Thursday 22 July 2010

Pendamping atau....?


Bolehkah roh orang yang telah mati kembali semula untuk meresap atau memasukki tubuh badan orang yang hidup. Kerana ada juga mendakwa bahawa mereka boleh 'menurun' dengan mendatangkan roh wali-wali ke dalam tubuh badannya. Begitu juga ada persilatan yang menyeru akan roh hulubalang-hulubalang dahulu. Apakah ini benar-benar berlaku?

Apa itu roh?
Roh merupakan suatu rahsia yang menakjubkan. Manusia tidak diberi pengetahuan mengenainya kecuali sedikit sahaja. Hakikat roh hanya diketahui oleh Allah sahaja. (lihat firman Allah, surah al-Isra', ayat: 85). Roh-roh (arwah) itu terdiri dari beberapa tahap alam, iaitu malaikat, jin, manusia dan binatang-binatang.

Para malaikat adalah makhluk yang bersifat taat. Mereka tidak mengingkari perintah Allah, mereka melakukan sesuatu terhadap apa yang diperintahkan sahaja. Oleh itu, mana-mana makhluk tidak dapat menguasainya. Mereka pula tidak dapat secara langsung menolong manusia atau sesiapa sahaja kecuali dengan perintah Allah. Perkara ini pernah berlaku kepada Rasulullah s.a.w. di mana baginda meminta agar malaikat Jibril  mendatangi baginda lebih kerap. Tetapi Jibril berkata, aku tidak akan turun kecuali dengan perintah Tuhan engkau.

Berdasarkan penjelasan di atas, bahawa tidak boleh samasekali seseorang manusia itu memanggil, mendatangkan salah seorang dari para malaikat Allah. Kerana mereka tidak dapat dipanggil-panggil, atau dikawal.

Bagaimana dengan roh manusia pula? Roh manusia selepas kematiannya, tiada seorangpun yang mengetahui tempat duduknya kecuali Allah sahaja. Sekalipun terdapat hadis-hadis yang menjelaskan bnahawa roh-roh orang yang mati boleh mendengar, boleh menjawab soalan Munkar dan Nakir, dapat merasa nikmat dan siksa kubur, malahan dapat menjawab salam, namun pada hakikatnya kita tidak tahu di manakah roh itu berada. Hanya Allah yang tahu. Dan roh-roh ini tidak akan kembali ke jasad kecuali pada hari kebangkitan nanti (surah: al-Mukminun, ayat: 99-100).

Berdasarkan penjelasan di atas, adalah tidak boleh sama sekali bagi seorang manusia itu menguasai roh orang mati atau menghadirkannya (seperti menurun dan sebagainya) dan bercakap-cakap dengannya.

Walabagaimanapun, boleh berlaku perhubungan antara manusia yang hidup dengan roh orang mati tanpa penguasaan terhadap roh berkenaan., iaitu  melalui mimpi. Mimpi tersebut bukanlah dari usaha ikhtiar manusia, juga tiada di dalam bentuk kawalan terhadap roh.

Jin
Berdasarkan nash-nash yang sahih, bahawa setiap manusia itu sejak dilahirkan disertakan dengan 'qarin'. Qarin bermakna teman atau pendamping. Iaitu yang akan menemaninya sejak seseorang itu lahir hinggalah tarikh kematiannya. Qarin ini adalah dari golongan jin (syaitan). Qarin ini sentiasa mengajak manusia yang didampingi ke arah kejahatan. Perkara ini terdapat di dalam sebuah hadis riwayat Muslim: "Tiada seorangpun dari kalangan kamu kecuali ada diturutsertakan dengan qarinnya dari jin". Mereka bertanya: "Engkau pula wahai Rasulullah?" Jawab baginda: "Ya aku juga, cuma Allah telah membantuku terhadapnya, lalu dia Islam. Dia tidak akan menyuruhku kecuali kebaikkan."

Jin merupakan sejenis roh yang berakal, berkehendak dan dibebani dengan syariat sebagaimana manusia (mukallaf). Bezanya dengan manusia ialah jin tidak terbentuk dari unsur-unsur kemanusiaan (rupabentuk kasar manusia). Mereka tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Merek juga mampu membentuk diri mereka dengan pelbagai jenis rupa. Asal kejadian mereka adalah dari api (Surah: al-Hajar, ayat: 26-27). Jin adalah makhluk yang tidak tidak diberi pengetahuan tentang alam ghaib. Seperti mereka tidak tahu apakah yang akan berlaku hari-hari mendatang, dan sebagainya.

Iblis dan syaitan.
Iblis 'abu syaitan' (bapa syaitan). Jika malaikat adalah tentera Allah yang mengajak kebaikkan, iblis dan syaitan adalah sebaliknya. Merek adalah musuh Allah yang menyeru ke arah kjahatan dan kerosakkan. Syaitan ialah golongan yang angkuh dan derhaka dari alam jin. Mereka adalah dari kalangan jin juga.

Menurun: Bukan roh tetapi qarin.
Sebagaimana penjelasan di atas, bahawa setiap manusia akan disertakan dengan qarin dari kalangan jin (syaitan). Ia akan mendampinginya dari sejak lahir hinggalah mati. Setiap qarin mempunyai kemampuan untuk meniru tuannya dari banyak sudut, suara, gaya, rupa lahiriah, malahan yang batin juga.

Sebahagian dari manusia menjalinkan hubungan dengan qarinnya. Dia mendapat berita dan maklumat yang kononnya maklumat ghaib dari qarinnya melalui 'rasa', yang seolah-olah seperti ilham. Adakalanya melalui suara, tetapi tidak dapat dilihat yang empunya suara. Dan ada juga qarin ini membantu tuannya melakukan kerja-kerja tertentu. Dengan bantuan tersebut, kerja yang berat menjadi ringan.

Sebagaimana yang kita ketahui bahawa di alam Melayu ada amalan yang dinamakan menurun. Iaitu menghadirkan roh orang yang telah mati ke dalam jasadnya atau jasad seseorang. Ada juga dengan cara yang lain. Tidak kiralah bagaimana sekalipun caranya, namun yang hadir itu bukanlah roh yang dimahukan tetapi ia adalah jin atau syaitan. Ketika menurun, orang yang berada di hadapannya seolah-olah bercakap dengan roh manusia yang telah mati.

Contoh, A mahu menurun dan memanggil roh si BB yang telah mati tahun lalu, beberapa minit kemudian masuklah roh BB ke dalam jasad A. Maka berubahlah perlakuan A. Suaranya berubah menjadi suara BB. Orang-orang yang hadir ketika itu akan bertanyakan beberapa soalan mengenai BB. Roh BB itu akan menjawabnya dengan betul. Dan BB menceritakan satu persatu mengenai dirinya semasa hidup. Setelah itu, para hadirin akan yakin bahawa itu adalah roh BB.

Dengan keyakinan itu, para hadirin akan mula mengemukakan soalan yang biasanya bersangkutan dengan perkara ghaib dan akan datang. Roh si BB akan menjawabnya satu persatu. Begitu juga ada antara kita yang konon tahu menyeru roh Panglima H, maka yang datangnya adalah qarin kepada jasad Panglima H.

Berdasarkan penjelasan mengenai ciri-ciri qarin, maka jelasalah kepada kita bahawa contoh di atas dipenuhi dengan seribu satu macam pendustaaan dan kekaburan. Roh yang ke jasad A bukanlah roh BB, tetapi roh qarinnya., begitu juga dalam perspektif menyeru semangat/roh pahlawan atau hulubalang terdahulu. Sebab itu dia dapat meniru suara BB tanpa ada kelainan serta dapat menceritakan perihal dirinya semasa hidup tanpa gugur satu patah hurufpun.

Mengenai jawapan-jawapan yang diberikan mengenai perkara ghaib, adalah dusta dan bohong semata-mata. Kerana jin dan syaitan tidak tahu tentang perkara ghaib. Dan roh manusia setelah mati tidak dapat melakukan pendustaan samasekali! Bukankah mereka ketika itu sudah berada di dalam negeri kebenaran atau Darul Haq?

Penipuan ini berlaku hanya di atas nama manusia-manusia selain dari para nabi sahaja. Syaitan boleh menipu dengan meniru suara atau rupa gaya manusia, tetapi tidak pada para nabi. Mereka tidak boleh menirunya.

Kesimpulan
Menghadirkan roh malaikat adalah mustahil.
Menghadirkan roh orang yang telah mati adalah mustahil.
Roh yang datang ketika menurun adalah roh syaitan.
Segala perkhabaran  yang disampaikan olehnya tidak boleh dipegang, kerana ada yang benar dan ada yang dusta.
Menghadirkan roh jin adalah suatu yang tidak mustahil dan boleh berlaku, kerana tiada nash yang mengatakan ia tidak boleh berlaku. (Boleh berlaku, bukannya halal dilakukan - hukumnya haram)

Allahu wa'alam !

Petikan : Al-Ahkam


43 comments:

terimakasih tuan atas penjelasan mengenai isu yg ngetop di kalangan pencinta mistik / paranormal. Satu soalan jika diizinkan....

"Bagaimana pula dgn konsep Rijalul Ghaib? apakah rijalul ghaib berbentuk halus ruh atau kasar / tubuh?"

BTW, trade mark gorilla itu adalah idea yg paling menarik sekali...;-)...

1. Isu Rijalul Ghoib adalah antara perkara yang sering dibincangkan antara kita. Dipercayai (mengikut kitab yang kononnya satu sahaja yang known to exist) bahawa mereka ini adalah sekelompok kaum laki-laki dari golongan para Auliya Allah yang saling mengenal dalam organisasi Kewalian Allah s.w.t (adakah organisasi ini benar2 wujud?) yang dengan sengaja dighaibkan dari kehidupan duniawai (soalan asas mengapa mereka dighaibkan? Oleh siapa?). Mereka para Rijal al-Ghoib, merupakan khalifah-khalifah ghoib yang ditugaskan oleh Allah s.w.t untuk menghunuskan pedang-pedang mereka dibalik gunung Qaaf dan gunung Nuuan demi menjaga manusia dari segala tindak tanduk kejahatan para gerombolan bangsa jin dan bangsa syaitan.

2. Next question is apakah yang dimaksudkan dengan 'kejahatan para gerombolan bangsa jin dan bangsa syaitan' ? Adakah peperangan sesama manusia? Sihir menyihir antara satu sama lain? Kalau dari keterangan awal, mereka adalah 'golongan kaum lelaki' ie. manusia therefore berjasad hanya invisible in the eyes of mankind. Logik ke manusia boleh ghaib? Maka 'kuasa the Supreme being iaitu Allah swt is the simple answer. Lailla haillallah Hayyum Baaq tiada tuhan melainkan Allah yang kekal Hayyum Maajud (yang wujud) Hayyum Maqsud (yang segalanya berarah tuju). Any possibility Rijalul Ghaib to be golongan Bunian..Allahu wa'alam...!

bagaimana dgn pendapat bhw sesetengah tokoh itu tidak mati, bahkan menjalani pertapaan utk meningkatkan darjat menjadi wali? Dikatakan mereka2 ini sesetengahnya sudah disahkan mati, tetapi dgn kuasaNya, hidup kembali menjadi rijalul ghaib (bahkan ada juga golongan nisa'ul ghaib). Contohnya dikatakan hang tuah, mat kilau, puteri saadong dan suami serta ramai lagi masih menjalani tirakat.... Dlm bentuk insan2 ghaib. Dikatakan salah satu lokasi pertapaan ialah di gua kota gelanggi. Apakah ada nas2 yg mengesahkan hal sebegini bisa terjadi?

(dalil atau alasan segalanya dgn izin Allah sudah dimaklumi.... Maka dipinta dalil naqli atau aqli jika tidak keberatan)

tumpang baca dan belajar Tuannnn..... menarik sekali ulasan2nya...

Ini antara perkara-perkara yang beyond akal manusia cam gua. Kenapa dia tidak mati alangkan Nabi besar kita pun wafat? The question of Hang Tuah is subjective kerana ada yg beranggapan ianya sekadar fokelore, betu juga Puteri Saadong dan seangkatan dengannya. Contoh pada kita adalah Wali Songo sendiri, kenapa tidak dighaibkan sahaja and to be returned bila timbul keadaan huru-hara. Ada school of thoughts mengenai kewalian, then again tuan baca balik blog kita yang lepas-lepas. Isu nisa'ul ghaib tidak dapat kita huraikan kerana kurang arif mengenai perkara ini. Pernah saudara kita bertanya yang kadangkala berbisik pada manusia itu apa? Mungkin bisikan syaitan..na'uzubillah....kita sering tertanya pada diri sendiri, sekiranya yg dikatakan nisa'ul ghaib itu benar2 wujud, adakah mereka sanggup mendiami alam ini dengan seribu satu macam kemaksiatan yang ada. Yang bersemangat mungkin kata suruh mereka berperang dengan kafir ataupun jews...berkemampuan ke mereka? Analogy senang..setiap yang hidup pasti akan menemui kematian dan setakat ini, belum ada kita dengar dr mana2 pengajian yang mengatakan antara kita sebelum dilahirkan ke dunia semasa di Loh Mahfuz ada yang di pilih untuk tidak mati! Begitu juga (tuan H lagi terpelajar dalam bab agama dr kita) kematian hanyalah seperti satu perjalanan, berpisah kita dr dunia yang fana untuk kembali menemuiNya.

Kenyataan ini '...Dikatakan mereka2 ini sesetengahnya sudah disahkan mati, tetapi dgn kuasaNya, hidup kembali menjadi rijalul ghaib...' dan ada antara mereka dalam pertapaan.... mungkin ada mungkin tidak kerana semua ini atas kehendakNya. Tapi cuba kita imbas kembali kalau seseorang itu mati dan dihidupkan kembali kerana diangkat sebagai Rijalul Ghaib, maka apabila ditiup sangkakala oleh malaikat untuk 'mengejut'kan yang mati bagi tujuan 'interrogation' adakah rijalul ghaib ini terus ke tempat pengadilan atau mereka perlu dimatikan (again) untuk dibangunkan?? Ingat setiap dari manusia pasti akan merasai 'mati' tidak ada yang terlepas melainkan seorang Nabi yang IQnya tinggi; beliau ingin merasa peritnya kematian and tinggalkan capalnya dalam syurga!

Maaf ye Paduka Harizant sekiranya kita berapa pandai memberi respon yang baik kepada soalan-soalan ini.

Sebagai antara saudara kita yang ada, dipersilakan dan jika sudi, mohon diberi pandangan sebaris dua. Tidak ada jawapan yan betul atau salah, begitu juga tidak ada niat untuk memesongkan syariah sesiapapun. Sekadar menimba ilmu dari mereka yang dianggap 'tokoh' dalam bidang ini. Yang pasti antara pendamping kita hanyalah malaikat yang berempat yang ada di kiri, kanan kita dan juga di hadapan dan belakang kita..!

Akan kita cuba usahakan, insya Allah. Ada antara kita yang lebih arif dalam bidang ini tetapi prefer to berdiam diri mungkin kerana dampingan2 mereka dari golongan yang baik2 dan sebagainya. Maka usahlah kalian berasa gelisah atau gundah gelana. Blog ini sekadar pengetahuan untuk sahabat-sahabat yang lain.

salam Tuan MPA dan Tuan Harizan...... satu pembicaraan yang baik dalam mencernakan ilmu akal dan fikiran.... namun perlu ada kawalan dan kekangan yang tetap dan khusus.... bukan kepada pembaca diluar sahaja tapi kepada para pembicara juga.... topik yang dibincangkan amatlah 'kuat' namun boleh jadi amat 'rapuh' pada bila2 masa sahaja... mungkin tanpa kita sedar...... hamba bukanlah orang yang layak membicarakan soal ini.... kerna hamba ini amat kurang ilmunya apatah lagi harta di dunia ini..... maka selayaknya lah hamba ini mendengar sahaja....

salam kekanda megat,
lama dah tak menyampuk tapi tajuk kali ini menarik perhatian kita. drp apa yg kita tahu, setiap manusia yg dilahirkan ke dunia akan disertakan dgn malaikat yg akan menyeru ke arah kebaikan dan iblis atau syaitan yg akan menyerunya ke arah kejahatan. di sinilah pentingnya kita menjaga dan membersihkan hati kita, jauh dr segala sifat dengki, khianat, dendam, iri hati, busuk hati, fitnah, kerana sifat2 ini lah nanti yg akan membawa sampai ke mati. tenteramlah roh2 yg kembali kpd Allah dgn hati yg suci bersih dan di sisi Allah lah tempat mereka tapi celakalah roh2 yg kembali dgn hati yg kotor hitam dan roh2 ini tiada tempat di sisi Allah lalu berkeliaranlah ia menjadi roh2 yg tidak tenteram. roh2 inilah yg biasanya akan menghadirkan diri bila dipanggil selain dr iblis, syaitan dan jin yg hanya ingin menyesatkan manusia .... wallahualam.

Amat setuju dengan pandangan tuan. Anggapkan kita dengan Tuan H sebagai dua orang buta yang meraba-raba seekor gajah dan masing2 cuba menerangkan bentuk gajah tersebut. Pandangan kita pandangan peribadi, trying to explain apa yang kita pernah dgr, apa yang setahu akan kita dan juga pandangan2 mengikut agama. Soal rapuh ke tidak, masing2 punya pandangan. Nak baca, baca, nak contribute, silakan..nak berdiam diam pun tidak apa. Kita tidak berniat untuk menyentuh perasaan ke perli ke atau menyokong sesiapa. Sudah menjadi kenyataan, yang suka berseronok dengan pendamping2 ini dan itu, orang Melayu kita yang paling ramai...Itu aje !

Isu ini terlalu dalam untuk kita kerana dalam penulisan di atas, tidak ada roh yang berkeliaran atau menghadirkan diri ke sana sini. Kerana apabila matinya anak Adam, maka bersemadi la ia buat selama2nya hingga dibangkitkan semula..itu setahu kita. In between antara lepas disoal di kubur hingga Hari Pengadilan apa yang berlaku, tiada siapa tahu..mungkin masa inilah yang dikata mereka berkeliaran dan menghadirikan diri bila dipanggil..Allahu wa'alam.

salamssss .. .. tumpang bertanya .. .. bagaimana pula halnya dengan perubatan/kaedah tradisional yang menggunakan kaedah 'memanggil ruh' (orang yg masih hidup) dan dimasukkan ke dalam jasad orang lain .. .. tujuan untuk disoal itu dan ini?! .. .. menurutnya ruh tidak akan berdusta .. .. tanyalah apa saja maka ia akan menjawab dgn sejujurnya .. .. bagaimana dgn kaedah ini?! .. .. ;-) .. ..

keluarnya ruh drpd jasad.... maka org itu pun berpindah alam...dari alam fanak ke alam barzah..... dengan kata lain... MATI

inilah rahasia Allah .... tetapi setakat yg tok2 guru sekolah pondok hamba beritahu.... samada seksa atau nikmat alam kubur..... di mana ruh ketika itu? bersama jasad? mana mungkin, kerana jika bersama jasad bermakna insan tersebut masih hidup.... kalau ruh sudah ke langit, siapa pula yg merasa nikmat atau siksa alam kubur sedangkan badan menjadi decomposed dan hancur menjadi tanah?

sebenarnya selama ini soalan2 ini sering berlegar di minda... pernah ditanyakan pd ustaz2 dan guru2 agama.... belum ada jawapan yg pasti.... sering pula mendapat jawapan sebegini, "semuanya boleh berlaku dgn izinNya jua....". Namun jawapan ini terlalu umum dan boleh diaplikasikan atas semua persoalan. Masalahnya org spt sy mahukan jawapan spesifik.....;-)

Salam..semua.
Jika keluar nya roh daripada jasad membawa kepada pengertian mati, apakah sebenarnya yang keluar dari jasad sewaktu meragasukma.... Apakah sukma itu berbeza daripada roh?

Apakah kita sesungguhnya mengenal ruh?

tough question bro....

drpd apa yg pernah diberitahu kpd saya, entity manusia itu terkandung 3 bahagian

1) jasad
2) ruh
3) suksma

suksma itu dikatakan adalah jasad halus manusia yg merupakan "pemikiran" atau "intelligence". Meraga suksma bisa dilakukan kerana tubuh masih ujud bersatu dgn ruh / masih hidup... cuma tiada intelligence/ separa sedar/koma/in trance/sub-concious mind dsb. Itu drpd apa yg sy dengar drpd puak2 yg pandai meraga sukma ni... secara pasti, saya masih terlalu jauh utk menyatakan pendirian sendiri....

Seorang pembimbing saya berkata baru bari ni, "dengarlah akan nasihat orang selagi tidak melanggar hukum agama. Jika kamu mendengar yang melanggar hukum agama, maka diamlah, namun jangan kamu jauhi dia, kerana mungkin dia yang butuhkan nasihat kamu....."

Assalamu'alaikum...
Menarik sekali tajuk ini, sekadar menambah pengetahuan hamba. Apa pun biarlah pegangan kita semua tetap kpd yg berdasarkan sumber al-Quran, hadis, ijmak ulama dan qias sepertimana Firman Allah yang bermaksud, “Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyembah atau memuja yang lain daripada Allah yang tidak mendatangkan manfaat kepadamu dan juga tidak dapat mendatangkan mudarat kepadamu. Oleh itu, sekiranya engkau mengerjakan yang demikian, maka pada saat itu jadilah engkau daripada kalangan orang yang berlaku zalim (terhadap diri sendiri dengan perbuatan syirik itu). (Surah Yunus: 106).
MPA dah maklumkan di atas tadi dan ayat ini juga jelas melarang umatnya meminta pertolongan selain daripada Allah seperti bomoh, jin, roh datuk nenek, roh wali, syeikh, amalan syirik yang lain. Kita hendaklah sentiasa memohon pertolongan dan berdoa secara langsung ke hadrat Allah yang Maha Esa dan Maha Berkuasa ke atas segala sesuatu....
Kehidupan di akhir zaman ini di penuhi dgn berbagai fitnah maka berhati2lah kita semua....dari hamba yg daif...tak boleh masuk buku klo nak cerita bab2 begini . Maaf MPA....menyampuk seround ^_^

pada pandangan saya (mungkin saja bisa salah atau tersasar..... perbetulkan jika ternyata khilaf...)

seseorang boleh melakukan meraga suksma dgn tujuan utk membantu org lain dgn niat semurni-murninya atau seikhlas2nya. Dalam perlakuan sukmorogo ini, maka jasad dan ruh masih bersatu, cuma 'suksma/pemikiran/intelligence' keluar dari tubuh lantas menerawang spt apa yg diniatkan. Ini sudah merupakan scan/terawang peringkat tinggi.

Dan dlm sukmorogo ini, terdapat peringkat yg lebih tinggi... peringkat yg dikatakan menyamai kebolehan para aulia', juga pernah dikhabarkan digunakan oleh Sheh siti Jenar dan Ki Ageng Pengging - dimana mereka berkemampuan utk mengeluarkan bukan shj suksma, tetapi juga ruh. Peringkat ini dipanggil "atma" atau "atmata" (tak ingat yg mana satu). Pada peringkat ini, jasad sememangnya MATI tetapi boleh HIDUP SEMULA apabila ruh dan suksma kembali ke jasad. HIDUP SESUDAH MATI, DAN MATI SESUDAH HIDUP. Dikatakan ilmu sedemikian ada pada org yg sudah sampai peringkat MENGENAL DIRI.

Namun, walau apapun peringkat sukmaraga ini, hanya Allah SWT yg boleh menghukum samada ianya merupakan "karomah/maunah" atau sebaliknya "Istidraj" kerana segalanya bergantung pd NIAT org yg melakukan sukmaraga ini....

Wallhua'lam

Kali ini tuan hamba perlu terangkan kepada kita mengenai perkara ini. Begitu mendalam dan berkias-kias..sekadar pengetahuan sahaja kalau boleh bukan nak amal pun!

hehehe.....yang ini kita perati jer....

Subject ini very interesting bro...

الْجَنَّةَ فَقَدْ فَازَ وَما الْحَيَاةُ الدُّنْيَا إِلاَّ مَتَاعُ الْغُرُورِ

Tiap-tiap yang bernyawa pasti akan merasakan mati. dan Sesungguhnya pada hari kiamat sajalah diberikan dengan sempurna akan pahalamu. barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, Maka sungguh ia telah beruntung. kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan [Ali Imran:185]

قُلْ إِنَّ الْمَوْتَ الَّذِي تَفِرُّونَ مِنْهُ فَإِنَّهُ مُلَاقِيكُمْ ثُمَّ تُرَدُّونَ إِلَى عَالِمِ الْغَيْبِ وَالشَّهَادَةِ فَيُنَبِّئُكُم بِمَا كُنتُمْ تَعْمَلُونَ

Katakanlah: "Sesungguhnya kematian yang kamu lari daripadanya, Maka sesungguhnya kematian itu akan menemui kamu, Kemudian kamu akan dikembalikan kepada (Allah), yang mengetahui yang ghaib dan yang nyata, lalu dia beritakan kepadamu apa yang Telah kamu kerjakan" [Al-Jum'ah:8]

Ingatlah hadirnya kita dan makhluk yang lain atas dunia ini hanyalah sebagai satu tempat persinggahan, satu 'transit'. Kehidupan kita didunia ini adalah untuk menentukan darjat dan mencapai tahap dan kedudukan yang tinggi di tempat kita yang kekal abadi. iaitu di alam akhirat kelak (syurga atau neraka penentuanNya). Apakah maknanya kita hidup untuk mati..simple ! Sebenarnya kita hidup ini adalah untuk menyediakan bekalan untuk mati, maka itulah tugasan kita yang paling besar dalam kehidupan didunia ini. Ramai antara kita yang leka @ complacent, terpesona dengan nikmat dunia dan kita tidak berusaha langsung untuk bersedia menempuhnya.. itulah yang terjadi hakikatnya. kita hidup dalam dunia yang sementara.. Ambillah dunia sekadar keperluannya sahaja.. jangan jadikan diri kita hamba kepada dunia sebaliknya jadikanlah dunia itu hamba kita yang kita mampu kawal, janganlah kita terpedaya dan tertipu olehnya. Mengingati mati ini juga merupakan kunci kepada kesempurnaan taubat. Kalau tajuk di atas menjurus kepada 'kehidupan manusia di dunia disebut sebagai kematian', ini dah jadi seperti Syekh Siti Jehnar ataupun gua tersilap masuk tunnel ni ??.

hehehe.... biasala bro, bila berbicara hal2 yg "berbolak balik" spt konsep manunggaling kawula gusti, maka nama2 tokoh itu akan otomatis masuk juga.....

keliru hamba....

yg mati jasadnya tuan ... Ruh & Ruhaninya tetap hidup !

Apa yg berlaku pada ruh dialam ruh itu adalah dengan izin dan kuasa Allah jua , siapalah kita disini utk mendakwa yg ruh itu disimpan .. dikurung dan sebagainya , kerana Kerajaan Allah taala yg maha besar dan luas itu ada dan wujud dan sekiranya diizinkanNya Ruh-Ruh itu bergerak bebas menziarahi anak cucu mereka dengan berjalan , menaiki kenderaan yg bergerak dgn kelajuan yg sangat menakjubkan di alam sana , maka siapakah kita ini mahu menafikannya ?
Sekiranya diizinkan Allah akan Ruh-Ruh itu berubah saiz sebesar kuman lalu menetap dialam Lapis 1- 7 bumi , atau membesar jasadnya sebesar semenanjung Malaysia saiznya ... hingga sebelah tangan Ruh mampu menyentuh Singapura dan sebelah tangan lagi mampu menyentuh Perlis ... lalu Ruh ini tinggal pula di lapis-lapis langit 1-7 ....... maka siapalah kita ini utk menafikannya ?

Alam ghaib ini bukanlah seumpama ilmu kira-kira iaitu 1+1 =2 ....atau 9 X 1= 9 .... ini ialah ilmu Allah yg mana amat luas seumpama luasnya lautan jika dibandingkan dgn ilmu yg kita ada iaitu umpama titis air di paruh burung .
Saya fikir sekiranya sesuatu perbincangan mengenai alam ghaib itu mahu di sandarkan pada LOGIK AKAL dan penemuan sains semata , maka adalah lebih baik utk tidak membincangkan akannya ....

“Mereka bertanya kepada engkau wahai Muhammad tentang roh. Hendaklah engkau katakan kepada mereka, ‘Roh itu adalah urusan daripada Tuhanku’…” (Al Israk: 85)...maksud ayat Al Quran yang menyatakan ‘roh itu adalah urusan Tuhanku’, Allah bermaksud kebanyakan manusia tidak dapat mengetahuinya tetapi tidak pula menolak kalau ada orang-orang yang tertentu secara khusus yang Allah beri ilmu tentang hakikat roh ini sehingga dapat menghuraikannya....

“Insan adalah rahasia-Ku dan Aku rahasianya. Pengetahuan batin tentang hakikat roh adalah rahasia kepada rahasia-rahasia-Ku. Aku campakkan ke dalam hati hamba-hamba-Ku yang baik-baik dan tiada siapa tahu Keadaannya melainkan Aku"........“Aku adalah sebagaimana hamba-Ku mengenali Daku. Bila dia mencari-Ku dan ingat kepada-Ku, Aku besertanya. Jika dia mencari-Ku di dalam, Aku mendapatkannya dengan Zat-Ku. Jika dia ingat dan menyebut-Ku di dalam jemaah yang baik, Aku ingat dan menyebutnya di dalam jemaah yang lebih baik”.

soalnya skrg bro, apakah diharuskan utk seseorang itu "memanggil ruh" org lain utk meresapi tubuhnya? atau apakah ruh itu " bebas dari alam barzah selepas kematian jasad? siapakah yg menerima nikmat atau siksa kubur - semata2 jasad atau ruh atau keduanya??

bukanlah soalan saya bertujuan utk mengelirukan sesiapa, kita semua sudah maklum akan semua perkara boleh terjadi dgn izinNya (kun fa yakun) - cuma pasti ada keterangan lain mengenai konsep menyeru ruh, peresapan ruh dsb sbg PENDAMPING manusia yg masih hidup.....

RUH kah atau sebenarnya QARIN si mati yg datang berdamping itu. Dan jikalau qarin si mati, apa pula hukumnya menyeru/diresapi qarin manusia lain? sbgmana yg kita semua tahu, tugas qarin2 manusia ini hanyalah semata2 menyeru ke arah manusia berbuat kejahatan, kecuali qarin pendamping rasulullah yg sudah diislamkan dan dididik sendiri oleh rasulullah SAW yg juga seorang yg maksum......

salam Tuan2 semua..... hamba ini tumpang belajar dan membaca..... hamba ini tak pandai dalam perkara2 ini.... kerna itu hamba merasakan... adalah lebih baik hamba berdiam diri sahaja.... takut hamba terkhilaf...

Alahai Tuan H, ilmu kita tidak kesampaian ke situ dan untuk menjawabnya, takut digelar songsang...tapi sekadar perbincangan, kita rasa boleh (masuk angin keluar asap, dengar boleh percaya jangan!). Berdasarkan kepada hadith2 berikut :
hadith daripada Anas, bermaksud:

”Apabila seorang hamba Allah meninggal dunia dan dimasukkan ke dalam kuburnya, apabila pulang sahabat yang mengantarnya, dia mendengar bunyi kasut-kasut mereka, dan mereka ditunjukkan tempatnya sama ada di dalam syurga atau di neraka, dan ada kubur yang diluaskan sehingga tujuh puluh hasta luassnya dan ada kubur yang disempitkan iaitu kubur orang kafir”....demikian juga hadith yang diriwayatkan oleh Jabir, bermaksud;

”Sesungguhnya umat ini akan diuji di dalam kuburnya, apabila mayat orang yang beriman dimasukkan kedalam kuburnya, datanglah malaikat sebaik sahaja rakan-rakannya pulang. Dan dia akan diperlihatkan tempat tinggalnya di dalam syurga lalu dia berkata; tinggallah kami agar kami akan beritahu kepada keluarga kami berita gembira, lalu malaikat berkata kepada mereka; duduklah kamu menetap di sini, dan inilah tempat kamu selama-lamanya”.....the last few sentences 'inilah tempat kamu selama-lamanya'.....

kita bertanya soalan demikian .. .. kerana baru baru ini kita ketahui adanya kaedah seperti itu dilakukan .. .. membuatkan kita tertanya tanya, apakah kaedah ini sebenarnya boleh diaplikasikan atau sebaliknya?! .. .. ;-) .. ..

boleh sy anggap memanggil, menyeru atau diresapi "ruh" org lain adalah HARAM atau MUSTAHIL boleh berlaku??

comelnya gorilla di dalam gambar tu :)

Alahai.....gorilla pulak ditenguknya....!

nak menyampuk tapi tak pandai tuan, kita ini cetek sahaja ilmunya. ibarat ceteknya air kolam renang kanak2 sahaja. ngeee :P

Ini bukan discussion pasal ilmu....old folk tales aje.....benar ke idak...tak tahulah

Seorang pembimbing saya pula berkata baru baru ni, "dengarlah akan nasihat orang selagi tidak melanggar hukum agama. Jika kamu mendengar yang melanggar hukum agama, maka tegurlah orang tersebut dgn hikmah kerana dibimbangi dia akan tersasar dpd jalan agamanya walaupun dia berguru, jika hukum2 itu masih berlandaskan agama tetapi terdapat perselisihan sedikit di dalamnya maka tidak perlulah bertelagah di dalam hal tersebut kerana agama itu sepatutnya memudahkan kita dan bukan menyusahkan.orang yang tersebut itu tadi jangan kamu jauhi dia, bukan kerana mungkin dia butuhkan nasihat kamu kerana dia tidak memerlukannya lantaran egonya yg tinggi, tetapi bila dia sudah dikembalikan kesedarannya oleh Yang Maha Kuasa, dia perlukan kamu sebagai sahabat yg boleh menyokongnya dari segi moral".ahem *kali ini tak lari* wallahu'alam.

benar..... hambapun tak lari.... ehehehehe.... malah akan berdiri didepan...... opssss.... belakang...

kalau yang sebaliknya.... huhuhuhu.... hamba lah orang yang pertama akan angkat kaki....... cabuttttttt!!....

Begitu juga kita......tidak ada lagi ikatan semerah padi!

Post a Comment