PUSAKA MPA

Minangkabau

PUSAKA MPA

Urang Awak

PUSAKA MPA

Adat

PUSAKA MPA

Warisan

PUSAKA MPA

Sejarah

Showing posts with label mati. Show all posts
Showing posts with label mati. Show all posts

Thursday, 4 February 2010

Aib Kematian

Kisah 1

Dalam terik panas mentari yang memancar menyinari tanah Baitul Haram, seorang ulama zuhud yang bernama Muhammad Abdullah al-Mubarak keluar dari rumahnya untuk menunaikan ibadah haji. Di sana dia leka melihat seorang pemuda yang asyik membaca selawat dalam keadaan ihram. Malah di Padang Arafah dan di Mina pemuda tersebut hanya membasahkan lidahnya dengan selawat ke atas Nabi.

“Hai saudara,” tegur Abdullah kepada pemuda tersebut. “Setiap tempat ada bacaannya tersendiri. Kenapa saudara tidak membanyakkan doa dan solat sedangkan itu yang lebih dituntut? Saya lihat saudara asyik membaca selawat saja.”  

Wajah mayat bertukar jadi himar 
“Saya ada alasan tersendiri,” jawab pemuda itu. “Saya meninggalkan Khurasan, tanahair saya untuk menunaikan haji bersama ayah saya. Apabila kami sampai di Kufah, tiba-tiba ayah saya sakit kuat. Dia telah menghembuskan nafas terakhir di hadapan saya sendiri. Dengan kain sarung yang ada, saya tutup mukanya. Malangnya, apabila saya membuka semula kain tersebut, rupa ayah saya telah bertukar menjadi himar. Saya malu. Bagaimana saya mahu memberitahu orang ramai tentang kematian ayah saya sedangkan wajahnya begitu hodoh sekali?

“Saya terduduk di sisi mayat ayah saya dalam keadaan kebingungan. Akhirnya saya tertidur dan bermimpi. Dalam mimpi itu saya melihat seorang pemuda yang tampan dan baik akhlaknya. Pemuda itu memakai tutup muka. Dia lantas membuka penutup mukanya apabila melihat saya dan berkata, “Mengapa kamu susah hati dengan apa yang telah berlaku?”

“Maka saya menjawab, “Bagaimana saya tidak susah hati sedangkan dialah orang yang paling saya sayangi?” “Pemuda itu pun mendekati ayah saya dan mengusap wajahnya sehingga ayah saya berubah wajahnya menjadi seperti sediakala. Saya segera mendekati ayah dan melihat ada cahaya dari wajahnya seperti bulan yang baru terbit pada malam bulan purnama.

“Engkau siapa?” tanya saya kepada pemuda yang baik hati itu. “Saya yang terpilih (Muhammad).” “Saya lantas memegang jarinya dan berkata, “Wahai tuan, beritahulah saya, mengapa peristiwa ini boleh berlaku?” 

Rahsia selawat 100 kali

“Sebenarnya ayahmu seorang pemakan harta riba. Allah telah menetapkan agar orang yang memakan harta riba akan ditukar wajahnya menjadi himar di dunia dan di akhirat. Allah telah menjatuhkan hukuman itu di dunia dan tidak di akhirat. “Semasa hayatnya juga ayahmu seorang yang istiqamah mengamalkan selawat sebanyak seratus kali sebelum tidur. Maka ketika semua amalan umatku ditontonkan, malaikat telah memberi tahu keadaan ayahmu kepadaku. Aku telah memohon kepada Allah agar Dia mengizinkan aku memberi syafaat kepada ayahmu. Dan inilah aku datang untuk memulihkan semula keadaan ayahmu.”

Kisah 2

Diriwayatkan dari Ibnu Hubaiq: Riwayat dari ayahku yang berkata, Yusuf bin Asbath pernah bertemankan seorang pemuda dari Teluk, yang tidak pernah berbincang-bincang dengannya (Yusuf) selama sepuluh tahun. Akan tetapi, Yusuf mengetahui kerisauan dan kecemasan hati pemuda itu dan juga ketekunannya melakukan ibadat pada siang mahupun malam hari. Kepada pemuda itu Yusuf pernah berkata, “Apa sebenarnya pekerjaanmu dahulu, sehingga aku lihat dirimu selalu tertunduk menangis?”

“Dahulu aku adalah seorang penggali kubur,” jawabnya. “Apa yang pernah kamu lihat saat berada di liang lahat?” tanya Yusuf meminta penjelasan. “Aku melihat rata-rata muka mereka dipalingkan dari arah kiblat, kecuali beberapa orang saja,” kata pemuda itu. “Kecuali beberapa orang saja?” tanya Yusuf dengan penuh hairan. 

Sakit gara-gara cerita penggali kubur
Setelah berkata demikian, Yusuf pun gelisah dan fikirannya tidak tenteram. Oleh itu dia memerlukan ubat untuk menyembuhkan kegelisahannya. Ibnu Hubaiq meneruskan ceritanya, “Ayahku berkata: Kami lalu memanggil Sulaiman untuk mengubati Yusuf. Setelah mendapatkan perawatan yang teratur, Yusuf pun sihat kembali seperti sediakala dan dia pun berkata, “Kecuali hanya sedikit saja!” Yusuf terus-menerus mengucapkan demikian, dan lantaran itu dia mendapatkan perawatan terus agar fikirannya normal kembali.

Ketika Sulaiman selesai mengubati dan hendak pulang, Yusuf berkata kepada orang-orang yang menunggunya, “Apa yang mesti kalian berikan kepada Sulaiman?” “Dia tidak mengharapkan apa-apa darimu,” jawab kami semua.

“Subhanallah! Kalian telah berani mendatangkan Sulaiman, akan tetapi, aku tidak memberikan sesuatu pun kepadanya,” kata Yusuf. “Berikan kepadanya wang beberapa dinar!” kata kami kepada Yusuf. “Ambillah ini dan berikan kepadanya serta tolong beritahukan kepadanya bahawa aku tidak memiliki sesuatu pun, kecuali sekadar ini, agar dia tidak berprasangka bahawa aku ini mempunyai harga diri yang lebih rendah daripada para raja,” kata Yusuf. 

 Tanah yang akan kita masuki
Yusuf kemudian menyerahkan sebuah beg mengandungi wang sebanyak lima belas dinar dan diberikannya kepadaku. Selanjutnya kuserahkan wang tersebut kepada Sulaiman atas pertolongannya kepada Yusuf. Sejak peristiwa itu Yusuf akhirnya tekun menganyam tikar dari daun kurma hingga akhir hayatnya.

Dan diriwayatkan dari Hubaiq yang mengatakan: Yusuf bin Asbath pernah berkata, “Dari ayahku, aku mendapatkan harta waris berupa tanah seharga lima ratus dinar yang terletak di daerah Kufah. Akan tetapi, pada akhirnya terjadilah perselisihan di antara saudara-saudaraku, kerana itu aku meminta pendapat kepada Hasan bin Shaleh. Hasan bin Shaleh lalu berkata kepadaku, “Aku tidak ingin kamu terlibat pertentangan dengan mereka, hanya disebabkan masalah tanah yang akan kita masuki kelak.”

Demikianlah atas saranan Hasan bin Shaleh itu, maka kurelakan tanah itu kepada mereka secara ikhlas kerana Allah SWT semata sebab aku menyedari bahawa diriku adalah bahagian daripada tanah.


Sunday, 22 November 2009

Raja Brayun (Ja Berayun)




"....When Sultan Mahomad was dying, Abdulsamad, Raja Brayun and Tuanku Panglima Raja, also known as Raja Berkat Rhio went to his bedside and Raja Brayun and Raja Berkat Rhio drank the 'ayer sumpah' (water of fealty) and appointed Abdulsamad Sultan of Selangor......" Ingin kita tanya pandangan Paduka, yang mana satu Tuanku Panglima Raja dan Raja Brayun? Kalau ikut pandangan Paduka Azli, Raja Brayun adalah orang di sebelah kiri (bulatan merah) berdiri di belakang Sultan Abdul Samad?
Gambar satu lagi adalah combination dari 3 gambar yang berlainan. Perhatikan bhw kedua-dua panglima ada pada keadaan yang berlainan.

Wednesday, 18 November 2009

Tanda-tanda Saat Kematian

Adapun tanda-tanda kematian mengikut ulama’ adalah benar dan wujud cuma amalan dan ketakwaan kita sahaja yang akan dapat membezakan kepekaan kita kepada tanda-tanda ini. Rasulallah saw diriwayatkan masih mampu memperlihat dan menceritakan kepada keluarga dan sahabat secara lansung akan kesukaran menghadapi sakaratulmaut dari awal hinggalah akhirnya hayat Baginda.

Imam Ghazali Rahimahullah diriwayatkan memperolehi tanda-tanda ini sehinggakan beliau mampu menyediakan dirinya untuk menghadapi sakaratulmaut secara sendirian. Beliau menyediakan dirinya dengan segala persiapan termasuk mandinya, wuduknya serta kafannya sekali ketika sampai bahagian tubuh dan kepala sahaja beliau telah memanggil abangnya iaitu Imam Ahmad Ibnu Hambal untuk menyambung tugas tersebut. Beliau wafat ketika Imam Ahmad bersedia untuk mengkafankan bahagian mukanya.

Adapun riwayat -riwayat ini memperlihatkan kepada kita sesungguhnya Allah SWT tidak pernah berlaku zalim kepada hambaNya. Tanda-tanda yang diberikan agar kita umat Islam  dapat bertaubat dan bersedia dalam perjalanan menghadap Allah SWT. Walau bagaimanapun semua tanda-tanda ini akan berlaku kepada orang-orang Islam sahaja manakala orang-orang kafir dan mereka yang menyekutukan Allah SWT nyawa mereka akan terus di rentap tanpa sebarang peringatan sesuai dengan kekufuran mereka kepada Allah SWT.

Adapun tanda-tanda ini terbahagi kepada beberapa keadaan :

TANDA 100 HARI SEBELUM MATI.
Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka-mereka yang dikehendakinya. Walau bagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil. Contohnya seperti daging lembu yang baru disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar.

Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini. Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.

TANDA 40 HARI SEBELUM MATI.
Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT. Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika. Adapun malaikat maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.

TANDA 7 HARI SEBELUM MATI.
Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.

TANDA 3 HARI SEBELUM MATI.
Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu di mana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

TANDA 1 HARI SEBELUM MATI.
Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.

TANDA AKHIR.
Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.

PENUTUP
Sesungguhnya marilah kita bertaqwa dan berdoa kepada Allah SWT semoga kita adalah di antara orang-orang yang yang dipilih oleh Allah SWT yang akan diberi kesedaran untuk peka terhadap tanda-tanda mati ini semoga kita dapat membuat persiapan terakhir dalam usaha memohon keampunan samada dari Allah SWT mahupun dari manusia sendiri dari segala dosa dan urusan hutang piutang kita. Walaubagaimanapun sesuai dengan sifat Allah SWT yang maha berkuasa lagi pemurah lagi maha mengasihani maka diriwatkan bahawa tarikh mati seseorang manusia itu masih boleh diubah dengan amalan doa iaitu samada doa dari kita sendiri ataupun doa dari orang lain.

Namun ianya adalah ketentuan Allah SWT semata-mata.Oleh itu marilah kita bersama-sama berusaha dan berdoa semoga kita diberi hidayah dan petunjuk oleh Allah SWT serta kelapangan masa dan kesihatan tubuh badan dan juga fikiran dalam usaha kita untuk mencari keredhaan Allah SWT samada di dunia mahupun akhirat. Akhir kata apa yang baik dan benar itu datangnya dari Allah SWT dan apa yang salah dan silap itu adalah dari kelemahan manusia itu sendiri. Na'uzubillah.

Petikan : http://www.pekanrabu.biz/falsafah-ilmu-dan-ketuhanan-f24/

Saat-saat Kematian Bagi Orang Soleh

Ibnul Munkadir
Ketika mana beliau sedang nazak beliau menangis. Ada org bertanya “Sebab apa kamu menangis?” Beliau menjawab: “Demi Allah aku tidak menangis kerana dosa yg aku buat, tetapi aku menangis kerana aku takut aku telah melakukan sesuatu perkara yg aku anggap benda remeh sedangkan ianya amat besar kesalahannya disisi Allah.”

Ibrahim an-Nakhaie
Ketika beliau hampir mati; beliau menangis. Ada yg bertanya “Sebab apa kamu menangis?” Beliau menjawab: “Sebab apa pulak aku tak menangis; sedangkan aku menanti utusan2 tuhan dan aku tak tau samada mereka membawa aku akan berita syuga kepada aku atau berita aku masuk neraka.”

Harun Rashid
Ketika hampir mati, beliau memilih kain kafan dgn tangannya sendiri. Beliau memandang kain kafannya sambil berkata “Tidak bergunalah sekarang segala harta bendaku untuk ku. Sudah musnahlah segala kekuasaanku.”

Bilal bin Rabah
Ketika mana beliau hampir meninggal; isterinya Berkata “alangkah sedihnya” Adapun beliau berkata : “Alangkah seronoknyaa… Esok akan berjumpa teman2 yg dikasihi. Mereka adalah Nabi Muhammad dan para sahabatnya.”

Fudail Bin Iyad
Ketika hampir mati beliau hampir pengsan. Kemudian sedar dan berkata “Aaaah jauhnya perjalanan ke akhirat… Aaaaaah... sedikitnya bekalan.”

Kehadiran Syaitan Disaat-saat Kematian

Di saat kematian sedang hampir, ketika itu berbagai-bagai ujian akan berjumpa. Dalam pemikiran orang yang hampir kepada mati, akan terfikir berbagai-bagai perkara keduniaan, ditambahi pula syaitan datang memujuk, mahu menyesatkannya pada saat itu.

Syaitan ketika itu hadir, menyerupai dengan orang-orang yang terdahulu; orang yang disayangi, seperti menyerupai ibu, bapa, saudara mara, kakak, abang dan sebagainya. Diriwayatkan daripada Nabi SAW;

“Seseorang hamba itu, apabila hampir kepadanya kematian, akan datang kepadanya dua ekor syaitan. Satunya berada di kanan, dan satu lagi berada di kiri. Syaitan yang berada di kanan, menyerupai dengan wajah bapa, dia akan berkata, “Wahai anakku, Aku merupakan orang yang kamu sayangi dan kamu kasihi. Matilah atas agama nasrani, kerana ia adalah sebaik-baik agama”

Adapun syaitan disebelah kiri pula datang, menyerupai wajah ibu, seraya berkata, “wahai anakku, kamu dilahirkan menerusi perutku ini, kamu minum susu menerusi labu susuku ini, kamu dilahirkan menerusi pehaku ini. Matilah atas agama yahudi, kerana ia adalah sebaik-baik agama
[1]

Ketika orang yang sedang hampir dengan kematian, berlakunya kejadian-kejadian sebegini, sudah pasti ia melahirkan kebingungan menimpa diri. Lebih-lebih lagi, ketika itu, ujian tersebut melibatkan aqidah; yang pada bila-bila masa sahaja, tanpa iman yang kuat akan mengakibatkan kekufuran. Memandangkan bimbang kegelinciran iman di saat itu, lantaran tidak berdaya untuk berhadapan dengan ujian-ujian seperti ini, ekoran itu, ulama-ulama salaf terdahulu menggalakkan para mukmin agar melazimi membaca doa yang dianjurkan oleh Allah SWT, iaitu doa yang berbunyi;


ربنا لا تزغ قلوبنا بعد إذ هديتنا و هب لنا من لدنك رحمة

Maksudnya;

“Wahai tuhan kami, jangan kamu gelincirkan hati kami setelah kamu memberi hidayah kepada kami. berilah rahmatmu kepada kami” (Surah Al-Imran : 8)


Jika direnung kepada kandungan doa ini, kita akan dapat memahami betapa hati yang merupakan tempat tersimpan iman itu, amat mudah untuk berbolak. Berbolak tersebut, sama ada kepada kebaikan, juga tidak lepas dari berbolak kepada kesesatan. Dibimbangi hati itu berbolak kepada kesesatan, terutama ketika kedatangan syaitan yang memujuk agar menjadi kufur di saat kematian sedang mengunjung tiba, makanya doa sebegini seharusnya menjadi amalan harian.

Doa sebegini amat perlu dijadikan amalan harian. Ini kerana, amalan harian adalah amalan yang akan terbawa-bawa ketika saat kematian berkunjung tiba. Ekoran itu, seorang ulama tafsir, Mujahid telah berkata;

”Tidaklah seseorang yang mati itu, melainkan dibentang kepadanya akan apa yang terbiasa dengan dirinya. Jika dia terbiasa dengan amalan ahli lagha, maka dia akan dibentangkan dengan golongan ahli lagha. Sebaliknya, jika dia terbiasa dengan golongan zikrullah, maka akan dibentang bagi dirinya dengan golongan zikrullah juga
[2]

Zikrullah bukan bermaksud duduk bersila, memegang tasbih, lalu mulut terkumat kamit membaca ’subhanallah, alhamdulillah, Allahu Akbar’ dan sebagainya. zikurullah yang dimaksudkan, hendaklah dilihat dari sudut yang lebih luas. Dalam bahasa arab, kalimah zikrullah diterjemah sebagai ’mengingati Allah’. Justeru, semua perkara yang dilakukan; sama ada bercakap, bertindak, berfikir dan semua perkara yang boleh membawa kepada mengingati Allah, maka itu dikira sebagai zikrullah.

Orang yang terbiasa dengan zikrullah, pasti malaikat akan sering berdamping dengannya. Syaitan mudah berdamping dengan orang yang tidak melazimkan diri dengan zikrullah, ditambahi lagi jika pemikirannya tidak pernah terlintas melainkan perkara yang melalaikan sahaja. Apabila zikrullah menjadi amalan harian, ketika itulah Malaikat sentiasa berdampingan. Perdampingan tersebut, membawa sehingga sampai saat kepada kematian.

Ekoran itu, orang yang biasa dengan zikrullah, Malaikat akan sering berdampingan dengannya, hatta hampir saat kematian. Malaikat tersebut, akan sentiasa berpesan kepadanya agar sering mengingati Allah, disamping memperingatkannya dengan agama hanifiyyah; agama yang merujuk kepada mentauhidkan Allah SWT yang dipimpin oleh para Nabi terdahulu, dan disambung oleh Nabi Muhammad SAW. Wallahu ’Alam