dikatakan moyang kita ini berasal dari acheh, setiap kali keluar cerita korban tsunami air mata kita pun menitis, padahal kita tak kenal pun saudara mara kita kat sana kat sini kita kenal sorang je... nama dia wardina...
Tidak ada kesusahan (atau bala bencana) yang menimpa (seseorang) melainkan dengan izin Allah; dan sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima apa yang telah berlaku itu dengan tenang dan sabar); dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu. (At-Taghaabun:11 )
aku pun tak tahu samada patut atau tidak posting ini dikekalkan, dari satu sudut ianya bagus sebagai peringatan buat kita yg leka, dari sudut yg lain tidak bagus kerana mengaibkan, sedih dan seumpamanya.
Ini postings lama. Tapi sepertimana tuan katakan 'sebagai peringatan' sahaja tidak lebih dari itu. Sekadar melihat gambar sahaja sudah mencuit perasaan kita, inikan pula bila kita berada di sana ketika membuat liputan.
Sewajarnyalah kisah di zaman Nabi Nuh Alayhi as-Salaam itu dijadikan iktibar. Ini adalah kerana, Allah SWT mengekalkan ingatan umat manusia kepada peristiwa di zaman Nabi Nuh itu supaya ia terus menjadi peringatan, amaran dan pengajaran bagi sekalian umat manusia, mukmin dan kafir. (Al-Haaqqah :11-12)
“Sesungguhnya ketika air banjir itu melampau-lampau limpahannya, Kami telah damparkan kamu dengan selamat di dalam bahtera (Nabi Nuh) itu. Agar dengan itu Kami jadikan peristiwa tersebut sebagai teladan bagi kamu. Dan untuk didengar serta diambil ingat oleh telinga orang-orang yang mahu menerima pengajaran”
“Dan takutlah kamu kepada bencana yang tidak hanya menimpa golongan yang zalim semata-mata dari kalangan kamu secara khusus” (Al-Anfaal:25)
“Dan apabila datang hukum Kami untuk membinasakan mereka dan air memancut-mancut dari muka bumi (faara at-tannur), Kami berfirman kepada Nabi Nuh: Bawalah dalam bahtera itu dua dari tiap-tiap sejenis haiwan (jantan dan betina) dan bawalah ahlimu kecuali orang yang telah ditetapkan hukuman azab atasnya (disebabkan kekufurannya), juga bawalah orang-orang beriman dan tidak ada orang-orang yang beriman yang turut bersama-samanya, melainkan sedikit sahaja. (Hud : 40 – 41)
18 comments:

ini kerja penakluk bumi...
jadi padang jarak padang terkukur....
Itu ketentuanNya Paduka Syahir.
......
dosa orang dewasa, anak kecil jadi mangsa.... :(
Apabila diturunkan bala? dari langit, tidak kira tua atau muda, semua akan terbabit.. Na'uzubillah
benarlah adanya....
Tidak ada kesusahan (atau bala bencana) yang menimpa (seseorang) melainkan dengan izin Allah; dan sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima apa yang telah berlaku itu dengan tenang dan sabar); dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu. (At-Taghaabun:11 )
tak payah tampilkan gambar mangsa ini lagi...membangkitkan kesedihan saja bang...
Akan saya deletekan nanti, insya Allah
aku pun tak tahu samada patut atau tidak posting ini dikekalkan, dari satu sudut ianya bagus sebagai peringatan buat kita yg leka, dari sudut yg lain tidak bagus kerana mengaibkan, sedih dan seumpamanya.
Ini postings lama. Tapi sepertimana tuan katakan 'sebagai peringatan' sahaja tidak lebih dari itu. Sekadar melihat gambar sahaja sudah mencuit perasaan kita, inikan pula bila kita berada di sana ketika membuat liputan.
Sewajarnyalah kisah di zaman Nabi Nuh Alayhi as-Salaam itu dijadikan iktibar. Ini adalah kerana, Allah SWT mengekalkan ingatan umat manusia kepada peristiwa di zaman Nabi Nuh itu supaya ia terus menjadi peringatan, amaran dan pengajaran bagi sekalian umat manusia, mukmin dan kafir. (Al-Haaqqah :11-12)
“Sesungguhnya ketika air banjir itu melampau-lampau limpahannya, Kami telah damparkan kamu dengan selamat di dalam bahtera (Nabi Nuh) itu. Agar dengan itu Kami jadikan peristiwa tersebut sebagai teladan bagi kamu. Dan untuk didengar serta diambil ingat oleh telinga orang-orang yang mahu menerima pengajaran”
“Dan takutlah kamu kepada bencana yang tidak hanya menimpa golongan yang zalim semata-mata dari kalangan kamu secara khusus” (Al-Anfaal:25)
“Dan apabila datang hukum Kami untuk membinasakan mereka dan air memancut-mancut dari muka bumi (faara at-tannur), Kami berfirman kepada Nabi Nuh: Bawalah dalam bahtera itu dua dari tiap-tiap sejenis haiwan (jantan dan betina) dan bawalah ahlimu kecuali orang yang telah ditetapkan hukuman azab atasnya (disebabkan kekufurannya), juga bawalah orang-orang beriman dan tidak ada orang-orang yang beriman yang turut bersama-samanya, melainkan sedikit sahaja. (Hud : 40 – 41)
biarlah ia kekal di sini sebagai ingatan anak cucu... maklumlah budak sekarang kita cakap dia kata bohong.
sangat besar maknanya..... andai memahaminya.... lalu kita ini 'di mana'..?????
almaklum begitulah keadaan dunia sekarang....!
Sebaik2nya kita hindari dari melakukan apa yang dilarang olehNya., insya Allah
Post a Comment