Wednesday 21 July 2010

Menjadi sesuatu yang bukan diri kita sebenar


Kita seringkali terpesona oleh penampakan-penampakan lahiriah yang dilihat oleh mata kita. Begitu pula jika kita ingin mempengaruhi orang lain, kita selalu memperkasakan penampilan atau penampakkan lahiriah kita. Yang akan dibahas dalam tulisan ini adalah upaya manusia untuk mengatur penampakkan lahiriahnya supaya dinilai orang lain bahwa ia adalah orang yang berdarjat dan keturunan bangsawan, sebaliknya....?

Usaha untuk mengatur penampilan di dalam Islam disebut dengan Riya. Riya berasal dari kata ra’a yang berarti melihat. Secara harfiah, Riya berarti mengatur sesuatu agar dapat dilihat oleh orang lain. Riya adalah mengatur perilaku kita agar dilihat oleh orang lain dan tujuan akhirnya, agar orang lain itu akan menyimpulkan bahwa kita ini dari golongan tertentu. 

Kalau kita memperkayakan perilaku kita dengan maksud agar orang lain menganggap kita orang terhormat, pintar, atau kaya, hal itu tidak disebut dengan Riya. Perilaku seperti itu, bila sedikit dilakukan, tidak mengapa. tetapi bila dilakukan secara berlebihan, maka hal itu disebut hubbul jah atau kecintaan kepada penghormatan. Itu merupakan dosa, nau'zubillah!

Orang yang jatuh kepada hubbul jah selalu ingin agar dirinya diperlakukan  dan dianggap istimewa. Mungkin juga ingin disanjung, dihormati dan dipanggil dengan bahasa yang paling sopan dan beradab seperti Yang Amat Mulia  (YAM), Yang Mulia (YM), dan bagi mereka yang di bawah perlu membahasakan diri sebagai 'patik' atau 'ingsun' dan sebagainya. Apabila seseorang berusaha menampilkan dirinya begitu rupa sehingga orang menilainya sebagai golongan atasan,  para ulamak  berpendapat maka ia tidak memiliki penyakit Riya melainkan penyakit hubbul jah, kecintaan akan penghormatan.

Seorang Islam dilarang dan ditegah sama sekali untuk berusaha mencari penghormatan dari manusia. Dia harus berusaha mencari penghormatan dari Allah swt. Kalau perlu, dia rela menanggung kemarahan dari sesama manusia, asalkan mendapat rida dari Yang Khalik. Orang yang menderita hubbul jah, malah bersedia menanggung resiko dibenci Allah swt asal disanjung dan disukai orang ramai.


Maka secara ringkasnya, yang mengatakan tentang Hubbul Jah adalah :

Adapun hubbul Jah yakni suka akan kemegahan. Maka ianya dicela oleh syarak. Firman Allah swt yang bermaksud : '...Bermula negeri akhirat itu Aku jadikan akan dia bagi orang yang tiada berkehendak akan mereka itu ketinggian dan kemegahan di dunia dan tiada berkehendak membinasakan akan orang di dalam dunia ini, dan syurga itu bagi orang yang takut akan Allah Taala...'

Sabda nabi s.a.w. yang bermaksud: '...Bermula cinta akan harta dan kemegahan itu menambahkan munafik dalam hati seperti menambahkan air dalam susu'.

Mengikut  Imam Al Ghazali: '...ketahui olehmu bahawa Jah itu iaitu masyhur sebutannya pada orang yang banyak dicela oleh syarak melainkan bagi orang yang dimahsyurkan oleh dia akan Allah swt kerana mahsyurkan agamanya dan dunianya'.

Dari Saidina Ali ra; '...hinakan akan dirimu dan jangan engkau mahsyurkan dan jangan engkau angkat akan dirimu supaya disebut oleh orang dengan mempunyai ilmu dan lainnya dan sunyikan olehmu akan dirimu dan pengetahuanmu dan diam engkau nescaya sejahtera engkau daripada kejahatan lagi menyukakan akan segala orang yang soleh dan menyakitkan hati orang yang pasik'.

Hubbul jah (kasihkan kemegahan)

  • Iaitu kasihkan kemegahan, kebesaran dan pangkat.
  • Perasaan inginkan kemegahan dan pangkat kebesaran menjadikan perbuatan seseorang itu tidak ikhlas kerana Allah.
  • Akibat daripada sifat tersebut boleh membawa kepada tipu helah sesama manusia dan boleh menyebabkan seseorang itu membelakangkan kebenaran kerana menjaga pangkat dan kebesaran.
‘Ujub (bangga diri)
  • Iaitu merasai atau menyangkakan dirinya lebih sempurna.
  • Orang yang bersifat ‘ujub adalah orang yang timbul di dalam hatinya sangkaan bahawa dia adalah seorang yang lebih sempurna dari segi pelajarannya, amalannya, kekayaannya atau sebagainya dan ia menyangka bahawa orang lain tidak berupaya melakukan sebagaimana yang dia lakukan.
  • Dengan itu, maka timbullah perasaan menghina dan memperkecil-kecilkan orang lain dan lupa bahawa tiap-tiap sesuatu itu ada kelebihannya.
- Keturunan Kuli Ladang Gambir -

19 comments:

" Dan alangkah baiknya jika mereka redha dengan apa yang Allah dan Rasulnya berikan kepada mereka sambil mereka berkata : ' Cukuplah Allah bagi kami , Ia dan Rasulnya akan berikan pada kami kurnianya ,Sesungguhnya pada Allah kami menuju ". ( Surah At Taubah : Ayat 59 )

hamba dikatakan keturunan buruh ladang gambir jer.... jadi tak masuk dlm isu "hubbul Jah"..... cuma ada sikit sifat "ujub" walaupun hanya sekadar di pinggiran.... eh... sekadar petani desa

dibaca.... Tuannnnnn..... terima kasih atas ingatannya ....

Sifat Ujub itu sentiasa ada tidak byk sedikit . KIta ini sekadar insan biasa, terlalu banyak kelemahan....

signature ni yg tak boleh tahan tengok....huhuhu

Sedar akan diri ini siapa bro.....! Nak glamour tak mampu, nasib baik ada yg faham akan kedudukan kita, taklah mahal sgt harga bilahnya yang kita ada. Kalau tidak, bawa pisau potong bawang ajelah gua !

hamba pulak dah lama sedar.... pakai nama pun insan fakir.... itu pun ada yang masih tak puas hati.... tak tau lah nak letak nama apa pulak lepas ni.... huhuhuhuhu

Fakir Moksa........itu sebaiknya

kalau dah moksa, kenalah tinggal segala koleksi keris2 tu....

ambik nombor aaaa

iya ker.... tapi keris luk 13 dgn kemala merah lagi...hehehe

Aduuuuuus.......! psst..tengah pujuk sahabat di sana kot2 boleh diserahkan Sengkelat itu bulat2 kerana udah memperlakukan perniagaannya...ahaks !

kesian la kat sahabat itu tuan... maklum dia org berniaga...
tapi kalau bagi free.... wak pun tak tolak...ahaksss...

Mana bilah free..mana? mana? mana?

Untuk Paduka QT......email 'Selamat siang En xxx, untuk bilah dengan warangka Bam Gajah (Elephant Molar Fossil) ini saya menawarkan harga xxxxx (good price bro..gua tak mampu lah !)

brapa Tuannnn??.... PM hamba.... SMS pun ok gak....

Post a Comment