Wednesday 15 July 2009

Kashful Qulub

Nabi Muhammad s.a.w mempunyai satu kelebihan “Kashful Qulub”. Nabi boleh melihat orang yang sembahyang dibelakangnya (tanpa berpaling) Kata baginda ” Wallah, Aku melihat kamu di belakangku seperti mana aku melihat dari hadapan”. Baginda juga mengatakan “ada orang yang wuduknya tidak betul dan sembahyang bersama kita”. Batin (hati) Nabi begitu suci sehingga boleh mengesan dan membaca hati makmumnya.

Satu Kisah

Kelebihan ini juga terdapat pada umat baginda. Dalam satu kisah ada seorang wali yang berjalan mengembara ke sebuah kampung. Tiba waktu Zohor, beliau berhenti sembahyang berjemaah bersama-sama penduduk kampung itu. Namun beliau hanya mengikut imam separuh dari sembahyang sahaja, kemudian berpisah dari imam itu dan sembahyang seorang diri.

Perbuatan ini menimbulkan tanda tanya kepada penduduk kampung itu. Selesai sembahyang, para makmum bertanya kepada wali itu mengapa dia berpisah dari imam. Kata wali itu “Tiada apa-apa’. Namun mereka tidak puas hati dengan jawapannya lalu mendesak agar diberikan jawapan sebenar. ” Kata wali itu “Aku hanya boleh ikut imam sampai sebelah sini sungai sahaja”.

Kata imam “Betul apa yang dikatakan” Sebenarnya semasa sembahyang tadi, imam itu sedang memikirkan tentang lembunya yang hilang. Beliau berhajat untuk mencari lembunya yang hilang di tepi sungai. Sekiranya tidak bertemu juga, beliau berhajat untuk menyeberangi sungai itu. Wali itu hanya mampu mengikutnya hingga ke tepi sungai sahaja. Selepas itu wali itu berpisah sembahyang darinya.

http://nasbunnuraini.wordpress.com/

0 comments:

Post a Comment