Thursday 18 March 2010

Ilmu Laduni yang sebenar

Menggunakan akal fikirannya untuk mengkaji tentang kejadian-kejadian alam maya ciptaan Tuhan Maha Pencipta. Semakin mendalam pengetahuan tentang ciptaan Allah s.w.t, semakin kelihatan kebesaran dan keagungan-Nya. Bertambah pula keinsafan tentang kelemahan yang ada pada diri manusia terutamanya dalam menghuraikan hal-hal ketuhanan (antara yang haq dan bathil). Bila mengakui akan kejahilan dirinya seseorang itu menyerahkan dirinya dengan beriman kepada Allah s.w.t. Penyerahan ini dinamakan aslim dan orang yang berbuat demikian dinamakan orang Islam. Orang yang beriman tidak membahaskan tentang Allah s.w.t kerana mereka mengakui kelemahan akal dalam bidang tersebut.

Bidang yang tidak dapat diterokai oleh akal masih mampu dijangkau oleh hati. Hati yang suci bersih mengeluarkan cahayanya yang dinamakan Nur Kalbu. Nur Kalbu menerangi akal dan bersuluhkan cahaya Nur Kalbu ini, akal dapat menyambung kembali perjalanannya dari ‘stesen’ ia telah berhenti. Perjalanan akal yang diterangi oleh cahaya Nur Kalbu mampu menyingkap perkara-perkara yang ghaib dan beriman dengannya walaupun akal manusia umum menafikannya. Terdapat perbezaan yang besar antara akal biasa dengan akal yang diterangi oleh nur. 

Akal yang beserta nur mampu menyelami di bawah atau di sebalik yang nyata iaitu perkara ghaib, dan beriman kepada Allah s.w.t berdasarkan pengalaman tentang perkara-perkara ghaib. Walaupun perkara ghaib itu tidak dapat diterima oleh akal biasa, tetapi akal yang bersuluhkan nur tidak sedikit pun ragu-ragu terhadapnya. Pengetahuan yang terhasil dari cetusan atau tindakan nur ini dinamakan ilmu hakikat, ilmu ghaib, ilmu Rabbani atau ilmu  laduni yang sebenar. Walau apa pun istilah yang digunakan, ia adalah pengetahuan tentang ketuhanan yang didapati dengan cara mengalami sendiri tentang hal-hal ketuhanan, bukan menurut percakapan orang lain, dan juga bukan menurut sangkaannya sendiri. Hatilah yang mengalami hal-hal tersebut dan pengalaman ini dinamakan pengalaman rasa, zauk atau hakikat

Apa yang dialami oleh hati tidak dapat dilukiskan atau dibahasakan. Lukisan dan bahasa hanya sekadar menggerakkan pemahaman sedangkan hal yang sebenar jauh berbeza. Jika hal pengalaman hati dipegang pada lukisan dan bahasa ibarat, maka seseorang itu akan menjadi keliru. Jika lukisan dan simbol diiktikadkan sebagai hal ketuhanan maka yang demikian adalah kufur! Pemegang ilmu ghaib terdiri daripada dua golongan : 

(1) Golongan pertama adalah orang yang terlebih dahulu memasuki bidang pembelajaran tentang tauhid dan latihan penyucian hati menurut tarekat tasauf. Pembelajaran dan latihan yang mereka lakukan tidak membuka bidang hakikat. Ini membuat mereka mengerti akan nilai dan kedudukan ilmu ghaib yang sukar diperolehi itu. Mereka hanya dapat belajar, melatih diri, kemudian menanti dan terus menanti. Jika Allah s.w.t berkenan maka dikurniakan sinaran nur yang menerangi hati si murid itu. Si murid itu pun mengalami dan berpengetahuan tentang hakikat. Pengetahuan yang diperolehi itu sangat berharga baginya dan dijaganya benar-benar, tidak dibukakannya kepada orang lain kerana dia tahu yang orang ramai sukar memahami, ramai yang akan menyangkal dan ada yang memperlekehkannya.  

(2) Pemegang ilmu ghaib yang tidak melalui proses pembelajaran dan latihan seperti golongan pertama. Golongan ini tiba-tiba sahaja dibukakan hakikat kepada mereka (hanya Allah s.w.t mengetahui mengapa Dia berbuat demikian). Oleh sebab mereka memperolehinya dengan mudah dan tanpa asas pengetahuan yang kuat mereka tidak mengetahui nilai sebenar pengetahuan yang mereka perolehi itu. Mereka menyangkanya sebagai ilmu biasa. Lantaran mereka menyangka orang lain juga memahaminya. Sebab itu mereka mudah memperkatakan ilmu tersebut di hadapan orang ramai (dengan harapan orang yang mendengarnya dapat memahami apa yang ingin disampaikan). 

Ini tidak mungkin berlaku, maka sebab itu ilmu ini tidak boleh diceritakan kecuali dengan ibarat, satu daripada dua kemungkinan akan berlaku : 
(a) Lantaran orang ramai melihat latar belakang orang hakikat tadi tidak mempunyai asas agama yang kuat, bukan orang alim, maka mereka menganggapnya pembohong dan pembawa cerita khayalan. Ini akan berlaku kerana persoalan yang timbul "kenapa dia yang diberi anugerah ini bukan aku, padahal ilmu agama aku lebih dalam daripada dia? Aku yang bertungkus lumus mempelajari ilmu agama dan lain-lain ilmu Allah dia pula yang di'buka hati' olehNYa?" 
(b) Kemungkinan ada orang yang mempercayainya tetapi kepercayaan itu tertuju kepada ibarat bukan kepada yang diibaratkan. Kemungkinan kepercayaan itu timbul dengan niat untuk mempelajari atau mengetahui apa yang tidak diketahui olehnya selama ini semoga 'mata hati'nya pula dapat dibukakan atau untuk memperolehi rahasia orang itu? 

Kedua-dua kemungkinan tersebut adalah tidak sihat. Sebab itu dilarang keras memperkatakan tentang ilmu hakikat kepada bukan ahlinya. Walaupun secara sengaja atau tidak, orang yang bercerita mengenai ilmu yang diperolehinya kepada orang lain adalah orang jahil yang tidak tahu nilai berlian yang ada padanya. Kemungkinan juga orang yang dianugerahkan kebolehan ini tidak menyedari akan 'kelebihan' yang ada pada dirinya maka dianggapnya apa yang diceritakan sebagai cerita biasa atau sembang kosong.......Allahu Wa'alam ! 




Allah sekali-kali tidak akan membiarkan orang-orang yang beriman dalam keadaan kamu sekarang ini, sehingga Dia menyisihkan yang buruk (munafik) dari yang baik (mukmin). Dan Allah sekali-kali tidak akan memperlihatkan kepada kamu hal-hal yang gaib, akan tetapi Allah memilih siapa yang dikehendaki-Nya di antara rasul-rasul-Nya. Karena itu berimanlah kepada Allah dan rasul-rasul-Nya; dan jika kamu beriman dan bertakwa, maka bagimu pahala yang besar. (Al Imran : 179)


20 comments:

Salam,
Izinkan saya memberi sepatah 2 komen...

sy sangat setuju spt apa yg tuan paparkan, kerna sesungguhnya hidayah, petunjuk atau anugerah dr Allah itu tidak mengira sesiapa, dan adakalanya sukar dimengerti sbbnya. Ini yg dinamakan ilmu laduni atau ilmu hakikat yg sebenar2nya hakikat dan haq... Ilmu sebegini bukan utk umum, dan bukan boleh diajarkan sembarangan - terutama kpd org yg kurang asas pengetahuan agama.

namun, ramai kini diantara manusia (yg tidak menerima anugerah ilmu laduni/hakikat) suka melompati pembelajaran, dimana asas tauhid dan fiqh masih terlalu lemah, tetapi cuba juga mempelajari dan mengamal ilmu hakikat. Ramai juga yg mempelajari dari buku2 sufism, atau dari media elektronik, tanpa sebarang pembimbing. Maka, yg datang mengajarnya pula nantinya adalah yg mengaku sbg rijalulghaib dsb, sehingga rupanya telah disesatkan oleh syaitan yg menyamar... kerana sesungguhnya cara mengenali yg haq dan batil itu tiada lain dgn jalan berilmu, dan menuntut ilmu itu pastinya dgn cara berguru dan ada yg membimbing.

Bak kata Al Fadhil Prof Dr Hamka ketika mengulas mengenai org yg mempelajari ilmu hakikat, "pagi mempelajari ilmu hakikat, sore sudah jadi gila..."

pendapat saya, utk kalangan umum ini cukuplah dgn apa yg ditinggalkan oleh Rasulullah SAW selepas kewafatannya, yakni Al Quran dan As Sunnah.... dalami lah ilmu Al Quran Dan Hadith, ilmu hakikat dan seterusnya makrifat akan datang sendiri....

sukalah saya mengetengahkan ayat Al Quran (sy lupa surah dan ayat mana...maaf) yg mafhumnya:
"Pada hari ini Aku telah lengkapkan kepada kamu agama kamu, dan telah Aku sempurnakan segala nikmatKu (segala cara hidup yg betul), dan Aku redha bhw Islam itu sebagai agama pegangan"

"..utk kalangan umum ini cukuplah dgn apa yg ditinggalkan oleh Rasulullah SAW selepas kewafatannya, yakni Al Quran dan As Sunnah.... dalami lah ilmu Al Quran Dan Hadith, ilmu hakikat dan seterusnya makrifat akan datang sendiri...' Benar dan tepat sekali pandangan tuan...."Maka berpegang teguhlah kamu kepada agama yang telah diwahyukan kepadamu. Sesungguhnya kamu berada di atas jalan yang lurus." (Az Zukhruf:43)

Ya Tuhanku, sesungguhnya Engkau telah menganugerahkan kepadaku sebahagian kerajaan dan telah mengajarkan kepadaku sebahagian ta´bir mimpi. (Ya Tuhan) Pencipta langit dan bumi. Engkaulah Pelindungku di dunia dan di akhirat, wafatkanlah aku dalam keadaan Islam dan gabungkanlah aku dengan orang-orang yang saleh. (Yusuf : 101)

Tak mencari, tak di cari tuan2... Tak berkehendak, mana yang hendak tuan2..

"Maka hadapkanlah wajahmu dengan lurus kepada agama Allah; (tetaplah atas) fitrah Allah yang telah menciptakan manusia menurut fitrah itu. Tidak ada perubahan pada fitrah Allah. (Itulah) agama yang lurus; tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui" (Ar Ruum : 30)

maaf, pamdangan saya dlm usaha kita menuju hakikat, kadang2 kita lupa bhw segala amalan dan ibadah kita utk apa... ? Utk mendapat ilmu hakikat/laduni...atau semata2 kerana Allah. Sesungguhnya ramai dikalangan manusia tergelincir jauh semata2 krn niat....

salam......mohon izin hamba tumpang dengar dan belajar Tuannnnnn..........

kalau nak tumpang blaja, sila tunjukkan diri.... jgn menyamar jadi cacing mendengar wali berbincang...hahahaha

aduuuhhhhhhh........... nggak bisa Tuannnnnn...... kalau jadi cacing pun ........... saiznya pasti besar batang kelapa...... huhhuhu

udah biasa jadi naga lo Pak!.......... heheheh..........

Wah...dasyat ilmunyer...sampai jadi naga!

nggak ada apa2 ilmunya Pak....... kalo naga itu kan nggak perlu lagi ngaku2 yang ianya naga... kerna emangnya ia naga...... yang suka2 ngaku naga itu kan hanya ular2 lidi ....lagi angan2 mahu jadi naga......

gulllppp...... tak mengapa la.... ambo tetap setia sebagai manusia....hehehe

Post a Comment