Tuesday 28 December 2010

Apakah ilmu Laduni dan bolehkah manusia mendapat ilmu tersebut dengan mempelajarinya?


Soalan : "Acap kali saya mendengar kawan-kawan berbicara sesama sendiri, tentang suatu ilmu yang disebut ilmu ladunni. Mereka mengatakan Guru mereka adalah memiliki ilmu ladunni. Apakah dia ilmu ladunni itu? Bolehkah manusia mendapat ilmu tersebut dengan mempelajarinya? Harap dapat diperjelaskan."

Saya pernah diajukan pelbagai soalan tentang ilmu ladunni. Ada yang meminta pengesahan benarkah si fulan mempunyai ilmu tersebut atau ilmu ganjil yang digelarkan dengan ladunni. Pada pengamatan saya, ilmu ladunni bermula dengan istilah yang disebut dalam firman Allah (mafhumnya):

"Maka kedua-duanya (Musa dan pembantunya) menemui seorang hamba daripada hamba-hamba Allah yang Allah telah berikan kepadanya rahmat-Nya (dari sisi-Nya) dan diajarkan kepadanya dari sisi-Nya (juga) ilmu pengetahuan...(Surah al-Kahfi, ayat 65)

Istilah yang digunakan dalam ayat ini ialah 'mil ladunna 'ilma'. Perkataan ladunna, di situlah akhirnya menjadi ladunni. Ladunna bermaksud dari sisi Kami, ladunni bermaksud dari sisi saya. Kaitan ilmu ladunni dalam ayat ini, bahawa Nabi Musa a.s mengetahui ada seorang hamba Allah yang bukan Rasul, dianugerahkan kepadanya ilmu khusus dari Allah kepadanya tanpa perantaraan.

Mengikut satu riwayat dia adalah hamba Allah yang bernama Balya bin Malkan. Ia adalah nama sebenar beliau, dikenali sebagai nama Nabi Khaidir, diambil daripada kampungnya yang bernama Khaidharah. Nabi Khaidir, terkenal sebagai seorang yang mendapat ilmu ladunni, diberi Allah, mengetahui perkara yang ghaib. Nabi Musa hendak berjumpa dengan Nabi Khaidir, dengan tujuan mematuhi segala kehendaknya demi mendapat peluang diajarkan ilmu tersebut.

Sebaik sahaja Musa untuk belajar dengan Khaidir, lalu Khaidir menjawab, "Kamu tidak boleh kerana kamu tidak sabar." Musa menghujahkan balik kepada Khaidir bahawa dia datang mencarinya kerana dia akan belajar dan sabar.Tetapi ternyata hingga akhirnya dalam kisah yang disebutkan dalam Surah al-Kahfi, Musa tidak sabar, lalu mereka berpisah dan ilmu itu tidak diperturunkan kepada Musa. Nabi Musa a.s yang cuba mendapat ilmu ladunni itu dengan pergi mempelajarinya dengan mengikut apa sahaja kehendak Balya bin Malkan, akhirnya pun gagal sedangkan Musa adalah seorang yang sabar, seorang Rasul yang boleh bercakap dengan Allah pun tidak boleh.

Maka bagaimana insan biasa boleh mendapat ilmu ladunni?

Saya merasakan bahawa ilmu ini memang wujud atas anugerah Allah. Orang mendapat ilmu itu adalah orang yang paling takut kepada Allah, paling tawaduk dan paling sayang dengan ilmunya, takut ditarik balik oleh Allah dengan sentiasa melakukan ketaatan kepada Allah SWT. Jauh sekali dari mendakwa atau mengaku mereka mengakui mendapat ilmu ladunni atau dengan mudah-mudah untuk mengajar ilmu itu kepada orang lain.

Ilmu yang biasa diterima oleh manusia adalah ilmu zahir atau disebut ilmu syariat, ilmu inilah yang dipelajari. Kita boleh menghampiri Allah dengan mengamalkan semua saranan dalam ilmu syariat berdasarkan hukum-hukum yang termaktub dalam syariat Islam. Adapun yang mendakwa mereka mendapat ilmu ladunni dan cuba menurunkan kepada orang lain. Kadang-kadang insan tertipu dengan perkara-perkara yang ghaib berlaku.

Sedarlah bahawa bukan semua perkara yang ghaib datang daripada Allah. Barangkali ada sumber lain (ilmu ghaib) yang tidak diketahui. Maka dicelah-celah itulah ada orang tertipu dengannya, akhirnya terjebak dengan pengajaran yang terpesong daripada ajaran Islam yang sebenar.

Petikan : http://www.darussyifa.org/SJ032.php

10 comments:

maka itu lah kita kena betulkan syariat dulu bro.... mungkin dgn ehsan dan rahmatNya, akan dianugerahi ilmu ladunni ini....

banyak kumpulan tarikat di luar sana yg mendakwa guru masing2 ada anugerah ladunni ini, dan ramai pula antara mereka ini tidak menyedari atau mampu membezakan antara ladunni (yg tergolong dlm karamah atau maunah) atau ISTIDRAJ (anugerah atau nikmat Allah yg menyesatkan spt sihir, bertenung nasib etc)

Amin......camtu Magnum pun tk boleh lah...camner nak continue main keris ni???

hasil ilmu dan amalan yg dipelajari itu kelak Allah anugerahkan Karamah/Maunah atau istidraj banyak bergantung pd niat dan amalan itu sendiri

Kalau perantaraan untuk kelebihan spt ini melalui manusia (ilmu yang boleh main passing2 cam baton) bagaimana pula ?

pengajian saya belum sampai ke tahap tu la bro.... jadi tak boleh komen

Bukan apa, gua tertarik gan kenyataan ini "..Adapun yang mendakwa mereka mendapat ilmu ladunni dan cuba menurunkan kepada orang lain. Kadang-kadang insan tertipu dengan perkara-perkara yang ghaib berlaku...' catch word' was 'perturunkan ilmu'..agak interesting juga !

Bagi pandangan peribadi ambo, ilmu ladunni tidak boleh dipelajari.

setuju....ianya anugerah 100% - dan tak semestinya lulusan PhD Al Azhar boleh mendap[atkannya.... kadang2 org jahil ilmu agama dianugerahiNya berdasarkan IMAN & AMAL

satu pertanyaan dari hamba...adakah apa apa perbezaan antara perturunkan ilmu dan ijazahkan ilmu....bgi pemahaman hamba...mengijazahkan ilmu itu ialah untuk mengikat tali persaudaraan antara guru dan murid...dan beberapa sebab yang lain...

Post a Comment