Monday 25 January 2010

Fadhilat Surah Al-Ikhlas

Au zubillah himinashsyaitan nirrajim..bismilla hirrahmannirrahim

Tafsirannya:Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam, Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani (Bacalah ayat ini sebelum anda memulakan apa-apa saja kerja kerana dengan bacaan ini akan keluarlah iblis dan syaitan yang berada didalam tubuh kita dan juga di sekeliling kita) 

1.  Sebelum anda masuk rumah, bacalah surah Al-Ikhlas sebanyak 3 kali.

Masuklah rumah dengan kaki kanan dan dengan membaca bismillah…Berilah salam kepada anggota rumah dan sekiranya tiada orang di rumah berilah salam kerana malaikat rumah akan menyahut. Amalkanlah bersolat kerana salam pertama (ianya wajib) yang diucapkan pada akhir solat akan membantu kita menjawab persoalan kubur. Apabila malaikat memberi salam, seorang yang jarang bersolat akan sukar menjawab salam tersebut. Tetapi bagi mereka yang kerap bersolat, amalan daripada salam yang diucap di akhir solat akan menolongnya menjawab salam malaikat itu.

Diriwayatkan oleh Iman Bukhari sabda Nabi Muhammad sa.w: ‘Barang siapa membaca Qul huwa’llahu ahad 100,000 kali maka sesungguhnya ia telah menebus dirinya dari Allah, maka menyeru yang menyeru dari pihak Allah di langit dan di bumi. Ku saksikan bahwa sifulan itu telah menjadi pemerdekaan Allah sesungguhnya ia adalah pemerdekaan dari sisi Allah, Sesungguhnya ia adalah pemerdekaan dari neraka’. 

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:'..Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia meninggal dunia, maka dia tidak akan membusuk di dalam kuburnya, akan selamat dia dari kesempitan kuburnya dan para malaikat akan membawanya dengan sayap mereka melintasi titian siratul mustaqim lalu menuju ke syurga...' 

Rasulullah SAW pernah bertanya sebuah teka-teki kepada umatnya Siapakah antara Kamu yang dapat khatam Qur’an dalam jangkamasa dua-tiga minit? Tiada seorang dari sahabatnya yang menjawab. Malah Saiyidina Ummar telah mengatakan bahawa ianya mustahil untuk mengatam Qur’an dalam begitu cepat. Kemudiannya Saiyyidina Ali mengangkat tangannya. Saiyidina Ummar bersuara kepada Saiyidina Ali bahawa Saiyidina Ali (yang sedang kecil pada waktu itu) tidak tahu apa yang dikatakannya itu. Lantas Saiyidina Ali membaca surah Al-Ikhlas tiga kali. Rasulullah SAW menjawab dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul. Membaca surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan membaca 10 jus kitab Al-Quran. Lalu dengan membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali qatamlah Quran kerana ianya sama dengan membaca 30 jus Al-Quran.

Berkata Ibnu Abbas r.a. bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: '..Ketika saya (Rasulullah SAW) israk ke langit, maka saya telah melihat Arasy di atas 360,000 sendi dan jarak jauh antara satu sendi ke satu sendi ialah 300,000 tahun perjalanan. Pada tiap-tiap sendi itu terdapat padang sahara sebanyak 12,000 dan luasnya setiap satu padang sahara itu seluas dari timur hingga ke barat. Pada setiap padang sahara itu terdapat 80,000 malaikat yang mana kesemuanya membaca surah Al-Ikhlas. Setelah mereka selesai membaca surah tersebut maka berkata mereka: '...Wahai Tuhan kami, sesungguhnya pahala dari bacaan kami ini kami berikan kepada orang yang membaca surah Al-Ikhlas baik ianya lelaki mahupun perempuan…'.

Sabda Rasulullah SAW lagi:'..Demi Allah yang jiwaku ditanganNya, sesungguhnya Qul Huwallahu Ahad itu tertulis di sayap malaikat Jibrail a.s, Allahhus Somad itu tertulis di sayap malaikat Mikail a.sLamyalid walam yuulad tertulis pada sayap malaikat Izrail a.s, Walam yakullahu kufuwan ahad tertulis pada sayap malaikat Israfil a.s.

2.  Siapa membaca surah Fatihah, al-ikhlas, al-falaq, dan an-annas setiap satu sebanyak 7 kali selepas solat jumaat, nescaya terpelihara dari perkara keji dan segala bala hinggalah ke jumaat yang berikutnya. Jika dibaca 3 surah ini al-ikhlas, al-falaq dan an-nas pagi dan petang nescaya tidak mengalami apa-apa kesusahan.

24 comments:

Salam tuan.. perkongsian yang bagus..

Mudah-mudahan menjadi amalan kita semua..

Indah sunggoh Paduka Megat.

Ilmu yang kita miliki kepunyaan kalian semua (kepada yang sudi...).

terimakasih tuan atas ilmu yg disampaikan utk amalan seharian...... mudahnya mendapat pahala, ganjaran dan manafaat asal shj istiqamah.

Semoga kalian dirahmati Allah swt di atas amalan2 kalian...

Alhamdullillah....Terima kasih....salam

tumpang tanya...100 000 kali di baca sekaligus ke atau dikira sepanjang hidup?

Soalan baik ...camner nak tanya Imam Bukhary ek? Kita rasa sepanjang hayat kot? Kalau sekali gus, lama juga nk habiskan !

lepas solat 5 waktu, sekurang2nya 3 kali setiap waktu x 5 = 15 kali sehari.... sekurang2nya lah (bermakna 5 kali khatam AQ sehari..... yg penting istiqamah.... jgn hari ni buat 100,000 x, pastu langsung tak buat......

ada sesetengah org mempunya simpanan Al Ikhlas pd dirinya sejuta atau 2 juta dsb dan terus top up hingga ke hujung nyawa.......

Benar..yang penting istiqamah. Terrer juga Padukan Harizant ni !

ya Allah...... terasa kerdilnya diri hamba yang hina ini....... sedang insan lain telah ada bekalan untuk dibawa pulang..... sedang hamba masih disibukkan dengan urusan dunia....... ya Allah..... berikanlah hamba kekuatan dan istiqomah...

sy cuma terer cakap jer tuannn....

cuma tak perlulah sampai nak buang dunia pula tuannn.... krn sesungguhnya dunia itu jambatan ke akhirat....

'..Katakanlah: "Jika kamu (menganggap bahwa) kampung akhirat (surga) itu khusus untukmu di sisi Allah, bukan untuk orang lain, maka inginilah kematian(mu), jika kamu memang benar...' Al-Baqarah:94

'..Dan di antara mereka ada orang yang berdoa: "Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari siksa neraka".. Al-Baqarah : 201

kalau amal ikut tuan haji kiai multiply.com bleh x?baca direct je tapi x de ijazah?

benar Tuannnnnnnnn........ namun kekadang hamba sedih....... melihat ramainya manusia yang menuju jalan akhirat........ namun bukan merentasi jambatan dunia...... tapi jambatan itu yang digalas dipikulnya Tuannnnnnnnnnn...........

ehehe..... hamba turut bersedih dlm ketawa......hmmmm

beramal membaca ayat suci Al Quran tak der masalah walau tiada "ijazah" - namun sebaiknya berguru lah... agar betul apa yg dibaca, sumbernya, fadhilatnya, faham tafsirannya dll - dgn kata lain seperti diijazahkan jugalah....

Memang benar apa yg dikatakan oleh adik kita Paduka Harizant. Manusia yang dipilih dan diistimewakan Allah pun ada gurunya. Baginda berguru dengan Jibrail a.s. di Gua Hira. Jibraillah yang bertindak menjadi guru, mengajar, membimbing Nabi Muhammad S.A.W. membaca Qalamu'llah yang dizahirkan iaitu "Iqra'".

Demikianlah juga dengan para Nabi dan Rasul-rasul lain, mereka juga mempunyai guru atau sumber perantaraan masing-masing untuk menerima ilmu dan wahyu daripada Allah. Nabi Musa A.S. misalnya berguru dengan Nabi Khidir A.S. Nabi Khidirlah yang memberi tunjuk ajar kepada Nabi Musa sehingga Nabi Musa mengerti segala seluk-beluk tentang perguruan dan ilmu.

Post a Comment