Thursday 23 September 2010

Sumpah keramat kepada penderhaka raja

Sumpahan(sapatha) pada prasasti itu berbunyi:

"Tida ya bhakti tatwa arjawa dy-aku
niwunuh ya sumpah
maka langit,
maka sakit,
maka gila,
droraka,
upuh tuwa
kasihan
wasikarana

kadaci ya bhakti tatwa arjawa dy-aku
santi
dngan gotra santananya
swastha
niroga
nirupadrawa
subhiksa"

MAKSUD SUMPAH (SAPATHA) :

Sumpah ini ditujukan kepada barangsiapa yang tidak setia kepada negara (tida ya bhakti tatwa arjawa dy-aku). Mereka akan dibunuh oleh sumpahnya (niwunuh ya sumpah), hilang ingatan (maka langit), sakit (maka sakit) dan gila (maka gila). Perbuatan melawan negara itu bentuknya bermacam-macam seperti durhaka (drohaka), meracun orang lain (upuh tuwa), mengguna-gunai orang lain supaya jatuh cinta (kasihan), mengguna-gunai orang lain supaya tunduk kepada kemahuannya (wasikarana).

Tetapi sebaliknya apabila rakyat bakti-setia kepada negara (kadaci ya bhakti tatwa arjawa dy-aku), mereka akan dapat keselamatan (santi) dengan seluruh keluarganya (dngan gotra santananya), sejahtera (swastha), sihat-walafiat (niroga), bebas dari kecelakaan (nirupadrawa) dan makmur sejahtera (subhiksa).

Oleh itu, sedarlah wahai bangsaku, marilah kita bersatu, Taat perintah Duli Tuanku, Semoga kita selamat,makmur dan sejahtera selalu...Dengan izin Tuhan yang Satu.

Sumpah setia dan taat setia rakyat jelata pada Sang Raja di dalam Negara terpahat dan tersurat indah jadi ingatan dan khazanah bangsa di hamparan batuan megalithic yang terpamer di Muzium Balaputra Dewa di Palembang, yang ditulis dalam Bahasa melayu kuno, bercampur bahasa Sanskrit dan jawa-ka. Dengan tulisan Pallawa yang dikenal Prasasti Boom baru Dizaman Empayar Melayu Sriwijaya pada tahun 400 Masihi

35 comments:

yang bahasa sanskrit ke tuan?
boleh ke tuan dapatkan saya akan maksud Himalaya?

Puas kita cari di mana perkataan 'Himalaya' dalam thread ini....mengkin kita dh rabun sgt....:(

Kalau tidak salah kita dalam bahasa Sanskrit; 'hima' bererti salji dan 'alaya' adalah tempat tinggal @ kediaman @ rumah? Ada juga yang mengatakan 'Himalaya' bermaksud 'sentiasa bersalji' dan ada juga yang berpendapat ia memberi maksud 'tempat yang bersalji'. Kalau silap kita mohon maaf ye...! Cuba rujuk http://www.taletwist.com/context.htm

Tk de, cma Tuan Nizran ingin tahu makna 'Himalaya' itu aje. Kalau di tanya Gunung Bawakaraeng tahu juga kita apa maksud nama itu !!

salam tuan, maaf nk menanya. adakah tidak setia pd negara & derhaka pd raja benda yg sama??
dlm quran dan hadis pn ada dinyatakan kita tidak blh secara membuta tuli shj taat setia pd perintah raja @ pemimpin jika dikalangan mereka ada melakukan kemungkaran pd Allah...
dlm konteks adat beraja buat ms sekarang ni, saya rasa banyak benda yg MUNGKIN melanggar @ tak mengikut landasan ISLAM yg sebenar. (banyak upacara & adat istiadat yg tak mengikut islam)... mungkin ada yg blh bg komen.
tp pd masa skrg ni org lebih takut @ terlampau taat pd raja / pemerintah berbanding urusan keagamaan (perintah Rasul & Allah)

1. "Tidak setia pd negara & derhaka pd raja benda yg sama' kita rasa kalau sekali pandang ia mungkin sama kerana both bring about treachery dan boleh dianggap sbg traitor to one's country. Kalau nk explain, panjang sgt kot.
2. Isu 'org lebih takut @ terlampau taat pd raja/pemerintah berbanding urusan keagamaan', itulah dikatakan jika benar, kita ini berada di akhir zaman. Bab ketaatan kepada Raja dan Negara adalah subjektif. Cuma janganlah kita menjadi 'anjing yang menggigit tuannya' sudahlah. Kalau org gomen, kenalah setia kepada Negara dan taat kepada Raja, dengan cara tersendirilah. Kalau malas nak taat dan setia kepada Raja dan Negara, kerja sendirilah. Kita belajar silat mengaku taat kepada Guru, boleh pulak! Ataupun ketaatan @ kesetiaan org2 kita kepada seseorang @ sesuatu sekiranya ada kepentingan sahaja? Tok Guru hempok kepala kita, kita boleh terima, sesama bangsa terlanggar bahu, dah melenting !
3. Kita akui tanpa institusi Raja-raja di manakah orang Melayu? Mungkin ramai yang berkata 'ada Raja pun tak guna'. Sebabnya sistem Raja kita adalah Raja Berperlembagaan. Kalau zaman2 feudal dulu, mana berani org2 biasa macam kita 'angkat kepala' kepada raja atau panglima2 dia orang. Jika terhapusnya institusi Raja mungkin ada org lain yang akan mentadbir kita. Persoalan2 tuan ini sinonim dgn mentaliti org kita, org Melayu. Mungkin jika org lain memerintah (spt negara jiran) tak pula yg nak ungkitkan isu2 sebegini. Sekiranya itulah kehendak kita, teruskanlah.
4. Isu adat2 yang melanggar landasan Islam, kita yakin setiap negeri ada penasihat ugama masing2, tapi kalau kita kata penasihat itu pun tk betul, alahai apalah yang boleh kita kata lagi ! Siapa yg betul? Mereka yang menjanjikan syurga itu betul? Kalau camtu marhum Tok Guru kita betullah? Allahu wa'alam. Tapi tak usahlah kita pertikaikan Raja buat itu ini, kita lihat diri kita sendiri, kerana kita perlu menjawab tindak-tanduk kita kelak. Adakah apa yg kita buat@usahakan dlm hidup ini betul dan benar2 berlandaskan Islam. Keislaman seseorg ada pada diri masing2, tidak perlu kita ambil peduli hal org lain (pandangan kita lah).
5. Maka setiap org yg mengaku dirinya Islam harus patuh kepada perintah Allah dan RasulNya itu tidak dinafikan, tapi berapa ramai yang benar2 taat? Keislaman @ iman seseorg itu bukan manusia yang menentukan (tidak kira berserban atau tidak), DIA juga yg menentukan. Isu 'raja @ pemimpin jika dikalangan mereka ada melakukan kemungkaran pd Allah' biarlah Allah swt yang menentukan, sebab itu di Padang Masyar (definitely bukan Arafah!), merekalah yang akan disoal dulu.
6. Maaf kalau respon kita ini tidak memuaskn hati tuan, bak kata sahabat kita santai.....!

a'tiu'lloh wa a'tiu'rrasul wa ulil amri minkum, fain tanaza'tum fi syayin farudduhu ilallah

salam,

maaf sy bertanya tuan, bukankah Sriwijaya mula terwujud apabila Dapunta Hyang Sri Jayanasa memindahkan kerajaannya (beserta 20000 rakyatnya) dari Minanga ke pusat Sriwijaya (Palembang sekarang) pd tahun 600 AD ke atas?

"Persoalan2 tuan ini sinonim dgn mentaliti org kita, org Melayu."
maaf tuan, kenyataan tuan ni agak bersifat emotional... maaf jugak kalu pertanyaan saya telah sebabkan tuan menjadi agak emotional...kalu tak, bagus la sbb saya rasa tuan telah menberi pendapat dgn bernas skali.

menjadi Melayu tak salah sbb kita pn tak minta utk dilahirkan sbg Melayu, tetapi based pd sejarah dulu2 pn masyarakat Melayu mmg sudah agak terkenal dlm program cantas mencantas & dengki mendengki antara satu sama lain terutamanya jika ada yg lebih berjaya berbanding diri kita sndri.

"Sumpah setia dan taat setia rakyat jelata pada Sang Raja di dalam Negara terpahat dan tersurat indah jadi ingatan dan khazanah bangsa di hamparan batuan megalithic yang terpamer di Muzium Balaputra Dewa di Palembang, yang ditulis dalam Bahasa melayu kuno, bercampur bahasa Sanskrit dan jawa-ka. Dengan tulisan Pallawa yang dikenal Prasasti Boom baru Dizaman Empayar Melayu Sriwijaya pada tahun 400 Masihi"

cuma ada point penting saya rasa agak penting kt sini, jika betul batu bersurat tu ditemui pd tahun 400 Masihi, maka sememangnya ISLAM belum smpi ke Nusantara. (peristiwa penghijrahan nabi berlaku pada lingkungan tahun 600 Masihi, secara kiraan yg hampir tepat adalah 578 Masihi).
walaupun kemungkinan sumpah ini bukan di buat berdasarkan pd kaedah Islam, seluruh isi kandungan adalah menyeru kpd kebaikan & mengutuk keburukan / kejahatan.

1. Isu emosional tidak timbul, kalau nak emosional, baik tok sah masuk apa2 dlm thread. Point sdr "jika betul batu bersurat tu ditemui pd tahun 400 Masihi, maka sememangnya ISLAM belum sampai ke Nusantara. (peristiwa penghijrahan nabi berlaku pada lingkungan tahun 600 Masihi, secara kiraan yg hampir tepat adalah 578 Masihi)' mmg betul. Well bro itu yg di'claim' oleh saudara kita sebelah sana. Begitu juga isu bila Islam sampai ke tpt kita msh berbalah lagi; kalau ikut buku sejarah sekolah mengatakan 'Parameswara berkahwin dengan Puteri Ratna anak Sultan Makhdum Alaiddin Malik Muhammad Amin Syah II, Raja Perlak dan memeluk Islam pada 1414' . Yang di Terengganu pula kewujudan Batu Bersurat yang mempunyai ukiran yang paling tua dan tulisan Jawi membuktikan Islam telah sampai ke Terengganu sebelum 1326 atau 1386. So yang mana satu betul?
2. Isu tuan bahawa 'dlm quran dan hadis pn ada dinyatakan kita tidak blh secara membuta tuli shj taat setia pd perintah raja @ pemimpin jika dikalangan mereka ada melakukan kemungkaran pd Allah..' kita setuju :
Firman Allah dalam Surah An-Nisa ayat 59: "Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amin" (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu".
"Sesiapa yang taat kepada Ku, beerti ia taat kepada Allah, sesiapa yang derhaka kepadaKu bermakna dia derhaka kepada Allah; sesiapa yang taat kepada pemerintah bermakna ia taat kepadaKu, dan sesiapa yang derhaka kepada pemerintah bermakna ia derhaka kepadaKu." (Riwayat Bukhari, Muslim, Abu Daud, An-Nasa'i dan Ibnu Majah) dan byk lagi.

Benar dlm konteks sejarah. Yang ditempelkan adalah apa yang dituliskan oleh author asal di http://sangtawal.blogspot.com/2009/02/sumpah-keramat-kepada-penderhaka-raja.html

bagaimana pula dgn apa yg tertulis di prasasti Kedukan Bukit bertarikh tahun saka 605 (bersamaan kurang lebih tahun masihi 682) yg menyatakan ketibaan Dapunta Hyang di bumi Palembang/pusat Sriwijaya

http://harizant.multiply.com/journal/item/58/Sriwijaya_yang_hilang

suka saya merujuk sumpah keramat yg tuan paparkan itu... adakah itu sumpah keramat antara Sang Sapurba dan Demang Lebar Daun?

Perjanjian simbolik Demang Lebar Daun dan Sang Sapurba, bahawa hanya orang melayu dan raja-raja melayu sahaja mempunyai hak diatas antara satu sama lain, manakala "orang lain" tidak mempunyai hak langsung untuk bercakap tentang raja-raja melayu, jika mahu menegur antara Raja dan orang melayu, ianya HAK EKSKLUSIF ORANG MELAYU DAN RAJA NYA SAHAJA. "Maka sembah Demang Lebar Daun. 'Adapun Tuanku segala anak cucu patik sedia akan jadi hamba ke bawah Duli Yang Di Pertuan; hendaklah ia diperbaiki oleh anak cucu duli Tuanku. Dan jika ia berdosa, sebesar-besar dosanya pun, jangan difadihatkan, dinista dengan kata-kata yang jahat; jikalau besar dosanya dibunuh, itu pun jikalau berlaku pada hukum syarak'

Maka di persetujui oleh Sang Sapurba akan perjanjian itu dengan Demang Lebar Daun yang mewakili rakyat terbanyak berbangsa Melayu tetapi Sang Sapurba pula meminta satu janji dengan Demang Lebar Daun. Maka sembah Demang Lebar Daun, 'Janji yang mana itu, Tuanku?' Maka titah Sang Sapurba, 'Hendaklah pada akhir zaman kelak anak cucu bapa hamba jangan durhaka pada anak cucu kita, jikalau ia zalim dan jahat pekerti sekalipun'. Maka sembah Demang Lebar Daun, Baiklah, Tuanku. Tetapi jikalau anak buah Tuanku dahulu mengubahkan dia, maka anak cucu patik pun mengubahkanlah'. Maka titah Sang Sapurba, 'Baiklah, kabullah hamba akan waadat (perjanjian) itu'. Maka baginda pun bersumpah-sumpahan barang siapa mengubah perjanjian itu dibalikkan Allah bumbungnya ke bawah, kaki tiangnya ke atas. Itu sebabnya di anugerahkan Allah subhanahu Wataala pada segala raja-raja Melayu, tiada pernah memberi aib pada segala hamba Melayu. jikalau sebagaimana sekali pun besar dosanya, tiada diikat dan digantung dan difadihatkan dengan kata-kata yang jahat. Jikalau ada seorang raja memberi aib seorang hamba Melayu, alamatnya negerinya akan binasa. Syahadan, segala anak Melayu pun di anugerahkan Allah subhanahu Wataala tiada pernah durhaka dan memalingkan muka pada rajanya, jikalau jahat sekali pun serta aniaya" .

But I like this part "baginda pun bersumpah-sumpahan barang siapa mengubah perjanjian itu dibalikkan Allah bumbungnya ke bawah, kaki tiangnya ke atas.' !

Maybe, apa yg tertulis pada batu yg ada kat Palembang is another version kot?

maaf.... demang lebar daun ngan sang sapurba ni dah islam ke?.... maaf pertanyaan bodoh hamba...

Soalan Cepu Mas..also dia orang ni benar2 wujud ke?

keris diaorang yg dari Bukit Seguntang tu???....

Keris Bukit Seguntang yang digunakan oleh Jebat sebab CQB gan Tuah? Atau mungkin ia sekadar mitos kitab sejarah melayu Sulalatus salatin karangan Tun Seri Lanang yang menerangkan bahawa kelahiran Raja suran dewata raya dengan disusuli oleh alatan kebesaran seperti Keris diraja. Kemunculan Nila utama, Sang sipurba dan Krishna Pandit di bukit seguntang dengan pancaran kilat serta menunggang lembu putih juga membuktikan betapa mitos ini dibesar-besarkan demi menjaga reputasi kewibawaan raja menurut konsep Hindu dan Buddha ??? Kena masuk Time Tunnel camni !

balikkkkk Tuannnnnn..... jangan masuk tunnel tu...... sapa nak jaga 'tapak' kat sini nanti..... huhuhuhu

pujangga dahulu menulis menggunakan bahasa perlambangan bagi menggambarkan samada kebesaran atau kelemahan raja2 mereka..... lembu adalah binatang sakral dlm kepercayaan hindu... sebenarnya melambangkan lingga atau kelamin lelaki - seperti sivalingga (kelamin dewa Shiva) yg dianggap suci....

agama panutan Nusantara pd masa itu (sejajar Majapahit) ialah Shiva-Buddha bercampur kepercayaan setempat dan amat beza dgn Hinduism atau Buddhism yg diamalkan di India.

Dikatakan mereka ini (zaman Sriwijaya) Buddha dahulu sebelum menjadi Hindu, atas faktor Sriwijaya (agama Buddha) dan kemudiannya baru Hindu selepas kedatangan kerajaan Chola.

Maka itu keris yg tua/paling awal ditemukan dipanggil keris Buda.....

Seperti Artha - dharma - karma - moksha?

Sangat menarik dengan hujah-hujah disini. Satu percambahan minda yang bagus. Patutlah baru-baru ini, saya ada terbaca artikel mengenai China di malaysia "claim" Tanah melayu adalah milik mereka sebelum kedatangan Parameswara. Sehingga diperkembangan untuk menuntut satu kesamarataan dan menuntut agar mereka adalah "bumiputra" yang sebenar.

Saya pula pernah berhadapan dengan satu situasi "possession" yang si "possessor" mengatakan mereka telah Islam sewaktu baginda Rasulullah belum wafat di Tanah Melayu! memang semakin menarik.

Hujah2 di sini menjadikan ianya semakin terang dan jelas bagi yang tergapai-gapai. Terima Kasih.

iya.... contohnya menggambarkan Brawijaya V sbg "moksa" bersamaan dgn peristiwa "peristiwa runtuhnya Majapahit yang ditandai dengan candrasengkala "Sirna Ilang Kertaning Bumi" (1478 Masehi)". Kalau penulis sekarang akan menulis lebih str8 fwd..." Brawijaya V ditumpaskan oleh pemberontakkan anaknya sendiri pd tahun 1478"

tapi cina yg ada skrg adalah keturunan tongsan yg datang ke tanah melayu atas jemputan british / yap ah loy pd abad ke 19

Byk sgt claimants sana sini dan yg anehnya, no-one seem to rectify perkara yg sebenar. Isu kedatangan Islam ke Tanah Melayu pun tk settle2, aleh2 ada pula yang mengatakan Islam dtg pada awal abad ke 12. So tidak mustahil, ramai yang mendakwa itu dan ini. Masalahnya kita tk de hard evidence cam the Chinese. Yg ada sama ada sekadar cerita liburan etc sebab itu kita di'bully'....!

mmmm, ye ke tuan....

hairan saya kenapa hujah sedemikian boleh di up kan...

benar, mmmm, nak tanya, Tuan-tuan kenal tak akan Syeikh Ariffin yang bermakam di Pulau Besar?

islam barangkali benar telah tiba di Tanah Melayu seawal zaman sahabat atau khulafa' arrashideen.... cuma adakah sekadar lawatan sosial/perdagangan oleh org Islam, atau sudah berlaku pengislaman rakyat Tanah Melayu secara besar2an

namun mungkin juga pada waktu tersebut Pengislaman sudah berlaku, tetapi bukan secara besar-besaran. atau ada yang sudah menetap di sini tetapi memulakan pembelajaran setempat, atau penyerapan tauladan sebagai peringkat permulaan. Wallahualam.
bak kata tuan Megat, sekiranya merujuk kepada fakta, ianya bermula mengikut hard prove yang ada.

Islam telah berkembang semenjak ajaran tersebut bertapak di Makkah lg dan selepas peristiwa Hijrah yg pertama ke bumi Habshah, cuma kita xder kenyataan rasmi bila agama Islam mula bertapak di nusantara. pada hemat saya yg masih mencari ilmu ini, saya rasa islam telah berkembang lbh awal berbanding tarikh yg dinyatakan dlm sejarah. Antara peristiwa utama pengembangan Islam adalah melalui Perdagangan. tp kita juga jgn lupa bahawa sebelum kedatangan ISLAM, pengembangan agama lain sprt Buddha, Hindu, kristian dll lebih awal berlaku di Nusanrata.

"tujuan Sejarah Melayu ditulis mungkin berunsur politik - bagi memberikan raja-raja Melayu hak dari segi moral dan agama untuk terus bertakhta dengan mendakwa diri mereka keturunan dewa-dewi serta mempunyai kuasa sakti atau daulat."

"Satu lagi unsur Buddha ialah upacara bersiram, yang dikisahkan dalam bab kedua Sejarah Melayu."

"membuktikan betapa mitos ini dibesar-besarkan demi menjaga reputasi kewibawaan raja menurut konsep Hindu dan Buddha"

#### saya amat bersetuju bahawa soal adat2 dlm aspek perajaan kebanyakannya dipengaruhi oleh pengaruh Buddha & Hindu.

"Sang Sapurba pula meminta agar rakyat tidak sesekali menitikkan darah raja ke bumi, walau raja Melayu jahat dan zalim pekertinya."

#### sekadar pertanyaan kpd ahli2 multiply yg budiman sekalian, setakat mana saudara / tuan2 akan patuh kpd ayat pernyataan di atas. menitikkan darah raja kebumi itu mungkin bunyinya agak kejam (blh jd bermaksud bunuh @ cedera), tp sekiranya dlm konteks berlakunya penderhakaan (tidak taat) apabila raja2 berlaku jahat & zalim??

Satu soalan yang best...sat nanti kita jwb..hari Jumaat ni mmg sibuk ckit..tunggguuuuu! Silakan kepada yang lain...!

dah berlaku pun, Raja Alim raja (dihormat) disembah? Raja Zalim, Raja disanggah?
setau mana nak tau Raja tu alim? raja tu zalim?
sejauh mana keberanian rakyat nak tumbangkan yang zalim?

Ada raja alim la sungguh2, tetapi sapa yang selalu jd bouncers kelab malam, tau la raja mana yang tak datang....

Post a Comment