Monday 28 November 2011

Keris Tangguh Sedayu




Jalak Ngore dan dikatakan dr tangguh Sedayu. Mohon pandangan

31 comments:

saya tak berani nak kata, apa lagi jamin ini asli sedayu kerana berdasarkan gambar tampak lebih muda dari era pangeran sedayu... kalau Nyedayu, iya mungkin....

Exactement mon ami. J'ai pense similiar comme toi...tapi kalau harga murah giler2....apa salahnya buat bahan pembelajaran..betol tk?

hmmm.... terserah pd bro.... sy rasakan terlalu banyak "too good to be true" claims di FB ni

saya sependapat sama mbah ijan nya pendapat heheh..tapi kalo sudah suka Rph nya juga lumayan..yah terserah aje dehh..

maaf... kalau ikut ilmu ysng sekelumit yg ada pada hamba ini.... wilah ini belum mahu masuk era Sedayu... Nyedayu pun belum bisa..

Makanya....gadis yg merayu atau pondan yg cuba2 nak jadi ayu....kakakakakakakakaka thanks for the info bro!

eh tapi kalo ayu raudhah jangan buat main bro...ahahahahah

cuba lihat pd garap nya tu.. amat kurang berseni...utk saya .....lupakan saja...

Ahhh ... now I am truly CURIOUS! Maksud saudara dgn kurang seninya? Blh berikan penjelasan .... :-)

bilah berpinggang dan agak ramping, mungkin keris sendayu tinggi keh3..

cuba lihat pd pembentukan tetulang bilah keris ini.dan juga pd pembuatan lurah pd sebelah kanan di gambar ini.
pd tetulang bilah =bilah ini berbentuk lurus , tapi lihat pada tulang pd keris ini . di hujung menghala ke atas tulang itu sudah nampak membengkok tidak mengikut bilah,
pada lurah nya = terutama nya pd sorotan nya .perhatikan adakah ia nya seimbang??? dan bentuk tikel alis nya itu , agak kaku..

cuba lihat di sini , garapan ternayata tidak seimbang. Cuba perhatikan pada tetulang bilah di atas pucuk sorotan tulang bilah nampak terbengkok buatan nya .
cuba lihat pd bahagian atas di gambar perhati kan pd pembebtukan gusen nya , anda dapat lihat gusen di sebelah kiri lebih besar dari yg di sebelah kanan..
Di harap segala penjelasan ini dapat membantu aisya..

di sini aisya cuba lihat pada tetulang nya itu . nampak jelas ia nya tidak lurus.dan bentuk bilah ini menjurus kaku macam bentuk hujung pedang..
Jelas sekali tiada nafas seni yg di lahirkan pd bilah ini.
Maaf di pinta pd tuan punya bilah .comment saya hanyalah berdasarkan pd gambar ini saja .Kalau tersalah comment saya memohong maaf dari hujung rambut hingga ke hujung kaki .Perhatian ... anda tidak perlu mengikut apa yg sudah saya comment , anda perlu buat kesimpulan anda sendiri.

Mantap..mantap bro Syaharim!

Ya, ya ... Get ur point, sir Syaharim! Baru Aisya dpt lihat dgn jelas selepas diberi tunjuk ajar ;-)
Hehehe ... terima kasih ya :-)

sekadar kongsi penglihatan..tak pandai mana pun.. mungkin saya lihat apa yg tuan2 terlepas pandang. itu saja,
Pd setiap bilah keris ,kita perlu ambil sedikit masa utk kita perhatikan bentuk bilah nya ,kalau ada lurah perhatikan juga di situ, ricikan nya , jenis besi, baru lah ke bahagian pamur..kemudian cari tempat di mana harus bilah itu lusuh.dan haus.. Ciri2 harus kita perhatikan. baru lah kita cepat pandai. utk menilai bilah keris. Jgn terpedaya dgn keterampilan corak pamur serta ungkapan2 yg di lemparkan.

yg ini kita cukup setuju ... hehehe

penerangan saudara shaharim sangat sarat dgn 'passion' dan begitu 'serious' sekali. boleh jadi lecturer yang bagus! boleh buat murid terpukau.

Keris Tangguh Sedayu, bak kata Bro Syahrim, amat terperinci pembuatannya dan garapnya. Ganjanya agak mendatar dengan tempaan besi matang warna hitam kebiruan. Besinya terpilih, bukan besi biasa biasa.

Salam saudara Khaz, apa yg dimaksudkan dgn besinya terpilih?

Setiap jenis besi mempunyai karakteristik khusus yang dipadankan untuk tujuan khusus. Secara fizikalnya, pasti besi yang sesuai untuk dijadikan pisau, tidak sesuai untuk dijadikan perisai. Secara bathiniahnya pula, besi sesuai untuk keris pegangan seorang askar, belum tentu sesuai sebagai senjata yang dipegang oleh seorang petani.

Diperihalkan bahawa sebilah keris buatan Empu Sedayu, bermula dari hampir 15kg besi dan 2 Kg bahan pamor dan baja. Setelah melalui proses pembuatan keris - dibakar, dilipat dan diketuk berulang kali, besi yang tinggal cuma beratus gram. Nah, ini saja cukup memberitahu kita, keris buatan Pangeran Sedayu ( Empu Supa ) bukan buatan dari besi sembarangan.

Namun mungkin saja keris yang dikatakan "Tangguh Sedayu" itu hanya keris yang dibuat di zaman itu dan bukannya keris buatan Empu Pangeran Sedayu.. Tapi kalau keris zaman itu pun, yang sudah berusia 700 tahun, yang bukan bikinan seorang Empu, dan bukan dibuat dari besi terpilih, tentu saja sudah banyak kerosakan yang boleh dilihat pada bilah keris akibat dimamah usia.

Hanya Allah yang maha mengetahui dan kita yang tau serba sedikit ini pun hanya dengan ihsan dari nya.

15kg besi???? Tdk Aisya sangka, utk mencipta sebilah keris sgt rumit. Barulah Aisya faham apa yg dimaksudkan dgn besi terpilih tetapi rasanya ada juga makna yg tersembunyi ... sgt luas juga pengertiannya. Jika ada kesempatan, ingin skali Aisya tahu dgn lebih mendlm ;-)
Terima kasih, 'sifu' Khaz ;-)

Mmg cantik bro tapi ada juga sedikit kekurangannya...read comments para sahabat

Mesti banyak koleksi keris Tuan Megat! Berapa lama dah kumpul?

komen hanya sekadar pendapat wahai tuan MPA, akhirnya terserahlah kpd individu utk menimbangkannya. Kalau tuan mahu meliat sendiri keris yg paling hampir dgn ciri2 sedayu, silahkan nanti meliat kanjeng kyai selangor. Ianya tangguh amangkurat (mungkin sultan agung) tetapi buatannya mungkin dari empu klan sedayu juga. Wallahu a'lam

Koleksi tidak byk kerana kita mula mengumpul sejak menjalinkan persaudaraan dengan Pendhowo Limo dan sahabat yg lain...

Untuk bilah ini sedang kita usahakan tabungan untuk meminangnya. Maka Mbah Ijan bersedialah untuk melepaskannya :)

kk Selangor akan ku melayukan juga pakaiannya nanti

Takkan Melayu Hilang didunia...hehehehe

Post a Comment