Tuesday 28 December 2010

Mampu dan layakkah diri kita.......?


بسم الله الرحمن الرحيم

الحمد لله الذي خصّ علماءَ أهل السنة بحمل راية التوحيد وعقيدة الإسلام
ووفقهم لردّ كل شبهة وضلالة يذيعها المبتدعة بين العوام
وصلى الله وسلم على سيدنا محمد مَن كشف الله به الدجى ومحا الظلام
أما بعد

..Bahawasanya barang yang dibukakan atas segala hati orang yang arif dalam dunia ini hanyasanya baharu setengah daripada barang yang disediakan oleh Allah Ta'ala kepada mereka itu di dalam akhirat kerana memuliakan mereka itu di dalam dunia ini.....

Terbukanya hijab oleh Allah Ta'ala ke atas hati orang-orang arifin billah di dunia ini lagi sebelum mati adalah sebagai satu tanda Allah Ta'ala memuliakan mereka di dunia lagi dan ianya hanyalah sebahagian/sedikit dari kurniaan yang Allah Ta'ala akan berikan di alam akhirat untuk menunjukki betapa besar anugerahNYA keatas mereka itu. Maksud terbuka hijab di sini adalah pembukaan hijab yang 'Hak' bukannya pembukaan hijab yang disandarkan kepada keupayaan jin (kasyaf jin) atau makhluk (iblis & syaitan) selain Allah Ta'ala m seumpama melihat alam-alam ghaib oleh bomoh yang bathil. Keupayaan dan pemberian yang bathil ini dikenali sebagai istidraj yang mana ianya bukan anugerah Allah Ta'ala ke atas Aulia'-Aulia'NYA tetapi pemberian yang menjauhkan diri dari Jalan Kebenaran. Amat Jauh Berbeza sekali berbanding dengan anugerah Allah Ta'ala ke atas para-para Ariffin billah dan Aulia'-Aulia'NYA. Dengan panduan guru mursyid sesorang murid salikin akan dipimpin dan memahami antara Kasyaf Hak dan Kasyaf Bathil)

...Hai saudaraku takut oleh mu daripada bahawasanya lupa engkau daripada memandang Wahdatul Af'al yang ia menyampaikan akan dikau kepada memandang keelokkan yang wajibal wujud . Dan takut oleh mu daripada bahawa bangsakan pada mengadakan satu perbuatan ada ia...

Takutilah/risaulah/waspadalah wahai pembaca sekelian . Apabila kamu lupa memandang segala perbuatan diri mu ini pada hakikatnya terbit daripada perbuatan Allah Ta'ala yang menyampaikan kepada memandang /syuhud akan zat Allah Ta'ala yang wajib ujudNYA, sebenarnya adalah lupamu itu semata-mata kerana memandang segala perbuatanmu itu adalah terbit dari perbuatan dirimu sendiri. Apabila Allah Ta'ala belum menghendaki terbuka hijab kamu memandang akan Af'al NYA kamu terus dilupakan dan dilalaikan memandangnya. Walau pun kamu berusaha untuk mengingatnya , tetapi apabila Allah Ta'ala menghendaki terbukanya hijab itu IA akan mempermudahkan jalan bagimu . Carilah Wasilah atau Jalan Tawasul melalui keberkatan yang Allah Ta'ala limpahkan ke atas guru yang memimpin rohanimu itu. Barakallahu fikum .

Petikan : http://alamsufisma.blogspot.com/


1 comments:

sayang sekali kebanyakan yg kita jumpa adalah kemampuan hasil dari anugerah ISTIDRAJ... Na'uzubillahi min zaalik

Post a Comment