Tuesday 8 September 2009

30 comments:

paling mudah kita menyatakan kenal Allah, apa buktinya?
kita sembah Allah, apa yang kita sembahkan?
kita imankan Allah, mana letaknya iman?

Firman Allah Taala dalam Surah Al-Alaq yang bermaksud "Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah"

Iman adalah tashdiqul qolbi (pengakuan dlm hati), iqrarun bil lisan (pengikraran dengan ucapan), dan amalun bil jawarih (pengamalan dengan anggota badan). Iman yang benar akan menjadikan seseorang teramat cinta kepada Allah dan Islam. Hanya akan taat dan berwali kepada Allah, Rasul dan serta orang-orang yang beriman. Komitmennya tidak menimbulkan sebarang keraguaan untuk dia berjihad dengan keseluruh harta dan jiwanya ke jalan Allah. Dia mencintai mati dijalan Allah kerana rindu kepada-Nya.

macam tu ibaratnya kalau kita kata makan je dah bole kenyang laaa kan (dalam hati kata dah makan pastu dah kenyang)...
nak makan tapi barang makannya takde kan...
buat kerja kena laaa ada barang yang nak dikerjakan
macam mana katanya mati di jalan Allah yaaa?
abis orang yang tak dapat balik macamana yaaa?

takpelaaa saya ni manusia yang jijik sekadar bertanya ingin berkongsi dan ingin tahu

Al Qur'an adalah firman Allah yang kebenaran-nya tidak perlu lagi diragukan dan kebenaran itu berasal dari Allah. Apalagi yang menerima wahyu itu
adalah Muhammad yang ummi yang tidak mungkin menulis dengan tangannya sendiri.

'.....orang yang tak dapat balik macamana yaaa....." jadi setan lah macam kita ni...berkeliaran kat bumi Allah mengacau orang sana sini .....hehehehehehe

Dengan ilmu yang dimiliki setiap mukmin atau muslim akan menghantar dirinya semakin takut kepada Allah dan bertindak berhati-hati dan tidak akan taqlid, mengikuti sesuatu tanpa ilmu dan tidak menggunakan akal. Sesungguhnya sebaik-baik bekal adalah takwa.

Terima kaseh puan atas perkongsian nya, satu catetan yg amat indah.

Kehambaan DAWA-MUN U-BU-DIAH ( yang tidak berolah alek )

then apakah buktinya kita takutkan Allah?
bahasa cakap bole laaa bahasa buat camne plak?

hahaha tuan hamba mungkin tahu apa yang saya maksudkan

Orang-orang mukmin, mereka mengamalkan dan menyeru yang makruf dan mencegah yang mungkar, hatinya akan gementar jika disebut nama Allah, dan sentiasa bertambah imannya bila dibacakan ayat-ayat-Nya.

dan begitulah disebaliknya bagi orang-orang munafiqin, sia-sialah segala amalan mereka didunia ini dan di akhirat sangat merugikan: mereka
tidak dapat menebus diri dengan apa pun, buah amalannya adalah neraka yang menyala2, neraka yang paling bawah, ke jahanam neraka yang paling bawah.
Inilah yang paling ditakuti....

ramai je yang tak takut...
ramai je yang masih mengalu2kan neraka
kita sendiri pn apa yg katanya kita takut yaaa?
mana tempat takut tuuu?

Apabila seseorang Muslim itu mengenali Zat Allah melalui mengenal sifat-sifat-Nya, maka jiwanya akan mewarisi perasaan takut
terhadap Allah, Firman Allah SWT. maksudnya: sesungguhnya orang yang paling takut kepada Allah ialah hamba-hambanya yang berilmu.
(Surah Fatir:28)

kenal zat tu bukan sekadar cakap je kan...
tuan ada perjalanannya kah?

Secara hakikat, takut atau ketaatan kepada Allah itu terletak pada qalbu. Qalbu itu sesuatu yang paling utama. Manusia itu siap untuk berma'rifat dengan
qalbunya, tidak dengan salah satu anggota badan yang lainnya. Qalbu juga menjadi pendinding dalam berma'rifat kepada Allah jika anggota badan berbuat maksiat, atau jika qalbu itu sendiri tenggelam kepada yang lain selain dari Allah.
Barang siapa yang dapat mengenali qalbunya, pasti ia tahu betul terhadap dirinya. Dia juga dapat mengenal Tuhannya. Menurut fitrah, Qalbu itupatut
menerima kesan/pengaruh malaikat dan kesan syaitan. Namun kuat dan tidaknya pengaruh itu tergantung pada sejauh mana kita dapat menahan nafsu syahwat dan amarah.Akan tetapi jika qalbu dapat mengendalikan ilmu dan akal, maka anggota tubuh akan memberi kekuatan untuk mencapai keinginan menuju kepada
Allah. Inilah orang-orang yang beruntung, kerana qalbu orang-orang mukmin itu terpelihara di Luth Mahfudz.

YOU GO GIRL...

FIL UJUDI MAUJUDUN ILLALLAH

so QABUL MUKMIN BAITULLAH...

kenapa plak takut taruk pada hati sahaja?
perjalanan yang mengatakan kita takut takde ke?
takkan tak bawak ke jalan penyembahan kot?
kalau sembah pn apa yang nak sembahkan?
takkan setakat wujud je tapi takde laksananya?

ermmm

Bertaqwa kepada Allah ertinya takut kepada Allah. Orang yang takut kepada Allah sentiasa mengendalikan lidahnya. Mencegah dari berbohong, mengumpat, mencela, fitnah, mengadu-domba, mungkir janji dan menyakiti hati orang lain. Pendek kata menjauhinya dari segala perbuatan tercela. Sebaliknya lidah digunakan
untuk berzikir serta bercakap yang baik. Orang yang takut kepada Allah sentiasa menjaga hatinya dari sifat2 negatif, sombong, dengki, bohong dan sebagainya.
Mata , tidak digunakan untuk memandang pada yang haram. Perut sentiasa mengambil yang halal saja. Tangan dijauhkan dari sebarang kekerasan dan memungut
benda2 yang terlarang. Kedua kaki dijaga tidak melangkah ke tempat maksiat. Kaki hanya digunakan untuk menuju kepada ketaatan dan mencari redha-Nya.

Ibadah syariat belumlah cukup dianggap sebagai ketakwaan yang sempurna. Jadi diperlukan melalui jalan makrifat untuk membersihkan hati dari berbagai macam penyakit dan jiwa yang kotor. Bagaimana nak menundukkan dan melemahkan hawa nafsu serta mengujudkan perasaan takut dan berharap kepada Allah
sehingga tersingkapnya hijab manusia itu dengan Allah.

Adik Masrizan, kakak ini baru diperingkat nak belajar, lainlah adik masrizan cabang ilmunya dah terlalu tinggi dan jauh. Soalan yang complicated dan berbelit2
tu kakak tak tahu nak jawab. Bila datang kesusahan, takut separuh jalan aje nanti...

ishhh akak x payah laaa separuh jalan saya ni pun terlalu muda untuk menasihati mereka yang lebih berumur dari saya
jauh lagik nak carik untuk menampung diri saya
makin banyak ilmu yang kita dapat makin bodoh rupanya diri kita ni...
bukan ke rasullullah duu mengajak orang arab berfikir ke?
then bila kita berfikir banyak yang kita dapat....hehehe

Terlebih dahulu hamba mohon maaf.
Bila anda suka menyoal orang lain, bererti anda lebeh tinggi dan lebeh dalam ilmu nya-kan. Kenapa tidak mau membetulkan dan menambahkan pendapat atau berkongsi pendapat dgn kami. Itu kan lebeh afdal. Tidak semua orang yang setaraf dgn ilmu anda, termasok lah diri hamba ini.
Terima Kaseh.

apa yang kadang saya persoal sebab ada jawabnya...
mungkin jawab anda lain
tapi sebenarnya ia semua kembali kepada asal
setiap jawapan yang panjang kadangkala tak sampai kepada apa kehendaknya

Terima kaseh dgn penjelasan Tuan Masrizan, jadi di sini lah sebaik2 nya Tuan bantu memberi jawapan atau keterangan atau memperbetulkan kedudokkan perkara. Saya faham kadang kala kita tak boleh beri jawapan yg terlalu dalam kerana takut kalau ada yg ilmu ke-Tuhanan nya belum kesampaiyan dan boleh mendatangkan fitnah lalu menambahkan dosa.
Umpama nya kalau hamba mengambil yang basic dan bertanya " apa itu Tunggal, Tanggal, Tinggal ? " Hanya mereka yg mempelajari ilmu kebatinan saja yg faham seperti Tuan Masrizan. Yang tidak faham mungkin mengata hamba ini merepek aja. Pernah di Singapura, rancangan kuliah suboh tiap2 pagi, sa-orang Ustad berhujah, siapa yg belajar kebatinan, hukom nya sesat. Sedangkan apabila kita membaca " Bismillah Hirrohman Nirrohim ", sudah termasok dalam kebatinan.
Hamba mohon maaf pada Tuan Masrizan, bukan tujuan mengajar tapi sekadar berkongsi aja. Takut nanti ada yg mengata ulamak separoh masak.
Sekali lagi hamba mohon maaf pada semua members MP.
Selamat menyambut lebaran, Minal Aidil Walfaizi.
Wabillah Taufiq Walhidayah

saya bukan ulamak tu yang pasti tapi kalau ada orang yang seperti mereka ni terlalu pandai mereka takkan nampak kelemahan mereka....dalam situasi ini saya suka menduga
sebab tiba masa mereka ni kononnya ilmunya tinggi sangat sepertinya mereka saja yang betul
sebagai cth nak ajak orang berbuat kebajikan tapi memaksa2 apa tu?
ramai juga orang yg belajar ilmu kebatinan tapi sombong dengan orang sekeliling
ada yang macam ulamak tapi mata duitan
ada yang rasa mereka hebat seperti ulamak tapi mereka suka merosakkan

"....Bila anda suka menyoal orang lain, bererti anda lebeh tinggi dan lebeh dalam ilmu nya-kan. Kenapa tidak mau membetulkan dan menambahkan pendapat atau berkongsi pendapat dgn kami. Itu kan lebeh afdal. Tidak semua orang yang setaraf dgn ilmu anda, termasok lah diri hamba ini..."
Apa yang diperkatakan oleh Paduka Raden amat tepat. Apabila kita menyoal seseorang bererti kita inginkan jawapan dan sekurang2nya kita sendiri tahu serba sedikit akan jawapan yang bakal diberi. Tidak perlulah kita menguji orang lain kerana jelas sekali akan menimbulkan perasaan tidak senang. Kita perhatikan Paduka Masrizan terlalu kerap menyoal mengenai satu2 bab dan bila diminta untuk pandangan Paduka sendiri, ianya kerap ditepis dengan pelbagai alasan. Mungkin kita tidak laak bertanya apa2 kepada Paduka Masrizan sebab tidak sealiran ataupun taraf kami terlalu rendah. Kita sedar ilmu kita tidak setinggi mana yang Paduka Masrizan harapkan, maka apalah sudi kiranya kita bertukar2 fikiran. Itulah pandangan kita seadanya. Wasalam

ilmu saya tak tinggi mana pun
tapi bukan di sini untuk bicarakan
saya sekadar bagi hint...kalau nak tau kene berjumpa dan bertanya
berbicara pasal agama kena laaa semuka
ada perkara dalam ilmu tasawuf ni perlu dirahsiakan
kalau cerita sekadar berkias
soalan tu sekadar nak mengajak kita berfikir
bak kata orang barat "Thinking Outside the Box"

saya pernah bagi link kalau nak mengaji ilmu tasawuf mengenal diri ni kalau tak silap
hubungilah mereka terus mintak tunjuk ajar
saya buka soalan sedikit biar kita2 ni merasa seronok untuk mencarinya
sebab dulu tertanya2 apa yang kosong dalam diri saya
dah saya mencarinya
kalau kita dapat dengan mudah kita takkan tahu hargainya...

Terima kaseh Paduka Megat Panji Alam, Paduka Masrizan, sama2 lah kita berjuang untok ugama dgn cara kita bermuafakat. Memang betul ada perkara tidak boleh di huraikan cara terbuka, mesti bermuzakarah secara peri badi. Hamba percaya Paduka2 faham kalau hamba bilang kadang2 kita tidak di-izinkan kita menjawab dengan jelas ( atas sebab musabab ) sesuatu soalan, hanya dapat di beri kiasan saja dan mereka yang betul2 ingin tahu akan mencari jawapan.

Contoh nya dahulu bila hamba menuntut ilmu mengenal diri, guru hamba beri kiasan, apa beza nya ombak, air, bueh. untok mecari jawapan nya, hamba dudok di tepi pantai berjam2 untok mencari kepastian nya.
Tak semua yg bersolat tahu akan Rukun Fi'li, Rukun Qauli dan Rukun Kalbi. Ramai yg rosak solat nya kerana rukun yg 13 ia itu Terta Tertib. Perkara2 seperti ini, kena lah mereka merujok pada guru2 mereka yg lebih arif. Apa2 yang kita boleh kongsi cara terbuka, sama2 lah kita meraikian kebaikan nya.

Daripada wajibul yakin menjadi ainul yakin kemudian menjadi haqqul yakin.
Wassalam.

betul tu Tuan Raden ramai rosak shalatnya kerana tertib dan saya nak tambah sebagai cth ;
imam dah takbir ada seorang makhluk ni berlari konon nak ikut imam laaa
then dia datang seraya terus mengangkat takbir setelah sampai ke barisan
kononnya mengatakan niat semasa berlari tu
fuhhhh best betul! mana perginya berdiri betul+tertib dalam rukun 13 tuuu yaaa?

ada pulak tu dalam shalat terkuis sana terkuis sini
perghhh yang ni lagik syok laaa
dalam shalat ni bole yaaa ada pergerakan macam tu
ada juga saya terjumpa orang jalan depan terus dihadangnya tangan
memang best...berapa banyak pergerakan yaaa selain pergerakan yang wajib tuuu?

baik Tuan Raden! sama2 kita makmurkan islam di timur ; "setitis bintik di malaya membawa kemakmuran ke seluruh alam"...memang benar Tuan Raden bilang ilmu mengenal diri penuh dengan kata-kata kiasan ibarat pepatah melayu "marahkan anak sindir menantu" betulkan saya kalau salah...ilmu yang diturunkan oleh Allah kepada kita mahal harganya tidak ternilai oleh wang ringgit atau tenaga ia berkehendakkan keikhlasan...

kita ni menasihati orang lain ibaratnya kita menasihati orang lain...
semoga Allah mencucuri rahmat atas kita semua
INSYAALLAH...

Alhamdulillah dan terima kaseh atas perkongsian Tuan Masrizan. Di-sini kita boleh mengambil ikthibar untok memperbetulan diri kita untok meningkatkan ilmu kita.

MUTHAKALLIMAN BIWAKIF ia ini Berkata-kata serta Allah Subhana Huwa Ta'ala dengan perkataan yang sempurna itu lah kata di-dalam Alfateha.

Wassalam

setan tu pandai menari tak.. ?

mungkin basyariah juga perlu dipertimbangkan sebagai tempat dimana "yakjuj dan makjuj" bersembunyi...dan mungkin juga perlu dipertimbangkan bahawa "dajjal" bersembunyi disebalik hati yang terhijab oleh basyariah....juga cuba pertimbangkan insan yg diberi nama adofl hitler atau marylin monroe..mereka juga tidak mempunyai sebarang daya upaya..bahkan mungkin juga kita sedang menuruti mereka...ini sekadar cadangan..

Post a Comment