Monday, 22 February 2010
"...Ngelmu iku kalakone kanthi laku. Lekase lawan kas, tegese kas nyamkosani. Setya budya pangekese dur angkara..." (Ertinya: Ngelmu (ilmu) itu hanya dapat dicapai dengan laku (mujahadah), dimulai dengan niat yang teguh, arti kas menjadikan sentosa. Iman yang teguh untuk mengatasi segala godaan rintangan dan kejahatan).
Sejarah Sihir
Dari Surah (Thaha: 67-69) :" Maka setelah mereka lemparkan, Musa berkata: " Apa yang kamu lakukan itu, itulah sihir! Sesungguhnya Allah akan menampakkan ketidakbenarannya.Sesungguhnya Allah tidak akan membiarkan terus berlangsungnya pekerjaan orang-orang yang membuat kerosakan"
"Maka Musa merasa takut dalam hatinya".
Kami berkata: Janganlah kamu merasa takut, sesungguhnya kamulah yang paling unggul.
Dan lemparkanlah apa yang ada di tangan kananmu nescaya ia akan menelan apa yang mereka perbuat. Sesungguhnya apa yang mereka perbuat itu adalah tipu daya tukang sihir (belaka). Dan tidak akan menang tukang sihir itu dari mana sahaja ia datang."
Ilmu Penunduk - Perbuatan Terkutuk!
Ustazah Nor Bayah Mahamod, Pendakwah Bebas terkemuka Malaysia menegaskan bahawa ilmu penunduk ini merupakan satu cabang ilmu hitam yang perlu dielakkan kerana ianya membawa syirik kepada Allah s.w.t kerana kita sebagai hambaNya tidak meminta terus kepada Tuhan dengan cara berdoa, sebaliknya meminta kepada manusia yang lain. Allah tidak menerima ibadah mereka yang syirik dan jika tidak sempat untuk bertaubat, balasan di akhirat, azabnya tidak dapat digambarkan.
Menurut Ustazah Nor Bayah juga, adalah tidak salah untuk berikhtiar dalam mencari kebahagian rumahtangga tetapi sebagai seorang Islam, kita harus tahu apakah cara yang dibenarkan agama agar kita tidak terpesong dan mengikut telunjuk syaitan.
Ilmu sihir yang digunakan untuk menundukkan pasangan ada pelbagai jenis. Jenis sihir untuk membuatkan pasangan lebih kasih dan sayang dikenali sebagai At-tiwalah. Ahli sihir akan meminta pengamal untuk membawa satu barang yang telah dipakai oleh mangsa seperti pakaian, seluar, sapu tangan yang telah terkena peluh mangsa untuk dijampi dengan beberapa batang jarum. Setelah dijampi, jarum ini akan ditanam di satu tempat tertentu. Makanan juga akan dijampi dengan benda-benda kotor seperti darah haid, kencing atau najis untuk dihidangkan kepada si mangsa.
Adegan dalam filem Isteri, Perempuan dan … di mana Sofea Jane pernah melakonkan watak isteri yang dizalimi suaminya, lantas membuat nasi tangas atau nasi kangkang kepada suaminya, Nasir Bilal Khan supaya suaminya tunduk dan patuh kepada kemahuannya. Nasi tangas merupakan salah satu daripada sihir at-tiwalah dan nasi ini dibuat dengan mengambil nasi atau makanan yang masih panas, lalu dicampurkan dengan bahan-bahan kotor yang diambil daripada badan manusia (pengamal), seperti daki, kotoran celah-celah kuku dan dikangkangkan sehingga wap daripada kemaluan jatuh dalam makanan tadi.
Untuk menambah keberkesanan nasi tangas atau nasi kangkang ini, duduk mencangkung, rapatkan punggung pada nasi untuk selama lebih kurang sepuluh hingga lima belas minit dan lakukan ketika berada di dalam keadaan haid. Nasi tangas yang bertujuan untuk membuat suami bertambah sayang akan menjadikan suami seperti seorang bodoh yang takut kepada isteri dan mengikut sahaja apa yang diarahkan isteri.
Ustazah Nor Bayah menekankan berkali-kali bahawa mana-mana pihak yang menggunakan bahan-bahan lain selain daripada air kosong dan ayat suci Al-Quran adalah patut dijauhi. Memandangkan zaman sekarang ini sarat dengan pelbagai jenis rawatan alternatif di pasaran yang memberi pelbagai jenis pilihan kepada pasangan yang bermasalah dalam rumahtangga untuk tampil menerima rawatan, kebijaksanaan individu dalam menilai sesuatu rawatan amat penting.
Soalan:
Bolehkah seseorang mendapatkan bantuan luar kerana kusyuk dalam solatnya terganggu dengan perangai suami yang
zalim zahir dan batin?
Ustazah Nor Bayah menegaskan bahawa walaupun seseorang pengamal perubatan itu menggunakan ayat-ayat Al-Quran dalam rawatannya, pastikan tiada bahan-bahan lain yang diminta seperti kuku dan sebagainya.
Adalah lebih baik jika dapat menyelidiki lebih dahulu latar belakang pengamal perubatan itu samada dia seorang yang kuat beribadat atau bagaimanakah reputasinya dalam bidang perubatan Islam. Jangan terus mempercayai sekiranya bomoh atau tukang ubat menggunakan ayat Al-Quran kerana kadang-kadang perbuatan itu bertujuan sekadar untuk mengaburi mata pelanggan. Namun, jika pengamal perubatan tersebut hanya menggunakan air dan doa semata-mata tanpa menyembur air tersebut, insyaallah ianya boleh diguna pakai.
Sejenis sihir lagi yang sering diamalkan ialah sihir kasih yang dikenali sebagai sihru'-mahabbah. Sihir ini khas untuk isteri atau suami yang tamakkan harta yang dimiliki pasangan dalam memastikan pasangan tidak beralih kasih kepada orang lain lantas segala harta akan menjadi milik pengamal seorang sahaja. Sihir jenis ini memerlukan barangan peribadi isteri atau suami yang akan dijampi dan ditanam di tempat tertentu atau dimasukkan ke dalam makanan atau minuman. Dengan jampi serapah itu, mangsa akan mengikut kehendak pengamal sepenuhnya. Jika kad ATM diminta, ianya akan diberi tanpa banyak soal.
Terdapat juga sihir yang lebih bahaya dikenali sebagai as-sihru'i-aswad, iaitu sihir yang bermain dengan najis, kencing atau darah nifas supaya kesannya juga kotor di mana suami akan membenci semua wanita dan kemungkinan juga akan menyebabkan suami jatuh sakit kerana termakan benda-benda kotor. Selain daripada itu, jin-jin juga boleh memainkan peranan dalam menganggu kehidupan berkeluarga dengan menjadikan pasangan kelihatan hodoh atau mengganggu dalam kehidupan berkelamin dengan menyebabkan si suami berasa seolah-olah adanya sepotong daging menyekat faraj isteri atau apabila suami cuba mengadakan hubungan seks dengan isteri, jin akan mematikan suis ransangan seks yang berpusat di otak lantas menjadikan alat kelamin yang menegang keras serta merta terkulai layu dan lembik.
Menurut Ustazah Nor Bayah, seorang teman beliau pernah mengalami kejadian terkena ilmu penunduk dan mangsanya ialah si isteri. Perkahwinan tersebut bukan sekufu di mana isteri lebih kaya daripada suami. Selepas berkahwin, keluarga pihak perempuan itu perasan bahawa anak perempuannya menyara segala-gala perbelanjaan dan walaupun diherdik dan dihina oleh si suami, anaknya tidak membalas. Lantas menyedari ada sesuatu yang tidak kena, ibu bapa dan keluarga si isteri telah mencari ikhtiar dengan membaca Yasin dan ayat-ayat Al-Quran kepada anaknya. Alhamdulillah anaknya dapat diselamatkan setelah sembilan tahun berumahtangga.
Ilmu penunduk bukan penyelesaian kepada masalah rumahtangga tetapi ianya akan menjadi masalah kepada sesebuah rumahtangga yang dibina. Sebagai seorang Islam, tidak ada tembok antara kita dengan Allah dan doa itu merupakan senjata kita yang paling berkuasa. Allah menjanjikan manusia cabaran di dunia dan melihat bagaimana manusia menghadapinya. Menurut Ustazah Nor Bayah, Allah sering menyuruh malaikat turun ke bumi untuk memberi manusia cabaran kerana Allah rindu untuk mendengar manusia berdoa kepadaNya.
Sifat-sifat negatif harus diganti dengan sifaf-sifat positif dan untuk pasangan suami isteri, tanamkan kasih sayang dalam rumahtangga dengan cara yang betul. Pelbagai doa yang boleh diamalkan untuk mengeratkan kasih sayang di antara suami isteri. Di antaranya ialah surah Ali Imran ayat ke 31 yang bermaksud Katakanlah: “Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”
Bagi mereka yang mempunyai pasangan panas baran, gunakan surah Al Hasymi ayat ke 21 untuk berdoa agar dia cepat sejuk hati. Dari Abdillah bin Mashud Radiallahu-Anhu katanya: "Saya telah mendengar Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda: Sesungguhnya jampi, tangkal dan ilmu pengasih itu adalah syirik." (Riwayat Al-Imam Abu Majah). Rasullullah s.a.w juga pernah cuba disihir oleh orang Yahudi, maka diturunkan Allah surah tiga Qul agar dapat melindungi Rasullullah daripada disihir.
Bagi mereka yang mengamalkan ilmu penunduk atau ilmu sihir, kesannya ialah dibenci oleh Allah s.w.t dan diberikan jiwa yang kucar-kacir yang akhirnya kehidupan akan ditimpa kebinasaan!. Jalan terbaik untuk kembali ke pangkal jalan ialah dengan bertaubat nasuha kerana Allah tidak pernah menganiaya hambaNya.
Alam Mistik - Rahasia dan Pemeliharaan Toyol
Sunday, 21 February 2010
Ketinggian dan Kehalusan Budi Pekerti Aulia Allah
beliau mempelajari Ilmu Fekah Mazhab Syafie. Dipelajarinya Kitab Al-Tanbih, akan tetapi beliau lebih cenderung kepada pelajaran Sufi. Diserangnya hawa nafsunya, sentiasalah dia berpaling dari manusia demi mendekatkan diri kepada Allah dengan jalan "Memperkaitkan Ilmu Hakikat". Terkenal dia sebagai seorang yang sangat mahir dalam pengetahuan Sufi.
Dari semua pihak, dia mula dikenali dan banyak mendapat pengikut. Terkenallah golongan itu dengan sebutan "Al-Thoifah Al-Rifa'iyah". Banyaklah perkara-perkara dan hal-hal aneh yang berlaku terhadap pengikut-pengikutnya. Di antaranya, mereka dapat masuk ke dalam api yang sedang menyala besar, dapat menjinakkan binatang buas seperti harimau di mana haiwan ini akan menurut kata sehingga dapat dijadikan kenderaan oleh mereka. Banyak lagi keajaiban-keajaiban yang lain lagi.yang ada pada mereka.
Ketika pertama kali Sayyidi Ahmad bertemu dengan seorang Wali bernama Sheikh Abdul Malik Al-Khonubi. Sheikh ini memberinya pelajaran berupa sindiran tetapi sangat berhikmat dan berkesan kepada dirinya iaitu;
Orang yang berpaling dia tiada sampai
Orang yang ragu-ragu tidak dapat kemenangan.
Barangsiapa tidak mengetahui waktunya kurang, maka sekelian waktunya adalah kurang.
Setahun lamanya Sayyidi Ahmad Al-Rifa'i mengulang-ulang perkataan ini. Setelah setahun dia datang kembali menemui Sheikh Abdul Malik Al-Khonubi. Sayyidi Ahmad Al-Rifa'i minta wasiat lagi, maka berkata Sheikh Abdul Malik;
Sangatlah keji kejahilan bagi orang-orang yang mempunyai Akal;
Sangatlah keji penyakit pada sisi sekelian doktor;
Sangatlah keji sekelian kekasih yang meninggalkan Wusul (sampai kepada Allah)
Sayyidi Ahmad Al-Rifa'i mengulang-ulang pula perkatan itu selama setahun dan banyak dia mendapat manfaat dari perkataan itu kerana perkataan itu diresapi, dihayati dan diamalkan. Pada suatu hari Sayyidi Ahmad Al-Rifa'i melalui tempat seorang anak kecil yang sedang bermain-main, lalu dia pun menanya kepada anak itu; "Anak siapa engkau?" Sahut anak itu; "Apa engkau peduli!!!"
Dengan rasa menyesal diulang-ulangi perkataan itu dan beliau pun menangis dengan sedihnya. Dalam pada itu dia berkata;
"Telah kamu beri peradab(mengajar adab) kepadaku hai anakku".
Dia sentiasa menghina dirinya. Salah satu dari sekian budi pekertinya yang mulia ialah beliau seringkali membawa pakaian orang-orang yang berpenyakit kusta dan sakit yang telah menahan yang sangat keji bagi pandangan umum. Dipelihara orang-orang yang sedang sakit itu; dihantarkan makanan untuk mereka dan dia juga turut makan bersama-sama dengan orang-orang sakit itu.
Kalau dia datang dari perjalanan, apabila telah dekat dengan negeri maka dipungutnya kayu api dan setelah itu dibahagi-bahagikan kepada orang-orang sakit, orang buta, orang tua dan sebagainya. Dia berbakti bukan sahaja kepada manusia, tetapi juga kepada binatang.
Diriwayatkan bahawa adalah seekor anjing menderita sakit Jazam(Kusta). Ke mana sahaja anjing itu pergi, ia akan diusir orang. Anjing itu diambil oleh Sayyidi Ahmad Al-Rifa'i lalu dimandikan dengan air panas, diberikan ubat dan makan secukupnya sehingga sembuhlah anjing itu dari penyakit yang dideritainya. Orang bertanya kepadanya; "Mengapa engkau mengamat-amat anjing itu?". Katanya; "
Bahkan aku takut berkata Allah kepadaku pada hari Qiyamat: Tidakkah engkau kasihan dengan anjing itu? Tiada takutkah kamu Aku balakan dengan demikian bala?".
Pada suatu hari, ada seekor kucing sedang nyenyak tidur di atas lengan bajunya. Waktu sembahyang telah masuk lalu diguntingnya lengan bajunya itu kerana tidak sampai hati mengejutkan kucing yang sedang lena tidur itu.
Budi pekerti mulia yang ada padanya pula ialah beliau tidak mahu membalas kejahatan dengan kejahatan. Apabila beliau dimaki oleh orang, beliau terus menundukkan kepadanya mencium bumi dan menangis serta meminta maaf kepada yang memakinya.
Di antara keramatnya yang besar pula ialah apabila dia mengajar, suaranya dapat didengar oleh orang yang berada di sekitar kampung tempat dia mengajar itu, bahkan orang yang buta sekalipin dapat mendengar dengan jelas penerangan beliau itu.
Jika ada orang minta tuliskan azimat kepadanya, maka dia ambil kertas lalu ditulis tanpa pena. Pernah ada orang yang ingin mengujinya bahawa kertas yang tidak nampak tertulis itu dibawa kembali kepadanya supaya dituliskan Azimat tetapi anehnya beliau tahu bahawa kertas yang diberiakn kepada beliau itu telah tertulis.
Sewaktu beliau pergi Haji, ketika berziarah ke Maqam Nabi Muhammad SAW., maka nampak tangan dari dalam kubur Nabi bersalam dengan beliau dan beliau pun terus mengucup tangan Nabi SAW. yang mulia itu. Kejadian itu dapat disaksikan oleh orang rami yang sama-sama berziarah ke Maqam Nabi SAW. tersebut. Salah seorang muridnya berkata;
"Ya Sayyidi! Tuan Guru adalah Qutub".
Jawabnya; "Sucikan olehmu syak mu daripada Qutubiyah".
Kata murid: "Tuan Guru adalah Ghaus!" Jawab nya
"Sucikan syakmu daripada Ghausiyah".
Al-Imam Sya'roni mengatakan bahawa yang demikian itu adalah dalil bahawa Sayyidi Ahmad Al-Rifa'i telah melampaui "Maqaamat" dan "Athwar" kerana bahawasanya Qutub dan Ghaus itu adalah Maqam yang maklum (diketahui umum). Barangsiapa berserta Allah Taala dan dengan Dia, maka tiada diketahui baginya Maqam dan jika ada baginya pada tiap-tiap Maqam itu Maqam sekalipun.
Ketika Sayyidi Ahmad Al-Rifa'i sakit yang mengakibatkan kewafatan beliau. Berkata khadamnya kepada beliau; "
Tajallilah bagi Tuan Guru oleh pengantin pada tahun ini". Jawabnya
"Ya, Bahkan!
Kata khadam: "Dari kerana apa?"
Jawabnya:
"Telah berlaku beberapa perkara yang telah kami belikan dengan Ruh kami. Dan demikian itu telah berlaku bala yang sangat besar atas makhluk. Maka aku menanggungnya dengan yang tinggal daripada umurku. Maka dijualkan kepadaku"
Menangislah Sayyidi Ahmad Al-Rifa'i sambil menelengkup mukanya sambil berkata; "Ampunilah olehmu hai Tuhanku. Jadikanlah aku sebagai atap bala daripada sekelian makhluk engkau". Yang dideritai oleh Sayyidi Ahmad Al-Rifa'i ialah sakit "Muntah Berak" (Kholera). Setiap hari keluar dari perutnya. Sakit itu dialaminya selama sebulan. Demikianlah mulia dan besarnya pengorbanan Aulia Allah ini sehingga sanggup menderita sakit menanggung bala yang sepatutnya tersebar ke atas manusia lain.
Orang bertanya kepadanya; "Dari mana ini? sedangkan sudah dua puluh hari Tuan Guru tidak makan dan tidak minum?" Jawab Sayyidi Ahmad Al-Rifa'i; "Ini adalah daging yang hancur. Maka keluarlah ia. Sesungguhnya telah habis daging. Tiada tinggal melainkan hanya sehari ini. Besoknya kami pergi kepada Allah". Setelah itu ketika wafatnya, keluarlah benda yang putih kira-kira dua tiga kali. Setelah itu berhenti dan tidak ada lagi yang keluar dari perutnya.
Wafatlah Wali Allah yang berbudi pekerti yang halus lagi mulia ini pada hari Khamis waktu Zhohor 12 haribulan Jamadil Awal tahun 570 Hijrah. Riwayat yang lain mengatakan tahun 578 Hijrah.