Thursday 21 October 2010

Azab Allah !


Bismillah

A004
Dan sesungguhnya! Telah sampai kepada mereka (dengan perantaraan Al-Quran), sebahagian dari kisah-kisah dan berita (umat-umat yang telah lalu), yang mengandungi perkara-perkara yang cukup untuk mencegah mereka (dari perbuatan kufur itu). (Al-Qamar:4)

A005
(Yang demikian ialah) pengajaran yang cukup sempurna; dalam pada itu, segala peringatan dan amaran tidak akan mendatangkan faedah (kepada mereka yang ingkar). (Al-Qamar:5)

A011
Maka Kami bukakan pintu-pintu langit, dengan menurunkan hujan yang mencurah-curah. (Al-Qamar:11)

A012
Dan Kami jadikan bumi memancarkan mata air-mata air (di sana sini), lalu bertemulah air (langit dan bumi) itu untuk (melakukan) satu perkara yang telah ditetapkan. (Al-Qamar:12)

A013
Dan Kami bawa naik Nabi Nuh (berserta pengikut-pengikutnya) di atas (bahtera yang dibina) dari keping-keping papan dan paku; (Al-Qamar:13)

A014
Yang belayar laju dengan pemeliharaan dan pengawasan Kami; (Kami melakukan yang demikian dan menimpakan taufan itu) sebagai balasan bagi orang-orang yang kufur ingkar! (Al-Qamar:14)

A015
Dan demi sesungguhnya! Kami telah jadikan bahtera itu sebagai satu tanda yang menjadi pengajaran, maka adakah orang yang mahu beringat dan insaf? (Al-Qamar:15)

A016
Oleh itu, perhatikanlah bagaimana buruknya azabKu dan kesan amaran-amaranKu. (Al-Qamar:16)

A018
(Demikian juga) kaum Aad telah mendustakan Rasulnya (lalu mereka dibinasakan); maka perhatikanlah, bagaimana buruknya azabku dan kesan amaran-amaranKu! (Al-Qamar:18)

A019
Sesungguhnya Kami telah menghantarkan kepada mereka angin ribut yang kencang, pada hari nahas yang berlanjutan; - (Al-Qamar:19)

A020
Yang menumbangkan manusia gugur bergelimpangan, seolah-olah mereka batang-batang pohon kurma yang terbongkar. (Al-Qamar:20)

A021
Maka perhatikanlah, bagaimana buruknya azabKu dan kesan amaran-amaranKu! (Al-Qamar:21)

A023
(Demikian juga) kaum Thamud telah mendustakan peringatan dan amaran (yang disampaikan oleh Rasul mereka, Nabi Soleh). (Al-Qamar:23)

A030
Maka perhatikanlah, bagaimana buruknya azabKu dan kesan amaran-amaranKu! (Al-Qamar:30)

A031
Sesungguhnya Kami hantarkan kepada mereka satu pekikan (yang dahsyat), lalu menjadilah mereka (hancur) seperti ranting-ranting dan daun-daun yang pecah hancur, yang dikumpulkan oleh pemilik kandang binatang ternak. (Al-Qamar:31)

A033
(Demikian juga) kaum Nabi Lut telah mendustakan peringatan dan amaran (yang disampaikan oleh Rasulnya). (Al-Qamar:33)

A034
Sesungguhnya Kami telah menghantarkan kepada mereka angin ribut yang menghujani mereka dengan batu, kecuali keluarga Nabi Lut, Kami selamatkan mereka (dengan menyuruh mereka keluar dari situ) pada waktu jauh malam, (Al-Qamar:34)

A036
Dan demi sesungguhnya! Nabi Lut telah memberi amaran kepada mereka mengenai azab seksa Kami; dalam pada itu, mereka tetap mendustakan amaran-amaran itu. (Al-Qamar:36)

A037
Dan demi sesungguhnya! Mereka telah memujuk Nabi Lut mengenai tetamunya, lalu Kami hapuskan biji mata mereka, serta (dikatakan kepada mereka): Rasalah azabKu dan kesan amaran-amaranKu! (Al-Qamar:37)

A038
Dan demi sesungguhnya! Mereka telah ditimpa azab yang kekal pada pagi-pagi hari (esoknya). (Al-Qamar:38)

A039
Lalu (dikatakan kepada mereka): Rasalah azabKu dan kesan amaran-amaranKu! (Al-Qamar:39)


2 comments:

kisah2 pengajaran.... terimakasih tuannnn

Sekadar berkongsi apa yg terdapat di dalam Al Quran bro !

Post a Comment