Thursday 10 September 2009

Sejarah Mandailing

Orang Mandailing diriwayatkan berasal dari Munda yaitu sebuah daerah di India Tengah. Mereka telah berpindah-pindah pada abad-ke 6, karena terpukul dengan serangan bangsa Arayan dari Irak yang meluaskan pengaruh mereka. Setelah melintasi Gunung Himalaya mereka menetap sebentar di Mandalay, yaitu ibu negara Burma purba. Besar kemungkinan nama Mandalay itu sendiri datangnya dari perkataan Mandailing yang mengikuti logat Burma.

Sekali lagi mereka terpaksa bepindah karena pergolakan suku kaum di Burma yang sering berperang. Pada waktu itu mereka melintasi Selat Malaka , yang pada masa itu bukan merupakan suatu lautan yang besar, sangat dimaklumi bahwa pada masa itu dibagian tertentu Semenanjung Tanah Melayu dan Sumatera hanya di pisahkan oleh selat kecil saja.

Kaum Munda telah berjaya menyeberangi laut kecil tersebut dan mendirikan sebuah kerajaan di Batang Pane, Portibi, diduga peristiwa ini terjadi di akhir abad ke – 6. Kerajaan Munda Holing di Portibi ini telah menjadi mashur dan meluaskan wilayah taklukannya hingga kesebahagian besar pantai Sumatera dan Tanah Melayu. Keadaan ini menimbulkan kemarahan kepada Maharaja Rajenderacola lalu beliau menyerang kerajaan Munda Holing dan negara pantai lainnyadi abad ke-9. Tenteara kerajaan Munda Holing yang di pimpin oleh Raja Odap-Odap telah ditewaskan oleh Rajenderacola dan berkuasa di seluruh daerah Batang Pane. Tunangannya Borudeakparujar telah melintasi Dolok Maela (sempena Himalaya yang didaki oleh nenek moyangnya) dengan menggenggam segumpal tanah di Portibi untuk menempah satu kerajaan baru (Menempah banua).

Kerajaan kedua di Sumatera di didirikan di Pidoli Dolok di kenali sebagai kerajaan Mandala Holing artinya kawasan orang-orang Keling. Pada masa itu mereka masih beragama Hindu memuja Dewa Siva. Di abad ke 13, Kerajaan Majapahit telah menyerang ke Lamuri, Padang Pariaman dan Mandailing. Sekali lagi kerajaan Mandala Holing ini telah di bumi hangus dan hancur. Penduduk yang tidak dapat di tawan telah lari kehutan dan bercampur-gaul dengan penduduk asli. Lalu terbentuklah Marga Pulungan artinya yang di kutip-kutip. Di abad ke-14 dan ke 15, Marga Pulungan telah mendirikan tiga buah Bagas Godang di atas tiga puncak Bukit namun kerajaan tersebut bukan lagi sebuah kerajaan yang besar, hanya merupakan kerajaan kampung.

Di pertengah abad ke-14, terdapat legenda tiga anak Yang Dipertuan Pagar Ruyung yang bernama Betara Sinomba, Putri Langgoni dan yang bungsunya Betara Gorga Pinanyungan yang mendirikan dua buah kerajaan baru.Betara Sinomba telah di usir oleh Yang Dipertuan dari Pagar Ruyung karena kesalahan bermula dengan adiknya Putri Langgoni. Kedua beradik tersebut berserta pengikutnya telah merantau dan mendirikan kerajaan di Kota Pinang. Yang di Pertuan Kota Pinang inilah yang menurunkan raja-raja ke Kota Raja, Bilah, Kampung Raja dan Jambi.

Adiknya Betara Gorga Pinanyungan di dapati bersalah belaku adil dengan sepupu sebelah ibunya yaitu Putri Rumandang Bulan. Oleh kerana tidak ada lagi pewaris takhta makanya putri tersebut ditunangkan dengan Raja Gayo.

Sewaktu Putri Rumandang Bulan di bawa pergi ke Gayo beliau telah membawa satu tandan pinang masak lalu ditanamnya sebiji pinang tersebut pada setiap kali rombongan tersebut behenti hinggalah sampai di tebing sebatang sungai. Di tebing sungei itu baginda telah melahirkan seorang anak laki-laki yang gagah dan perkasa. Ketika rombongan tersebut ingin meneruskan perjalanannya ke Gayo maka datanglah petir dan guntur yang amat dasyat hingga kemah mereka tidak dapat di buka. Begitulah keadaannya sehingga tujuh kali percobaan. Akhirnya seorang Datu telah memberitahu bahawa anak tersebut hendaklah ditinggalkan di atas batu di bawah pohon sena tempat ia dilahirkan kerana putera tersebut akan menjadi seorang raja yang besar di situ.

Putri Rumandang Bulan enggan puteranya ditinggalkan karena dia ingin mati bersama anaknya, apabila Raja Gayo kelak mendapati bahwa dia bukan lagi perawan. Di dalam keadaan tersebut tepancarlah pelangi maka menitilah tujuh orang bunian di ikuti oleh Dewa Mangala Bulan dari Kayangan. Puteri tersebut di simpan kedalam sungai berdekatan lalu bermandikan dengan bunga-bunga sena yang sedang berkembang. Apabila keluar dari sungai tersebut di dapati perut-perut yang menandakan baginda telah melahirkan tidak lagi kelihatan. Maka nama sungai tersebut di kenali sebagai “Aek Batang Gadis” artinya, air sungai yang memulihkan gadis/perawan.

Anak yang ditinggalkan di bawah pohon sena tersebut telah di temui oleh rombongan Sultan Pulungan yang sedang memburu, lalu dipunggutnya. Anak yang dibesarkan di dalam kandang di bawah rumah tersebut akhirnya telah berhasil melarikan diri dan mendirikan sebuah kerajaan dan kemudiannya mengalahkan Sultan Pulungan. Anak tersebut yang di kenali sebagai Sibaroar yaitu kandang di bawah rumah akhirnya menjadi raja besar di Penyabungan. Oleh karena raja di Penyabungan yang tersembunyi diketahui orang akan ibunya maka dipanggilah kerajaannya sebagai kerajaan “MANDE NAN HILANG”, pendeknya Mandailing atau pun Mandehilang. Beliau juga adalah pengasas/penegak Marga Nasution., artinya orang sakti.

Ketika cerita kebesaran Sibaroar yang di gelar Sutan Diaru tersebar jauh ke Pagar Ruyung maka Yang Dipertuan Pagar Ruyung pun terkenang akan Putri Rumandang Bulan yang hamil di bawa ke Gayo. Baginda dan pengiringnya pun berangkatlah mengikuti pohon-pohon pinang yang telah di tanam oleh bekas kekasihnya itu hingga sampailah di tepi sungei yang di namakan “Aek Batang Gadis” lalu di bawa mengadap kepada Sutan Diaru di penyabungan.

Setelah panjang lebar bercerita lalu pengasuh yang bernama Sisauwa telah menunjukkan kain sutera kuning pinang masak yang membalut Sutan Diaru sewaktu baginda dijumpai di bawah pohon sena di Aik Batang Gadis berserta aguk yang dikalungkan oleh ibunya Putri Rumandang Bulan. Maka ketahuanlah akan Yang Di Pertuan Pagar Ruyung, bahwa Raja Sutan Penyabungan tersebut adalah anaknya. Seluruh isi negeri bersukaria dan Sutan Diaru pun di tabalkan secara rasmi sebagai Raja Penyabungan. Pada masa yang sama juga utusan dari Kota Pinang telah datang ke Penyabungan untuk mengundang Yang Dipertuan Pagar Ruyung kesana untuk bertemu kekandanya yang telah lama tidak berjumpa. Lalu kata Yang Dipertuan, “Beta tetap akan mengunjungi kekanda beta di Kota Pinang.” Maka itu pada hari ini Kota Pinang di kenali sebagai Tanah Abang, dan Penyabungan di kenali sebagai Tanah Adik, sempena peristiwa Betara Sinomba mengundang adiknya Betara Gorga Pinanyungan di Penyabungan supaya baginda datang ke Kota Pinang walaupun adiknya mempunyai kerajaan yang lebih besar di Pagar Ruyung.

Kerajaan Sibaroar @ Sutan Diaru di Penuyabungan akhirnya bekembang luas menguasai seluruh Mandailing Godang yang sangat subur tanahnya.

Diabad ke-19 yaitu sekitar 1916, Tentera Paderi di bawah pimpinan Tuanku Imam Bonjol telah mengutuskan Raja Gadumbang Porang atau lebih di kenali sebagai Tuanku Mandailing untuk mengislamkan Tanah Mandailing. Tentera Paderi telah masuk ke Mandailing melalui Muara Sipongi dan menakluki Penyambungan pada awal 1816. Kemudiannya Belanda pula memasuki Mandailing sekitar 1835, ini telah mengakibatkan banyak dari raja-raja Mandailing yang menentang dan terpaksa mundur dan menyeberangi Selat Melaka dan terus menetap di Tanah Melayu.

Orang-orang Mandailing bekas panglima tentera paderi telah memainkan peranan penting di dalam perjalanan sejarah di Tanah Melayu iaitu Tanah Pelarian. Nama seperti Tuanku Tambusai, Raja Asal, Raja Laut dan Sutan Naposo tercatat di dalam sejarah pergolakan perang saudara di Pahang dan Selangor.

Perpindahan orang Mandailing bermula sejak lama, diantaranya adalah disebabkan perselisihan faham keluarga, menjae atau merajuk, kalah perang atau pelarian atau buruan kerana berbagai kesalahan adat atau hukum. Kejatuhan Penyabungan ketangan Tentera Paderi 1816 dan gerakan mengislamkan Tanah Mandailing berikutnya. Ada diantaranya di hantar ke Semenanjung. Namun perpindahan yang paling ketara bermula sejak beramai-ramai sebagai budak/abdi dan ada di antaranya melarikan diri bersama keluarga mereka untuk mencari tempat tinggal yang lebih aman.

Serangan Raja Gadumbang Porang atau Tuanku Mandailing dengan tentera paderi tidaklah begitu menekan tetapi apabila Tuanku Lelo bertubi-tubi menyerang Penyabungan dan memburu yang Dipertuan Huta Siantar bersama pengikutnya; pembunuhan beramai-ramai telah memaksa sebahagian besar penduduk Mandailing melarikan diri ke Tanah Melayu, sekitar tahun 1816 – 1832. Ada pula di antara raja-raja Mandailing yang mengikut tentera Paderi seperti Patuan Maga, Baginda Sidursat dan lain-lainnya telah menentang Tuanku Lelo. Di bawah pimpinan Tuanku Mandailing beberapa orang panglima perang paderi akhirnya menyerang Kubu Tuanku Lelo di Padang Sidempuan dan menewaskannya. Salah seorang anak raja Mandailing bernama Jahurlang yang bergelar Tuanku Bosi yaitu anak kepada Patuan Maga telah menyertai Tuanku Imam Bonjol sebelum jatuhnya benteng Padang Sidempuan. Beliau diamanahkan oleh Tuanku Imam Bonjol untuk menjaga Bentang Bonjol pada tahun 1837 – sewaktu beliau berunding dengan Belanda.

Jahurlang atau Tuanku Bosi diberikan pedang Al-malik kepunyaan Tuanku Rao yang terkurban di Air Bagis sebagai tanda mengambil alih pimpinan di Bonjol. Malang sekali Bentang Bonjol tidak dapat dipertahankan kerana kekuatan tentera Belanda, akhirnya Tuanku Bosi dengan pengikutnya tepaksa mundur ke Benteng Dalu Dalu.

Melihat pedang Al-Malik di tangan Tuanku Bosi, maka Tuanku Tambusai telah merencanakan pengunduran beliau bersama pengikutnya dan Benteng Dalu Dalu diserahkan kepada Tuanku Bosi. Tuanku Tambusai dengan diiringi oleh Tuanku Raja Asal, Abdullah Zawawi (anak kepada Tuanku Bosi) yang kemudiannya di kenali sebagai Raja Laut berundur bersama pengikut mereka ke Tanah Melayu. Benteng Dalu-Dalu jatuh ketangan Belanda pada 1838. Tuanku Bosi turut terkurban setelah mendapat luka-luka parah di dalam pertempuran tersebut.

Tuanku Tambusai, Raja Asal dan Raja Laut mendarat di Melaka dan pergi ke Lukut mencari tempat tinggal. Tidak lama kemudian Raja Laut diperintahkan kembali ke Sumatera untuk mencari saki baki tentera paderi bagi mengatur serangan balas terhadap Belanda. Raja Asal meninggalkan Lukut kerana terdapat sedikit kekecuhan di sana, beliau pergi ke Kelang membuka Lombong Bijih Timah sekitar tahun 1843. Tuanku Tambusai mencari tempat tinggal yang terpencil di Negeri Sembilan dan menetap di sana. Raja laut berulang alik antara Sumatera dan Tanah Melayu sambil menyerang kapal-kapal dagang Belanda, Inggeris, Cina dan India yang melintasi Selat melaka. Maka itu beliau di sebut Raja Laut.

Sekitar tahun 1850, Raja Asal telah meinggalkan Kelang dan berjijrah ke Pahang bersama-sama pengikutnya. Di Pahang Raja Asal telah melibatkan diri di dalam perusahaan melombong bijih timah dan berjual beli bijih timah. Raja Asal telah dapat menembusi istana Bendahara Tun Ali dan bersahabat baik dengan keluarga pembesar di Pahang. Beliau bersahabat baik dengan Tun Mutahir anak Tun Ali. Tun Ali mangkat pada tahun 1857. Raja Asal telah berkahwin dengan Wan Putih atau dalam bahasa Mandailing di panggil Siputeh.

Perang saudara di Pahang belaku pada tahun 1857 – 1863, Raja Asal terlibat di dalam perang tersebut kerana berkahwin dengan keluarga Tun Mutahir yang menjadi Bendahara Pahang yang baru. Perang saudara tersebut di menangi oleh Wan Ahmad iaitu adik kepada Tun Mutahir. Sewaktu luka parah Tun Mutahir telah berundur bersama anak-anaknya Wa Da dan Wan Aman serta Raja Asal kesempadan Negeri Selangor. Wan Putih telah di jemput oleh hamba Raja Asal bernama ‘Sipuntung’, lalu di bawa ke Selangor. Di Selangor Raja Asal kembali menjalankan usaha membeli dan menjual bijih timah. Dana Paderi yang diamanahkan kepadanya dilaburkan sekali lagi untuk membiayai saki-baki tentera Paderi yang menjadi pengikutnya. Oleh itu beliau sentiasa berhubung dengan Raja Laut yang diutuskan untuk mengumpulkan saki-baki tentera Paderi di Sumatera. Tuanku Tambusai yang sudah uzur tidak lagi memainkan peranan penting untuk memulihkan semula kekuatan Paderi di Sumatera.

Apabila Tuanku Raja Asal mengambil keputusan untuk menyokong Raja Mahadi di dalam Perang Kelang untuk menentang Raja Abdullah (dalam tahun 1866) maka beliau telah menghubungi Raja Laut untuk mendapat bantuan bekas tentera Paderi di dalam peperangan tersebut. Sewaktu Kelang jatuh dan kemudiannya Kuala Lumpur turut jatuh kerangan orang-orang Mandailing, Raja Asal telah memerintahkan hambanya Sipuntung untuk membunuh Dato’ Bandar Yassih yang berketurunan Bugis kerana banyak menindas dan menyeksa orang-oranag Mandailing.

Campurtangan Tengku Kudin sebagai wakil Sultan Abdul Samad yang memerintah Selangor mulai 26hb. June, 1868, telah mengubahkan suasana politik di Selangor. Tengku Kudin mendapat bantuan dan sokongan dari nggeris. Walaupun pada mulanya Raja Asal, Sutan Na Poso dan kapitan Yap Ah Loy bersahabat baik tetapi pada tahun 1871 mereka berselisih faham dengan Yap Ah Loy atas urusan perniagaan bijih timah.

Pada bulan Mei 1872, Raja Asal bersama Raja Laut telah membawa angkatan perang mereka untuk menyerang Kuala Lumpur. Mereka telah berkubu di Petaling Batu, iaitu di Jalan Cheras sekarang, bersama lebih kurang 2,000 orang bekas tentera Paderi dari Sumatera. Satu pertempuran telah berlaku diantara pasukan Raja Asal/Raja Laut dengan pasukan Kapitan Yap ah Loy yang di bantu oleh Kapten Van Hagen dan Kapten Cavalier yang akhirnya mengalami kekalahan teruk di mana seramai 730 tentera mereka telah terkurban. Kejayaan Raja Asal dan Raja Laut merebut Kuala Lumpur dari Kapitan Yap Ah Loy dan sekutunya telah mendesak Tengku Kudin meminta bantuan tentera dari Pahang dan Pulau Pinang. Pada pertengahan tahun 1872 Pahang telah bersubahat dengan Tengku Kudin untuk mengalahkan Raja Asal yang di sokong oleh orang-orang Mandailing, Rawa (Rao), Batubara dan orang Minangkabau yang merupakan saki-baki tentera Paderi, Raja Asal tersebut bergelar Tuanku Raja Asal – bukanlah bererti beliau itu Raja yang memerintah tanah Mandailing, gelaran Tuanku itu adalah gelaran Panglima Tetera Paderi. Raja di Tanah Mandailing dipanggil Baginda, bukannya Tuanku.

Pada akhir 1872, tentera Pahang telah menyerang kubu Raja Asal di Ulu Kelang. Tentera Pahang yang di pimpin oleh Imam Perang Raja Rosu (Tok Gajah) telah ditewaskan oleh tentera Raja Asal yang di pimpin oleh Panglima dari Mandailing bernama Jabarumun, yang berkubu di Ulu Kelang. Isteri Raja Asal yang benama Wan Putih (Siputih), bersama orang-orang Telu gigih pula mempertahankan satu lagi kubu Raja Asal yang kini tempatnya dikenali sebagai Siputeh, sempena nama beliau yang dikagumi oleh orang-orang Mandailing.

Pada bulan Mac, 1873, sekali lagi Raja Rosu bersama tentera dari Pahang menyerang Ulu Kelang dengan kelengkapan yang lebih hebat, oleh kerana bantuan yang dinantikan dari Raja Laut tidak dapat mendarat di Kelang maka mereka telah mendarat di Teluk Mak Intan, maka kubu Raja Asal pun jatuhlan ketangan orang Pahang. Raja Laut bersama lebih kurang 1,000 orang Batak yang baru di Islamkan telah mendarat di satu kawasan yang kini di kenali sebagai Batak Rabit kerana telinga dan hidung mereka menggunakan subang yang besar hingga terjuntai lubang telinga dan hidung mereka.

Raja Laut telah melintasi sebatang sungai yang mengalir di tengah-tengah lalu di panggil mereka Aik Batang Padang ataupun di kenali sebagai Sungei Batang Padang, sedangkan batang dalam bahasa Mandailing itu adalah sungei. Didalam perjalanan mereka ke Ulu Selangor, mereka telah menerima berita kekalahan Raja Asal di Bukit Nenas lalu mereka bekemah di Ulu Bernam/Slim menanti Raja Asal yang sedang menuju ke Negeri Perak. Sebelum bertemu dengan Raja Asal di Slim/Ulu Bernam maka satu persetujuan telah diadakan supaya Jabarumun/Raja Barumun di hantar mendapatkan Sutan Na poso (Sutan Puasa) yang bekubu di Ulu Langat bagi mengatur satu serangan balas ke atas Tengku Kudin dan Raja Bosu. Berikutnya Sutan N Poso tidak begitu yakin keraja Raja Asal tidak menyertai pasukan perang yang hanya di pimpin oleh Jabarumun/Raja Barumun. Pasukan perang tersebut telah pulang tetapi di tengah jalan mereka sempat juga menyerang orang-orang Cina di Pudu dan juga Ulu Kelang. Kedai mereka di bakar dan pembunuhan pun berlaku di kedua-dua kawasan tersebut.

Raja Laut dan pengikutnya tidak mengikut Raja Asal ke Changkat Piatu, mereka telah berkampung di Air Kuning dan Banir di negeri Perak. Raja Laut meninggalkan anaknya yang sulung benama Basir Nasution atau pun lebih di kenali sebagai Syeh Basir guru agama di Air Kuning. Raja Laut telah kembali kepada cara hidup lamanya berulang alik di Selat Melaka sehinggalah beliau terkorban di dalam salah satu perempuran laut dengan angkatan perang Belanda di Labuahan Bilik. Anaknya Syeh Basir Nasution telah kembali ke Sumatera untuk mengumpulkan semula kaum keluarganya tetapi beliau tidak lagi kembali menetap di Air Kuning. Anaknya yang tua benama Ja Akob atau di kenali sebagai Jakub tinggal di Banir dan Air Kuning.

Raja Asal telah di terima mengadap Raja Idris iaitu putera Mahrum Teja yang berkuasa di kawasan Teja, lalu diberikan satu kawasan melombong yang luas di Changkat Piatu. Raja Asal juga telah diberikan kuasa mengutip cukai bijih timah di muara pertemuan Sungai Pinji dan Sungai Kinta. Sebuah Pengkalan mengutip cukai yang teguh telah di bina oleh Raja Asal. Oleh kerana ia sebuah pengkalan yang teguh akhirnya mengikut “telor” orang Perak lalu disebut Pengkalan Pegoh. Raja Asal juga telah membina sebuah perkampungan orang-orang Mandailing di Changkat Piatu, lalu berkumpullah sebahagian besar orang Mandailing di Changkat Piatu. Orang-orang Rawa pula di tempatkan di Gopeng di bawah pimpinan Panglima Jabarumun atau lebih di kenali sebagai Imam Perang Jabarumun. Isteri Raja Asal yang mengikutinya setelah tinggal di Bukit Nenas di tawan oleh tentera Pahang telah berjalan kaki mencari suaminya hingga sampai kesuatu tempat berhampiran Pusing, di sana beliau bersama pengikutnya telah berkampung sementara menanti utusan Raja Asal menjemput mereka . Kampung tersebut sehingga hari ini di kenali sebagai Siputeh. Itulah sebabnya terdapat dua tempat yang dinamakan Siputeh, masing-masing di Selangor dan di Perak.

Adalah diberitakan bahawa dalam tahun 1874, apabila perjanjian Pangkor termeteri maka banyaklah pembesa-pembesar Negeri Perak yang tidak puashati. Memandangkan Raja Asal ini seorang yang gagah berani dan banyak pengalamannya di dalam peperangan maka datanglah beberapa orang di antara mereka meminta campurtangan beliau (Raja Asal) untuk mengusir Inggeris dari negeri Perak. Raja Asal menolak permintaan mereka untuk campurtangan dalam pergolakan di Perak kerana beliau telah uzur dan letih untuk berperang sepanjang usia remaja dan dewasanya. Paktan untuk membunuh J.W.W Birch tidaklah disertainya tetapi Raja Asal telah meminjamkan hambanya Sipuntung yang sangat dipercayai sebagai tanda penyertaannya untuk membersihkan bumi ini dari campurtangan orang-orang kafir yang ditentangnya sejak beliau memeluk agama Islam.

Raja Asal tidak pernah menjadi Penghulu di Mukim Belanja, Penghulu Belanja yang pertama adalah Raja Bilah, iaitu anak saudara kepada Raja Asal. Sewaktu J.W.W Birch di bunuh pada tahun 1875 Mukim Belanja belum lagi diujudkan. Sila lihat perlantikan Raja Bilah sebagai penghulu Belanja yang pertama. Semasa J.W.W . Birch di bunuh Raja Asal sudah mula gering dan tidak mampu lagi mengendalikan urusan melombong ataupun mengutip cukai bagi pihak Raja Idris (Sultan Perak). Akibatnya beliau terhutang $3,000.00 kepada pihak yang berkuasa.

Sepanjang keadaannya gering itu Raja Bilahlah yang menguruskan semua urusan Raja Asal. Akhirnya Raja Bilah telah meminta Raja Asal menyerahkan kuasa sepenuhnya kepadanya supaya dapat beliau membayar semua hutang tersebut. Setelah enam bulan kuasa diserahkan kepada Raja Bilah barulah segala hutang piutang tersebut dapat diselesaikan.

Raja Asal dalam usia yang agak lanjut dan kesan dari kekalahan serta kegagalannya tidak lagi merupakan seorang yang aktif di dalam urusan maka itu semua urusan dikendalikan oleh Raja Bilah. Tuanku Raja Asal telah meninggal dunia pada 1878 dan di semadikan di Changkat Piatu di antara pertemuan Sungai Pinji dengan Sungei Kinta. Sehingga hari ini makam beliau masih tertegak megah di atas tanah perkuburn Changkat Piatu.

Petikan dari Buku Cenderamata Lembaga Adat Mandailing Malaysia

88 comments:

sejarah yang lengkap..., jangan lupa tayang kan sejarah Rao ya....,kerana Rao dan Mandailing tu bersempadan langsung

Bila baca artikel ni, teringat kepada mutawwif saya di Mekah dulu Ustad Abdul Karim, orang Mandaling.

uh...panjangnya...insyaAllah akan dibaca...
ni asal usul keturunan ni...

inilah watak2 "WIRA" negara yg saya maksudkan dlm thread Bukit Kepong Dgreat

inilah bermulanya perang besar2an di Kuala Lumpur yg akhirnya kelak menyaksikan penyembelihan beramai2 org Mendailing / Rawa a la Shabra dan Shatilla

kuala lumpur kepunyaan sultan selangor .maka sultan selangor takkan duduk diam saja jika kepunyaan nya di rampas org . jadi adakah tengku kudin tu wira atau raja asal tu yang wira?

Ha......Sultan Selangor dulu mmg tk duduk diam bro..dgr citer inilah sebab Melayu tibai Melayu zaman dulu

bro quote la bhgn yg relevan utk dikaitkan dgn soalan itu...supaya mudah kita sama2 memahami inputnya....

betul gak..aku dah mula confuse

saya quotekan bagaimana sikap sultan / kerabat selangor ketika itu (pertengahan kurun 19)

‘In Salangor I have seen people’s children taken from them for the loss of one leaf of Sirih.’ (284) – Burns (The Journals of F.A. Swettenham)

‘If a man’s goat broke one stake of a raja’s fence he could be fined so that he could not pay, and would then with all his family be taken into the Raja’s house.’ (284) – Burns (The Journals of F.A. Swettenham)



'...Campurtangan Tengku Kudin sebagai wakil Sultan Abdul Samad yang memerintah Selangor mulai 26hb. June, 1868, telah mengubahkan suasana politik di Selangor. Tengku Kudin mendapat bantuan dan sokongan dari Inggeris...'
Confuse..Inggeris menjajah..Kudin minta tolong diaorang hentam sama orang Melayu..siapa di pihak benar? Kalau ikut Mat Sabu, Kudin penderhaka !

lagi dari jurnal asli frank swetenham

‘Raja Kahar took away a girl and a boy from their homes, saying their grandparents had owed money to someone who handed the debt over to him. T. Sulong says the father of the children came to him saying ‘R.Kahar says I owe money to someone, but from my childhood I never knew of it.’ (273) – Burns (The Journals of F.A. Swettenham)

‘R.Yacoob took away against her mother’s will a girl for the debt of her parents.’ (273) – Burns (The Journals of F.A. Swettenham)


Raja Kahar took some tin (since I believe returned) from a man for no reason whatever. (275) – Burns (The Journals of F.A. Swettenham)

Raja berkuasa ketika itu dan Melayu berpecah belah..antara Sultan dan golongan yg cuba menegakkan keadilan....

benar bro..... mintak org putih dan cina bantai bangsa sendiri...memang pengkhianat bangsa

gila kan kuasa bro ..apa boleh buat .. ? sedang kan empayar ottoman pun sultan sanggup bunnuh saudara sendiri abg kandung dan segala waris tahta ...ini kan pula negeri selangor yang tak besar mana nie.

setiap keluarga wajib memberi seorang mereka kepada sultan ottoman utk di latih menjadi tentera. tak kira kristian atau islam.

Yet history says they were the righteous lot..adusssss...
'.... sedang kan empayar ottoman pun sultan sanggup bunnuh saudara sendiri abg kandung dan segala waris tahta ..' keduniaan membuat manusia lupa bahawa Dia senantiasa melihat...itulah hakikat kehidupan..siapa yg berkuasa di kudrat..yg ditindas dilihat sbg bangsat !

suasana di Selangor ketika itu (era Sultan Abdul Samad)

Suasana di Kelang pada masa itu adalah tidak tenteram kerana kurangnya penguatkuasaan undang-undang yang melindungi orang awam. Pembesar-pembesar Bugis menjalankan pemerintahan mengikut perasaan dan peraturan mereka sendiri.

‘The normal state of Selangor was robbery, battle and murder, and the sultan had cause to fear ... it was even at one time proposed to murder the sultan.’ (3) – Gullick 1955.

Sultan Selangor iaitu Sultan Abdul Samad sendiri sentiasa hidup dalam keadaan cemas dan ketakutan seperti yang dinyatakan oleh J.M. Gullick 1955 di bawah ini;

‘He always expecting that one or other of them would seize the opportunity of stabbing him.’ (3)

cerita hampir sama di empayar ottoman apabila tentera jennessary (elit) memberontak terhadap sultan salem ...dan dalam masa sama komplot di dalam istana iaitu bahagian "harem " (tempat di mana gundik2 sultan campur tangan di dalam istana.

Sultan yg dimaksudkan adalah Abdul Samad? Kalau benar maka kita perli rethink why Ja Berayun dibunuh..was iot because someone felt he was a threat to the monarchy pada (kalau ikut sejarah) dia yg menaikkan Sultan @ kingmaker ?

di pahang ...org melayu malas nak usaha kan tanah kerana bimbang di rampas oleh kerabat2 sultan . tak jauh beza dengan sekarang nie .. yang berkuasa makan banyak duit ...yang miskin tambah miskin . ...

Trend ini bermula lbh awal lagi where the eunuchs of the Chinese emperor memainkan peranan dlm istana. So no big deal actually..jalang2 yg menjatuhkan satu2 kerajaan...hehehehehehe

isteri sultan suleiman the magnificient...telah membunuh anak kandung sendiri dan anak gundik yang lain semata2 utk menaikan anak kandung nya yang lagi satu... jadi lihat ler ... seorang ibu sanggup membunuh anak sendiri ..

Kita sbg anak Melayu..where do we stand? Shld we continue to sit on our arse and melihat shj apa yg berlaku atau leave it to the politician to do whatever ? Or we need another rebellion (which may be disastrous to the Malay race)

iya...salah satu sbb mengapa pasukan Padri dari Sumatra datang melakukan pembunuhan tersebut....tempatnya kita dah lawat hari tu....

bros...jangan lah cerita Ottoman kat sini...boleh buat thread baru...

kita cerita mendailing / rawa / bugis di Selangor dan penglibatan org cina dan juga british

Adakah Ja Berayun was 'too hot to handle' ataupun Sultan udah tk mo lagi 'samseng' cam dia to dictate cara Sultan memerintah. Interesting gak kalau ada article ttg Ja Berayun and the British..


Seorang konsol Residen Melaka yang bernama Captain Macpherson datang melawat negeri Selangor pernah menyatakan keadaan di negeri tersebut sebagai;

‘Selangor itu jauh lebih buruk dari Lukut. Rajanya yang baru itu suka berpoya-poya dengan perempuan. Putera baginda yang bernama Raja Musa adalah seorang pemuda yang garang dan keras rupanya, usianya baharu lima belas tahun. Raja Muda Mahmud yang tidak dipilih untuk menggantikan ayahnya itu, merupakan seorang budak yang cerdik dan gemar orang melihatnya, usianya lebih kurang dua belas tahun. Pada masa itu di Selangor penyakit hawar kerbau sedang merebak dan banyak kerbau yang mati. Oleh sebab sawah-sawah padi tiada diusahakan, akibatnya rakyat dalam negeri akan kebuluran, kerana itu mereka menjadi perampas, perompak dan penyamun.’ (52) – Buyong Adil 1971.

Kalau trend skg..isteri muda menidakkan hak anak sulong semata2 untuk menaikkan anaknya sendiri. Citer nya sama gak gan sejarah Korea King Daeyoung dan Saeyoung, cuma era berbeza.

refer kemelut istana Kelantan hari ini

apa bila tentera elit sultan ottoman di katakan mempunyai ramai penganut kristian ...maka di tanya balik oleh discovery dengan agak terperanjat ... tidak kkah sultan bimbang dengan pembelotan kerana mereka berbakti pada sultan yang beragama islam . maka jawab ahli sejarah turki itu ...tidak ..ini kerana sultan ottoman telah menekan kan yang bahawa mereka berbakti untuk empayar ottoman ...bukan agama di tekan dan serupa yang berlaku di amerika sekarang siapa yang tinggal dan menjadi rakyat amerika ..di panggil rakyat amerika . iaitu semangat nasionalisme.

For this gua question peranan yg dimainkan oleh Ja Berayun dan Panglima Kanan Sultan. Dikatakan kedua2 mereka orang agama dan juga handal dalam ilmu perang. Kenapa mereka chose to diamkan diri (sekiranya begitu) kan molek kalau mereka cuba menasihati Sultan...unless..Sultan dah bosan gan dia orang and prefer omputih @ mem2 omputih !!!

Suasana pada masa itu juga dapat digambarkan kemudiannya melalui pengalaman seorang konstabel Frank A. Swettenham sendiri di mana pada suatu hari semasa Raja Mahmud @ Tok Kapak Cina bin Raja Mat Saman @ Raja Berkat, beliau sendiri dan seorang polis sedang minum di sebuah kedai kopi di mana terdapat seorang lelaki yang duduk dekat mereka dan bersembang dengan suara yang agak kuat. Lalu disuruh oleh Raja Mahmud agar menghentikan serta-merta perbualan itu. Beberapa ketika selepas itu lelaki itu pun bercakap perlahan-lahan. Dengan tidak semena-mena, Raja Mahmud bangkit dan menikam lelaki itu sampai mati dengan Keris Kapak Cina kepunyaannya. Lalu ditanya oleh polis itu kenapa lelaki itu perlu dibunuh. Maka dijawab oleh Raja Mahmud, ‘Dia buat bising .. patut kena tikamlah ..’ (169) – Burns (The Journals of F.A. Swettenham) (41) – Gullick 1993.

Aku rasa kalau dalam hal ini, the Church of Rome ada peranan..un tuk menumbangkan empayar Ottoman yg tlh memalukan org2 Kristian

begitu juga sultan muhammad al fateh ...apa bila hampir gagal menawan kota constantinople ... maka di arahkan ulamak memberi sarahan bukan agama islam di tekan kan tapi tawaran emas di gambarkan di sebalik tembok constantinople. ..

jadi kita boleh fikir sendiri ...

hehehe.... menurut ceritanya, JaBerayun sendiri yg melakukan rompakan dan pelanunan.....

(hanya Allah yg Maha Mengetahui)

Aku rasa kalau dalam hal ini, the Church of Rome ada peranan..un tuk menumbangkan empayar Ottoman yg tlh memalukan org2 Kristian.

salah tuan ..sewaktu itu empayar ottoman berada di kemuncak nya ...

Betul, tapi kan dia ada tanggungjawab to advice Sultan sebab dia dan Panglima Kanan yg mengangkat baginda to where he was..

Alahai...org citer pasal Mandailing adik aku yg ni citer pasal empayar Ottoman...satu hujung dunia ke satu hujung dunia yg lain..jauh untuk aku berjalan wei !

cerita ni bukanlah bertujuan memalukan leluhur sesiapa pun...cuma gunakanlah akal pemberian Allah kpd kita utk menjadikan ianya sempadan


Satu lagi gambaran telah dinyatakan oleh William Bloomfield Douglas yang merupakan seorang peguam bahawa, ‘Raja Kahar putera kepada Sultan Abdul Samad telah ditangkap di Langat kerana menculik dan merogol anak dara orang dan hanya dijatuhkan denda $100.00.’ Ini tidak berlaku kepada orang lain yang pastinya menerima hukuman bunuh. Akibat dari peristiwa itu, sekumpulan orang-orang Melayu dekat Langat yang ketakutan terpaksa berpindah ke Tanjung Karang kerana mereka mendakwa pasti sultan akan membunuh mereka kerana disyaki bersubahat dengan polis.

‘In Selangor...the raja had rights over unused land and could exact forced labour or drive men and their families into debt bondage. The well-being, even the life, of the commoner was in the hands of the raja.’ (7) – Tugby.

ala bang ... kita lihat perbezaan kuasa yang besar dan kecil... nie dah 3 kali saya add abg as contact ..tak gak abg add lagi ...

Teringat aku kes hamlau tu kena cekup sebab kononnya ada makmal buat dadah. Sebab dia orang terkenal termasuk mak dia melalak sana sini kata dia dianiaya, tuduhan dikurangkan kepada 'mengguna dadah utk berdengung sendiri'. Kalau org lain, dah kena jerut, tapi hamlau tu kena denda RM5000 aje. Sama gak cuma zaman berlainan. Kalau lu orang yg terkenal, selamat di dunia..kalau idak, batu nesan terpacak kat tanah.

ketika itu, Sultan Muhammad Shah sedang gering, sedangkan menantu baginda, Raja Abdul Samad ingin menduduki tahta... justru, 3 putra Sultan terbunuh (diracun) dalam satu hari.... hanya Raja Mahadi yg terselamat...

menurut kajian sejarah, ada kena mengena dgn JaBerayun yg bersekongkol dgn Raja Abdul Samad dlm peristiwa ini.... Wallahua'lam

biasa bro ..sekarang nie pun lagi parah ..bukan anak sultan ..tapi anak menteri bunuh org pun boleh lepas....menteri bantai belakang org pun boleh tangguh2 bicara dekat 3 tahun dah ... cuba ari nie kita raba anak dara org . 3 hari lepas tu dah naik mahkamah.

kita ni dah puas mengutuk raja2 di selangor....nampaknya dah tahap sangat sensiitif ni....

Mmg tidak ada niat untuk memalukan sesiapa..perbincangan yg ikhlas dan jgn ada yg sibuk2 nak involve ISA ke. Ini cerita benar bro jadi ketahuilah mengapa ada tok nenek kita yg terer2 @ handal dan ikhlas berkorban buang nama dan gelaran mereka. Yg relevan gan Sultan @ Raja mengekalkan gelaran hingga ke anak cucubersama istana. Siapa yg benar dalam hal ini..yg bersekongkol gan Sultan yg support penjajah atau mereka yg bangun memberontak menentang penjajahan dan secara tidak langsung istana ??

Bukan aku dah add ke? alamak.....!

belum ler bang...kalau org pompuan add laju jer accept yer..

Selangor ke? Aku ingat Raja @ Sultan in general yg mana diketahui sejarahnya...

lain kali kalau nak kurangkan hukuman kenalah berlakon....dgn airmata sekali...masuk TV

ya bro... itulah yg kita mahu tunjukkan.... bukan mudah mahu mengiktiraf seseorang sebagai wira atau pengkhianat...

kajian hendaklah dibuat tanpa "fear or favour"

Wei nk berlakon apa..actors dlm kes Susilawati yg kena bakar sampai crispy puas dh berlakon....Belum lagi kes DSA dia sendiri berlakon kantoi gak!

Bukan sesuatu yg mudah. Tak yah lah kita sibuk2 gan kes Mat Indera..ambil kes Tok Janggut (kita ke pantai timur lak)..dia dihukum sebab apa..menentang penjajah? tapi surat hukuman dia siapa punya tandatangan Ketua Hakim Malaya?

hahahahaha.....

mat sabu sesuka hati mengangkat mat indera sbg wira, sebaliknya pihak kerajaan juga mengangkat individu yg selari dgn fahamannya sbg wira...

siapakah yg sebenarnya dan selayaknya bergelar "WIRA"?

kalau nak tau beli ler wira tunggal ....hahahhahaha

Yg ikhlas berjuang atas agama, nusa dan bangsa tk mo gelaran2 wira ke @ hero ke..tidak perlu semua ini. Aku rasa org camni tak mo disanjung, tetapi sebab ada kepentingan lain @ nk masuk tv @ akhbar, lain lak citer!

Sejarah Tok Janggut - Dianggap Menderhaka kerana Menentang British
Tok Janggut mendapat pendidikan di Mekah dan mahir bersilat. Tok Janggut dikatakan ada pertalian dengan Sultan Muhammad IV dimana bonda baginda diriwayatkan adalah adik beradik ayah atau ibu Tok Janggut. Ada riwayat mennyatakan bahawa beliau adalah anak murid Tok Ku Paloh. Selepas Perjanjian Inggeris-Siam 1909, pihak British mengambil alih pemerintahan Kelantan daripada Siam dan mula membawa pelbagai perubahan khususnya dari segi pentadbiran. Perubahan yang diperkenalkan telah menyentuh kedudukan dan keistimewaan tradisional di negeri Kelantan. Antara yang paling sensitif ialah pengenaan cukai seperti berikut: (1) cukai tanah (2) cukai kepala sebanyak RM1.00 seorang setahun (3) cukai pokok buah-buahan sebanyak 3 sen setahun (4) kelapa sebanyak 3 sen setandan (5) sireh sebanyak 5 sen sejunjung.

Pada 29 April 1915, pentadbiran Jeram, Pasir Puteh, Kelantan telah diambil alih oleh Encik Latiff, menggantikan Engku Besar. Engku Besar ialah cucu kepada Tengku Sri Maharaja Long Seri Ibni Long Gafar Limbat yang memperoleh kuasa mentadbir kawasan timur Kelantan secara turun temurun. Keadaan bertambah buruk apabila Encik Latiff, pegawai pentadbiran British yang berasal daripada luar Kelantan menjalankan tugasnya dengan tegas, khususnya dalam hal pengutipan cukai. Semua orang termasuk Sultan dan pembesar diwajibkan membayar cukai tanah.

Dikatakan Sultan Kelantan mempunyai 3000 ekar tanah dan para pembesarnya mempunyai sekurang-kurangnya beratus-ratus ekar tanah. Keadaan ini juga TIDAK MENYENANGKAN Sultan. Engku Besar membuat perundingan dengan Tok Janggut, Haji Said, Che Sahak dan Penghulu Adam, dan mereka bersama-sama memutuskan untuk tidak bekerjasama dengan pihak British. Mereka mendapat sokongan sebilangan besar rakyat, dan ini membimbangkan Encik Latiff. Pada 29 April 1915, Encik Latiff mengarahkan sepasukan polis yang diketuai oleh Sarjan Sulaiman (Che Wan) bertolak ke Kampung Tok Akib untuk bertemu dengan Tok Janggut Dalam satu perkelahian yang berlaku, Sarjan Sulaiman telah terbunuh.

Tok Janggut kemudian menghimpunkan pengikut-pengikutnya menuju ke Pasir Puteh. Encik Latiff melarikan diri ke Kota Bharu. Bantuan daripada Singapura dan Negeri Melayu Bersekutu dikejarkan ke Pasir Puteh pada 6 Mei 1915. Satu pertempuran berlaku pada 25 Mei 1915 di Kampung Merbuk dan Kampung Pupuh. KEBANGKITAN TOK JANGGUT TELAH MENYEBABKAN SULTAN KELANTAN BERASA TERANCAM DAN MENGANGGAP TOK JANGGUT SEBAGAI PENDERHAKA. Dalam pertempuran di Kampung Pupuh, Tok Janggut dibunuh. Mayat Tok Janggut dibawa ke Kota Bharu dalam kereta lembu yang menelan masa sehari. Mayat beliau digantung beberapa hari di depan istana di Padang Bank (Padang Merdeka) sebelum dikebumikan di Pasir Pekan. Pihak perisikan Inggeris mengesyaki bahawa terdapat kerabat diraja dan orang besar Kelantan dalam membantu pemberontakan Tok Janggut. Antaranya ialah Tengku Chik Penambang (Tengku Panglima Raja) dan Tengku Abdul Ja'far Ibni Sultan Muhammad II (Tengku Petra Dalam Kebun) Tengku Abdul Ja'far sebelumnya memakai gelaran Tengku Temenggong Kelantan dan melarikan diri ke Pattani apabila dinafikan hak menaiki takhta Kelantan.

Perjuagan Tok Janggut ini juga sebenarnya adalah datangnya dari semangat pahlawan-pahlawan Pahang iaitu Mat Kilau, Tok Gajah dan Datuk Bahaman serta pengikut-pengikutnya. Ke semua pejuang-pejuang Pahang ini bersembunyi ke Terengganu, Kelantan dan Siam apabila pada ketika itu British telah mempengaruhi Kerajaan Pahang agar memusuhi mereka. Kerana tidak mahu bertempur dengan bangsa sendiri dan tidak mahu menderhaka kepada Sultan, akhirnya mereka melarikan diri ke Terengganu, Kelantan dan seterusnya Siam.

Wow, satu perbahasan yg sgt menarik! Kudos guys!!!!

ramai sebenarnya wira2 yg kita sanjung selama ini adalah dari kalangan yg tidak layak dijadikan idola. Semuanya atas sbb2 rekonstruksi sejarah. Semoga ada pelajaran dari pendedahan2 di thread ini

bagaimana pula sultan kedah yang tidak mau bayar upahan kepada daeng perani lalu bersetongkol dengan inggeris lalu untuk berperang dengan daeng perani?
semua sultan terpaksa menerima campurtangan kuasa luar kerana ketidakmampuan utk bertahan dari serangan atau campur tangan dalaman . ini kepentingan mereka juga . kalau kita jadi mereka pun kita akan berbuat demikian . kuasa harta perempuan ...3 tu yang di kejar manusia.

iya....kerna terpaksa aku rela sendiri....eh lagu francesca peter plak...;-))

in the first place, Daeng Parani had no business attacking Kedah, or tried to intervene in peninsula politics.

daeng perani yang membantu sultan kedah menghalau siam .....kemudian sultan kedah gagal membayar wang upahan. lalu di serang . 5 daeng turun ketanah melayu pada kurun ke 19 kebanyakkan nya menjadi sultan di malaysia. sudah pasti mereka ada bisnes nya di sini.

5 daeng itu hanyalah askar upahan yg menyibuk campurtangan politik tanah melayu - they had no business whatsoever disturbing Tanah Melayu ppl. Mereka merupakan org2 yg kalah kpd arung palakka, lalu melarikan diri keluar dari sulawesi mencari penempatan baru di kalimantan, sumatra dan semenanjung....datang tidak diundang.....

hahaha ..kalau begitu lebih ramai pahlawan jawa ...mandaling datang ..batak ..rawa datang menyibuk menjadi askar upahan di tanah melayu in ...tak gitu tuan ?

jadi yangbetul2 wira ..org asli di tanah melayu nie ler ...

ikut sejarahnya begitulah tuan......cuma mereka ini tak sekejam dari apa yg direkodkan di thread ini...... habis rakyat marhaen dikerjakannya.....

pendaratan 5 daeng di k selangor .. di tumapnag oleh orang jawa di betawi kerana tanah air mereka di lantak belanda ... tuan boleh datang ker k selangor kebanyakkan nya org bugis dan jln jauh skit ke tg karang kebanyakkan nye r org jawa ..

pasca 1957 - askar dan polis kita berjuang menentang gerila komunis, ramai yg terkorban, tak kurang yg cedera seumur hidup..... itulah wira negara, malah ada di kalangan kita sendiri yakni tuan MPA

mana tuan tau tak sekejam mereka ? kerana kekejaman mereka tak di rekod ... sedang kan yang berkuasa saja di rekod .. kekejaman nya oleh british .

dan kebanyakkan senjata ...kapal laut..traning askar di latih oleh british ...sekurangnya2 nya british tak tinggal kan malaysia terkontang kanting begitu saja walau pun ada agenda mereka masing2. contoh palin dekat sas comando british training one of the best commando vat 69 .

tu betul...yg menumpangkan mereka adalah jawa betawi yg mendapat tekanan belanda...

isunya tuan bukan jawa atau bugis atau mendailing dll - yg datang utk cari makan, tak susahkan org, mereka ini kita patut terima dgn baik... tapi datang buat kacau susah la saya nak terima

yang menerima 5 daeng d k selangor ialah org k selangor ..dan mereka mau salah seorang mereka menjadi sultan ..bagaimana pula tuan boleh kata yang bahawa mereka membuat kacau ? satu kenyataan yang pelik.

waktu itu utk melindungi kepentingan mereka di Malaya tuan...bukan melindungi rakyat. mereka ada banyak ladang, infrastuktur lainnya yg menjadi sasaran.... walaupun ketika itu kita sudah merdeka, namun penggantungan kita terhadap british masih kuat...sehingga munculnya hero orde baru - Dr Mahathir...;-))

yg tulis tu bukan ke org yg telah berkuasa...hehehe

yang mengatakan mereka lanun ...sebenar belanda lebih lanun ...

Aku juga kategori wira ? Hahahahahahahahaha bro kalau nak garlic nan + ayam tandori + nescafe ckp aje..no problem wei !

bagi saya abg mpa wajar dapat pingat ... bukannya penyanyi negara....tabik tuan ..

Cuba baca :

Hubungan Kedah - Bugis

Peranan Bugis dalam politik Tanah Melayu penting menjelang abad ke-17. Penglibatan Bugis di Kedah bermula pada tahun 1682, apabila Dato' Padang Seri Jana, adinda Sultan Dhiauddin cuba mendapatkan bantuan Bugis di Selangor untuk merampas takhta. Bagaimanapun, usaha ini gagal kerana Belanda yang berkuasa di Dinding tidak membenarkan Dinding dijadikan pengkalan untuk menyerang Kedah. Lagipun, Sultan Dhiauddin mempunyai perjanjian persahabatan dengan Belanda (Mohamad Isa, 1990). Percubaan seterusnya dibuat oleh Tunku Ngah Putera pada tahun 1687 juga dengan bantuan Bugis. Pertempuran yang bertumpu di kawasan Sungai Merbok berjaya dimenangi Kedah dan Tunku Ngah Putera terpaksa melarikan diri ke Bruas dan kemudian ke Jeram, Selangor. Percubaan menyerang Kedah kali kedua pada April 1688 juga digagalkan.

Campur tangan Bugis berlaku sekali lagi pada masa pemerintahan Sultan Muhammad Jiwa (1710-1718). Baginda dicabar oleh adindanya yang mendapat bantuan Raja Kecil Siak. Sultan Muhammad Jiwa pula meminta bantuan Bugis yang dipimpin oleh Daeng Parani. Pertempuran mengambil masa lama dan keadaan menjadi tenang hanya selepas tahun 1724 apabila pasukan Bugis berundur ke Selangor, dan Raja Kecil berundur ke Siak. Walau bagaimanapun, dua tahun kemudian sekali lagi ketenangan muncul semula yang melibatkan Raja Kecil dan Daeng Parani. Dalam peperangan ini, Daeng Parani terkorban tetapi Sultan Muhammad Jiwa berjaya memenangi persengketaan tersebut. Bugis sekali lagi campur tangan di Kedah pada tahun 1769 apabila membantu Tunku Anjang dan Tunku Long Putera. Tuhfat Al-Nafis memberi rasional, serangan yang dipimpin oleh Raja Haji bertujuan menuntut bayaran hutang upahan kepada Bugis semasa Daeng Parani membantu Kedah pada tahun 1726. Tuntutan ini agak aneh kerana Bugis menunggu lebih 30 tahun untuk bertindak, dan melindungi motif untuk campur tangan di Kedah. Walaupun pasukan Bugis berjaya menduduki Kota Star tetapi gagal menewaskan pasukan Kedah secara mutlak. Sultan Muhammad Jiwa berundur ke Perlis dan baginda meneruskan perjuangan serta mengatur strategi baru. Para pembesar dan rakyat Kedah menganggap Bugis sebagai campur tangan asing dan mesti ditentang (Wan Yahya, 1911 : 5). Tanpa sokongan pembesar dan penduduk tempatan, pasukan penyerang telah berundur. Ancaman Belanda ke atas Bugis menjelang tahun 1780-an meredakan ancamannya ke atas Kedah.

Pingat untuk apa bro? Aku lebih happy dpt saudara2 cam kalian. Yang lain duniawi tapi....kalau dapat duit best gak..boleh sambar keris byk2 !

Aku tk brp pasti ttg kenyataan ini sebab initially the Bugis berada kat Kedah was simple, perang saudara antara Sultan Muhammad Jiwa dan adiknya yang berhasrat untuk merampas kuasa circa 1724. Sultan dibantu oleh Pahlawan Bugis iaitu Daeng Parani yang berkekuatan 62 buah perahu perang dari Riau dan Selangor, manakala adik sultan dibantu oleh Raja Kechil dan pengikutnya dari Minangkabau untuk menghalau Bugis dari Kedah. Raja Kechil berjaya menawan Kota Kuala Kedah tetapi bantuan yang tiba dari abang Daeng Perani, iaitu Daeng Merewah berjaya menghalau Raja Kechil dan pengikutnya keluar dari Kedah dan kembali ke Siak. Perang tersebut mengambil masa selama 2 tahun dan mengakibatkan kemusnahan negeri Kedah.

Dalam tahun 1771, orang-orang bugis sekali lagi memainkan peranan dalam tampuk pemerintahan negeri Kedah apabila mereka memihak kepada kumpulan pemberontak untuk menggulingkan sultan. Mereka berjaya menakluk Kota Kuala Kedah dan merampas 300 pucuk meriam pelbagai saiz dalam serangan tersebut. Bagaimanapun, Sultan berjaya merampas kembali Kota tersebut dengan bantuan pedagang Inggeris, Kapten Francis Light. Kapten Light berjanji akan menggunakan Kota tersebut untuk melindungi negeri Kedah dari serangan musuh, terutamanya SIAM. Bagaimanapun janji tersebut tidak pernah ditepati di mana mereka pula yang bersekutu dengan Siam.

Kalau udah mercenaries.........money and power speak !

terimakasih bang ..salah info .. raja haji yang menuntut utang ..

Baru betul kot ! Kalau Raja Haji dpt balik hutangnya sbgmana yg dijanjikan, tak susahlah hidup aku ! hehehehehe

Power & Money do Speak as well as control!

Hehehe ... Tak sangka Abg MPA pun wira ya! As long as one is prepared to sacrifice his life for the honor of safeguarding his religion, country & loved ones frm being tarnished by outsiders ... tt is a hero to me.

Learn quite a lot thru this discussion. Thanks guys!

Wei....tak de kena mengena gan gue la..thread ni pasal Mandailing @ perjuangan orang Melayu yg dianggap penderhaka oleh pihak2 tertentu etcetera...

hahahahahahahahahahahahahaha .... :-)

Post a Comment