Wednesday 4 August 2010

23 comments:

apa yang terjadi di dunia ini sudah digariskan oleh Allah SWT.

Istighfar dan Taubat (nasuha) adalah sebagai salah satu punca rezeki....

“Maka aku katakan kepada mereka ‘Mohonlah ampun kepada Tuhanmu’ sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun niscaya Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dgn lebat dan membanyakkan harta dan anak-anakmu dan mengadakan untukmu kebun-kebun dan mengadakan untukmu sungai-sungai’.”
Nuh ayat 10-12

satu ingatan yang sangat baik Tuannnnn.... terima kasih..... akan hamba peringatinya..... jalan masih jauh dan penuh dengan liku2 yang nampak indah pada khayalan yang mengasyikkan..... yang sebenarnya hanyalah satu FATAMORGANA.......

dan ingatlah!!.............. bahawa bahagian mu bukan di dunia ini..... melainkan di akhirat sana.... dan janganlah engkau gadaikan akhiratmu untuk kepentingan dan nikmat dunia yang amat sedikit...... moga kita semua tergolong di kalangan orang2 yang sabar dan mengambil peringatan...... wallahualam.....

"Wahai orang-orang yang beriman!Bersabarlah kamu(menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, dimedan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya,
kamu berjaya (mencapai kemenangan). " (Al-Imran : 200)

saya terbaca pula sesuatu yg menarik.... sy berbagi apa yg sy baca utk manafaat bersama, insyaAllah

"Pengamal perubatan, maupun persilatan yang mengunakan bantuan makhluk ghaib, tidak kira sama ada jin dan iblis, wali ataupun nabi, khadam ayat maupun surah, tergolong dalam ketagori Alam Malakut ini. Dalam pengalaman kesufian, alam inilah yang paling mengasyikkan dan paling seronok. Dapat lihat mak we cun-cun pun di alam ini lah. :) Nama seperti Panglima Hitam, Puteri Gunung Ledang, Mayang Mengurai, Wali Songo, Ashabul Kahfi, Nabi Khidir dan sebagainya adalah tidak asing dikalangan mereka yang asyik disini. Nak senarai lagi panjangpun boleh juga :D

Sebaliknya dari sudut tasawwuf dan tarikat ditekankan pada semua amalan, "Ilahi Anta maksudi, wa redhaka mathlubi." Justeru salik tidak harus asyik dengan kemakhlukan, walaupun jin Islam, khadam ayat dan surah, wali, nabi maupun rasul. Matlamatnya tetap Ilahi Anta maksudi. Malakut masih lagi alam kemakhlukan, bagitu juga jabarut. Arah tujuan ialah Wahidiat, Wahdat dan Ahadiat, alam ketuhanan.

Perubatan mengunakan kaedah tasawwuf pula, juga menekankan, "Ilahi Anta maksudi, wa redhaka mathlubi."

1. Ada syariatnya, sekurang-kurangnya membaca Al-Fatihah seperti pada hadith Sahih Bukhari, yang mana Rasulullah s.a.w merestui tindakan seorang sahabat membacanya sebagai perubatan. Ataupun doa. Paling ringkas, "Iyya kanaq budu wa iyya kanas ta'in." Keizinan wali, suami, muhrim dan/atau empunya badan. Kalau wanita mesti ada muhrim, mana leh sorang-sorang.
2. Ada tarikatnya, perjalanannya atau caranya. Mengunakan air kosong pun memadai. Tidak timbul fitnah, was-was maupun kemudaratan dalam perlaksanaan perubatan.
3. Ada hakikatnya. Hakikatnya bukan kita yang menyembuhkan, bukan ayat yang menyembuh, bukan air yang menyembuh, melainkan Allah s.w.t semata-mata.
4. Mesti ada makrifah, Ehsan. La haula wala quwata illah billah.

Pesakitpun perlu ada syariatnya, sekurang-kurangnya membaca Bismillah dan selawat. Tarikatnya, air itu perlulah diminum ataupun dimandi. Ada hakikatnya, Perkara ini perlu ditegaskan kepada pesakit dan yang berada sekeliling agar perlakuan kita tidak dipandang kepada kita. Melainkan kepada Allah jua seperti yang dijelaskan pada 3 di atas. Pesakit perlu berserah kehadrat Ilahi.

Justeru tidak timbul isu perlunya berdamping dengan makhluk lain ataupun dengan membaca ayatul kursi, pesakit cuma akan sihat jika khadam ayatul kursi datang membantu. Isu-isu kemakhlukan seperti ini adalah cuma bagi mereka yang leka, asyik dan terpesong dari "Ilahi Anta maksudi, wa redhaka mathlubi." Alam malakut adalah umpama kita dari KL hendak ke Singapura, terhenti di Seremban kerana terpegun dengan kecantikan bandar berkenaan. Walaupun hati dan mulut berkata Singapura, diri masih terikat di Seremban. "
http://www.bicaramuslim.com/bicara7/viewtopic.php?f=13&t=4866

Allah berfirman di dalam Hadis Qudsi:

"Hai hambaKu, bila engkau ingin masuk ke HaramilKu (Haramil Qudsiyah), maka engkau jangan tergoda oleh Mulki, Malakut, Jabarut; kerana

•alam Mulki adalah syaitan bagi orang Alim;
•alam Malakut, syaitan bagi orang Arif;
•alam Jabarut, syaitan bagi orang yang akan masuk ke alam Qudsiyah".

Inilah sebaik2nya dan inilah yg paling simple. Tapi mungkin ada yang bertanya pula 'kenapa bila aku buat tidak menjadi atau pesakit bertambah teruk?'....

kekadang Tuannnn... keinginan manusia itu amat sukar sekali diramal dan bendung...... kalau ia menuju ke arah kebaikan dan seiring dengan suruhan dan laranganNya .... maka berbahagialah manusia tersebut..... namun bagaimana pula dengan mereka2 yang hati, keinginan dan jiwanya yang senantiasa kotor.... sesat dan malah kekadang menyesatkan.... membawa dan menarik insan lain ke arah jalan gelap...... moga2 hamba dan kita semua dijauhkan dari golongan2 yang sebegini.....

Insya Allah...sama2 kita doakan agar diberi kesejahteraan di dunia dan akhirat..

soal usaha dan doa diperkenankan oleh Allah, biarlah Allah shj yg menguruskannya...

bagaimanapun, sahabat saya En Johan Iskandar ada memberitahu sy bhw doa2 (4 qul, ayat kursy etc) jikalau dibaca kerana niat MENGUBAT/MENGHALAU SYAITAN, maka para hantui syaitan tersebut hanya ketawa, dan adakalanya bahkan membetulkan bacaan kita..... bacalah dgn IKHLAS kerana Allah, insyaAllah...... atau sekadar utk renungan dan amalan

HASBUNALLAHU WA NIKMAL WAKIL

ya Tuannnn..... terima kasih atas peringatan yang disampaikan.... begitu juga untuk Tuan Johan......

Yang diketawakan bukan kerana bacaannya Tuan, tetapi bila dilihat secara dalaman, mungkin ada sesuatu yang melucukan setan tersebut mengenai diri orang itu..!

hehehe.... mungkin setan juga merasa lucu tengok "setan" satu lagi baca ayat kursy......

takper la, bulan puasa nanti depa semua kena rantai...... huhuhu

hahahahaha..... hamba hanya mampu ketawa..... oppssss ..... bukan ketawa setan aaaaa!!!!..............

Bagaiamana pula dengan setan yang bertopengkan manusia........salah seorangnya pelanggan tetap Mahbub@Khalifah@Ali Maju...!

Ada mungkin....itu suara Setan Khober...???

setan2 yg melepak di khalifah/mahbub/alimaju susah sikit nak rantai..... pasal setan jenis ni ilmu dah tinggi2 belaka, amat sakti mandraguna.....hahaha

setan yg paling besar a.k.a setan kabir....

persetankan itu semua!!!!!................ hehehehe

kakakakakakaa pandai kalian bersandiwara!

Post a Comment