Sunday 24 January 2010

Ilmu Laduni - Pengenalan

Ilmu Ladunni adalah pancaran nur Allah kepada hati seseorang. Ia adalah ilmu yang dianugerah Allah kepada hambanya yang bertakwa dan beramal dengan ilmu yang dipelajarinya dari al-Quran dan Sunnah Nabi s.a.w.. Oleh kerana ia adalah pemberian Allah, maka tidaklah perlu dipelajari, sebaliknya ia merupakan hasil dari amalan dan taqarrub kita kepada Allah. Firman Allah;

ÙˆَاتَّÙ‚ُواْ اللّÙ‡َ ÙˆَÙŠُعَÙ„ِّÙ…ُÙƒُÙ…ُ اللّÙ‡ُ ÙˆَاللّÙ‡ُ بِÙƒُÙ„ِّ Ø´َÙŠْØ¡ٍ عَÙ„ِيمٌ

Dan bertakwalah kepada Allah, nescaya Allah akan memberi ilmu kepada kamu. Allah adalah maha mengetahui tentang segala sesuatu”. (al-Baqarah, ayat 282). Ada riwayat dari Nabi s.a.w. menyebutkan;

من عمل بما علم ورثه الله علم ما لم يعلم

Sesiapa beramal dengan ilmu yang ia tahu, nescaya Allah akan wariskan kepadanya ilmu tentang apa yang ia tidak tahu” (Riwayat Abu Nu’aim dalam al-Hilyah dari Anas r.a.) 

Menurut Imam Ibnul Qayyim al-Jauziyah, ilmu ada
dua jenis :

1. Ilmu Jali (ilmu yang nampak); iaitu ilmu yang terhasil melalui penglihatan, pendengaran (yaitu mendengar perkhabaran yang benar) dan akal.

2. Ilmu Khafi (ilmu yang tidak nampak); iaitu ilmu yang tumbuh dalam hati yang suci iaitu hati orang yang bersih dirinya kerana taat kepada Allah dan membesar atas rezeki yang halal.

Ilmu Ladunni akan membawa seseorang untuk lebih mengetahui tentang Allah, rahsia diri, hakikat penciptaan dan jalan-jalan taqarrub kepada Allah dan halangan-halangannya. Berkata Imam al-Munawi; ilmu Ladunni ialah anugerah dari Allah yang dengannya hamba akan mengetahui kehendak diri dan kehendak Allah, lalu ia meninggalkan kehendak dirinya untuk melaksanakan kehendak Allah

Sebahagian ulamak berkata; Ilmu Ladunni ialah ilham dari Allah kepada seorang hamba untuk lebih mengenali Allah, tipuan diri dan syaitan, tipu-daya dunia, perkara-perkara yang merosakkan amal (seperti riya’, ujub dan takbur), latihan jiwa dan asuhan terhadapnya, kesabaran berhadapan dengan qadha Allah, mensyukuri nikmatnya, keyakinan terhadap janji Allah, tawakal kepadaNya dan sanggup menghadapi kesakitan dari makhluk Allah. Bukan sahaja ilmu, malah anugerah-anugerah yang lain juga akan dikurniakan Allah kepada hamba-hambaNya yang bertakwa, antaranya dibukakan jalan penyelesaian bagi setiap masalah dan dilapangkan pintu rezki. Firman Allah;

ÙˆَÙ…َÙ† ÙŠَتَّÙ‚ِ اللَّÙ‡َ ÙŠَجْعَÙ„ Ù„َّÙ‡ُ Ù…َØ®ْرَجاً ، ÙˆَÙŠَرْزُÙ‚ْÙ‡ُ Ù…ِÙ†ْ Ø­َÙŠْØ«ُ Ù„َا ÙŠَØ­ْتَسِبُ

"Barang sesiapa yang bertakwa kepada Allah, nescaya Dia akan membuka jalan keluar baginya (bagi setiap masalah yang dihadapinya). Dan Dia akan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya” (at-Talaq, ayat 2 dan 3).

Yang utama bukanlah ilmu ladunni itu, tetapi amalan dan ketakwaan kita kepada Allah. Dari amal dan takwa akan datang ilmu ladunni. Jika seseorang itu tidak beramal dan tidak bertakwa, mustahil ia akan mendapat ilmu dari Allah. Apa yang kita bimbangkan ialah seorang itu merasakan ia mendapat ilmu ladunni, namun sebenarnya bukan ilmu ladunni, tepai ilmu dari syaitan atau iblis yang menambahkan kesombongan diri dan perasaan diri hebat. Biasanya orang soleh tidak akan memberitahu kepada orang lain bahawa ia mendapat ilmu ladunni, namun tanda kewujudan ilmu itu pada dirinya disedari oleh anak-anak muridnya atau oleh orang lain yang bergaul dengannya

Adakalanya ia sendiri tidak menyedari kewujudannya dan hanya disedari oleh orang lain. Halnya sama seperti karamah para ulamak dan auliyah. Ramai para ulamak dan auliyah yang tidak menyedari karamah yang ada pada mereka, hanya disedari oleh orang lain yang bergaul dengan mereka. Sebaliknya ramai orang-orang fasik mendakwa memiliki karamah, namun sebenarnya bukan karamah, akan tetapi sihir, istidraj atau sebagainya yang datang dari iblis dan syaitan. Wallahu a’lam.

22 comments:

perenggan terakhir tu jelas & menyimpulkan segalanya dlm topik ini..

"yg haq tetap haq dan yg bathil tetap bathil, tapi haq akan mengatasi bathil"

maha suci Allah...terima kasih tuan Megat

Maka dengan itu berhati-hati lah di-dalam mempelajari bab KeTuhanan ini yang mana sekarang ini hampir-hampir ketiadaan ahli-nya, dengan itu bersunggoh-sunggoh lah kamu pada amati akan ilmu ini di-dalam Ilmu Usul dan Tauhid.

InsyAllah bagi yang Berkuasa itu akan membukakan pintu hati kamu hingga kamu Marifat akan dia.

Sekadar berkongsi aja.

Itulah masalah kita. Kekukuhan 'tiang' sendiri belum pasti sudah mahu mencari akan makrifatNya. Begitu juga tercari-cari akan ilmu yang ada tanpa mengetahui akan keserasian diri sendiri. Allah s.w.t hanya boleh dikenal jika Dia sendiri mahu Dia dikenali. Jika Dia mahu memperkenalkan Diri-Nya kepada hamba-Nya maka hati hamba itu akan dipersiapkan dengan mengurniakannya. Terpanggil diri ini untuk berkongsi kenyaaan ini :
Pemegang ilmu ghaib Allah terdiri daripada dua golongan. Golongan pertama adalah orang yang terlebih dahulu memasuki bidang pembelajaran tentang tauhid dan latihan penyucian hati menurut tarekat tasauf. Pembelajaran dan latihan yang mereka lakukan tidak membuka bidang hakikat. Ini membuat mereka mengerti akan nilai dan kedudukan ilmu ghaib yang sukar diperolehi itu. Mereka hanya dapat belajar, melatih diri, kemudian menanti dan terus menanti. Jika Allah s.w.t berkenan maka dikurniakan sinaran nur yang menerangi hati si murid itu. Si murid itu pun mengalami dan berpengetahuan tentang hakikat. Pengetahuan yang diperolehi itu sangat berharga baginya dan dijaganya benar-benar, tidak dibukakannya kepada orang lain kerana dia tahu yang orang ramai sukar memahami perkara yang telah dialaminya itu.

Pemegang ilmu ghaib golongan kedua tidak pula melalui proses pembelajaran dan latihan seperti golongan pertama. Golongan ini tiba-tiba sahaja dibukakan hakikat kepada mereka (hanya Allah s.w.t mengetahui mengapa Dia berbuat demikian). Oleh sebab mereka memperolehinya dengan mudah dan tanpa asas pengetahuan yang kuat, mereka tidak mengetahui nilai sebenar pengetahuan yang mereka perolehi itu. Mereka menyangkanya sebagai ilmu biasa. Lantaran mereka memahaminya mereka menyangka orang lain juga memahaminya. Sebab itu mereka mudah memperkatakan ilmu tersebut di hadapan orang ramai. Oleh sebab ilmu ini tidak dapat diceritakan kecuali dengan ibarat, satu daripada dua kemungkinan akan berlaku.

1. Pertama, lantaran orang ramai melihat latar belakang orang hakikat tadi tidak mempunyai asas agama yang kuat, bukan orang alim, maka mereka menganggapnya pembohong dan pembawa cerita khayal.

2. Kedua, kemungkinan ada orang yang mempercayainya tetapi kepercayaan itu tertuju kepada ibarat bukan kepada yang diibaratkan. Kedua-dua kemungkinan tersebut adalah tidak sihat. Sebab itu dilarang keras memperkatakan tentang ilmu hakikat kepada bukan ahlinya. Orang yang membeberkannya dengan mudah disebut orang jahil yang tidak tahu nilai berlian yang ada padanya....Allahu wa'alam

Memang benar saudara ku Paduka Megat Panji Alam,

Almarhom guru hakikat hamba pernah berpesan, kalau di bentangkan ilmu ini pada yang bukan ahli, maka akibat nya adalah burok kerana akan di-fitnah sebagai orang yang menyeleweng.

Contoh nya:- Kalau kita bilang, " carilah ilmu bagai mana Rasulullah bersembahyang di-atas kuda sambil berperang " maka mereka bilang kita ni sudah gila. ( Kerana ilmu ini tidak ada pada pelajaran shari'at. )

mintak maaf jikalau ada kesalahan tolong betulkan, tujuan hanyalah untok berkongsi sahaja.

Tidak salah maksud yang tersirat Paduka Raden. Kita juga mohon maaf sekira terdapatnya salah silap atau niat kita ini disalahertkan. Wasalam

sebaik-baik org yg berilmu, ialah mampu mengamal dan menyampaikan.......terimakasih tuan, atas ilmu yg disampaikan

HaqNya adalah untuk umat Muhammad..tidak lebih tidak kurang. Yang ada kita kongsi, yang kurang kita bertanya. Semoga Paduka tuan mendapat hidayahNya.

amat benar sekali, paduka radenpanglima. dibuka pada yg mengetahui ...

pada sy... syariat nabi sudah lengkap... solat dlm keadaan bagaimana sekalipun pasti ada caranya.... hatta dlm hutan atau padang pasir, bahkan masa peperangan atau darurat.... semuanya ada dlm kitab2 syariat.... bukan dlm pelajaran hakikat.... semampunya kita menunaikan solat, hatta sekiranya yg termampu adalah hanya menggerakkan mata.... semuanya ada dlm syariat....

Maka itu, digalakkan mempelajari syariat dahulu sebelum menempuh "level" yg lebih tinggi....

siapakah yg dikatakan "mengetahui" itu?? sesungguhnya, mendalami ilmu akan memberi ruang utk "mengetahui", kerana tanpa ilmu, tiada apa yg dapat diketahui.... Ramai org kita suka melompat.... atau bypass yg asas (yakni syariat) utk cepat sampai ke martabat seterusnya.... padahal yg mesti dikejar bukan lah level atau martabat.... yg dikejar sepatutnya hanya keredhaan dan rahmat Allah SWT. Para Aulia' dan Karamah sendiri tidak mengetahui level mereka, dan yg melabelkan mereka sbg wali atau keramat adalah org disekeliling mereka.... maka itu, jln menuju keredhaanNya tidak perlu terlalu di "level" atau di labelkan.... beriman dgn hati yg benar2 tulus dan yakin serta amalkan yg disuruh (syariat) - sudah memadai

Pada mereka yang rasa cukup dengan shariat, cukup lah.

Pada mereka yang ingin mendalami ilmu Allah, cari lah guru yang murshid.

Wabillahtaufiq Walhidayah

salam paduka2 semua:
pertama sekali, kita minta maaf sekiranya ada yg tersinggung. dlm mempelajari ilmu keTuhanan, bukan level atau martabat yg dikejar ... samada syariat, tarikat, hakikat atau makrifat, semuanya berjalan seiring. matlamat kita ialah utk mengembalikan diri asal iaitu diri zahir dan batin pada Diri yg empunya Diri ... dan pelajaran ini tidak ada dalam kitab syariat. Allah berfirman melalui RasulNya, “Aku adalah Perbendaharaan Yang Tersembunyi. Aku suka dikenali lalu Aku ciptakan makhluk ini, agar Aku dikenali ....” dan untuk mengetahui rahsiaNya, hendaklah berguru dengan guru2 yg mursyid. sekiranya Allah swt hendak membukakan pintu hati manusia utk mendalami ilmu dan rahsiaNya, Dia akan membukakan pd sesiapa saja yg dikehendakiNya hatta sejahat2 manusia sekalipun. wallahu’alam bissawab ..... sekali lagi kita mohon kemaafan pada semua, sekiranya ada kata2 kita yg menyinggung hati sesiapa. siapalah kita, hanya seorang hambaNya yg jahil lagi hina. wassalam.

kan dlm reply sy sebelum ni (dlm thread paduka Megat jugak rasanya) - cara mengenal Allah itu mudah shj.... tak perlu susah2 nak kenaliNya dgn macam2 kaedah.... kenali makhluk2Nya, maka selain dari makhluk, itulah Allah

sukalah sy mengcopy paste mengenai perbezaan karamah/maunah dan istidraj ini....
Al-Ihlak (penghancuran)
Hal ini sebagaimana yang telah dituturkan Allah SWT pada surat al-An'am: 44 ketika menerangkan tentang orang-orang yang melupakan peringatan yang telah diberikan kepada mereka sehingga apabila mereka bergembira dengan apa yang telah diberikan kepada mereka, maka selanjutnya Allah SWT akan menyiksa mereka. Dan juga pada surat al-Qashash: 39, ketika Allah SWT menerangkan tentang ulah Fir'aun dan bala tentaranya yang berlaku angkuh di muka bumi ini tanpa alasan yang benar dan mereka menyangka bahwa mereka tidak akan mati, sehingga Allah SWT menghancurkan mereka dengan menenggelamkan mereka ke dalam laut.
Dari penjelasan dan kandungan ayat-ayat di atas, maka dapatlah kita ketahui perbedaan antara karamah dengan istidraj. Pemilik karamah tidaklah merasa nyaman dan senang dengan munculnya karamah itu. Bahkan ketika muncul suatu karamah pada diri mereka, ketakutan mereka kepada Allah SWT semakin bertambah. Mereka takut bahwa itu semua merupakan istidraj. Sedangkan pemilik istidraj akan merasa nyaman dan senang terhadap munculnnya keistimewaan itu. Ia menyangka bahwa ia telah mendapatkan karamah dan berhak atas hal itu. Sehingga yang terjadi ia akan merasa sombong dan meremehkan orang lain, seolah-olah ia telah aman dari siksa Allah SWT. Mereka tidak khawatir bahwasanya kelak ia akan meninggal dalam keadaan su'ul khatimah. Sehingga dapat disimpulkan, ketika seseorang yang diberi suatu keistimewaan (karamah) merasakan hal-hal di atas (sombong, meremehkan orang lain dan merasa aman dari siksaan Allah SWT) dapatlah dipastikan bahwa keistimewaan itu bukanlah karamah melainkan hanyalah istidraj semata.
Para ulama al-muhaqqiqun mengatakan bahwa kebanyakan hal yang menyebabkan terputusnya hubungan ke hadirat Allah SWT terjadi pada maqam karamah. Sehingga para ulama al-muhaqqiqun merasa takut terhadap karamah sebagaimana mereka takut terhadap berbagai macam bala'.

Khusus untok anak Masintan:-

QS.Al Ankabut, 29:69

" Dan orang2 yg berusaha dengan bersunggoh2 kerana memenuhi kehendak agama Kami, sesunggohnya Kami akan memimpin mereka ke jalan2 Kami (yg menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredaan) dan sesunggohnya (pertolongan dan bantuan) Allah ada lah berserta orang2 yang berusaha membaiki amalannya "

Wabilla Taufiq Walhidayah

Allah tidak mencipta sesuatu itu dengan sia-sia. Semua ada sebabnya. Semua ada gunanya. Semua ada hikmahnya. Terpulang kepada manusia untuk mencari sebabnya, gunanya dan hikmahnya itu. Allah adalah Khaliq yang mencipta. Manusia sebenarnya boleh melihat dengan berbagai cara. Pertama, dengan mata kepala. Kedua, dengan mata akal. Ketiga, dengan mata hati. Tetapi jarang seseorang itu dapat melihat dengan ketiga-tiga mata ini. Siapa yang melihat dengan mata hati pula akan nampak hebatnya perbuatan Allah yang telah menghamparkan bumi ini untuk dihuni oleh manusia di mana manusia boleh hidup dan mengabdi diri kepada Allah. Begitulah betapa pemurah dan pengasihnya Allah. Untuk mengenaliNya ataupun untuk kembali kepadaNya, maka pilihlah antara syariat, hakikat, makrifat ataupun tarekat. Tingkatannya berbeza..justeru apa yang dikatakan oleh Padukan Harizant 'kenali makhluk2Nya, maka selain dari makhluk, itulah Allah..' adalah tepat. Contoh berapa ramai dari kita apabila berjalan terlihat sekumpulan semut di tanah, cuba mengelaknya, malah dipijak2nya lagi ! Allahu wa'alam.

'....Allah, tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia Yang Hidup kekal lagi terus menerus mengurus (makhluk-Nya); tidak mengantuk dan tidak tidur. Kepunyaan-Nya apa yang di langit dan di bumi. Tiada yang dapat memberi syafa´at di sisi Allah tanpa izin-Nya? Allah mengetahui apa-apa yang di hadapan mereka dan di belakang mereka, dan mereka tidak mengetahui apa-apa dari ilmu Allah melainkan apa yang dikehendaki-Nya. Kursi Allah meliputi langit dan bumi. Dan Allah tidak merasa berat memelihara keduanya, dan Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar....'

terima kasih banyak tuan paduka radenpanglima. pesanan ini akan sentiasa kita ingat. semangat kita tidak pernah luntur. tegurlah kita sekiranya kita silap agar dapat kita perbaiki kelemahan. semoga paduka sentiasa diberkatiNya. wassalam.

'..Karena pertolongan Allah. Dia menolong siapa yang dikehendaki-Nya. Dan Dialah Maha Perkasa lagi Penyayang...' Ar-Ruum : 5

SALAM BUAT SAUDARA YANG KU KASIHI SEMUA.
KUNCI KEPADA SEMUA ILMU PENGETAHUAN DAN SEGALA RAHSIA SELURUH ALAM ADA PADA SOLAT YANG KUSYUK.
PIMPIN HATI AGAR MENCINTAI ALLAH SWT LEBIH DARI SEGALA ISI DUNIA INI, BARULAH MENDAPAT KUSYUK DALAM SOLAT.
USAH DIKEJAR SEMUA ILMU ITU ANDAI HATI BELUM BERSIH DARI SEGALA KECINTAAN DUNIA. YAKINLAH, ANDAI HATI BERSIH DAN MENGHARAPKAN REDHA ALLAH SWT, SEMUA PENGETAHUAN ITU AKAN HADIR TANPA DIMINTA.

Post a Comment