Wednesday 7 July 2010

Ingin Membela Hantu Raya @ Gorilla ?

Bahagian I
Kaedah untuk membela hantu raya ialah untuk dijadikan “khadam”, dengan menyediakan sebiji telur ayam mentah yang ditebuk dengan jarum berserta dengan setitik darah orang yang berkenaan. Darah diambil dari jari kelingking tangan kiri, dititikkan berhampiran lubang. Bahan lain ialah sekepal pulut kuning, sebatang rokok daun dan sekepal nasi. Tempat yang dipilih untuk memanggil hantu ialah di mana-mana busut jantan, jauh daripada manusia yang dilakukan di tengah malam. Ungkapan kata menyeru makhluk ini berbunyi :

Hei si hantu raya - Jembalang angin
Aku tahu asalmu - Engkau dari bulu hidung Nabi Adam
Makanan engkau telur ayam Mari engkau - Mari makan benda-benda ini.

Hei si hantu raya - Mari kau bersahabat
Mari menjaga diriku - Engkau taat perintahku
Ikut segala perintahku.

Hei si hantu raya - Menyerupa engkau serupa aku
Menyerupa engkau dalam diriku - Jangan engkau langgar perintahku - Jikalau engkau engkar - Aku panah engkau
Dengan panah berpanah - Panah sakti - Panah rajuma

Amalan ini dilakukan selama tiga malam berturut-turut. Malam terakhir adalah malam penentu, samada hasrat seseorang itu berjaya atau tidak. Makhluk ini kadang-kadang datang menjelma balam-balam sebentar di atas bahan jamuan yang diletakkan di hadapannya. Ketika itulah orang yang berkenaan memberitahu maksud ia memanggil makhluk tadi, juga berjanji akan memberi makan, samada sekali dalam sebulan, sekali seminggu dan sebagainya, sekiranya makhluk tadi mahu “berkhidmat” untuknya.

Orang yang berkenaan mula-mula akan merasa sejuk pada ibu jari kakinya, ataupun ibu jari tangannya, lalu akhirnya rasa tadi meresap ke seluruh tubuh. Ini bererti bahawa makhluk tersebut telah masuk ke dalam tubuh orang yang berkenaaan, samada melalui ibu jari kaki ataupun ibu jari kanan. Ia akan pulih sepeti sedia-kala apabila makhluk itu keluar dari tubuh. Dengan ini maka terjalinlah hubungan antara orang yang berkenaan dengan hantu raya tadi, lalu ia menyuruh makhluk itu mengikutinya balik ke rumah.

Bahagian II
Di antara tujuan seseorang itu membela hantu raya ialah untuk menjaga diri, keluarga, dan harta benda, termasuk binatang ternakan dan hasil tanaman daripada diganggu atau dicuri. Dengan penglibatan makhluk ini juga, seseorang itu dikatakan boleh menjadi kebal.Hantu raya akan menurut perintah tuannya dengan syarat ia dijamu terlebih dahulu, sebelum melakukan sesuatu perintah. Di antara jamuan yang perlu disajikan ialah pulut kuning, sekapur sirih pinang, telur ayam, bertih nasi dan rokok daun.Terdapat ungkapan kata tertentu dalam upacara pemanggilan itu, dan jika disertakan dengan pembarakan kemenyan, hantu raya akan lebih cepat datang dan segera mengerjakan apa yang disuruh.

Untuk membinasakan seseorang, samada musuh ataupun orang yang tidak dikenali, ungkapan-ungkapan yang dituturkan berbunyi :
Hei anakku si hantu raya - Engkau rasuk sianu (dengan menyebut nama mangsa beserta nama ibunya) - Engkau makan hati perut dia.
Jikalau engkau tidak pergi - Rasuk, makan hati perut dia
Aku sumpah engkau - Derhaka engkau pada Allah - Derhaka engkau pada Muhammad - Derhaka engkau kepada aku.

Makhluk belaan ini juga perlu bersiap sedia untuk menjaga keselamatan diri tuannya ketika ia hendak berjalan. Di bawah ini diperturunkan satu ungkapan kata, sebagai contoh yang digunakan untuk tujuan tersebut.

Hei anakku si hantu raya - Engkau bersiap-siap
Aku hendak jalan - Ataslah engkaulah menjaga diriku
Jangan engkau derhaka kepada aku
Derhaka engkau pada Muhammad - Derhaka engkau pada Allah

Amalan di atas, dilakukan dengan sengaja bertujuan untuk membela hantu raya, yang dilakukan dengan kaedah tertentu menurut apa yang diajar oleh guru. Rangkaian kata yang dituturkan ketika memanggil hantu raya inilah yang disebut sebagai “panggilan” atau “pemujaan”. Hantu raya yang difahami oleh masyarakat Melayu adalah termasuk dalam golongan jin kafir, samada iblis atau syaitan. Dengan ini bererti bahawa amalan yang dilakukan oleh orang yang berkenaan adalah amalan memuja atau memanggil syaitan.

Nama “HANTU RAYA” adalah diantara nama hantu yang biasa difahami oleh orang Melayu yang dikaitkan dengan hantu belaan. Nama ini tidak wujud dalam Al-Qur’an. Terdapat kata-kata dusta dalam ungkapan tersebut, yang menyebut asal usul hantu raya, iaitu daripada “Bulu Hidung Nabi Adam”. Berumpankan telur ayam yang ditebuk menggunakan jarum dan diletakkan darah orang yang berkenaan, makhluk ini dipuja untuk menjadi sahabatnya. Persahabatan seperti ini adalah seburuk-buruk persahabatan seperti yang tersebut dalam al-Qur’an ( An-Nisa ayat 38 ). " Barang siapa syaitan itu menjadi temannya, maka syaitan itu adalah seburuk-buruk teman..."

PERINGATAN ! Pemujaan di atas ini hanya untuk dijadikan sempadan, tidak harus dipraktikkan….. Subhanallah !

Petikan : http://jalanakhirat.wordpress.com/2010/03/15/jenis-jenis-sihir/

55 comments:

na'uzuillah..... mintalah jauhkan dari hamba....

Berkongsi apa yang dibaca tidak lebih dari itu....tapi gorilla tu hensem ek!

paling malang kalau hantu raya menjelma spt tuannya....dan ketika tuannya tiada di rumah....hantu raya itulah tuan...... amat merbahaya pekerjaan ini

amat seronok bagi hantu raya....... huhuhu

Tak seronoknya bila menhgadung 9 bulan keluar2 berbulu aje.......!

Saya rasa cukup la sekadar cerita, nasihat dan tauladan..tak payah bagi amalan dan jampi serampah..ini amat bahaya bagi mereka yg jenis suka mencuba ... takut2 shubahat..di dalam MP ni ramai orang yg suka membaca dan mengambil ilmu yg tak sepatutnya ..jadi saranan saya utk sesuatu yg boleh mendatangkan syak wasangka kita jangan terlalu dedahkan....kalau yg tahu tu saya tidak heran sangat.. tapi bagi mereka yang baru berjinak dgn alam mistik dan ghaib ni tentu teruja nak mencuba..sesuatu yang baik kita kongsi bersama namun jika ada yg diluar pemikiran yg terbatas tu kita fikirkan dahulu..maaf atas teguran saya ...

lain macam tajuk hari ni? Ke ada yang dah buat ni? Hahahaha

Terima kasih kerana teguran yang diberikan Tuan Pang5. Yang kita paste pun adalah apa yang disiarkan dalam akhbar, tidak lebih dr itu. Juga mantera yang diberikan tidak lengkap kerana ada yang lain sebenarnya. Kepada yang ingin mencuba, kita respect akan keberanian mereka tapi apa2 pun tanggung sendirilah. Sebaik2nya anggap coretan ini sebagai cerita penglipur lara, percaya jangan....!

Orang asyik cerita pasal ada orang simpan Tok Raya itu Tok Raya ini, maka kita terpanggil untuk mengetahui siapa Tok Raya yang sebenar. Itu sahaja...cerita ini tidak membabitkan mereka yang masih hidup atau pun mati.....

Buat apa nak lari bro......ini cerita yang disiarkan oleh Utusan aje.......

cerita bab ceplos takde bang...

kita mintak paduka MPA cerita perihal khadam keris pula... camner nak panggil, camner nak beri makan, camner nak guna.....

MPA dah pasang 2 bendera ni gamaknya.....

Wei tuan-tuan hamba sekalian. Cetek ilmu akan diri ini tidak maka tidak usah kalian meminta apa pun. Sekadar amanah suruhanNya kita lakukan

Ok setuju juga..namun bagaimana nak guna tak yah citer...nanti makan tuan balik..hang ajar orang ..satu hari nanti orang tu guna utk hang..masalah pulak...heee...hee

insyaAllah boleh melepasi.... takkan guru nak ajarkan semua..???
tengok jugak kerisnya..... walau dah diajarkan, kalau keris yg diguna keris kodi, dgn khadam tepi jalan...takkan nak bertembung dgn sang....... hehehe

Sebenar keris tidak kira yang mantap ke atau yang kodi. Besi tetap besi, cuma tidaklah terlawan kita dengan bilah yang mahal2 apatah lagi jika bertahta dengan hiasan yang indah2. Percaya akan zatNya dan mohon hidayah dariNya maka dibuka untuk melihat apa yang ingin dilihat, insya Allah...

benar Tuannn...... seperti kata hamba tempohari..... kalau lah 'itu' yang digunakan.... hamba angkat tangan..... jangan kembali cari hamba....huhuhuhu

ahhhhh!!.... kalu begitu bagai dikata..... apakata serahkan sahaja keris2 Jawa itu pada hamba..... biar anak Jawa yang seorang ini yang memeliharanya.......

Wei.....mencemar Duli nampak ! Sebagai rakyat kita kena sokong hasrat PM tu, Satu Malaysia makanya semua keris kena simpan...Tuan ada bilah yang nak kita simpankan ke?

Apa lagi Bro Megat...lorong kan aje ke Kota D'sara..ada bran..ka..hee..hee

owh.... "itu" ke..... terasa macam nak mencubanya pula....

nantilah hamba carikan barang "itu".... bukan aper....reserve utk "last resort"
mana la tau terpaksa melakukan amuk atau juramentado....
kalau terpaksa mati dlm perang, adalah 1-2 org yg akan terpaksa ikut... taknak gi sorang2....;-)....

Itu hari dah lorong ke Mahbub, di suruh simpan aje....!

Kita nak sedikit....mana lah tahu....nak tala ke tempat harta karun.....!

hhahahaha...... hamba tunggu dengan sabarrrrr.................

hantu raya kita tak nak ... tapi gorilla tu, boleh tahan hensemnya walaupun muka nampak garang ...

khadam atau pendamping jenis gorilla atau hantu raya ni mengikut pendapat org pakar, garang dan gah..... Maklum jumpa lawan mesti tampar2 dada... Tapi terserempak khadam jenis singa atau pak belang mesti mencicit lari tinggalkan tuan hahaha

Khadam rimau plak kalau lawannya yg dia boleh makan memang efektif, tapi berlawan dgn khadam singa atau naga, juga mengelak, tinggalkan tuannya sorang2..... Ambiklah naga atau singa, sanggup lawan sampai mati.... Alang2 nak bermain khadam:......

hahaha tn harizant ... si gorilla tu, kalau dicukur bersih, boleh juga dibawa berjalan2, jadi bodyguard pun ok jugak ...

kalau nak cari bodyguard, baik ambik kevin costner.....

mmg nak ambik kevin costner tapi dia reject ... tu pasal beralih kat gorilla pulak. lagi pun laa ni dah jadi trend, org percaya pada binatang lebih dari manusia ... paul d'sotong, nuri singapore, goldy the goldfish ... kita dapat gorilla d'amour pun dah cukup baik ....

huhuhuhu... jaga2.... nanti anak bini jadi galang gantinya.... huhuu... alang2 ambiklah King Kong.... gullppppp!!!

ambi Jet Li pun boleh.... hehehehhe..... The BodyGuards Form Cirebon.....

Jet Li apa ke benda bro..... di pendhowo ni ramai....tepuk dada tanya selera... yg tegap ada, yg buncit ada, yg kurus ada.... semua dari background luarbiasa... ada yg dari tentera malaysia, ada yg dari us marine, ada yg datang dari kopassus TNI.... dan dari berbagai grup jamaah... namakan jer...jemaah pahang ada, jamaah johor ada, jemaah selangor pun tak kurang....paling baru jemaah KL...ahaksss

yg ini Cirebon yg mana satu...... ada cirebon Jabar, ada cirebon johor, cirebon selangor.... cirebon kelantan yg paling ngetop....

uhukkkkk!!..... tersodak edennn.... huhuhu

ada banyak lagi Tuannnn sebenarnya...... ada yang The BodyGuards Form Cirebon Demak, The BodyGuards Form Cirebon Tuban, The BodyGuards Form Cirebon Majapahit dan kalau nak try yang satu ni..... ok gak........hehehehe The Body Guards Form Cirebon Padjajaran!!!!!.....

Semua main bodyguards aje...issh issh isshhh...gua cari the Bodyguards from Langit ke 7 lak kalau diizinkan..

itu bodyguards semua org... peringkat sidratul muntaha tidaklah selayaknya dijadikan bodyguard sebagaimana yg kita kenali...kerana itu sememangnya Maha Penjaga....

ada 2 super bodyguards yg ketika ini menunggu masa mencari tuan baru sebagaimana ramalan mereka lebih 500 tahun dahulu - Sabdo Palon dan Naya Genggong. Ada sesiapa yg mau??

wah, katanya keturunan Brahwijaya V susur galur Pengging atau Tarub hahahaha.....

sudah ditingal semuanya Tuannnn....udah nggak mau......kini lagi mengabdi kayak Kyai PandanArang.... kira2 nya mokso g2....... hehehehe

wahhh... kalo udah mokso, ya dimana mau dilarung keris2nya..?

saya justru butuh senjata2 ampuh guna memastikan ramalan sabdo palon dan naya genggong tidak berlaku....

aduhh...nak nyampuk ..kena betulkan chanel dulu ni..

channel dah betul... cuma kena ada extra effort sket... kena la cari dan faham apa yg diperbualkan....

nak cari bukan susah...scan jer terus... atau scan guna pendamping KHADAM serba tau... seru je Kanjeng Kyai Google Al Firefox......

Mohon diperjelaskan Tuan....Londus (tempat Gladiators lepak dalam citer Spartacus) kita masih ada yang kosong...!

Satu lagi channel kalau nak yang mantap dan BERISI...senopati Adultfriendfinders...!.

kalau ternyata tuan sudi, maka harus segera berangkat ke trowulan, mojokerto....

oh ya... apa yg sudah terjadi ini... kok sy punya chat box meebo sudah ngga ada.....

Apa tuan hamba tidak sayang akan leher saudara maka hendak dihulur kepada bilah sundang kita? Bahasa Jawa sememangnya tidak tahu akan kita...tolonglah translate!

laaaa.... itu adalah lokasi akhir Bhrawijaya Kertabumi sebelum baginda moksha.

Tatkala dipujuk oleh Sunan Kalijaga di Blambangan agar jangan meneruskan perjalanan ke Bali, Bhrawijaya bersetuju kembali ke Trowulan (kota raja Majapahit) dan memeluk Islam, sementara Sabdo Palon dan Naya Genggong melampiaskan kutukan dan ramalan sebelum akhirnya menghilangkan diri kembali ke kayangan.... Kononnya 500 tahun lagi akan kembali.... Wallhia'lam

Salah satu daro epic babad Jawa?interesting...@

nya opo lo putu2ne... kok sing kui jugak sing arep thi goleie..... opo wes temenanan pikirane???

ingsun ora arep nggolek ing kuwi, kanjeng guru...
diceritakke gawe pedoman putu2 ing lain - ngenali sing kuwi, insyaAllah ngenal sing apik....

yo nak koyo ngono... alhamdulillah..... thalan sing ora2 ra usah thi golek ie..... inget... urip kito menuso iku nggor sekali wae neng thonyo iki.... nggolek sing apik2 wae.... ngge sangu balik mengko ......

sing apik yo nyimpen jalak sangu tumpeng, nggolek sangu tumpeng, nyukup pangan...hehehehe

Post a Comment