
Fakir atau faqir berasal dari perkataan Arab فقیر (miskin). Namun orang fakir adalah lebih kekurangan dari orang miskin. Perkataan ini bermaksud individu yang tidak mampu menampung dari segi keperluan hariannya seperti membeli makanan, pakaian, tempat tinggal, pendidikan dan sebagainya yang melibatkan kehendak dan keperluan harian seseorang manusia. Individu terbabit juga tidak mempunyai pekerjaan yang tetap.
Perkataan fakir ini juga sering digunakan dalam bahasa Urdu dan bahasa Hindi, dalam merujuk kepada individu yang mengemis atau seorang pengemis. Dalam mistik Hindu pula, ia merupakan perkataan bukan India bagi Sadhu, Guru, Swami atau Yogi. Beberapa ulama memiliki pendapat masing-masing tentang arti dari fakir. Kempat ulama itu adalah Syafi'i, Hanafi, Hambali dan Maliki. Berikut adalah arti fakir dari masing-masing Imam:
- Syafi'i: Fakir ialah orang yang tidak mempunyai harta dan usaha; atau mempunyai usaha atau harta yang kurang dari seperdua kecukupannya, dan tidak ada orang yang berkewajiban memberi belanjanya.
- Hanafi: Fakir ialah orang yang mempunyai harta kurang dari senishab atau mempunyai senishab atau lebih, tetapi habis untuk memenuhi kebutuhannya
- Hambali: Fakir ialah orang yang tidak mempunyai harta, atau mempunyai harta kurang dari seperdua keperluannya.
- Maliki: Fakir ialah orang yang mempunyai harta, sedang hartanya tidak mencukupi untuk keperluannya dalam masa satu tahun, atau orang yang memiliki penghasilan tapi tidak mencukupi kebutuhannya, maka diberi zakat sekadar mencukupi kebutuhannya.
"Bukanlah yang dinamakan `kaya' itu, kerana berlimpah ruahnya harta, tetapi yang dinamakan `kaya' itu ialah kaya jiwa” [25]
"Tidaklah orang itu kaya lantaran banyak benda. Sesungguhnya orang kaya itu ialah orang yang kaya jiwa” [26]
Atas sebab pentingnya dimensi kerohanian ini jugalah maka Imam Ghazali memperkenalkan istilah fakir mutlak. Mengikut Imam Ghazali, fakir mutlak merujuk kepada seseorang yang tidak merasakan perlu kepada Allah SWT, tidak kira sama ada orang itu kaya atau miskin. Dengan perkataan lain, kaya sebenar-benar kaya dan fakir sebenar-benar fakir hanya boleh diukur dengan rasa keTauhidan yang berpusat di dalam dimensi kerohanian, bukan dengan hal-ehwal material atau non-material yang berligar di luar diri manusia. Sebab itu jugalah pada zaman Rasulullah s.a.w., ahlus-suffah yang miskin dan dhaif kehidupannya tidak dipaksa Rasulullah s.a.w. untuk berusaha dan menjadi orang kaya. Mereka mempunyai kerohanian yang tinggi dan rasa memerlukan kepada Allah SWT yang luarbiasa hingga mereka tidak menyusahkan masyarakat walaupun hidup dalam keadaan miskin material


