Wednesday 1 June 2011

Layakkah Menjadi Seorang Fakir?


Fakir atau faqir berasal dari perkataan Arab فقیر (miskin). Namun orang fakir adalah lebih kekurangan dari orang miskin. Perkataan ini bermaksud individu yang tidak mampu menampung dari segi keperluan hariannya seperti membeli makanan, pakaian, tempat tinggal, pendidikan dan sebagainya yang melibatkan kehendak dan keperluan harian seseorang manusia. Individu terbabit juga tidak mempunyai pekerjaan yang tetap.

Perkataan fakir ini juga sering digunakan dalam bahasa Urdu dan bahasa Hindi, dalam merujuk kepada individu yang mengemis atau seorang pengemis. Dalam mistik Hindu pula, ia merupakan perkataan bukan India bagi Sadhu, Guru, Swami atau Yogi. Beberapa ulama memiliki pendapat masing-masing tentang arti dari fakir. Kempat ulama itu adalah Syafi'i, Hanafi, Hambali dan Maliki. Berikut adalah arti fakir dari masing-masing Imam:

  1. Syafi'i: Fakir ialah orang yang tidak mempunyai harta dan usaha; atau mempunyai usaha atau harta yang kurang dari seperdua kecukupannya, dan tidak ada orang yang berkewajiban memberi belanjanya.
  2. Hanafi: Fakir ialah orang yang mempunyai harta kurang dari senishab atau mempunyai senishab atau lebih, tetapi habis untuk memenuhi kebutuhannya
  3. Hambali: Fakir ialah orang yang tidak mempunyai harta, atau mempunyai harta kurang dari seperdua keperluannya.
  4. Maliki: Fakir ialah orang yang mempunyai harta, sedang hartanya tidak mencukupi untuk keperluannya dalam masa satu tahun, atau orang yang memiliki penghasilan tapi tidak mencukupi kebutuhannya, maka diberi zakat sekadar mencukupi kebutuhannya.
Rasulullah s.a.w. misalnya bersabda:

"Bukanlah yang dinamakan `kaya' itu, kerana berlimpah ruahnya harta, tetapi yang dinamakan `kaya' itu ialah kaya jiwa” [25]

"Tidaklah orang itu kaya lantaran banyak benda. Sesungguhnya orang kaya itu ialah orang yang kaya jiwa” [26]

Atas sebab pentingnya dimensi kerohanian ini jugalah maka Imam Ghazali  memperkenalkan istilah fakir mutlak. Mengikut Imam Ghazali, fakir mutlak merujuk kepada seseorang yang tidak merasakan perlu kepada Allah SWT, tidak kira sama ada orang itu kaya atau miskin. Dengan perkataan lain, kaya sebenar-benar kaya dan fakir sebenar-benar fakir hanya boleh diukur dengan rasa keTauhidan yang berpusat di dalam dimensi kerohanian, bukan dengan hal-ehwal material atau non-material yang berligar di luar diri manusia. Sebab itu jugalah pada zaman Rasulullah s.a.w., ahlus-suffah yang miskin dan dhaif kehidupannya tidak dipaksa Rasulullah s.a.w. untuk berusaha dan menjadi orang kaya. Mereka mempunyai kerohanian yang tinggi dan rasa memerlukan kepada Allah SWT yang luarbiasa hingga mereka tidak menyusahkan masyarakat walaupun hidup dalam keadaan miskin material

http://mahir-al-hujjah.blogspot.com

12 comments:

terimakasih tuan... fahamlah kita makna sebenar "fakir" yg dimaksudkan

Buka apa bro, ada imam @ ustaz yg gua kenal menggelar dirinya ya fakir allah. Sebab tu cari maknanya kerana yg gua pelik, imam tu drive kerete Estima dan Waja, bila sakit dia pergi Ampang Putri @ Glenn Eagles jadi fakir kategori mana tu ?

kerana itu harus kita memereksa diri atau muhasabah sebelum mengatakan diri kita ini "faqir" kerana maksud faqir itu seolah2 terlalu rapat dgn Allah sehingga tidak memerlukan perkara2 materi. Tetapi sekiranya nafsu materi itu tinggi sedangkan mendakwa dirinya fakir, pada saya itu adalah antara sifat mazmumah...yakni menunjuk2 bhw dirinya benar2 bertaqwa...

wallahua'lam

yakni , sesaorg tu tidak menipu,mencuri,meninjam dan tidak pulangkan kembali, menfitnah org lain, memburukan teman2 nya,bercakap benar,dan tidak ada sifat tamak haloba.?
Begitukah maksud nya tuan?

org yg benar2 fakir disisi manusia (tetapi kaya di sisi Allah) adalah manusia yg amat beriman, dan bertaqwa... pastinya tidak melakukan spt yg bro senaraikan itu....

Kalau nk diringkaskan (kalau tidak silaplah) kategori itu mempunyai ketauhidan yang tinggi kot. Kalau udah pandai menipu, depan lain blkg buat lain dsb kita tanya lagi kat kiyai g !

ooh ya ke .....makna nya pandai bermuka2 lah tu.ya?
Tak apa lah pandai2 lah u all selesaikan nya secepat mungkin. Ibarat benang tak putus ,tepung tak selerak.

Cuma org yg sudah merasa benda sedap ,dia tidak akan lupa utk mencari lagi.

Aku ini dah melalut2 ini ,sebenarnya ini apa kes ini , apa yg dah terjadi semua nya ini?,.

udah-udah la tu...tak habis-habis..

Bro maksudkan hidangan2 masa bro bersanding ke..memang sedap !

Adusss...citer tu dh lama habis..ni citer lain...

Post a Comment