Wednesday 21 April 2010

Lawatan ke Bukit Chandan/Sayong




Hari Rabu baru-baru ini kerana ada urusan ke Kuala Kangsar, mengambil kesempatan melawat Makam Daing Sedil @ Datok Maharaja Tan Pancung Tak Bertanya. Beliau merupakan Mufti Perak yang pertama dan telah bernikah dengan puteri Sultan Muzaffar Shah. Singgah ke seorang Pandai Besi @ Pak Mat Zin yang terkenal di kalangan Istana Perak.

25 comments:

Antara bilah keris yang sedang diusahakan sarongnya oleh Pat Mat Zin.
Berdasarkan apa yang diwarisi secara turun temurun, petua memilih besi mengikut tiga jenis asas pilihan tadi juga mesti berdasarkan asas tujuh jenis besi bermula dengan huruf ‘P’ iaitu paku, payung, pahat, puting, pagar, pisau dan penyodok....(selama ni dok fikir apa bendanya 7 P..kalau 7 beradik lain lak!)

Pak Mat Zin dan anaknya yang akan mewarisi ke'pandaian' ayahnya.

Bilah yang mempunyai ganja lintah. Luknya, kalau mengikut Pak Mat Zin mengikut susunan 'Sultan - Tuah - Jebat - Tuah - Sultan'......memang tidak faham akan kita maknanya!

Inilah makam Daing Sedili. Ramai berpendapat jasad marhum telah dipindahkan......!

Brothers yang berposing di hadapan Makam. Di kawasan belakang makam ini sungguh........!

ni nak tunjuk keris ke...... nak tunjuk hensem??........

Hencem dh mmg hencem....kalah gan Tuan Curra aje..Cuba tuan teka bilah 3 luk ini ikut model mana?

Ada yang kata, beliau ghaib masa hendak diturunkan jasadnya kedalam liang maka digantikan dengan tongkat. Wallahualam

ada satu lok tujuh, ditempa dengan 7 jenis besi yang sedang ditunggu.....tengah bulan depan sepertinya, setelah lebih setahun menanti.....

Kalau kita tahu, sure kita curi2 tgk bilahnya...

tak payah curi tengok....... curi terus je....hahahahaha

Berani curi? Bilah ni akan dibasahi dengan darah......(darah nymok la)!

Bilah yang ditempah khusus sebagai pakaian peribadi dan sebagai pendamping keris pusaka ni...kalau orang lain simpan....hmmmm..............ada berani mau cuba? hehehe. Setahun lebih pak mazin menyiapkannya...tak siap siap lagi. adushhhhhhhhhhhh

Cuba simpan ke..cuba pegang ke atau cuba curi??? Cobaaaannn!

bentuk macam duplikat tamingsari jer

ini nak ukur mana lagi panjang ke?

hahaha ... posing maut gitu ..!!! sapa yg kat belakang tu??

Memang Tuan Harizant ni terrer la!

Yang panjang tu tidak kelihatan.....!

Yang ni tak berapa tepat bro.... sebenarnya dia berkahwin dengan adinda paduka Sultan

mak aiii!!! tak blh nak buat comparison lah ni ...

Terima kasih kerana memberi maklum yang benar. Memang ada bertulis di signboard di hadapan makam, tetapi tanpa maklumlah kita ni rabun sedikit maka kurang jelas akan tulisannya......

Agak susah untuk membezakan yang ghaib dan yang zahir

yg zahir kelihatan, yg ghaib tidak kelihatan ... itu azalinya. tapi ada juga yg zahir, tidak kelihatan dan yg ghaib, diperlihatkan ...

Pak Mat Zin dan anaknya ada masuk TV last year. Liputan tentang membuat keris...memang famous.

Post a Comment