Thursday, 28 January 2010
Ujian Allah s.w.t.
Mengapa Doa Tidak Dimakbul ?
Mimpi Rasulallah s.a.w.
- Aku telah melihat seorang dari umatku telah didatang oleh malaikatul maut dengan keadaan yang amat mengerunkan untuk mengambil nyawanya, maka malaikat itu terhalang perbuatannya itu disebabkan oleh KETAATAN DAN KEPATUHANNYA KEPADA KEDUA IBUBAPANYA.
- Aku melihat seorang dari umatku telah disediakan azab kubur yang amat menyiksakan, maka ia telah diselamatkan oleh berkat WUDUKNYA YANG SEMPURNA.
- Aku melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh syaitan-syaitan dan iblis-iblis lakhnatullah, maka ia diselamatkan dengan berkat ZIKIRNYA YANG TULUS IKHLAS kepada Allah.
- Aku melihat bagaimana umatku diseret dengan rantai yang diperbuat daripada api neraka jahanam yang dimasukkan dari mulut dan dikeluarkan rantai tersebut ke duburnya oleh malaikut Ahzab, tetapi SOLATNYA YANG KHUSUK DAN TIDAK MENUNJUK-NUNJUK telah melepaskannya dari seksaan itu.
- Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat, setiap kali dia mendatangi satu telaga dihalang dari meminumnya, ketika itu datanglah pahala PUASANYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT memberi minum hingga ia merasa puas.
- Aku melihat umatku cuba untuk mendekati kumpulan para nabi yang sedang duduk berkumpulan-kumpulan, setiap kali dia datang dia akan diusir, maka menjelmalah MANDI JUNUB DENGAN RUKUN YANG SEMPURNANYA sambil memimpinnya ke kumpulanku seraya duduk disebelahku.
- Aku melihat seorang dari umatku berada di dalam keadan gelap gelita disekelilingnya, sedangkan dia sendiri di dalam keadaan binggung, maka datanglah pahala HAJI DAN UMRAHNYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT lalu mengeluarkannya dari kegelapan kepada tempat yang terang-menderang.
- Aku melihat umatku cuba berbicara dengan golongan orang mukmin tetapi mereka tidakpun membalas bicaranya, maka menjelmalah SIFAT SILATURRAHIMNYA DAN TIDAK SUKA BERMUSUH-MUSUHAN SESAMA UMATKU lalu menyeru kepada mereka agar menyambut bicaranya, lalu berbicara mereka dengannya.
- Aku melihat umatku sedang menepis-nepis percikan api ke mukannya, maka segeralah menjelma pahala SEDEKAHNYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT lalu menabir muka dan kepalanya dari bahaya api tersebut.
Ujian Allah
- Nabi Muhammad SAW yang merupakan kekasihNya dan antara yang berpendapatan lumayan (satu perlima daripada rampasan perang milik baginda) tetapi hidup miskin dan terpaksa mengikat perut dengan batu kerana menahan lapar. Sedangkan Umayyah bin Khalaf hidup mewah, senang lenang dengan rezeki melimpah ruah?
- Nabi Musa a.s. juga pernah hidup dalam keadaan miskin sehingga terpaksa memakan daun-daun kayu, sedangkan Qarun yang jahat itu hidup mewah semewah-mewahnya. Kunci gudang hartanya sahaja pun terlalu banyak dan berat.
- Allah SWT menyesatkan Firaun tetapi memberi hidayah kepada isterinya sehinggakan doa Asiah yang memohon dibina rumah untuknya dalam syurga dimaktubkan dalam wahyuNya.
- Allah SWT menjadikan Nabi Nuh dan Nabi Lut sebagai nabiNya dan hambaNya yang soleh tetapi menyesatkan isteri-isteri mereka. Bila Nabi Nuh cuba berdoa untuk anaknya, Allah mencegah Nabi Nuh dari berbuat demikian.
- Allah SWT menjadikan Nabi Ibrahim a.s sebagai kekasihNya (khalil) tetapi menyesatkan bapa Ibrahim a.s. Apabila Ibrahim a.s cuba memohon ampun kepada Allah bagi pihak bapanya, Allah SWT melarang doa tersebut.
- Allah SWT memilih untuk memberi hidayah dan kemuliaan iman kepada Bilal Bin Rabah, seorang hamba abdi berkulit hitam yang dihina masyarakat berasal dari Ethiopia, tetapi tidak memberi hidayah kepada Abu Talib bapa saudara Nabi SAW, seorang bangsawan yang banyak menolong dan melindungi Nabi SAW. Allah juga tidak memberi hidayah kepada Abu Lahab seorang elit yang sangat dihormati oleh bangsanya.
Mimpi seorang Nabi Allah
Aku mengira bahawa aku yang mengingatiNya, kemudian aku sedar bahawa Dialah yang jauh sebelumnya mengingatiku - Aku mengira bahawa aku yang mengenalNya, kemudian aku sedar bahawa Dialah yang jauh sebelumnya mengenalku - Aku mengira bahawa aku yang mencintaiNya, kemudian aku sedar bahawa Dialah yang jauh sebelumnya mencintaiku - Aku mengira bahawa aku yang menghendakiNya, kemudian aku sedar bahawa Dialah yang jauh sebelumnya menghendakiku.
Hakikat - Satu renungan
Penyeru kepada kehampiran Ilahi telah menyeru mereka; "Sesungguhnya Aku bersamamu", kerana "ke mana sahaja kamu memandang, di situ ada CahayaKu. Satu dalam ZatKu".
Dalam semua perkara Aku terlihat. Tidak lain kelihatan kecuali Aku. Tabir makhluk Kujadikan sebagai melindungi hakikat. Pada makhluk, ada rahsia-rahsia yang tiba-tiba memancar keluar. Siapa yang jahil tentang ZatKu di bawah tabirKu, dia akan bertanya di mana Aku?.
Katakan; "Aku sentiasa ada, di mana sahaja. Aku tidak tertakluk kepada ruang atau lompang. Marilah ke Hadirat Ilahi yang kekal abadi". Adakah yang lain sekutu bagiNya? Tidak! Dia yang dahulu dan Dia jua yang sekarang dan yang akan datang. Aku Yang Mutlak dan Tidak Terbatas. "Di mana" itu adalah hanya sebenarnya "melalui Aku sekarang". Aku tidak tertakluk kepada tempat.
Dia mengadakan kesusahan, Dia mengadakan kedamaian. Dia mengadakan kekuasaan, Dia menghilangkan kekuasaan. Aku Satu, Tunggal, Esa. Meliputi, tidak ada lompang untuk yang lain. Di dalam Aku, di di luarpun Aku. Akulah di mana-mana, bila-bila. Adakah lain daripadaKu wujud, kosong dari SifatKu? ZatKu adalah zatnya wujud, sekarang dan selalu sentiasa. Tidak terhadnya, Aku tidak terhad sedikitpun. Di manakah yang lain hendak mencelah ke dalam Tidak Terhad itu? Manakah yang lain jika semuanya diliputiNya?
Bersama dan berpisah pada dasarnya sama jua. Melihat makhluk adalah melihat Hakikat itu. Jika makhluk ditafsirkan sebenarnya, tafsirnya semuanya dalam "Dia sangat hampir".
Wednesday, 27 January 2010
Fadhilat Zikir
- Oleh kerana itu, ingatlah kalian kepada-Ku, niscaya Aku mengingat kalian. (QS al Baqarah [2]: 152).
- Abu Hurairah berkata, ”Penghuni langit memperhatikan rumah-rumah penduduk bumi yang disebutkan nama Allah SWT, sebagaimana mereka memperhatikan bintang-bintang.”
- Berzikirlah kalian (dengan menyebut nama) Allah dengan zikir yang sebanyak-banyaknya. (QS al-Ahzab [33]: 41).
- Apabila kalian telah bertolak dari Arafat, berzikirlah kepada Allah di Masy’aril Haram. Berzikirlah (dengan menyebut nama) Allah sebagaimana yang ditunjukkan-Nya kepada kalian (QS al-Baqarah [2]: 198).
- (Yaitu) orang –orang yang mengingat Allah sambil berdiri, duduk, atau dalam keadaan berbaring. (QS Ali-Imran [3]:191).
- Apabila kalian telah selesai shalat, ingatlah Allah di saat berdiri, duduk, dan berbaring. (QS an-Nisa [4]:103).
10 Surah Amalan
SURAH AL-FATIHAH
Amalkan membaca Surah Al-Fatihah semasa hendak tidur diikuti dengan membaca Surah Al-Ikhlas 3 kali, Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas. Insya’Allah akan aman tenteram dan terjauh daripada gangguan syaitan. Dianjurkan juga membaca surah ini sebanyak 44 kali untuk mengubati sakit mata, perut, gigi dan lain-lainnya dengan izin Allah s.w.t. Untuk mencegah kemarahan Allah, bacalah surah ini sebanyak 17 kali sehari iaitu dengan mengerjakan solat 5 waktu.
SURAH YAASIN
Telah bersabda Rasulullah s.a.w., sesungguhnya bagi setiap sesuatu itu ada hati, dan hati Al-Qur’an ialah Surah Yaasin iaitu jantung Al-Qur’an. Sesiapa yang membaca Surah Yaasin, nescaya dituliskan oleh Allah pahala menyamai sepuluh kali membaca Al-Qur’an seluruhnya. (Hadis riwayat At-Tarmizi dari Anas r.a.)
Rasulullah s.a.w. juga bersabda : Surah Yaasin dinamakan di dalam kitab Taurat dengan sebutan “At-Mu’ammah” (yang umum), yang mengumumkan pembacanya dengan kebaikan dunia dan akhirat, menanggung segala bala baik dari kesusahan di dunia mahu pun akhirat. Pembaca juga akan dilindungi dari setiap keburukan dan kejahatan serta segala hajat dan kemahuan akan Allah kabulkan. Jika dibaca dalam satu malam semata-mata mengharapkan keredaan Allah, nescaya Allah akan mengampunkan dosanya. (Hadis riwayat Malik, Ibnu-Sunni dan Ibnu Hibban).
Surah Yaasin ni juga jika diamalkan, akan terselamatlah kita dari kehausan di hari KIAMAT.
SURAH AD-DHUKHAN
Dibaca sekali pada malam Jumaat agar kita terselamat dari huru hara di Padang Mahsyar.
SURAH AL-WAQI’AH
Menurut beberapa hadis Rasulullah s.a.w., mereka yang mengamalkan membaca Surah Al-Waqi’ah pada tiap-tiap malam, insya’Allah tidak akan merasai kepapaan. Mereka yang membacanya sebagai wirid, insya’Allah akan beroleh kesenangan selama-lamanya. Mereka yang membacanya sebanyak 14 kali setiap lepas solat Asar, insya’Allah akan dikurniakan dengan rezeki yang banyak.
Selepas solat Isyak, ambillah segelas air lalu bacalah Surah Al-Fatihah sekali, Ayatul Qursi sekali dan Surah Al-Waqi’ah ayat 35-38 sebanyak 7 kali. Tiup dalam air dan minum. Dalam hati, niat untuk menjaga kecantikan diri dan kebahagiaan rumahtangga kita. Makna Surah Al-Waqi’ah Ayat 35-38 ialah : “Sesungguhnya, Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa. Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh), yang tetap mencintai jodohnya serta yang sebaya dengan umurnya.
SURAH AL-KAUTHAR
Sesiapa yang mengamalkan membaca surah ini sebanyak 1,000 kali, maka Allah s.w.t. akan menghasilkan hajatnya termasuk rezeki dan kenaikan pangkat. Sesiapa yang membaca 1,000 kali juga selepas solat Isyak hingga dia tertidur, insya’Allah dia dapat melihat Rasulullah s.a.w. dalam tidurnya.
SURAH AL-KAAFIRUN
Sesiapa yang membaca Surah Al-Khaafiruun, maka bandingannya seperti membaca seperempat Al-Qur’an, disamping terlepas dari syirik, terjauh dari godaan syaitan dan terlepas dari peristiwa yang mengejutkan (Riwayat At-Tarmizi).
Sebelum tidur, bacalah surah ini agar kita mati dalam iman serta membersihkan kotoran dalam diri kita.
SURAH AL-MULK
Sebuah lagi Surah dari Al-Qur’an iaitu Surah Al-Mulk mempunyai fadilat dan faedah yang amat besar bagi sesiapa yang mengamalkan membacanya. Menurut beberapa hadis Rasulullah s.a.w., mereka yang mengamalkan membaca akan surah ini, akan mendapat syafaat dan keampunan dosa-dosanya. Mereka yang membacanya pada setiap malam, insya’Allah, akan terselamat dari azab kubur.
SURAH AL-IKHLAS
Rasulullah s.a.w. pernah bersabda kepada isteri kesayangan baginda, Siti Aisyah, antara mafhumnya :
“Wahai Aisyah isteri ku, sebelum kamu tidur, khatamlah dulu Al-Qur’an.” Siti Aisyah lalu berkata, “Wahai suami ku, saya tidak mampu khatam Al-Qur’an sebanyak 30 juzuk itu.” Apabila mendengar kata-kata Siti Aisyah tersebut, Rasulullah s.a.w. sambil tersenyum lalu menjawab, “Barangsiapa yang membaca 3 kali sebelum tidur, seolah-olah ia telah khatam Al-Qur’an keseluruhannya.”
Dari Rasulullah s.a.w. pernah bersabda kepada Saidina Ali r.a., “Sesiapa hendak pergi musafir, kemudian ketika dia hendak meninggalkan rumahnya, ia membaca surah Al-Ikhlas 11 kali, maka Allah memelihara rumahnya sampai ia kembali.
Ibnu Said Al-Khanafi menerangkan : “Surah ini dinamakan Surah Al-Ikhlas, ertinya bersih atau lepas. Maka barang siapa yang membacanya dan mengamalkannya dengan hati yang ikhlas, maka ia akan dilepaskan kesusahan duniawi, dimudahkan di dalam gelombang sakratulmaut, dihindarkan dari kegelapan kubur dan kengerian hari kiamat.”
SURAH AL-FALAQ
Siti Aisyah menerangkan : “Bahawa Rasulullah s.a.w. pada setiap malam apabila hendak tidur, Baginda membaca Surah Al-Ikhlas, Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas lalu ditiupkan pada kedua telapak tangan, kemudian disapukan keseluruh tubuh dan kepala.Barang siapa terkena penyakit kerana perbuatan syaitan atau manusia, hendaklah membaca Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas sebanyak 41 kali selama 3 hari, 5 hari atau 7 hari berturut-turut.
Barang siapa yang takut akan godaan syaitan dan manusia, takut dalam kegelapan malam atau takut dengan kejahatan manusia, bacalah Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas sebanyak 100 kali.
SURAH AN-NAS
Surah An-Nas adalah surah yang terakhir (ke-114) dalam Al-Qur’an. Nama An-Nas diambil dari kata An-Nas yang berulang kali disebut dalam surah ini yang bermaksud manusia. Surah ini termasuk dalam golongan surah makkiyah. Isi surah ini adalah bagi menganjurkan manusia memohon perlindungan kepada Allah dari godaan syaitan baik yang berasal dari golongan manusia mahu pun jin. Surah An-Nas ini juga adalah penerang hati.