Tuesday 8 September 2009

Martabat 7 - Pengenalan

Dalam memperkatan Alam Tujuh atau Martabat Tujuh ini, ia tidak lepas dari memperkatakan "Asal Mu Mula Balik Semula Pada Tuhan" Ini di sandarkan firman Nya yang bermaksud ;

"Innalillah Wa inna ilai-i rajiun."

Jatuh hujungnya Asal Mu Allah Balik Mu semula Allah.

Oleh itu disini dua aspek utama diperkatakan;

1.  Asal Kejadian Manusia yang dinyatakan melalui penjelasan pada Martabat Tujuh Atau Martabat Alam Insan, dan

2.  Balik Mu semula Allah iaitu memperkatakan persiapan untuk menyarah atau mengembalikan Diri rahsia yang di kandung oleh jasad sebagaimana asalnya suci bersih.

Diri Empunya Diri mentajallikan dirinya dari satu martabat ke satu martabat atau dari satu alam ke satu satu alam.Dalam kita memperkatakan alam atau Martabat Tujuh atau Martabat Alam Insan yang dikenali juga Martabat tujuh, terkandung ia di dalam Surah Al-Ikhlas di dalam Al Quran iaitu dalam menyatakan tentang kewujudan Allah yang menjadi diri rahsia kepada manusia itu sendiri dan memperkatakan pada proses pengujudan Allah untuk diterima oleh manusia sebagai diri rahsianya.

Proses pemindahan atau Tajalli Zat Allah S.W.T bermula dari Alam Qaibbul-Quyyub, terbentuk diri zahir dan diri batin manusia ketika ianya mulai bernafas di dalam kandungan ibu kemudiannya zahir ke dunia iaitu kerana pada martabat Qaibbul-Guyyub adalah merupakan martabat manusia yang paling tingggi, suci dan inilah martabat yang benar-benar di redhai oleh Allah S.W.T.

Diri manusia pada martabat "Insannul-Kamil" adalah sebatang diri yang suci mutlak pada zahir dan batin,tiada cacat celanya dengan Allah S.W.T. iaitu Tuan Empunya Rahsia. Lantaran itu Rasul Allah S.A.W pernah menegaskan dalam sabdanya; "bahawa kelahiran seseorang kanak-kanak itu dalam keadaan yang suci, tetapi yang mencorakkannya menjadi kotor adalah ibubapanya"

Jadi ibubapalah yang mencorakkan sehingga kanak-kanak kotor termasuk masyarakatnya, bangsanya dan juga negaranya bersekali dengan manusia itu sendiri hanyut mengikut gelombang godaan hidupnya di dunia ini..

Oleh itu adalah menjadi tanggungjawab seorang manusia yang ingin kembali menuju jalan kesucian dan makrifat kepada Tuhannya, selayaknyalah dia mengembalikan dirinya kesuatu tahap yang dikenali "Kamilul-Kamil" atau di namakan tahap Martabat Alam Insan.

Dalam merkatakan tingkatan atau martabat pentajallian Allah Tuan Yang Empunya Diri yang menjadi rahsia manusia ianya melalui tujuh tingkatan.Tingkatan tersebut secara umumnya seperti di bawah :

1.  Ahadah -Alam Lahut -Martabat Zat

2.  Wahdah -Alam Jabarut - Martabat Sifat

3.  Wahdiah -Alam Wahdiah - Martabat Asma

4.  Alam Roh -Alam Malakut -Martabat Afaal

5.  Alam Misal - Alam Bapa

6.  Alam Ijsan - Alam Ibu

7.  Alam Insan - Alam Nyata

3 comments:

tapi inikan jalan ceritanya gimana sihh jalan pekerjaannya yaaaa?

salam pak megat. ahdah ibarat rupa. wahdah ibarat cermin. waahdiah ibarat bayang rupa dalam cermin. kuih baulu bukan acuan. acuan membentuk kuih baulu. kuih baulu tidak lari dari bentuk acuan. bagaimana acuan. begitulah kuih baulu. oleh itu raya nanti belilah kuih baulu di kedai kawan di jengka 15. he..he..he..he..

Begitu pun ringkas tetapi tepat fahamannya!

Post a Comment