Penyeru kepada kehampiran Ilahi telah menyeru mereka; "Sesungguhnya Aku bersamamu", kerana "ke mana sahaja kamu memandang, di situ ada CahayaKu. Satu dalam ZatKu". Dalam semua perkara Aku terlihat. Tidak lain kelihatan kecuali Aku. Tabir makhluk Kujadikan sebagai melindungi hakikat. Pada makhluk, ada rahsia-rahsia yang tiba-tiba memancar keluar. Siapa yang jahil tentang ZatKu di bawah tabirKu, dia akan bertanya di mana Aku?. Katakan; "Aku sentiasa ada, di mana sahaja. Aku tidak tertakluk kepada ruang atau lompang. Marilah ke Hadirat Ilahi yang kekal abadi". Adakah yang lain sekutu bagiNya? Tidak! Dia yang dahulu dan Dia jua yang sekarang dan yang akan datang. Aku Yang Mutlak dan Tidak Terbatas. "Di mana" itu adalah hanya sebenarnya "melalui Aku sekarang". Aku tidak tertakluk kepada tempat.
Dia mengadakan kesusahan, Dia mengadakan kedamaian. Dia mengadakan kekuasaan, Dia menghilangkan kekuasaan. Aku Satu, Tunggal, Esa. Meliputi, tidak ada lompang untuk yang lain. Di dalam Aku, di di luarpun Aku. Akulah di mana-mana, bila-bila. Adakah lain daripadaKu wujud, kosong dari SifatKu? ZatKu adalah zatnya wujud, sekarang dan selalu sentiasa. Tidak terhadnya, Aku tidak terhad sedikitpun. Di manakah yang lain hendak mencelah ke dalam Tidak Terhad itu? Manakah yang lain jika semuanya diliputiNya?
Bersama dan berpisah pada dasarnya sama jua. Melihat makhluk adalah melihat Hakikat itu. Jika makhluk ditafsirkan sebenarnya, tafsirnya semuanya dalam "Dia sangat hampir".
7 comments:
LAA ILAAHA ILLALLAAH MUHAMADUR ROSUULULLAAH
FII KULLI LAMHATIN WANAFASINN 'ADADAMAA WASI'AHUU 'LMULLAAH
anak Mazintan, if you do not have this, this is for you
Berkat dpd Almarhom Guru kamu.
Wabillah Taufiq Walhidayah
Sebenarnya jika kita belajar untuk bersabar, lambat laun apa yang dihajati akan diberi akhirnya, tidak kira sesiapa pun.
Memang tepat sekali Paduka Megat.
Kadang2 di-beri tugas untok menyampai sekadar yang termampu.
Tidak dapat kita nafikan kenyataan Paduka Raden. Juga janganlah kita lupa, kadangkala rezeki yang ada pada kita adalah rezeki orang lain, kita sebagai perantaraanNya. Maka rajin-rajinlah bersedekah.
Alhamdulillah.. Terimakasih kekanda Paduka Megat for the info Nya..
Tidak ada yang perlu diterima kasihkan. sekadar berkongsi pengetahuan yang seadanya.
terima kasih banyak2 ayahanda paduka radenpanglima, atas ingatan ayahanda paduka pd kita. semoga Allah memberkati ayahanda paduka. terima kasih kita juga pada tuan paduka megatpanjialam, atas perkongsian ini. semoga Allah memberkati usaha murni paduka.
Post a Comment