Monday 16 November 2009

Khalifah Umar dan Isterinya

Pada zaman pemerintahan Saidina Umar Al-Khattab r.a., terdapat sepasang suami isteri yang selalu bertengkar dan bergaduh. Si isteri tidak henti-henti membebel. Sedang memasak pun dia membebel, sedang membasuh pun dia membebel, sedang tidur pun kalau boleh dia nak juga membebel.

Si suami tidak tahan dengan perangai isterinya yang sangat suka membebel. Dia pun marah balik isterinya kerana membebel. Si isteri pula menjawab. Si suami mula meninggikan suara.

Dari situlah mereka bertengkar dan bergaduh saban hari. Lama kelamaan si suami merasakan yang isterinya sudah melampau. Memandangkan keadaan rumahtangga mereka semakin parah, si suami pun mengambil inisiatif untuk pergi berjumpa dengan Saidina Umar untuk mengadu kelakuan isterinya.

Sebaik sahaja tiba di rumah Saidina Umar, si suami terdengar isteri Saidina Umar sedang membebel di dalam rumah. Tetapi tidak terdengar pula suara Saidina Umar membalas. Mendapati isteri Saidina Umar pun begitu, si suami tidak jadi hendak mengadukan hal isterinya. Katanya dalam hati, kalau isteri Khalifah pun begitu, apatah lagi isteriku.

Ketika dia berpaling hendak pergi, tiba-tiba Saidina Umar memanggilnya dan bertanya, "Apa hajat kamu datang ke mari?"

Si suami tadi menjawab,
"Aku datang hendak mengadu hal isteri aku, tapi aku lihat isterimu pun berkelakuan demikian terhadapmu."

Saidina Umar tersenyum lalu berkata, "Tidak patut kalau aku tidak sabar dengan kerenahnya. Bukankah dia telah memasak makanan untukku, membasuh pakaianku, bersabung nyawa melahirkan zuriat untukku, menjaga anak-anakku dan dia tempat aku mendapat hajatku? Sabarlah, sesungguhnya keadaannya itu tidak lama (nanti akan baik sendiri)."

24 comments:

ya Tuannnnn......... menarik sekali kisahnya.....

Jadikan iktibar kepada kita semua...appreciate the wives simply because mereka adalah ibu kepada anak-anak kita.

alangkahnya baiknya jika dapat bersama didunia dan syurga nantinya.........

'..alangkahnya baiknya jika dapat bersama didunia dan syurga nantinya.........' Semoga Allah swt memakbulkan doa Paduka Curra...amin.

tapi jangan laaa jadi macam abu jahal isteri jadi tukang angkat kayu api...huhuhu
nauzubillahi min zalik

berita gembira bagi mereka yang berpesan2 kepada kebaikan

untuk Tuan juga..... moga kita semua dalam rahmat Allah sentiasa.....

mcm my hubby ar...if bertengkar dia matikan diri.....mungkin ade hikmah ne kan....maklum lah skrg ramai umahtangga yg bercerai berai ....mungkin masing2 tk dpt mengawal perasaan...terimakasih kerana berkongsi dgn kami....

semoga kalian hidup berumahtangga berkekalan hingga ke anak cucu..Itulah doa kita untuk semua sahabat

janganlah Tuan PAduka................. biarlah sama2 kekal nantinya di syurga sana........

Sekiranya ke syurga, persilakanlah dahulu.....kita menyusur kemudian...

tidak mengapa...ada sebabnya yang tersirat Paduka Curra

setiap ada yang tersurat ada tersiratnya...

Sememangnya Paduka Masrizan arif orangnya :)

ishhh hamba juga masih mengaji bukan laaa arif sangat banyak yang kena belajar
bak kata orang makin banyak yang kita tahu makin banyak yang kita tak tahu
pembelajaran sehingga ke liang lahat...

nak hafal yasin pun x sempat2 sebok je dengan hal dunia

'.............nak hafal yasin pun x sempat2 sebok je dengan hal dunia...' pelan-pelan...lama2 dapatlah tu..bukan banyak sangat 83 ayat aje :)

Post a Comment