Monday 5 March 2012

Adakah Mereka Yang Bergelar Bapa @ Ayah Tahu Mengenai Wali Mujbir ?

Wali mujbir ialah wali yang mempunyai bidang kuasa mengahwinkan anak atau cucu perempuan yang masih perawan atau dara tanpa meminta izin gadis itu terlebih dahulu. Menurut Mazhab Syafii, wali mujbir itu terdiri daripada bapa kandung, datuk sebelah bapa dan seterusnya sampai ke atas. Manakala wali-wali lain seperti saudara lelaki kandung sebapa, bapa saudara dan sebagainya bukan wali mujbir iaitu tidak ada bidang kuasa memaksa perempuan berkahwin.

Bagaimanapun, Syeikh Abdul Kadir bin Muhammad Al-Makkawi dalam bukunya Mohamed Law Of Inheritance, Marriage And Right Of Women menyatakan beberapa syarat :

1.    Janganlah hendaknya terdapat antara anak dara itu dengan bapanya atau datuknya itu apa-apa sifat permusuhan yang nyata dan tidak pula terlindung daripada pengetahuan orang-orang di tempat anak dara itu berada.
2.   Si suami itu hendaklah sama tarafnya (sekufu) dengan anak dara itu.
3.   Si suami itu hendaklah mampu membayar mas kahwin.
4.   Janganlah hendaknya terdapat sifat permusuhan baik di luar mahupun di dalam antara anak dara itu dengan si suami. 
5.   Bapa atau datuk itu tidak boleh mengahwinkan anak daranya dengan mas kahwin yang terkurang menurut nilai mata wang negara itu

Namun jangan lupa akan sabda Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan oleh Imam Muslim: Tidak berhak mengahwinkan seorang anak perempuan kecuali dengan wali, dan tidak berhak mengahwinkan wanita kecuali dengan lelaki yang sekufu dengannya

19 comments:

mas kawen tu utk wali atau pengantin perempuan?

yang ni... Mas?.. Dimas??...atau Kang Mas??..... hehehhehe

Kalau mas kahwin ngam2 untuk sambar sebilah sepukal, maka ia menjadi hak milik wali kot?

apa hukumnya pula pada wali mujbir yg mengahwinkan anak dara secara paksa sehingga menyebabkan penderitaan pada anak dara tersebut?

Soalan hukum aku tak tau, tapi ada kalangan bapak2 yg suker melihat anak dara dia org menderita? Mungkin dalam citer P Ramlee ada (Aziz syok gan pompuan yg nak bunuk diri dalam kolam tu!) Tapi kepada bapak2 aku nk kongsi info ini :-

Daripada Urwah bin al-Zubair bahawa Aisyah isteri Nabi menceritakan kepadanya, kata Aisyah: Telah datang kepadaku seorang wanita bersama dua orang anak perempuannya meminta (makanan) daripadaku sedangkan tiada padaku melainkan sebiji tamar. Aku berikan kepadanya, lalu dia membahagikannya untuk kedua anaknya. Kemudian dia bangun dan keluar. Apabila Nabi masuk, aku pun menceritakan kepadanya, lalu baginda bersabda: Sesiapa yang mengendalikan sesuatu urusan anak-anak perempuan lalu dia melakukan kebaikan kepada mereka maka mereka menjadi penghalang dari api neraka untuknya (Riwayat al-Bukhari 5/2234 dan Muslim 4/2027).

Tambah lagi :-

Daripada Ibn Abbas, seorang gadis dara datang kepada Nabi memberitahu bahawa bapanya mengahwinkannya sedangkan dia tidak suka, maka Nabi memberikan pilihan kepadanya (sama ada untuk meneruskan atau menolaknya) (Riwayat Abu Daud dan Ibn Majah, dinilai sahih oleh al-Albani). Maka dalam Sahih al-Bukhari, ada bab Iza Zauwaja Ibnatahu wahiya karihah fanikahu mardud (Apabila bapa mengahwinkan anak perempuannya, sedangkan anak perempuan itu tidak suka maka nikah itu ditolak).

Bro..kahwin muta'ah tu amalan Syiah (kot?). Bro ni 'udah gaharu cendana pula...lu dah tahu sibuk2 bertanya..' Oleh kerana hari ni gua free giler..maka ambik ni :-

Nikah mut'ah (Arab: نكاح المتعة‎ ​ nikāḥ al-mut'aṯ, harfiah: perkahwinan untuk KESERONOKAN, atau sigheh, adalah perkahwinan bagi tempoh masa tertentu, yang menurut Mazhab Syiah, adalah perkahwinan bagi masa yang telah ditetapkan, dan selepas itu, ikatan perkahwinan tersebut terlerai. Ia adalah bentuk kedua perkahwinan Islam seperti dalam al-Quran (4:24):

Dan (diharamkan juga kamu berkahwin dengan) perempuan-perempuan isteri orang, kecuali hamba sahaya yang kamu miliki. (Haramnya segala yang tersebut itu) ialah suatu ketetapan hukum Allah (yang diwajibkan) atas kamu dan (sebaliknya) dihalalkan bagi kamu perempuan-perempuan yang lain daripada yang tersebut itu, untuk kamu mencari (isteri) dengan harta kamu secara bernikah, bukan secara berzina. Kemudian mana-mana perempuan yang kamu nikmati percampuran dengannya (setelah dia menjadi isteri kamu), maka berikanlah kepada mereka mas kahwinnya (dengan sempurna), sebagai suatu ketetapan (yang diwajibkan oleh Allah) dan tiadalah kamu berdosa mengenai sesuatu persetujuan yang telah dicapai bersama oleh kamu (suami isteri), sesudah ditetapkan mas kahwin itu (tentang cara dan kadar pembayarannya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.
Walau bagaimanapun, ia dinyatakan sebagai haram oleh pihak ahli Sunnah wal-Jamaah.

Untuk bro Ijan :-

Bagaimana Hukum Nikah Mut’ah?
Secara lughawi nikah berarti ad-damm wal-jam’ (penggabungan dan pengumpulan) atau al-wath'u (persetubuhan). Secara istilahi nikah adalah ikatan perjanjian (‘aqd) yang telah ditetapkan oleh Allah SWT untuk mensyahkan istimta' atau hubungan badan antara laki-laki dan perempuan yang bukan mahramnya. Selain ibadah, nikah merupakan wujud sikap ta’awun atau kerjasama antara individu dalam pendirian lembaga keluarga dan sarana reproduksi.

Jumhur fuqaha berpendapat, bahwa ada 4 macam nikah fasidah, nikah yang rusak atau tidak sah, yakni nikah syighar (tukar menukar anak perempuan atau saudara perempuan tanpa mahar), nikah mut’ah (dibatasi dengan waktu tertentu yang diucapkan dalam ‘aqd), nikah yang dilakukan terhadap perempuan yang dalam proses khitbah (pinangan) laki-laki lain, dan nikah muhallil (siasat penghalalan menikahi mantan istri yang ditalak bain atau talak yang tidak bisa dirujuk lagi).

Namun ada juga yang menghalalkan nikah mut’ah dengan daasr suat An-Nisa' ayat 24:

فَآتُوهُنَّ أُجُورَهُنَّ فَرِيضَةً

Maka isteri-isteri yang telah kamu campuri di antara mereka, berikanlah kepada mereka biaya kontrak, sebagai suatu kewajiban. (“Ujrah” yang umumnya diartikan sebagai mahar ini oleh kalangan yang membolehkan nikah mut’ah diartikan sebagai biaya kontrak).

Selain itu dasar penghalalannya adalah hadis Nabi Muhammd SAW yang diriwayatkan, ketika Perang Tabuk, bahwa para sahabat pernah diperkenankan untuk menikahi perempuan-perempuan dengan sistem kontrak waktu.

Nikah mut’ah menurut ulama Ahlus Sunnah wal Jamaah, khususnya mazhab empat, hukumnya haram dan tidak sah (batal).

Dasar pengambilan, antara lain dari kitab Al-Umm Imam Asy-Syafi’i juz V hlm 71, Fatawi Syar'iyyah Syaikh Husain Muhammad Mahluf juz II hlm 7, kitab Rahmatul Ummah hlm 21, I’anatuth Thalibin juz III hlm 278 – 279, Al-Mizan al-Kubraa juz II hlm 113, dan As-Syarwani 'alat Tuhfah juz Vll hlm. 224.

Imam Syafi’i mengatakan, semua nikah yang ditentukan berlangsungnya sampai waktu yang diketahui ataupun yang tidak diketahui (temporer), maka nikah tersebut tidak sah, dan tidak ada hak waris ataupun talak antara kedua pasangan suami istri. (Al-Umm V/71)

Syaikh Husain Muhammad Mahluf ketika ditanya mekenai pernikahan dengan akad dan saksi untuk masa tertentu mengatakan bahwa seandainya ada laki-laki mengawini perempuan untuk diceraikan lagi pada waktu yang telah ditentukan, maka perkawinannya tidak sah karena adanya syarat tersebut telah mengalangi kelanggengan perkawinan, dan itulah yang disebut dengan nikah mut’ah. (Fatawi Syar'iyyah II/7)

Para ulama bersepakat, bahwa nikah mut’ah itu tidak sah, dan hampir tidak ada perselisihan pendapat. Bentuknya adalah, misalnya seseorang mengawini perempuan untuk masa tertentu dengan berkata: “Saya mengawini kamu untuk masa satu bulan, setahun dan semisalnya.”

Perkawinan seperti ini tidak sah dan telah dihapus kebolehannya oleh kesepakatan para ulama sejak dulu. Apalagi praktik nikah mut'ah sekarang ini hanya dimaksudkan untuk menghalalkan prostitusi.

http://www.nu.or.id/page/id/dinamic_detil/11/10910/Syariah/Bagaimana_Hukum_Nikah_Mut__8217_ah_.html

apa pula hukum mengharamkan perkara yg halal hukumnya (spt yg di naskan dlm AQ)?

Dikatakan :-

Menghalalkan yang haram merupakan tindak kelancangan terhadap hukum Allah, sebagaimana halnya mengharamkan yang halal pun demikian. Allah berfirman: “Katakanlah: ‘Terangkanlah kepadaku tentang rizki yang diturunkan Allah kepadamu, lalu kamu jadikan sebagiannya haram dan (sebagiannya) halal.’ Katakanlah: ‘Apakah Allah telah memberikan izin kepadamu (tentang ini) atau kamu mengada-adakan (kedustaan) terhadap Allah?’ Apakah dugaan orang-orang yang mengada-adakan kebohongan terhadap Allah pada hari kiamat? Sesungguhnya Allah benar-benar mempunyai karunia (yang dilimpahkan) atas manusia, tetapi kebanyakan mereka tidak bersyukur.” (Yunus : 59-60)

“Dan janganlah kamu mengatakan terhadap apa yang disebut-sebut oleh lidahmu secara dusta, ‘Ini halal dan ini haram,’ untuk mengada-adakan kebohongan terhadap Allah. Sesungguhnya orang-orang yang mengada-adakan kebohongan terhadap Allah tidaklah beruntung.” (An-Nahl : 116)

terimakasih atas perkongsian dan kesabaran tuan MPA memberikan jawaban atas pertanyaan2 saya...

pegangan saya ialah Al Quran tetap tidak berubah semenjak pertama diturunkan sehingga kini, maka inilah sumber hukum yg utama. Hadith nabi ada banyak pengkategoriannya, yg penting kita ambil yg benar2 kita percaya sbg sohih (yakni tidak bercanggah dgn AQ). Apa2 ijtihad atau tulisan2 dari ulama muktabar kita juga terima sbg salah satu sumber hukum, namuin tetaplah bhw sekiranya ianya bercanggah dgn AQ, maka hendaklah ditolak.

Yg dijamin maksum hanyalah Muhammad SAW, sedangkan sahabat dan para tabi tabiin tiada jaminan maksum dari Allah SWT.

Kedudukan hadis2 yg dikumpulkan oleh imam2 ini perlu dikaji sejarahnya, sejarah para perawinya, sejarah politik semasa hayat perawi2 tersebut. ini kerana sesetengahnya ada yg mungkin merubah atau memalsukan hadis atas sbb2 politik - berlaku secara leluasa semenjak munculnya Muawiyyah (LA) yg mendakwa kononnya dia dijamin syurga, kononnya dia adalah "sahabat", kononnya dialah amirul mukminin dan berbagai2 konon.

Lalu timbullah satu kepercayaan berdasarkan pendapat bhw ijtihad sekiranya benar dapat 2 pahala (kebajikan), sekiranya salah mendapat 1 pahala - sepatuitnya sekiranya ijtihadnya benar, maka pahala la balasannya, namun sekiranya ijtihadnya salah dan memudaratkan ummah, maka dosa la ganjarannya.....

wallahua'lam

anakcurra '....terima kasih perkongsiannya Tuannnn...'

Beres bro....sorry la gua kena cut & paste. Pc gua tak blh nak tempek2 cam dulu lah.

Terima kasih bro Ijah kerana penerangan ini....

Bro Panji Alam, terima kasih kerana muat turun thread utk bro Ijan kita. Kdgkala bila dah tua2 ni kita luper..hehehehe

Post a Comment