PUSAKA MPA

Minangkabau

PUSAKA MPA

Urang Awak

PUSAKA MPA

Adat

PUSAKA MPA

Warisan

PUSAKA MPA

Sejarah

Monday 30 May 2011

Keris Bugis Riau Lingga




Bilah luk 5 dari besi yang agak tua. Sarung diperbuat dari kayu Cendana wangi @ Nyepang.

Bilah Melayu yang berasal dari Tanah Jawa




Inilah yang di'kata'kan bilah Amangkurat asal sebelum ianya di'perkenalkan' di Semenanjung sbg Pandai Saras Allahu wa'alam...

Thursday 26 May 2011

Bilah lurus Keris Jawa




Hadiah dari seorang kawan baik yang menghargai erti persahabatan (walaupun perangai aku buruk !)

Keris lurus berdapur Sempaner, tangguh nom-noman Yogyakarta. Pamor Ngulit Semongko kekelabuan gelap. Pakaian baru; warangka Gayaman Yogyakarta, kayu Kemuning wood, pendok Kemalo berwarna merah. Panjang bilah 36.70 cm

Thursday 19 May 2011

Carita Genengan Demak Luk 11




Bilah 11 luk, dapur kemungkinan Carita Genengan, kurang pasti mengenai tangguhnya, mungkin Demak? Warangka memang tidak mengikut pakem yang ada. Panjang bilah 26.10 cm, keseluruhan 42.40 cm,

Friday 13 May 2011

Bilah tidak berjenama




Mohon pandangan kalian apakah ini bilah Sumatera @ Palembang sebagaimana yang diakui ?

Wednesday 11 May 2011

Pengertian Zuhud


Daripada banyak-banyak sifat mahmudah Nabi saw yang dibahaskan oleh para ulama, antara sifatnya yang baik boleh kita ikut @ amalkan ialah sifat zuhudnya. Rasulullah saw bersabda maksudnya, “Jika kamu hendak dikasihi Allah, maka hendaklah kamu zuhud dengan dunia”, maka untuk mendapat kasih saying Allah SWT, perlulah kita zuhud kepada dunia. Ini tidak bermakna kita menolak dunia, tetapi keduniaan sekadar keperluan selebihnya digunakan di jalan Allah SWT.

Mengikut
Sayyidina Ali, zuhud adalah kunci kepada keselamatan manusia dan meletakkan orang zuhud sebagai orang kesayanganNya. Firman Allah SWT “
Allah tidak sekali-kali menjadikan seseorang (anak Adam) mempunyai dua hati dalam rongga dadanya..” (Al-Ahzab:4). Hati manusia ini kalaulah tanpa zuhud, nescaya akan diisi dengan cinta dunia. Orang zuhud pula mengambil dunia sekadar perlu dan selebihnya digunakan untuk jalan Allah swt.

Secara ringkas, hakikat zuhud ialah menyingkirkan apa apa yang semestinya disenangi dan diingini oleh hati, kerana yakin ada sesuatu yang lebih baik untuk meraih darjat @ maqam yang tinggi di sisi Allah SWT. Syeikh Abu al-Qasim Karim Hawazin al-Qushairi dalam risalah al-Qushairiah menyebut bahawa Allah SWT memberikan gambaran tentang kesempurnaan zuhud menerusi firmanNya yang bermaksud: "Katakanlah (Wahai Muhammad), sesungguhnya kesenangan dunia itu hanyalah sementara sedangkan akhirat jualah yang lebih baik bagi orang yang bertaqwa." (Surah al-Nisa 4:77).

Daripada Abu Abbas, Sahl bin Sa'ad al-Sa'idy telah berkata, "Telah datang seorang lelaki kepada Nabi saw lalu berkata: "Ya Rasulullah, tunjukkanlah kepadaku satu amalan yang sekiranya aku laksanakannya nescaya aku akan dicintai Allah dan dicintai manusia." Lantas Rasulullah saw menjawab: "Berlaku zuhudlah di dunia nescaya engkau dicintai Allah. Berlaku zuhudlah pada apa yang ada di tangan manusia, nescaya engkau dicintai manusia." (Riwayat oleh Ibn Majah)

Takrif Zuhud

Apakah erti sebenar zuhud? Apakah dengan meninggalkan dunia dan menumpukan tujuan pada akhirat semata-mata itu dikira zuhud? Mengikut para ulama: "Bukanlah zuhud itu mengharamkan yang halal dan mensia-siakan harta tetapi sesungguhnya zuhud itu adalah apabila kamu lebih yakin dengan apa yang ada di sisi Allah SWT berbanding dengan apa yang ada pada kamu".

Satu kisah seorang sahabat Nabi ternama,Haritsah. Nabi saw bertanya “Bagaimana kamu hari ini, wahai Haritsah?” Dia menjawab, “Aku sungguh beriman, ya Rasulullah.” “Apa buktinya?” tanya baginda. Dia menjawab “Aku telah memalingkan jiwaku dari dunia ini. Itulah sebabnya di siang hari aku haus dan di malam hari kau terjaga, dan rasa rasanya aku melihat Arasy Tuhanku menghampiriku, dan para penghuni syurga sedang bersuka ria dan para penghuni neraka sedang menangis.” Nabi SAW bersabda “Itulah seorang mukmin yang hatinya telah dibukakan Allah SWT. Kau telah tahu Haritsah, maka camkanlah.”

Imam Ahmad Ibnu Hambal mengklasifikasikan tingkatan zuhud :

  • Zuhudnya orang kebiasaan ialah meninggalkan perkara-perkara yang haram.
  • Zuhud orang yang khawas (khusus) iaitu meninggalkan hal yang berlebih lebihan (al- fudhul) meskipun barang halal.
  • Zuhud orang Arif iaitu meninggalkan segala sesuatu yang dapat memalingkan daripada mengingati Allah SWT.

Al Imam Ghazali pula membahagikan zuhud kepada tiga peringkat :

  • Tingkat terendah ialah menjauhkan dunia agar terhindar dari hukuman di akhirat.
  • Tingkat kedua ialah mereka yang menjauhi dunia kerana ingin mendapatkan imbalan di akhirat
  • Tingkat tertinggi ialah zuhud yang ditempuh bukan lagi kerana takut atau harap, tetapi semata mata kerana cinta kepada Allah SAW.

Imam Malik r.a. berkata: "Zuhud itu terdiri daripada tiga huruf iaitu : Zai bermaksud bekalan menuju ke akhirat, Ha pula bermaksud hidayah menuju agama, dan dal bermaksud istiqamah dalam melaksanakan ketaatan."

Kisah sifat zuhud Salman al-Farisi

Gabenor Kufah ini telah menghairankan manusia yang menziarahinya pada hari-hari terakhirnya di dunia ini dengan tangisannya. Apabila ditanya mengapa beliau menangis, Salman menjawab: "Sesungguhnya aku teringat sabda kekasihku, "Hendaklah kamu mengambil bekalan dari dunia ini seperti bekalan orang yang bermusafir." (Riwayat Ahmad dan Ibn Hibban).

Selepas mengucapkan sabda Rasulullah saw, Salman menyambung kembali ucapannya, "Sedang kita telah mengambil seluruh dunia ini berserta isinya". Penduduk Kufah melihat tiada satu pun dari dunia ini dimiliki oleh seorang Gabenor seperti Salman kecuali:

  • Sebatang tongkat untuk berjalan.
  • Sehelai kain serban yang besar untuk hamparan bagi tetamu dan untukkegunaan ketika menghakimi.
  • Sebiji cawan besar untuk minum, berwuduk dan pelbagai kegunaan harian.

Maka mereka bertanya Salman: "Wahai Gabenor, sesungguhnya kami melihat apa-apa dunia pun daripadamu kecuali keperluanmu  terhadap tiga benda ini sahaja”. Salman menjawab: "Itulah yang aku fikirkan. Bagaimana akan aku jawab di hadapan Allah s.w.t. terhadap tiga benda yang aku miliki ini."

Perjalanan Zuhud

Syeikh Ibrahim bin Adham pernah ditanya seorang lelaki: "Bagaimana cara engkau mencapai darjat orang zuhud?" Ibrahim menjawab: "Dengan tiga hal, Pertama, aku melihat kuburan itu sunyi dan menakutkan, sedang aku tidak menemukan orang yang dapat mententeramkan hatiku disana. Kedua, aku melihat perjalanan hidup menuju  akhirat itu amat jauh, sedang aku tidak memiliki cukup bekal. Ketiga, aku melihat Rab Yang Maha Kuasa menetapkan satu keputusan atasku, sedang aku tidak punya alasan keputusan itu."  (Imam al-Nawawi, Nasaih al-Ibad).


Monday 9 May 2011

Berminat menjadi Bomoh @ Pawang ? - Part III


Teknik Pengubatan

(i) Mimpi

Di antara berbagai-bagai teknik yang terdapat di dalam perubatan secara tradisional, terdapat satu teknik yang amat menarik digunakan oleh bomoh-bomoh. Teknik ini adalah melalui mimpi. Mimpi yang dimaksudkan di sini adalah mimpi yang dialami oleh para bomoh pada waktu malam sewaktu tidur. Mimpi merupakan satu faktor yang sangat penting bagi bomoh-bomoh yang berada di tahap awalan atau di dalam 'latihan' menjadi bomoh. Fenomena ini jelas terutamanya bagi bomoh-bomoh yang memperolehi ilmu perbomohan melalui keturunan. Selepas mengalami beberapa peristiwa tertentu, bomoh ini akan mengalami mimpi pula.

Mimpi yang dialami oleh bomoh terdiri daripada dua iaitu mimpi khas dan mimpi biasa. Mimpi khas ini mempunyai beberapa sifat yang tertentu pula. Biasanya orang-orang yang dimimpikan itu terdiri daripada orang tua sama ada lelaki atau perempuan. Mereka berpakaian serba putih dan akan memperkenalkan dirinya kepada bomoh yang bermimpi. Orang ini dikenali sebagai 'wali kesakti'. Mereka telah mati dan menjelma dalam mimpi. Pada masa hayatnya mereka terdiri daripada orang-orang megah ataupun orang-orang besar dan ternama di dalam bidang pengubatan.

Seperti yang tersebut di atas, orang-orang ghaib ini berpakaian serba putih dan kedatangan mereka adalah pada malam-malam tertentu sahaja seperti malam Jumaat dan malam Selasa. Pakaian yang serba putih ini mungkin melambangkan orang yang sudah mati. Putih juga mungkin melambangkan kesucian.

Kedatangan pada hari-hari yang tertentu oleh 'makhluk ghaib' ini mungkin ada kepentingannya. Hari Jumaat mempunyai beberapa keistimewaan daripada pandangan Islam. Hari Selasa pula menurut kepercayaan bomoh adalah satu hari yang berkat. Hari Selasa dikaitkan dengan perubatan di mana terdapat kepercayaan kononnya anak-anak yang dilahirkan pada hari Selasa pada satu hari akan menjadi bomoh.

Di dalam bermimpi, orang tua atau makhluk ghaib akan mengajar bomoh cara-cara mengubati seseorang. Selain daripada itu, bomoh-bomoh juga akan diberi ramuan-ramuan bagi pengubatannya.

(ii) Menurun

Menurun merupakan satu fenomena di mana seorang bomoh berada di dalam keadaan yang seolah-olah tidak sedarkan diri ('trance'). Keadaan ini merupakan kemuncak di dalam pengubatan seseorang bomoh dan hanya digunakan bagi kes-kes yang teruk sahaja. Semasa menurun ini, para bomoh mendakwa mereka tidak sedar akan apa yang mereka lakukan. Oleh kerana kes yang melibatkan menurun merupakan kes-kes penyakit yang berat, maka makhluk ghaib perlu campur tangan di daIam pengubatan tadi.

Kebanyakan bomoh yang menurun melakukannya disebabkan oleh ilmu yang dipelajarinya sendiri. Mereka yang menurun selain daripada menggunakan doa-doa yang tertentu juga bergantung banyak pada 'makhluk ghaib'. Pesuruh atau makhluk ghaib merupakan faktor utama terjadinya keadaan menurun ini.

Satu hal yang agak unik di sini, di dalam keadaan tidak sedarkan diri, bomoh akan melakukan perlakuan-perlakuan yang ganjil. Perlakuan-perlakuan di sini adaIah di luar batasan perlakuan manusia yang rasional.

Terdapat satu keistimewaan pada bomoh, bidan yang menggunakan 'makhluk ghaib'. Keistimewaannya ialah, bomoh ini boleh mengubati seseorang tanpa hadir di tempat orang yang sakit. Misalnya kalau bidan yang tidak menggunakan pertolongan 'makhluk ghaib', terpaksa melakukan segala urut-mengurut untuk seseorang yang sakit itu, tetapi keadaan sebaIiknya akan terjadi kepada bidan yang menggunakan 'makhluk ghaib'. Misalnya pada malam hari pesakit kepada bidan tadi merasa sakit atau sengal tubuh badannya, si pesakit akan merasa seolah-olah dirinya sedang diurut oleh seseorang pada hal bidan ini tidak hadir sama. Ilmu seperti ini selalunya turun-temurun iaitu diperturunkan dari satu generasi kepada generasi selepasnya.

Isyarat hendak lupa diri

Seseorang bomoh dapat meneka bahawa ia akan mengalami keadaan menurun atau tidak sedarkan diri ini. Ada bomoh yang merasa sejuk ibu jari kakinya dan keadaan sejuk ini akan merebak ke seluruh badannya. Kemudian dia akan terus lupa atau tidak sedarkan diri. Ada juga bomoh yang merasa seram sejuk di bahagian telinganya dan diikuti oleh keadaan yang menyebabkan meremang bulu roma tengkuk dan akhir sekali, beliau pun mengalami keadaan menurun. Isyarat hendak lupa diri yang dialami oleh para bomoh ini berlainan di antara satu sama lain.

Terdapat dua keadaan yang boleh menyebabkan berlakunya peristiwa 'menurun' ini :

(i) Secara sengaja - Yang dimaksudkan dengan secara sengaja ialah, bomoh memang mempunyai tujuan ke arah menurun tadi dengan maksud mengubatkan penyakit. Ini dilakukan dengan menyeru 'makhluk ghaib' yang menjadi pesuruh bomoh tadi. Juga sebelum fenomena 'menurun' terjadi, terdapat beberapa upacara yang dijalankan oleh bomoh seperti menyediakan alat-alat pemujaan seperti bertih, nasi kunyit dan sebagainya.


(ii) Secara tidak sengaja - Keadaan tidak sengaja pula boleh timbul kerana beberapa sebab. Yang pertamanya, bomoh tidak mempunyai tujuan menurun apabila ia sedang mengubati seseorang pesakit. Tetapi disebabkan oleh keadaan yang sudah tidak dapat dikawaI dia dengan tiba-tiba akan lupa diri.

Keadaan kedua ini iaitu menurun dengan tidak sengaja, terjadi kepada bomoh yang melanggar pantang larang. Pantang larang yang boleh membawa kepada lupa diri atau menurun selalunya disebabkan oleh makanan, iaitu bomoh mesti berpantang daripada memakan benda-benda yang berdarah.

Apabila terjadi keadaan menurun, seseorang bomoh itu mestilah mengubati dirinya sendiri. Berkenaan dengan menurun dengan sengaja, tidaklah menyulitkan. Apabila habis saja berubat, dalam masa menurun itu seseorang itu akan pulih seperti sediakala. Misalnya bomoh akan meminta kemenyan, kemudian dibakar dan diperasap ke seluruh tubuh badannya.

Bagi keadaan menurun yang tidak sengaja pula, keluarga yang terdekat atau sahabat handai akan menolong bomoh itu lupa diri, keluarganya akan menyediakan asap kemenyan. Kemudian beliau akan 'menyahut' semula benda-benda yang di'bela'nya iaitu makhluk 'ghaib. Selepas ini barulah bomoh atau bidan tadi akan sedarkan diri dan pulih seperti sediakala.


Terima kasih : http://aizul-semuatentangkita.blogspot.com/2009/08/sistem-kepercayaan-bomoh-dan-teknik.html

Berminat menjadi Bomoh @ Pawang ? - Part II


Pengenalan

Satu perkara yang tidak dapat dinafikan ialah hakikat bahawa bomoh dan bidan memainkan peranan yang penting dalam masyarakat Melayu Kedah. Pada tahun-tahun sebelum datangnya peradaban serta pendidikan barat, khususnya Inggeris, peranan atau fungsi bomoh begitu menonjol sekali di kalangan masyarakat Melayu Kedah. Dalam perkataan lain, peranannya di sini tidaklah terhad pada bidang mengubati dan menyembuhkan penyakit sahaja, bomoh juga terlibat dalam kegiatankegiatan harian masyarakat Melayu Kedah. Aktiviti-aktiviti ini termasuklah mendirikan rumah baru, upacara perkahwinan, berpindah rumah, meneroka hutan, memilih jodoh, hal-hal mengenai kelahiran bayi, bersunat, mengubatkan penyakit dan lain-lain lagi.

Bagaimana memperolehi ilmu perbomohan:

Untuk menjadi seorang bomoh, seseorang itu mestilah memperolehi ilmu. Cara bomoh memperolehi ilmu dapat dibahagikan kepada dua golongan:

1) Memperolehi ilmu melalui menuntut atau belajar.

2) Memperolehi ilmu melalui warisan atau keturunan. Di dalam kategori ini ilmu perbomohan diperturunkan dari satu generasi ke satu generasi kemudiannya.

Daripada dua golongan ini boleh dipecahkan lagi kepada beberapa kategori lagi. Mula-mula kita tinjau ilmu yang diperolehi melalui "menuntut". "Menuntut" yang dimaksudkan di sini ialah dengan mempelajarinya daripada Tok Guru (bomoh) ataupun daripada amal ibadat yang tertentu. Orang yang menuntut melalui Tok Guru adalah terdiri daripada yang terlibat di dalam perubatan jenis akar kayu. "Penolong", iaitu makhluk ghaib yang menolong bomoh di dalam perubatan misalnya jin Islam dan sebagainya tidak perlu di dalam perubatan jenis ini. Yang lebih penting atau dititikberatkan ialah teknik menggunakan bahan-bahan daripada akar kayu.

Kategori kedua daripada bomoh menuntut ini ialah yang mempraktikkan ilmu ibadat. Orang yang menggunakan cara ini memperolehi ilmu melalui ilham. Ilham itu dikurniakan kepada seseorang adalah disebabkan oleh berkat amal ibadatnya. Setelah sekian lama beramal ibadat dengan penuh tekun dan sabar, datanglah pertolongan ghaib yang diistilahkan sebagai "ahli khutub", iaitu sejenis malaikat yang diutuskan oleh Allah untuk menolong bomoh di dalam usaha pengubatannya.

Ada satu jenis ilham yang diistilahkan sebagai "singgah". Ilham ini hanya bersifat sementara sahaja atau terhad di dalam jangka waktu yang tertentu sahaja. Roh yang berkebolehan di dalam hal-hal mengubat seperti wali-wali Allah dan jin Islam akan meresapi tubuh orang yang berkenaan dan akan memimpinnya di dalam usaha mengubati pesakit. Apabila orang yang berkenaan menerima ilham, dia dengan secara automatis menjadi pandai di dalam hal perubatan. Selepas habis tempohnya iaitu apabila roh-roh wali Allah dan jin Islam meninggalkannya, orang tadi akan menjadi seperti biasa semula. Tetapi jika orang yang berkenaan sedar akan ilmu yang dikurniakan kepadanya itu dan cuba mempelajarinya dengan lebih mendalam serta mengamalkannya, ilmu itu mungkin kekal diperolehinya.

Golongan kedua yang akan dibincangkan pula di sini ialah mereka yang mempelajari ilmu melalui warisan. Daripada golongan ini boleh dipecahkan lagi kepada dua kategori.

1) Mereka yang menjadi bomoh secara yang tidak disedari dan ilmu perbomohan diperturunkan kepada mereka oleh orang yang sudah mati.

2) Mereka yang memperolehi ilmu perbomohan daripada keluarga yang masih hidup lagi.

Bagi kategori pertama, bomoh tadi tidak berniat untuk menjadi bomoh tetapi disebabkan mereka mempunyai darah keturunan bomoh, maka ia harus diperturunkan oleh generasi sebelurnnya. Fenomena ini secara am agak jelas di dalam masyarakat Melayu di mana ilmu perbomohan bapa akan diperturunkan kepada generasi lelaki selepasnya dan ilmu perbomohan ibu akan diwarisi oleh anak perempuannya.

Kategori kedua daripada penerimaan ilmu melalui keturunan ialah ilmu diperturunkan oleh keturunan yang masih hidup lagi. Selalunya, datuk atau bapa akan menurunkan ilmunya kepada generasi selepasnya sebelum mereka meninggal dunia. Di dalam pengubatannya bomoh menggunakan jampi-jampi yang terdiri daripada ayat-ayat Quran dan juga jampi-jampi daripada perkataan Melayu. Segala doa ini kadang-kadang diperolehi melalui jampi.

Di sini "penolong" lebih banyak digunakan di dalam kes-kes bomoh yang turun-temurun. "Penolong" yang datang di dalam mimpi tadi berkemungkinan dalam bentuk roh-roh datuk nenek kepada bomoh-bomoh tadi yang pada satu masa asalnya adalah bomoh juga. Makhluk-makhluk ghaib yang dimimpikan oleh bomoh merupakan kuasa luar biasa yang menolong bomoh di dalam hal-hal pengubatan. Sungguhpun begitu, "penolong" tidak semestinya diperolehi daripada bomoh turun-temurun sahaja. Seseorang bomoh yang belajar juga boleh memperolehi "penolong" iaitu melalui menuntut.

Dari sudut pandangan Islam, seseorang bomoh menerima "penolong" melalui amal ibadatnya. Setelah sekian lama beramal ibadat dengan penuh tekun dan sabar mengenai ajaran-ajaran Islam, seseorang itu akan didatangi oleh pertolongan ghaib. Pertolongan ghaib ini dikenali sebagai "ahli khutub". Fungsi atau peranan ahli khutub ini berlainan dengan "penolong" biasa yang telah disebutkan tadi. "Penolong" biasa ini secara kasar dapat dikatakan boleh dibuat "orang suruhan" kepada bomoh, tetapi ahli khutub memberi pertolongan dalam erti kata yang agak berlainan daripada "penolong" biasa. Ahli khutub lebih bersifat menasihati atau memberitahu perkara-perkara yang di luar kemampuan manusia untuk berfikir. Dalam perkataan lain, ahli khutub memberitahu tentang perkara-perkara ghaib.

Kategori yang kedua terdiri daripada mereka yang tidak menggunakan "penolong". Di sini apa yang lebih penting terletak pada teknik pengubatan mereka. Mereka bergantung kepada kecekapan mencampur berbagai-bagai akar kayu. Jadi di sini jenis pengubatanlah yang memainkan peranan penting di dalam menentukan sama ada seseorang itu memerlukan "penolong" atau tidak.

Untuk menjelaskan lagi hal mengenai cara-cara memperolehi ilmu, ada dua perkara yang perlu penghuraian lanjut. Yang pertamanya adalah konsep "berkat" dan keduanya "Bakul Pengkeras". Dua perkara ini perlu diberi penghuraian kerana perkara ini merupakan sebahagian daripada inti pati perbincangan mengenai cara bomoh memperolehi ilmu.

Konsep Berkat

'Berkat' dapatlah diertikan sebagai pemberian istimewa Allah S.W.T. kepada makhluknya berdasarkan ibadatnya. Di sini menunjukkan permintaannya telah dikabulkan oleh Allah S.W.T. Tanpa adanya berkat, seseorang itu tidak boleh menjadi bomoh.

Pada amnya, berkat itu boleh diperolehi dari dua cara:-

i) Melalui pemberian Tuhan - Yang pertamanya, berkat melalui pemberian Tuhan ialah seseorang yang inginkan berkat mestilah sentiasa berdoa kepada Tuhan meminta hidupnya diberkati. Oleh itu wali-wali Tuhan kebanyakannya ialah bomoh, kerana hidup mereka dikatakan berkat dan segala permintaannya dikabulkan Tuhan. Wali-wali merupakan orang yang mempunyai taraf yang tinggi di sisi Tuhan. Melalui amalan-amalan dan doa-doa kepada Tuhan hidup mereka diberkati.

ii) Bergantung kepada corak hidup seseorang itu - Yang kedua pula bergantung kepada corak kehidupan seseorang itu. Ini bermakna seseorang itu pandai mengatur ekonomi rumah tangganya serta kehidupannya. Dia tidak boros tidak tentu hala dan tidak pula kedekut. Di samping bekerja dan menjaga ekonomi hidupnya, ia juga mestilah berdoa supaya ia akan diberkati Tuhan. Dengan ini, seseorang itu akan mendapat kehidupan yang aman dan sentosa selalu. Segala yang dilakukannya itu akan memberi manfaat atau kebaikan pada dirinya dan juga kepada orang lain.

http://aizul-semuatentangkita.blogspot.com/2009/08/sistem-kepercayaan-bomoh-dan-teknik.html

Berminat menjadi Bomoh @ Pawang ? - Part I


Untuk menjadi Ahli Sihir atau lebih dikenali sebagai Tok Bomoh @ Pawang oleh Masyarakat Melayu, adalah melalui berbagai cara dan jalannya. Iaitu :-
a. Melalui warisan dari keturunan datuk neneknya atau melalui saka-baka di mana datuk nenek atau keturunanya yang terdahulu pernah menjadi Tok Bomoh yang terkenal dan apabila mereka meninggal dunia maka ilmu perbomohan itu menurun atau mengalir terus ke dalam tubuh anak-cucu mereka pula.
b. Mereka didatangi oleh KhadamYang menyerupai datuk neneknya dalam mimpi yang memberitahunya supaya membaca ayat-ayat, jampi -jampi atau mentera-mentera tertentu. Setelah diamalkan ayat-ayat atau jampi tersebut maka datanglah khadam-khadam tertentu untuk memberi pertolongan.
c. Melalui bacaan wirid, ayat, jampi, serapah atau doa-doa tertentu yang diamalkanya.
d. Melalui amalan-amalan latihan pertahanan diri tertentu, ataupun daripada ilmu perlatihan pertahanan dirian yang dituntutnya.
e. Melalui pertapaan atau uzlah di tempat-tempat tertentu seperti di dalam gua, di muka kuala, di dalam hutan dan sebagainya sehingga dikunjungi oleh khadam-khadam yang bersyarat bagi menghasilkan hajatnya.
f. Melalui pembelajaran dan penerimaan daripada guru-guru yang mempunyai khadam atau yang diamalkanya melalui kitab-kitab tertentu secara bersendirian.g. Meniru tanpa berguru iaitu samada belajar dari kitab atau melihat cara orang lain berubat lalu di tirunya.

http://tokngah.blogspot.com/2007/11/cara-cara-menjadi-tok-bomoh-dan.html



Ada sesiapa yang berminat ?

Ingatlah wahai saudara ku...!


7 Perkara
Rasulullah saw bersabda yang bermaksud: Bersegeralah kamu semua untuk melakukan amalan-amalan yang baik sebelum datang tujuh perkara: Adakah kamu semua menunggu sehingga menjadi fakir yang melalaikan diri kamu semua, atau pun kekayaan yang menjadikan diri kamu curang, atau sakit yang membawa kebinasaan tubuh badan, atau tua yang menjadi nyanyuk, atau mati dengan tiba-tiba, atau pun kedatangan pengaruh dajjal yang ianya adalah seburuk buruk makhluk yang tidak dapat dilihat yang memang dinanti-nanti kedatangannya, ataupun datangnya hari kiamat pada hal hari kiamat itu adalah hari yang paling dahsyat bencananya serta pahit pula penderitaannya. (Hadis Riwayat At-Tarmizi)

Dua Golongan Manusia
Rasulullah s.a.w bersabda, bermaksud : “Sesungguhnya orang-orang yang paling aku kasihi di kalangan kamu dan orang yang paling dekat tempat duduknya denganku dihari kiamat ialah orang yang paling baik akhlaknya. Sesungguhnya orang yang paling aku benci dan paling jauh dariku pada hari kiamat ialah orang yang banyak bercakap perkara sia-sia, dan berlagak angkuh, sombong malah ia merasa bangga dengan kesombongannya.” Para sahabat bertanya lagi, “wahai Rasulullah, sesungguhnya kami telah mengetahui maksud perkataan orang-orang yang suka bercakap banyak yang sia-sia, dan yang berlagak angkuh dan sombong, tetapi apakah maksud orang yang bangga dengan kesombongannya? Jawab Rasulullah “ialah orang yang takbur.” (Riwayat at-Tarmizi)

Perkara Ghaib
Dari Aisyah ra katanya: Sesiapa yang menceritakan kepada engkau bahawa Muhammad melihat Tuhannya, sesungguhnya orang itu dusta kerana Allah mengatakan: “Pemandangan tidak sampai kepada-Nya”. Dan sesiapa yang menceritakan kepada engkau bahawa Muhammad mengetahui hal yang ghaib, sesungguhnya orang itu dusta kerana Tuhan mengatakan: “Tiada mengetahui hal yang ghaib melainkan Allah”. (Muslim)

Istirehat

Abu Qatadah Ibnu Rib’i al-Ansari r.a menerangkan bahawasanya satu jenazah telah dibawa berlalu di hadapan Rasulullah SAW maka berkatalah baginda: Orang yang beristirahat atau orang yang pergi supaya orang lain beristirahat daripadanya. Para sahabat bertanya: Ya Rasulullah, siapakah orang yang pergi beristirahat dan siapakah orang yang pergi supaya orang lain beristirahat daripadanya? Nabi menjawab: Hamba yang mukmin pergi beristirahat daripada kepayahan dunia dan gangguannya kepada rahmat Allah. Dan hamba yang fasiq, beristirahat daripadanya segala hamba Allah, negeri, pohon dan binatang. (al-Bukhari dan Muslim)

Sesungguhnya orang yang meninggal dunia itu terdiri dari dua golongan.Golongan orang yang beriman meninggal dunia menuju ke suatu tempat yang aman yang membahagiakan. Mereka sudah terlepas daripada kepayahan dan ujian dunia menuju kepada rahmat Allah SWT.
Sedangkan orang yang buruk akhlaknya, kematiannya itu merupakan satu kerehatan untuk penghuni dunia daripada terus berhadapan dengan kejahatan dan kemungkaran yang dilakukannya. Kematiannya dituruti dengan kesengsaraan dan balasan azab daripada Allah SWT.

Sunday 8 May 2011

Dunia sekadar persinggahan


Dari Ibnu Umar ra katanya; Rasulullah SAW memegang bahuku lalu ia bersabda: “Hendaklah engkau berada dalam dunia seolah-olah engkau orang berdagang atau orang yang sedang melalui di jalan (pengembara)”. Dan adalah Ibnu Umar ra berkata: “Jika engkau berada di waktu petang, maka janganlah engkau menunggu pagi; dan apabila engkau berada di waktu pagi, maka janganlah engkau menunggu petang. Dan gunakanlah dari sihat engkau bagi masa sakit engkau dan dari hidup engkau bagi masa mati engkau”. (al-Bukhari)

Takdir Manusia



Nabi SAW bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah telah menugaskan satu malaikat berhubung peringkat kejadian anak dalam kandungan rahim ibunya dan keadaan akan dilalui, apabila air benih itu jatuh ke dalam rahim, malaikat bertanya: “Ya Tuhanku! Air benih ini akan disempurnakan kejadiannya atau tidak? Ya Tuhanku! Darah seketul ini akan disempurnakan kejadiannya atau tidak? Ya Tuhanku! Daging segumpal ini akan disempurnakan kejadiannya atau tidak? Maka apabila Allah hendak sempurnakan jadinya seseorang anak, malaikat bertanya lagi: Ya Tuhanku! Adakah ia seorang (yang bernasib) celaka atau (yang bernasib) bahagia? Lelakikah atau perempuan? Bagaimana pula keadaan rezekinya dan ajalnya? (Selepas malaikat mendapat jawabnya) maka ia menulis seperti diperintahkan sedang anak itu dalam perut ibunya.” (Hadis Riwayat Anas r.a)

Thursday 5 May 2011

Wahdatul Wujud Menyalahi Akidah ?


"Wahdatul Wujud mempunyai pengertian secara awam iaitu; bersatunya Tuhan dengan manusia yang telah mencapai hakiki atau dipercaya telah suci. Pengertian sebenarnya adalah merupakan penggambaran bahwa Tuhan-lah yang menciptakan alam semesta beserta isinya. Allah adalah sang Khalik, Dia-lah yang telah menciptakan manusia, Dia-lah Tuhan dan kita adalah bayangannya. Dari pengertian yang hampir sama, terdapat pula kepercayaan selain wahdatul wujud. Yaitu Wahdatul Syuhud Pengertiannya yaitu Kita dan semuanya adalah bagian dari dzat Allah.

Jadi keduanya berpengertian, kita dapat bersatu dengan dzat Allah. Dalam penggambaran karya-karya suluk di jawa yang berisi mengkritik ajaran para wali sembilan, misalnya suluk karya Syekh Siti Jenar (contoh lainnya adalah serat gatholokoco, dinamakan serat karena penulis suluk ini, Gatholokoco berpendapat bahwa suluk lebih cenderung ke islam), manusia dianggap memiliki 20 sifat-sifat Allah. Contohnya di antaranya; dzat Allah terdapat pada diri kita, jadi kita tidak perlu salat karena dzat Allah sudah ada pada diri kita (Jawa: Islam Abangan).

Hal-hal tersebut di atas dianggap sangat bertentangan dengan syariat islam menurut pengertian umum, dan Syekh_Siti_Jenar dihukum oleh para wali sembilan. Wahdatul Wujud sebenarnya adalah suatu ilmu yang tidak disebarluaskan ke orang awam. Sekalipun demikian, para wali-lah yang mencetuskan hal tersebut. Karena sangat dikhawatirkan apabila ilmu wahdatul wujud disebarluaskan akan menimbulkan fitnah dan orang awam akan salah menerimanya. Wali yang mencetuskan tersebut contohnya adalah Al Hallaj dan Ibn Arabi. Meskipun demikian, para wali tersebut tidak pernah mengatakan dirinya adalah tuhan. Dan mereka tetap dikenal sebagai ulama alim. Dalam dunia tasawuf , sering terdapat perbedaan antara ilmu syariat dan ilmu ma'rifat.

Sebagai orang Islam tentu saja diharuskan menguasai ilmu syariat. Dan ilmu ma'rifat atau ilmu tashawuf dengan kata lain ilmu hikmah, sangat ditekankan untuk mengambil sebuah hikmah. Hal tersebut telah diabadikan oleh Allah dalam Surah Al Kahfi tentang pertemuan Nabi Musa dan Nabi Khidir. Hal tersebut menunjukan Ilmu Syariat yang dikuasai Nabi Musa dari kitabnya (Taurat) dan Nabi Khidir yang mendapatkan langsung ilmunya dari petunjuk Allah yang penuh hikmah atau ilmu ma'rifat.Dalam penggambaran awal tersebut sudah ditunjukan betapa susahnya memahami ilmu ma'rifat dengan ilmu syariat. Penggambarannya adalah seperti pertemuan antara daratan dan lautan.

Dimana Musa diberitahukan, ia akan menemukan orang yang lebih pandai darinya disaat ikan yang dibawanya hilang. Ikan mati tersebut hidup kembali di suatu tempat ketika Nabi Musa dan pembantunya beristirahat. Hal itu merupakan penggambaran ilmu yang sangat susah sekali dimana ikan mati dapat hidup kembali, seperti Nabi Musa yang tidak dapat bersabar melihat perilaku Nabi Khidir yang dilihat secara syariat sangat bertentangan. Tetapi hal tersebut dilakukan Nabi Khidir dari petunjuk Allah yang penuh dengan hikmah. Jadi tentu saja hal-hal ma'rifat hanya dapat dipahami secara pribadi bagi orang yang diturunkan kepadanya secara langsung.Meskipun ilmu ma'rifat terlihat sangat bertentangan dengan ilmu syariat, tetapi sebenarnya tidak. Jadi ilmu tersebut dapat dikatakan ilmu tinggi yang digali dari perjalanan pikir para wali dan tidak untuk disebarluaskan.

Hal tersebut seperti terjadi pada Syekh Siti Jenar yang mendengarkan wejangan yang diberikan oleh Hal tersebut seperti terjadi pada Syekh Siti Jenar yang mendengarkan wejangan yang diberikan oleh Sunan Ampel kepada orang yang akhirnya menjadi seorang wali, yaitu Sunan Bonang. Siti Jenar adalah orang awam yang salah tangkap menerima wejangan tersebut. Tetapi dari kedua konsep tersebut, para ulama masih berbeda pendapat.Selain perseteruan pendapat konsep wahdatul wujud dan wahdatul syuhud di Jawa, hal itu juga terjadi pada kaum Syi'ah Isma'iliyah pada masa Al Hallaj.

Hal yang berbeda pengertian terjadi dari definisi kaum syi'ah tentang zina, puasa, dan sabar. Mereka juga dianggap pemberontak dan dianggap musuh oleh raja dan para ulama. Peperangan yang terjadi tidaklah dari para ulama, tetapi oleh Raja yang menganggap mereka adalah pemberontak dan musuh politik. Al Hallaj yang hidup di masa itu, dia mengucapkan kata yang sangat menggemparkan: Ana Al-Haqq berarti Akulah kebenaran. Dia kemudian dianggap mendukung kaum syi'ah. Hal ini juga berarti permasalahan yang timbul dari perselisihan antara ilmu syariat, ilmu ma'rifat, dan kekuasaan atau politik. Semua yang terjadi adalah karena kesalahan pemahaman.

Terbunuhnya Al Hallaj bukan karena ucapannya tetapi karena politik.Tetapi merupakan kesalahan Al Hallaj yang mengucapkan dan mengajarkan konsep Wahdatul Wujud (Ana Al-Haqq) kepada murid-muridnya. Bahwa hal tersebut adalah ilmu yang sangat pribadi dan hanya dimengerti oleh orang yang menerimanya. Selain itu, Al Haqq merupakan sifat-sifat Allah.Ilmu syariat dan ilmu ma'rifat akan selalu menemui kesulitan untuk diajarkan terutama ke masyarakat awam karena ilmu ma'rifat bersifat pribadi dan ghaib. Hal itu merupakan rahasia bagi orang yang menerimanya.
(petikan - http://id.wikipedia.org/wiki/Wahdatul_Wujud)

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-48 yang bersidang pada 3 April 2000 telah membincangkan Wahdatul Wujud. Muzakarah telah memutuskan bahawa:
  • Fahaman Wahdatul Wujud menyalahi akidah Ahli Sunnah Wal-Jamaah dan bertentangan dengan ajaran Islam.
  • Bersetuju dengan Fatwa rasmi Negeri Johor yang telah diputuskan pada tahun 1948 oleh S.S. Syed Alawi Tahir Al-Hadad seperti berikut:
  • Mengikut pendapat ijma ulama' fahaman Wahdatul Wujud adalah kufur. Sesiapa yang mempercayai dan mengamalkannya adalah murtad. Jika pengamal fahaman tersebut mempunyai isteri, isterinya tertalak dan anaknya adalah anak luar nikah dan hartanya hendaklah diserahkan kepada Baitulmal.
  • Kitab Kasyf al-Asrar, al-Dar an-Nafis, Hidayah as-Salikin dan kitab-kitab lain yang mempunyai elemen Wahdah al-Wujud tidak dibenarkan dipelajari di masjid-masjid dan di suaru-surau.
(http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/wahdatul-wujud)

Siapa Adipati Karna ?


Adipati Karna (Sansekerta:कर्ण karṇa) (juga dikenal dengan Karnan), adalah salah satu tokoh dari wiracarita Mahabharata yang terkenal dan sangat menarik. Ia adalah putra tertua Kunti dan merupakan saudara seibu Pandawa dan merupakan yang tertua dari keenam saudara tersebut; Yudistira, Werkodara dan Arjuna (Nakula dan Sadewa bukan saudara langsung Karna, melainkan saudara sepupunya). Meskipun Karna masih saudara seibu dengan Yudistira, Werkodara, dan Arjuna, tetapi para Pandawa tidak mengetahuinya sampai ia gugur di perang Bharatayuddha. Karna, lahir dengan baju besi dan anting-anting untuk melindunginya, pemberian ayahnya Dewa Surya.

Sifat-sifat @ Moral Karna :
Tidak Mementingkan Diri - Suatu saat, ketika Parashurama (guru yg mengajari Karna seni berperang @ untuk menguasai Bhramashtra) sedang tidur dengan kepala di pangkuan Karna, seekor serangga menggigit pahanya. Ini menyebabkan paha Karna berdarah dan ia pun merasakan kesakitan yang amat sangat. Namun Karna bertahan untuk tidak bergerak agar gurunya tidak terbangun. Darah yang menetes dari paha Karna memercik ke muka Parashurama dan membuatnya terbangun. Melihat apa yang terjadi Parashurama menyedari bahawa Karna adalah seorang kasatriya kerana hanya golongan itu sahaja yang dapat menahan sakit seperti itu.

Tidak Pernah Mengatakan Tidak Boleh - Indra, raja para dewa dan ayah Arjuna, menyadari bahwa baju besi dan anting Karna yang di beri oleh ayahnya @ tidak dapat ditembus oleh senjata apa pun, dengan demikian menjadikan Karna tidak terkalahkan. Ia memutuskan untuk menyamar sebagai seorang brahmana miskin tepat sebelum Karna mandi. Krishna mengetahui keutamaan moral Karna dan bahwa Karna tidak akan menolak permintaan apapun baik dari seorang brahmana maupun seorang pengemis pada saat tersebut (setelah pemujaan terhadap Surya). Surya, dewa matahari dan ayah Karna, mengingatkan Karna dalam mimpi bahwa Indra akan menyamar sebagai seorang brahmana dan meminta baju besi serta antingnya.

Karna tidak mengetahui bahwa Surya adalah ayahnya. Seperti yang telah diduga oleh Surya, atas nasihat dari Krishna, Indra yang menyamar mendekati Karna dan meminta sedekah berupa baju besi (kavacha) dan antingnya (kundala). Karna tahu bahwa dengan memberikan kedua hal tersebut, ia tidak lagi tak terkalahkan. tetapi kerana telah menjadi komitmentnya maka ia tetap memberikan kedua benda tersebut. Indra kagum akan kebaikan hati Karna, menawarkan Karna untuk memakai senjatanya (Shakti) tetapi hanya untuk satu kali saja.

Setiakawan - Krishna pernah memujuk Karna untuk membela Pandawa kerana kebenaran moral yang mendasari alasan Pandava berperang.Di sinilah rasa setia kawan Karna ditunjukkan; Karna memberitahu Khrisna ia mengetahui bahwa Duryodhana tidak mengikuti kebenaran, dengan mendukungnya berarti ia juga tidak mengikuti kebenaran, dan pada akhirnya ia akan menghadapi kekalahan dan kematian karenanya. Tapi ia tetap memutuskan untuk membela Duryodhana kerana “sepanjang hidupku orang menganggapku anak seorang tukang kuda dahulu, baru kemudian sebagai seorang prajurit dan raja. Duryodhana adalah satu-satunya orang yang tidak hanya memandangku sebagai seorang prajurit dan raja, tetapi juga sebagai seorang yang setara dengan dirinya. Tidak pernah ia memandangku sebagai seorang anak tukang kuda. Ketika temanku ini memerlukan dukungan, masihkah engkau mengharapkanku untuk meninggalkannya?”.

Di saat kematian - Krishna menyamar sebagai seorang pertapa dan meminta sedekah kepadanya. Karna yang terluka parah tidak memiliki apa pun untuk diberikan melainkan sebatang gigi emas. Dengan penuh kesakitan Karna melepaskan gigi emasnya, membersihkannya kemudian memberikannya kepada Khrisna. Dengan demikian Karna menjadi satu-satunya manusia yang telah memberikan sedekah kepada Vishnu sendiri. Terharu dengan kemurahan hati Karna, Krishna memberikan kesempatan kepada Karna untuk mengajukan satu permintaan kepadanya. Karna meminta agar jasadnya dikuburkan di tempat yang paling suci di dunia. Sebagai Vishnu, Krishna kemudian memakbulkan permintaannya, meletakkan jasad Karna ditelapak tangannya.

Setelah kematian Karna, Kunti memberitahu Pandawa bahawa Karna adalah putranya dan saudara tertua mereka. Para Pandawa kemudian berkabung untuk Karna. Yudhistira, terutama, begitu terharu dan sedih mengetahui ibunya merahasiakan kenyataan bahwa Karna adalah saudara tertua, yang seharusnya mereka hormati dan patuhi. Ia kemudian mengeluarkan sabda agar sejak saat itu semua perempuan tidak lagi bisa menyimpan rahasia apapun untuk diri mereka sendiri !


Aku yang Mencari....!


"Maka ke mana sahaja kamu arahkan diri (ke kiblat untuk menghadap Allah), di situlah arah yang diredhoi Allah."
[Al-Baqarah : 15]

"Maha Suci Allah yang ditangan-Nyalah terletak segala kerajaan, dan Dia Maha Kuasa ke atas segala sesuatu. Yang menjadikan mati dan hidup supaya Dia menguji kamu siapakah di antara kamu yang lebih baik amalannya, dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun. Yang telah mencipta tujuh lagit berlapis-lapis;  kamu sekali-kali tidak melihat pada ciptaan Tuhan yang Maha Pemurah sesuatu pun yang tidak seimbang. Oleh itu lihatlah berulang-ulang kali adakah kamu lihat sesuatu yang tidak seimbang. Kemudian pandanglah sekali lagi nescaya penglihatanmu akan kembali kepadamu dengan tidak menemukan sesuatu cacat dan penglihatanmu itu pun dalam keadaan payah." [Al-Mulk : 1-4]

"(Allah) yang mempunyai kuasa pemerintah, Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Engkau kehendaki, Engkaulah juga yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki dan Engkaulah yang menghina sesiapa yang Engkau kehendaki."  [Ali-Imran : 26]

Di mana pun mereka berada maka Allah ada bersamanya. Dia lebih hampir dari urat lehernya; lebih dekat dari teman duduk dan teman hidupnya. Allah melimpahi seluruh dirinya, lalu tidak ada yang dilihat selain hanya Dia sahaja, yang bersifat Qayyum di langit dan di bumi. Tidak melihat selain dari hanya Dia yang mengurus segala sesuatu, dari yang sekecil-kecilnya hinggalah yang sebesar-besarnya. Ia tidak melihat selain dari hanya Dia yang memiliki kekuasaan.

"Jangan tunduk kepada hawa nafsumu, jika kamu tunduk kepadanya ia akan mempengaruhi kamu supaya membuat dosa dan maksiat. Dan dunia ini mencari hidup berakhlak, tetapi kamu carilah hidup Ketuhanan, itu lebih baik.  Walaupun sedikit kamu mendapat hidup Ketuhanan itu, maka ianya adalah lebih baik dari semua amalan yang dilakukan oleh manusia dan Malaikat dan ingat!  Selagi seseorang itu di dalam kesedaran pancainderanya jangan sekali-kali menyebut (Ana Al-Haq) "Aku Yang Benar" atau akulah Tuhan, sama ada lisan maupun di dalam hati. Kerana selagi ia manusia, ia bukanlah Tuhan. Jika ia menyebut perkataan itu, maka ia adalah palsu dan bid'ah." - Hadhrat Mansur Al-Hallaj


Cermin Diri - Ajaran para Wali


“Mengenai langkah yang harus dijalani, janganlah kamu berlebihan, hiduplah dengan bersahaja, jangan sombong dalam berbicara, dan jangan berlebihan terhadap manusia. Itulah langkah sempurna yang sejati.Bertapa di gunung atau di gua itu akan menjadikanmu takabur, lakukanlah tapa di tengah ramainya manusia. Milikilah sikap luhur dan maafkanlah orang yang salah" - Syekh Syarif Hidayatullah Sunan Gunang Jati

Itulah antara kalimah yang seringkali diucapkan oleh para wali. Amat tertarik untuk umum mengetahui secara mendalam ajaran-ajaran para wali di pulau Jawa. Sebagai contoh, ajaran dari Sunan Bonang yang gemar menciptakan lagu-lagu rakyat di dalam dakwah beliau. Salah satu cara yang amat popular hingga ke hari ini adalah ' Tombo Ati'  (terjemahan dari syair asli berbahasa Jawa):
"Obat hati ada lima perkara.
Yang pertama, baca Qur’an dan maknanya.
Yang kedua, shalat malam dirikanlah.
Yang ketiga, berkumpulah dengan orang saleh.
Yang keempat, perbanyaklah berpuasa.
Yang kelima, dzikir malam perpanjanglah.
Barang sesiapa yang mampu melaksanakan salah satunya,
semoga Allah memberikan penyembuhnya".

Yang menjadi persoalan, adalah fakta sejarah bahawa para wali itu sebahagian besar dari mereka adalah orang-orang asing @ luar dari Tanah Jawa. Menurut Sudirman Tebba dalam bukunya “Mengenal Wajah Islam yang ramah” (Pustaka Irvan,2007) dan juga "Sajarah Wali"  dalam naskah Mertasinga, kebanyakkan para wali berasal dari tanah Arab dan Campa. Jelas sekali orang-orang asinglah yang khususnya datang dan berkumpul ke pulau Jawa untuk menyebarkan dakwah dan sinar Islam!

Syekh Syarif Hidayatullah sendiri serta Sunan Kudus mempunyai darah Arab. Wali-wali yang lain seperti Sunan Ampel, Sunan Giri dan Sunan Bonang yang mempunyai hubungan kekeluargaan satu sama lain, merupakan keturunan dari Campa, perdebatan sering merujuk Campa @ Kemboja. Mengapa mereka datang ke pulau Jawa? Begitu juga lebih hebat lagi bagaimana mereka yang berdarah asing itu dapat menanamkan nilai-nilai Islam sesuai dengan nilai dan adat kebudayaan tempatan @ ‘berdakwah dengan “bahasa” penduduk asli?  Ini belum lagi kita menceritakan 'kehebatan' ilmu perang @ persilatan mereka yang dapat menundukkan kekuatan pahlawan-pahlawan dan Raja-raja tempatan yang ada ketika itu. Dari perspektif yang agak berlainan, kalau 'orang asing' dapat mempengaruhi rakyat tempatan dalam mengembang syiar Islam dan menundukkan pemerintah yang sedia ada, mungkinkah juga Tuah  sebagai hulubalang 'asing' sememangnya mampu mengalahkan mana-mana pahlawan yang ada ketika itu tanpa Taming Sari?