahaja.Maka dia akan menyesal seraya berkata, " Alangkah ruginya aku kerana masaku yang banyak terbuang di dunia tanpa zikir."

Hafiz-ibnu-Hajar rah.a menulis dalam kitabnya 'Al-Munabbihat' bahawa Yahya bin Muaz rah.a (seorang ahlullah yang terkemuka di mana-mana di dunia ini) sering berkata di dalam munajatnya: " Ya ALLAH, hamba tidak merasa gembira di malam hari kecuali dengan bermunajat dan berbisik-bisik kepada Engkau. Dan hamba tidak berasa gembira di siang hari kecuali dengan beribadat kepada Engkau. Dan hamba tidak merasa gembira di dunia ini kecuali dengan menyebut nama Engkau yang Maha Agung. Dan hamba tidak akan berasa puas di alam akhirat kecuali dengan pengampunan Engkau (terhadap dosa-dosaku). Dan hamba tidak akan berdukacita di syurga kecuali dengan menyaksikan wajah Engkau (Yang Maha Indah)

Zikir Membersihkan Hati

Adalah dilaporkan di dalam sebuah hadis bahawa baginda Rasulullah s.a.w bersabda: "Bagi segala sesuatu ada penggosok untuk membersihkan dan menghilangkan kekotorannya (umpamanya untuk membersihkan badan dan pakaian dipergunakan sabun dan untuk menghilangkan karat besi dipergunakan api dan lain-lainnya).Maka demikian itulah penggosok (pembersih) hati ialah zikrullah."

Hadis ini juga mengatakan bahawa zikrullah adalah lebih utama daripada yang lain-lain. Zikir itu dianggap sebagai pembersih hati yang kotor, kerana setiap ibadat dikira dalam ertikata sebenarnya apabila ibadat-ibadat itu dikerjakan dengan ikhlas dan pencapaian ikhlas itu adalah bergantung kepada hati yang jernih lagi suci.

Oleh itu sebahagian ulama tasauf mengatakan bahawa zikir yang dimaksudkan di dalam hadis ini ialah qalbi (zikir dalam hati) bukan zikir lisani (zikir dengan lidah). Dengan mengerjakan zikir qalbi itu hati seseorang manusia terhubung dengan ALLAH buat selama-lamanya. Hakikat ini tidaklah dapat disangkalkan lagi bahawa keadaan yang disebutkan ini adalah lebih utama dari segala ibadat kerana tercapai sama ada anggota-anggota zikir maupun anggota-anggota batin. Anggota-anggota ini semuanya adalah menurut hati.Jika hati itu berhubung dengan sesuatu maka anggota-anggota lain dengan sendirinya akan terhubung dengannya. Keadaan para pecinta tidaklah tersembunyi kepada sesiapa pun

FAEDAH-FAEDAH ZIKIR

20 faedah yang diperolehi oleh orang-orang yang berzikir apabila orang itu benar-benar mengerjakan zikirnya menurut cara yang dikehendaki oleh Allah dan RasulNya.

1. Mewujudkan tanda baik sangka kepada Allah dengan amal Soleh ini.
2. Menghasilkan rahmat dan hidayah Allah.
3. Memperolehi sebutan dari Allah dihadapan hamba-hamba yang pilihan.
4. Membimbing hati dengan mengingat Allah dan menyebut Allah.
5. Melepaskan diri dari azab.
6. Memelihara diri dari gangguan syaitan khannas dan membentengi dari dari maksiat.
7. Mendatangkan kebahagiaan dunia dan akhirat.
8. Mendapatkan darjat yang mulia di sisi Allah.
9. Memberikan sinaran kepada hati dan menghilangkan keruhan jiwa.
10. Menghasilkan tegaknya satu rangka dari Iman dan Islam.
11. Menghasilkan kemuliaan dan kehormatan di hari kiamat.
12. Melepaskan diri dari penyesalan.
13. Memperolehi penjagaan dan pengawalan dari para malaikat.
14. Menyebabkan Allah bertanya kepada para malaikat yang menjadi utusan Allah tentang keadaan orang-orang yang berzikir itu.
15. Menyebabkan berbahagianya orang-orang yang duduk berserta orang-orang yang berzikir , walaupun orang yang turut duduk itu orang yang tidak berbahagia.
16. Menyebabkan dipandang ahlul ihsan, dipandang orang-orang yang berbahagia dan memperolehi kebaikan.
17. Menghasilkan ampunan dan keredhaan Allah.
18. Menyebabkan terlepas dari suatu pintu fasik dan derhaka. Kerana orang yang tiada mahu menyebut Allah (berzikir) dihukum orang yang fasik.
19. Merupakan ukuran untuk mengetahui darjat yang diperolehi di sisi Allah.
20. Menyebabkan para Nabi-nabi dan orang-orang Mujahidin (syuhada) menyukai dan mengasihi.

http://tauhidulwujudiah.webs.com/walidanzikir.htm

1 comments:

Dekat Nya Allah pada kita seperti urat bereh di leher kita.

Amin

Post a Comment