Monday 5 March 2012

Kepada Para Isteri, pernahkah bertanya diri sendiri "adakah suamiku sekufu dengan ku?'


Pembentukan keluarga memainkan peranan penting dalam agama Islam. Jadi apabila Islam menggalakkan sekufu, ini bermakna Islam melihat lebih jauh lagi mengenai peranan sesuatu keluarga itu. Ini kerana perbezaan yang terlalu banyak dan ketara di antara pasangan suami dengan isteri dalam pelbagai perkara, hanya akan menimbulkan berbagai-bagai masalah untuk meneruskan kehidupan berkeluarga yang akan dibina kelak. Bahkan sekiranya tiada sekufu antara kedua-duanya, maka isteri atau walinya berhak menuntut fasakh selepas perkahwinannya.

Mungkin ramai kaum wanita yang beranggapan ianya tidak berapa relevan @ demi cinta sanggup mengharungi segalanya. Buat pasangan lelaki pun tidak mengambil kisah, apatah lagi golongan yang perasan dirinya macho @ biar isteri yang menanggung segala2nya. Jangan lupa berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan oleh Imam Muslim: "Tidak berhak mengahwinkan seorang anak perempuan kecuali dengan wali, dan tidak berhak mengahwinkan wanita kecuali dengan lelaki yang sekufu dengannya". Masih hendak pertikaikan lagi ? 

Sekufu didefinisikan oleh para ulama sebagai 'al musawah wal muqarab' atau yang bermaksud persamaan atau hampir. Yang dimaksudkan dengan persamaan atau hampir ini lebih ditekankan dalam Islam kepada pihak perempuan. Jadi di sini, sekiranya seorang lelaki itu mengambil seorang isteri yang lebih rendah pendidikannya atau yang lebih sedikit hartanya dan sebagainya, ia biasanya tidak menimbulkan sebarang masalah kemudian hari.

Berlainan pula seandainya seorang isteri bersuamikan seorang lelaki yang jauh lebih rendah daripadanya dalam semua perkara. Dalam hal inilah, Islam melihat kafaah sebagai satu aspek yang perlu dijaga. Menurut ulama fiqah, keseluruhan mereka mengambil kira kepentingan sekufu, sehingga didapati Mazhab Syafie meletakkan sekufu sebagai hak seorang perempuan dan hak walinya. Secara ringkas 
sekufu merupakan hak kepada wanita dan walinya, maka sekiranya salah seorang daripada orang yang berhak ini menghalang perkahwinan disebabkan tidak sekufu, maka perkahwinan itu tidak boleh dilangsungkan

Jelas di sini,  bahawa semua mazhab meletakkan sekufu sebagai satu perkara yang penting. Manakala di dalam kitab Fathul Qadir, "Tidak boleh menikahkan seorang perempuan itu kecuali walinya dan mereka tidak akan menikahkannya kecuali yang sekufu". Pada zaman Rasulullah s.a.w. ada seorang hamba bernama Burairah yang dimerdekakan oleh Aisyah r.a. Setelah dia dimerdekakan, Rasulullah bertanya kepadanya kerana dia telah berkahwin dengan seorang hamba. Baginda memberi pilihan kepada Burairah sama ada mahu meneruskan perkahwinannya atau bercerai. Nyatalah bahawa Rasulullah begitu menitikberatkan soal sekufu, memandangkan suami Burairah masih menjadi hamba berbanding dirinya yang sudah merdeka. 

Pernahkan sang isteri terfikir mengenai perkara ini sebelum ....?

13 comments:

I like :-

Kufu dari segi agama: kedua-duanya sama seagama
Kufu dari segi iffah (terpelihara dari segala amalan yang haram dalam pergaulan harian): kedua-duanya berakhlak mulia dan dari keluarga yang baik (maksudnya, mengambil berat tentang agama)
Kufu dari segi keturunan: seperti sama sebangsa

nasib baik ambo sekufu dgn mekchu ambo.....;-))

masa bercinta tak pernah fikirkan itu semua ... rasa2 boleh kawtim kot ... bila dah kahwin barulah nampak segala kekurangan ... cinta itu buta dan boleh membutakan mata ... sama macam cerita kassim selamat ... nampaknya bila anak kita nak kahwin nanti, kena juga tanya apa kerja bakal menantu ... lawyer ke, majistret ke, doktor ke, atau ahli muzik ...

sekufu dari segi taraf pendidikan pun penting..orang tua2 memang dah pakai benda ni lama dah..

Tu yang pelik. Bila bab2 lain, ramai berpendapat @ kata kena ikut sunnah Rasulallah dsb tapi bila bab cinta @ love ini, ada yg tak mau ikut. Gua rasa kita2 ni, mana yg sesuai untuk diri kita aje yg kita ikut dan defend giler2 yg lain lantaklah........

hahaha betul la tu..amik yang mana kita suka jer..btw sekufu ni penting, senang nak berkomunikasi dengan bini, pak mertua, mak mertua, berbesan etc..sebab yang sekufu ni 'bahasa'nya sama..jadi takdelah gap antara keluarga..

yg nak ikut sunnah tu ada juga alasannya..... contoh rasulullah (yatim piatu dan miskin, penggembala kambing serta ummi) nikah dgn siti khadijah yg jauh lebih tua tapi cantik dan kaya

Orang sekarang nak yg cantik dan kaya, tak yah dia susah2 nak kerja, dok rumah garu peler aje wei....macho katakan! Tapi kalau itu dikatakan 'kebahagiaan' dan bini @ bini2 dia sanggup, so be it! Tapi bila dah lama bini pun fed-up jangan salahkan orang lain tapi diri sendiri!

'..yang sekufu ni 'bahasa'nya sama..jadi takdelah gap antara keluarga..'
Sebab tu kena cari menantu @ menantu's (definitely bukan hantu's) yg sama tune dan kita boleh terima. Otherwise berapa lama kita nak tampar teranjang menantu's tu wei ! Lama2 sakit gak tangan dan kaki..

apasal lak kena tampar terajang menantu ...? huhu nasib baik wa ni mak tiri, bukannya menantu tiri ...

Kalau sedar diri awk tu mak tiri..tk apa!

Jangan sebab artikel ini kita sbg suami @ bapa panic. Sekadar pengetahuan aje :) Yg baik kita jadikan pegangan.

Post a Comment