Wednesday 28 July 2010

Lagi2 Hantu Raya !


Pernah seorang sahabat karib berkata : "Barang siapa ada atau pernah membela "hantu" untuk menggoda, menggigit atau memakan orang lain hendaklah ia menjaga jadual bekalan pulut kuning, ayam panggang dan hidangan mengikut kehendak "hantu"nya pada setiap masa. Kalau tidak tunggulah padahnya kelak dirinya sendiri atau ahli keluarganya pula akan menjadi mangsa "hantu"nya sendiri.

Hendaklah juga orang yang pandai membela "hantu" itu sedar bahawa selepas ia mati kelak; "hantu" belaannya itu akan menjadi saka yang akan menurut turun kepada anak cucunya pula. Jika mereka kelak tidak tahu menjaganya maka mereka kelak akan dimakan "saka" pula. Maka hendaklah juga orang yang pandai membela "hantu" itu mengajarkan kepandaian membela dan menjaga "hantu" itu kepada anak cucunya. Kalaulah perkara itu ada kesan dalam perhitungan di Bank Pusat Almahsyar kelak tidaklah dapat dibayangkan bagaimana percambahan kesuburan akaun itu.

Ada juga yang bertanya "Hantu Raya tu apa dan camner ?' Maka dengan izin tuan-tuan, ingin kita mencoretkan alkisah mengenai kejadian Hantu Raya. Jangan salah anggap, kita tidak fanatik atau taksub pada mana-mana hantu...DIA juga yang paling berkuasa !

Hantu Raya dalam budaya Melayu, merujuk kepada sejenis makhluk halus dan perkara tahyul. Ia dikatakan terdiri daripada golongan jin atau syaitan, yang dipelihara bagi tujuan membantu tuannya melakukan kerja dan juga bagi memudaratkan musuh. Pemeliharaan makhluk halus ini dikenali sebagai saka. Hantu Raya akan dikawal oleh pemiliknya yang boleh menyuruhnya melakukan apa-apa juga jenis kerja berat.

Hantu Raya juga boleh disuruh oleh tuannya bagi merasuk seseorang. Hantu raya mempunyai keupayaan menjelma sebagai manusia biasa atau haiwan lain, dan biasanya Hantu Raya akan menjelma sebagai tuannya.Hantu Raya yang dipelihara itu akan perlu diberi makan sebagaimana yang dipersetujui. Biasanya makanan yang disediakan dikenali sebagai acak / sajian termasuk telur, ayam panggang, pulut kuning dan sebagainya. Sekiranya tidak dijaga dengan baik dan diberi makan, Hantu Raya yang kelaparan itu akan menyerang tuannya.

Hantu Raya biasanya perlu diwarisi, dan sekiranya tidak diturunkan kepada waris, tuannya akan menjadi bangkai bernyawa. Tubuhnya mati dan berbau busuk, tetapi apabila hendak dikebumikan, ia akan bangkit seperti hidup. Selain itu, ia akan makan dengan lahapnya apabila diberi makan. Hantu Raya biasanya dipelihara bagi tujuan membantu tuannya melakukan kerja-kerja berat. Hantu Raya juga boleh disuruh membinasa musuh atau orang yang dibenci pemiliknya. Dinamakan Hantu Raya bersempena saiznya yang besar seperti penggunaan dalam bahasa Melayu Balairaya, jalanraya dan sebagainya. Maka apa pula kelebihannya ?

Hantu Raya biasanya mampu melakukan kerja-kerja berat seperti empat atau lima orang dengan mudah. Ia boleh menjelma sebagai manusia. dan ia boleh membinasa musuh atau orang yang dibenci pemiliknya. Kelemahannya pula : Pengamal ilmu sihir hitam atau ilmu sesat ini adalah satu perbuatan syrik dalam ugama Islam. Hantu Raya akan mengamuk sekiranya tidak dijaga dengan baik. Tuannya sukar untuk mati sekiranya tidak ada orang hendak menerimanya.Hantu raya suka menyamar sebagai pemiliknya dan akan tidur bersama isteri tuannya jika tidak dikawal.

Bagaimana tuan punya menurunkan kepada warisnya adalah melalui keris yang diperturunkan dari generasi ke generasi. Biasanya setitik darah tuannya dikehendaki untuk memastikan tuan yang baru dan akan menurut perintah tuannya. Ramai orang tua yang mengamalkan bahawa dengan mempunyai pendamping ini mereka merasa selamat dari ancaman musuh tetapi hantu raya atau jin ini ada kelemahannya.

Kelemahan dan cara untuk membalun hantu raya - Dari segi agama Islam, gunakan lada kering, garam dan arang sahaja. Setiap batang lada patahkan tiga bahagian dengan bacaan Al-Fatihah setiap satu dan sebanyak 40 batang lada kering diperlukan (jadi 120 batang kecil). Bacakan ayat Kursi sebanyak 33 kali dan hembuskan keatas air. Renjis air ini ke atas garam dan arang tadi.Kemudian gunakan arang ini untuk menghidupkan api di atas dupa. Letakkan sedikit lada dan garam sedikit demi sedikit sehingga habis.

Masa yang sesuai dari pukul 6.00 petang sehingga habis lada di bakar. Hantu raya akan lari atau mengakibatkan dia cedera disebabkan oleh gas lada ini. Biasanya ia akan membunuh tuannya kerana tuannya tidak dapat mengubatinya.Ayat Kursi adalah pantang jin dan lada serta garam adalah musuhnya. Gunakan sebaiknya kaedah ini sekiranya anda memasuki rumah yang lama tidak diduduki atau diganggu hantu raya atau anda mengalami sakit yang tiada puncanya. Asapkan badan atau bahagian yang sakit dengan asap lada ini. Insya ALLAH, doa anda dimakbulkan oleh ALLAH S.W.T.

Kisah Hantu Raya ini dipetik dari http://jalanakhirat.wordpress.com/2010/03/15/hantu-raya/

9 comments:

WOW.....kalau satu keris ada sekor hanturaya, bayangkan kalau simpan 10 keris...hmmm

BTW, gorilla tu boleh tahan juga kehansemannya....;)

Bagaimana dengan barangan lama yang lain ...juga berhantu ke ???....

kalau cam tu, kalian ni ada berpuluh-puluh gorilla pada setiap bilah! Tak berani nak cakap la tuan...cuba perhatikan, bilah tuan tu bergegar tak (gorilla suka goncang keris@sundang), kalau bergoncang alamatnya.......!

Kalau mengikut penulis asal tidak pula dikaitkan dengan barangan lama kanda Kay. Tapi kalau kanda nak lepaskan peti antik tu, malam ni juga kita bawa lori angkut !

salah guna kuasa ni....maklum, MTO warih hahaha

Peti antik tu sudah tak berpenghuni lagi....mungkin lemas terkurung didalam...bila peluang dapat lari..dia lari jauh2...

gorilla tu pun dah serupa hantu raya ... sentiasa ada di mana2 ...

Mungkin HR boleh jadi cam gorilla juga kot? Bygkan bila tuannya mati, digantikan tuannya bila di kamar tidur..tak haru ...dah lah berbulu !!!!

Post a Comment