Tuesday 5 October 2010

Wasiat Raja-Raja Melayu

Wasiat Raja-raja Melayu merujuk kepada tujuh wasiat yang disampaikan semasa Raja-Raja Melayu menurunkan tandatangan persetujuan pembentukan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu pada 5 Ogos 1957: 

1.  Kami namakan dan kami panggil dia,"Bumi"yang kamu pijak dan "Langit" yang kamu junjung "Persekutuan Malaysia" ;
2.  Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan TANAH SIMPANAN MELAYU sehingga nisbah 50 peratus, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain;
3.  Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kamu serta harta hak milik kamu, kami tubuhkan REJIMEN ASKAR MELAYU selain untuk membanteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara;
4.  Kami kekalkan dan kami jamin Kerajaan dan Kedaulatan RAJA-RAJA MELAYU memerintah negara ini;
5.  Kami isytiharkan ISLAM adalah Agama_Persekutuan;
6.  Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah BAHASA MELAYU
7.  Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada Raja-Raja Melayu untuk melindungi KEDUDUKAN ISTIMEWA ORANG MELAYU dan KEPENTINGAN SAH KAUM-KAUM LAIN. 

28 comments:

hahahhahahhahahha ...... yg ini kita patut bentangkan dlm media cetak dan media tonton.. tiap2 hari.supaya org yg selalu menuntut itu sedar .. dan pada org2 melayu itu sediri jgn senang2 je bagi tanah kerajaan pd kaum lain.
Sedar kah tuan2 sekarang ini di mana ada kaum malayu duduk di situ lah pihak berkuasa intai mahu merampas tanah itu utk di jualkan pada org lain..Sedangkan melayu itu di biarkan hidup merempat.. Bukan nya org 2 melayu itu tak memohon rasa nya dah berbuih mulut dan dah letih tangan utk meminta serta menaip permohonan, tapi akhir nya jawapan dari jabatan tanah ANDA GAGAL. tanah itu telah di rizeb utk bla bla bla..
lepas 3 ke 4 tahun ada pihak lain yg akan menuntut pulak .. akhir nya perkampungan melyu itu akan di robohkan. utk pembanggunan yg lebih cagih.. Tanya pulak siapa pemaju nya tu .. Pasti ia bukan dari org2 melayu ... Tapi apa boleh buat dalam sedar ia menindas juga org2 melayu..

Ini tlh berlaku sejak lbh 20 thn Tuan. Cuba tuan tgk Kg Melayu @ Wadi Hana kat JB sbg contoh apa dah jadi? Melayu dpt tanah kurnia pun habis dijualnya sebab apa DUIT DUIT! Nak mohon tanah, lagilah susah sebab kita tidak bernaung di mana2 bendera politik..Kesedaran orang Melayu..alahai..nak berbalah sama sendiri itu priority kan! Tk boleh komen byk2 pasal Melayu Tuan nanti ada yg melenting...!

Orang Melayu sendiri pun ada yang nak jual hak mereka kepada bangsa lain.... atas nama demokrasi lah konon....

antara ke 7-7 wasiat tersebut, berapa kerat sebenarnya masih diikuti???? atau berapa persen diikuti wasiat tersebut?

malang sekali raja2 tiada kuasa politik, hanya setakat menjadi lambang negara, lambang perpaduan dan penjaga agama dan adat resam melayu.....;-( . kalau itulah shj peranan raja, apa bezanya kuasa raja sekarang dgn kuasda raja semasa pemerintahan british???

Itu lah bro, nak salahkan siapa..diri kita sendiri la..sometimes kalau kita jadi cam Thailand pun best gak...kalau local scenario cam Johor..mantap.. tk berani org2 (termasuk org itu-itu lah) nk main2 !

Memang demokrasi...org Melayu makan kerak nasi..!

Bukan aja setakat menjual tanah, tapi yang paling malang...........bila MELAYU MENJUAL MARWAH dek kerana politik.

Aduuus...aku nk mohon pandangan bro la. Aku rasa aku nak delete thread ini...karang mcm2 bahasa dan pandangan kantoi ramai2 kita lepak kat Taiping pulak. Aku tk nk dikatakan instigate atau conspire utk menyemarakkan semangat org Melayu.....tapi Kuey Teow Dolly kat Taiping tu best gak !

Aku rasa kita bincang dr perspektif 7 Wasiat Raja-Raja Melayu lah senang.....

ini yg paling best n kelakar..kakakkakakakakka .bagus amrang ..

sorry bro cuma tak tahan bila melayu kenakan org2 nya sendiri...
sebab itu lah saya mahu saran kan supaya pelembagaan itu di siarkan setiap hari . supaya kebangkitan itu sentiasa ada

Kat Taman Tun Dr Ismail pun ada bro....

Kat Taman Tun Dr Ismail pun ada bro....

Kat Taman Tun Dr Ismail pun ada bro....

dah tutup dah sebelum bulan puasa hari tu..

sila "DELETE" anda di perhatikan..kui..kui..kui

saya yakin... hanya wasiat yg ini masih tetap terpelihara....hehehe

kejap....... ni bincang pasal apa ya...... boleh ke hamba ni ikut sembang..... pasal hamba ni orang Jawa yang duduk di Tanah Melayu..ooppsss.... Persekutuan Tanah Melayu....opsssss..... Malaysia........oopsssssssssssssss....... 1 MALAYSIA lah pulak.................... huhuhuhu

Ye ke?...ntah ntah nanti ada pulak orang Melayu juga yang kata Rej Askar Melayu berbau perkauman sebab hanya orang Melayu saja yang boleh masuk. ( dulu MRSM pun untuk orang Melayu saja juga ). Tak pasal pasal jadi propaganda politik untuk pilihanraya kedepan nanti, kemudian atas dasar murah hati dan sopan santunnya orang Melayu, dibubarkan pulak. Maanaaaaalah tahu, kan?

setakat ini hampir keseluruhan wasiat2 tersesebut sudah tercabar malah sesetengahnya sudah ke peringkat hidup segan mati tak mau, kecuali kewujudan RAMD.

hmmm... di zaman kegemilangan Melaka abad ke 15, pelbagai bangsa dan kaum hidup aman damai.... tiada politik perkauman melampau, rakyat sekeliannya tetap hidup aman damai. Bandingkan ia dgn selepas era pendudukan british dan seterusnya pasca merdeka.... macam makin teruk jer....;-)


makes me wonder whether shud we go back to monarchy??

Untuk menyedarkan orang2 Melayu kita setuju. Tapi ada juga yg mengatakan bahawa Raja2 Melayu itu sendiri yang mengadai tanah air sendiri. Ini pandangan yg radikal sebab ada pihak yg mengatakan tiada perubahan yang diperolehi sejak kita merdeka; dulu kita dijajah oleh British, sekarang pula kita dijajah oleh golongan yg ada kepentingan. Pada kita usaha2 Raja2 Melayu menjaga hak orang2 Melayu kena respect juga. Apa yg berlaku skg adalah ketamakan manusia itu sendiri.

Ini juga betul, orang kita bersopan-santuan, 'tak pa eh..biaq pi eh....' bila tergadai sana-sini mula melenting.

Shld we then change to a capitalist/socialist state ie. a Presidency system? Where do u think the Malays will be? Still administering the country on simply being a paper-tiger? Will the policies be the same or Meritocracy will be the word of the day, then apa akan terjadi kepada golongan anak2 Melayu yang susah?

ps. Thread ini bukan nak question those in power (past or present) tapi setakat a discourse on 'ke mana arah tuju anak2 Melayu' sekiranya Perlembagaan ini diubah. Ini yg patut difikirkan rather than perangai korek sana masuk poket, korek sini masuk poket !

Sebelum kita lupa, amatilah kata-kata berikut :
"..negara ini ialah sebuah negara Melayu, tetapi terpulanglah kepada orang Melayu sendiri memainkan peranan yang cergas untuk merebut peluang pada masa hadapan. Sambil itu mereka mestilah sentiasa ingat bahawa Perlembagaanlah yang dapat menjamin keselamatan dan kemajuan kita semua." - Tunku Abdul Rahman
In short, jika kita org Melayu maka kita perlu mengekalkan kesinambungan sejarah, kedaulatan dan kuasa politik Melayu (yang terletak pada Raja-Raja Melayu) kepada kesinambungan kedaulatan negara (yang juga terletak kepada Raja-Raja Melayu). Pandangan kita ajelah...!

Tanggungjawab Raja-Raja Melayu untuk melindungi KEDUDUKAN ISTIMEWA ORANG MELAYU. Tetapi kenyataan sebenar, banyak KEDUDUKAN ISTIMEWA ORANG MELAYU telah hilang dan makin hilang juga tidak dapat dilindungi oleh Raja-Raja Melayu sendiri.

Dimana punca kelemahan ini berlaku?

Punca kelemahannya pada pandangan kita adalah MUNGKIN disebabkan 1. Raja itu sendiri tidak mahu ambil tahu akan keadaan rakyatnya 2. Raja yang tidak dapat mengawal @ control Org2 Besarnya 3. Mereka yang 'BerRaja di mata berSultan di hati (sbgmana kebiasaan dlm dongeng2 Melayu lama !

mungkin juga kerana tiada kuasa hakiki (termasuk kuasa politik) sbgmana raja2 dahulu.....

Kalau diberi kuasa hakiki makanya 'makan tidak berlauk' golongan mereka2 yg dilantik oleh rakyat. Raja2 yang berwibawa (kita ambil contoh Korea King Sanjeong contoh) akhirnya sistem monarchy jatuh juga kepada kehendak rakyat kerana apa?.......penasihat2 yg mempunyai kepentingan diri.

Post a Comment