PUSAKA MPA

Minangkabau

PUSAKA MPA

Urang Awak

PUSAKA MPA

Adat

PUSAKA MPA

Warisan

PUSAKA MPA

Sejarah

Sunday, 21 February 2010

Jangan kedekut Ilmu !

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Jadikanlah dirimu orang alim (berilmu) atau orang yang menuntut ilmu atau orang yang selalu mendengar pengajaran atau orang yang mencintai (tiga golongan itu) dan janganlah engkau menjadi daripada golongan kelima, yang dengan sebabnya engkau akan binasa.” (Hadis riwayat al-Bazzar)

Ilmu menduduki darjat yang tinggi di sisi manusia dan Allah. Orang berilmu akan dimuliakan oleh penduduk langit dan bumi. Oleh itu, setiap mukmin hendaklah berusaha mempertingkatkan kemajuan dirinya sama ada:

  • Menjadikan dirinya orang alim (berilmu) yang mengajarkan ilmunya kepada orang lain.
  • Menjadi orang yang belajar (menuntut ilmu).
  • Mendengar atau mengikuti majlis ilmu.

Menghormati atau mencintai satu daripada atau ketiga-tiga golongan di atas dengan menurut jejak langkah mereka. Dengan adanya sifat disebutkan di atas, kehidupan seseorang itu sentiasa terjamin untuk mendapat keselamatan dan kebahagiaan jasmani atau rohani kerana sentiasa berada dalam jagaan ilmu pengetahuan yang memimpinnya ke jalan benar.

Sementara mereka yang tidak termasuk dalam golongan itu atau ‘bodoh sombong’, mereka adalah golongan bakal mendapat kebinasaan kerana tidak ada pimpinan dapat memandu kepada kebaikan. Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang ditanya mengenai ilmu lalu dia menyembunyikannya akan diikat mulutnya (meletakkan kekang di mulutnya seperti kuda) dengan kekang daripada api neraka pada hari kiamat.” (Hadis riwayat Abu Daud dan at-Tirmidzi)

Islam menghargai ilmu dan ilmuwan sehingga kedudukan ilmu serta ulama dipandang tinggi seperti firman Allah Surah Al-Mujaadalah : ayat 11.



Hai orang-orang yang beriman, apabila dikatakan kepadamu: "Berlapang-lapanglah dalam majelis", maka lapangkanlah, niscaya Allah akan memberi kelapangan untukmu. Dan apabila dikatakan: "Berdirilah kamu, maka berdirilah, niscaya Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman di antaramu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa derajat. Dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.  (Al-Mujaadalah : 11)

Berjihad dalam ilmu maksudnya ialah bersungguh-sungguh membentuk masyarakat berpengetahuan serta memberikan gambaran benar mengenainya tanpa merasa iri hati atau tamak kerana orang yang memberikan ilmu dikurniakan balasan pahala dan kebaikan sama seperti orang mengamal ilmu itu. Mereka yang tidak kedekut ilmu juga akan dilimpahkan rahmat Allah kerana semua makhluk Allah mendoakan supaya diberikan balasan sebaiknya.

Sabda Rasulullah yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah sentiasa memberi rahmat dan malaikat-Nya serta penduduk langit dan bumi, sehinggakan semut dalam lubangnya dan ikan di laut sentiasa berdoa untuk sesiapa yang mengajarkan perkara baik kepada orang ramai.” (Abu Umamah).


Sumber: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Ayat Besi

Kita rasa antara ayat yang boleh dibaca ketika mencuci keris :


Sesungguhnya Kami telah mengutus rasul-rasul Kami dengan membawa bukti-bukti yang nyata dan telah Kami turunkan bersama mereka Al Kitab dan neraca (keadilan) supaya manusia dapat melaksanakan keadilan. Dan Kami ciptakan besi yang padanya terdapat kekuatan yang hebat dan berbagai manfaat bagi manusia, (supaya mereka mempergunakan besi itu) dan supaya Allah mengetahui siapa yang menolong (agama) Nya dan rasul-rasul-Nya padahal Allah tidak dilihatnya. Sesungguhnya Allah Maha Kuat lagi Maha Perkasa.(Al Hadid:25)

Loh Mahfuz - Bhg II

Sesungguhnya Kami menciptakan tiap-tiap sesuatu menurut takdir (yang telah ditentukan) (Al Qamar:49)

Maka adakah patut kamu menyangka bahawa Kami hanya menciptakan kamu sahaja dengan tiada sebarang hikmat pada ciptaan itu? Dan kamu (menyangka pula) tidak akan dikembalikan kepada Kami?(Al Mu’minun:115)

Dialah yang menjadikan matahari bersinar-sinar (terang-benderang) dan bulan bercahaya dan Dialah yang menentukan perjalanan tiap-tiap satu itu (berpindah-randah) pada tempat-tempat peredarannya masing-masing) supaya kamu dapat mengetahui bilangan tahun dan kiraan masa. Allah tidak menjadikan semuanya itu melainkan dengan adanya faedah dan gunanya yang sebenar. Allah menjelaskan ayat-ayatNya (tanda-tanda kebesaranNya) satu persatu bagi kaum yang mahu mengetahui (hikmat sesuatu yang dijadikanNya).(Yunos:5)

Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.(Ath Talaq:3)

Juga mustahil bagi Allah swt yang Maha Bijaksana melupakan sesuatu atau membuat kesalahan di dalam Loh Mahfuz yang memerlukan ubahsuai. Allah swt ada berfirman yang bermaksud:

Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu. Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan) (Al Anaam:38).

Dan tidaklah engkau (wahai Muhammad) dalam menjalankan sesuatu urusan dan tidaklah engkau membaca dalam sesuatu surah atau sesuatu ayat dari Al-Quran dan tidaklah kamu (wahai umat manusia) dalam mengerjakan sesuatu amal usaha, melainkan adalah Kami menjadi saksi terhadap kamu, ketika kamu mengerjakannya dan tidak akan hilang lenyap dari pengetahuan Tuhanmu sesuatu dari sehalus-halus atau seringan-ringan yang ada di bumi atau di langit dan tidak ada yang lebih kecil dari itu dan tidak ada yang lebih besar, melainkan semuanya tertulis di dalam Kitab yang terang nyata. (Yunus:61)

Dan tiap-tiap perkara yang mereka lakukan, adalah tertulis di dalam Kitab suratan amal (Al Qamar:52)

Dan tiap-tiap perkara yang kecil dan yang besar tetap tercatit.(Al Qamar :52-53)

Dan pada sisi Allah jualah anak kunci perbendaharaan segala yang ghaib, tiada sesiapa yang mengetahuinya melainkan Dialah sahaja dan Dia mengetahui apa yang ada di darat dan di laut dan tidak gugur sehelai daun pun melainkan Dia mengetahuinya, dan tidak gugur sebutir bijipun dalam kegelapan bumi dan tidak gugur yang basah dan yang kering, melainkan (semuanya) ada tertulis di dalam kitab (Luh Mahfuz) yang terang nyata.(Al Anaam:59)

Tidak ada sesuatu kesusahan (atau bala bencana) yang ditimpakan di bumi dan tidak juga yang menimpa diri kamu, melainkan telah sedia ada di dalam Kitab (pengetahuan Kami) sebelum Kami menjadikannya; sesungguhnya mengadakan yang demikian itu adalah mudah bagi Allah.(Al Hadid:22).

Apa juga yang telah dilakarkan di dalam Loh Mahfuz sama ada yang baik ataupun tidak, menjadi takdir ataupun qadha dan qadar bagi kita!

Loh Mahfuz

Semua sudah dituliskan dalam kitab (Loh Mahfuz) sebelum kami menciptakannya. (Al Hadid: 22).

"...Tidak ada sesuatu kesusahan (atau bala bencana) yang ditimpakan di bumi dan tidak juga yang menimpa diri kamu, melainkan telah sedia ada di dalam Kitab (pengetahuan Kami) sebelum Kami menjadikannya; sesungguhnya mengadakan yang demikian itu adalah mudah bagi Allah..." (Al Hadid : 22)

Segala sesuatu Kami kumpulkan dalam kitab Induk yg nyata (Loh Mahfuz). (Yasin: 12)


"....Sesungguhnya Kami menghidupkan orang-orang yang mati dan Kami tuliskan segala yang mereka telah kerjakan serta segala kesan perkataan dan perbuatan yang mereka tinggalkan dan (ingatlah) tiap-tiap sesuatu kami catitkan satu persatu dalam Kitab (ibu Suratan) yang jelas nyata.." (Yaasin : 12)

Tiada sesuatupun yang ghaib di langit dan dibumi melainkan (terdapat) dalam kitab yang nyata(Loh Mahfuz). (An Naml: 75)


"...Dan tiada sesuatu perkara yang ghaib di langit dan di bumi, melainkan tertulis dalam Kitab yang terang nyata..." (An Naml : 75)

Tuhan yang menciptakan langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya, dalam enam, kemudian Dia bersemayam diatas Arasy, Ialah Ar-Rahman (Tuhan Yang Maha Pemurah); maka bertanyalah akan hal itu kepada Yang Mengetahuinya Tuhan yang menciptakan langit dan bumi serta segala yang ada diantara keduanya, dalam enam masa, kemudian Dia bersemayam di atas Arasy, Ialah Ar-Rahman (Tuhan Yang Maha Pemurah); maka bertanyalah akan hal itu kepada Yang Mengetahuinya (Al Furqan: 59).


"...Tuhan yang menciptakan langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya, dalam enam masa, kemudian Dia bersemayam di atas Arasy, Ialah Ar-Rahman (Tuhan Yang Maha Pemurah); maka bertanyalah akan hal itu kepada Yang Mengetahuinya..." (Al Furqan : 59)

Dialah yang telah menciptakan langit dan bumi dalam enam masa, kemudian Dia bersemayam di atas Arasy; Dia Mengetahui apa yang masuk ke bumi serta apa yang keluar daripadanya dan apa yang diturunkan dari langit serta apa yang naik padanya dan Dia tetap bersama-sama kamu di mana sahaja kamu berada dan Allah Maha Melihat akan apa yang kamu kerjakan (Al Hadid: 4)


"...Dialah yang telah menciptakan langit dan bumi dalam enam masa, kemudian Dia bersemayam di atas Arasy; Dia Mengetahui apa yang masuk ke bumi serta apa yang keluar daripadanya dan apa yang diturunkan dari langit serta apa yang naik padanya dan Dia tetap bersama-sama kamu di mana sahaja kamu berada dan Allah Maha Melihat akan apa yang kamu kerjakan..." (Al Hadid : 4)

Tiap-tiap umat mempunyai batas waktu; maka apabila telah datang waktunya mereka tidak dapat mengundurnya barang sesaat pun dan tidak dapat (pula) mereka bersedih hati (Al Araaf: 34, An Nahl: 61)


"...Dan bagi tiap-tiap umat ada tempoh (yang telah ditetapkan); maka apabila datang tempohnya, tidak dapat mereka dikemudiankan walau sesaatpun dan tidak dapat pula mereka didahulukan..." (Al R'aaf:34)


"...Dan kalaulah Allah menyeksa manusia disebabkan kezaliman mereka, tentulah Ia tidak membiarkan tinggal di muka bumi sesuatu makhluk yang bergerak; akan tetapi Dia memberi tempoh kepada mereka hingga ke suatu masa yang tertentu; kemudian apabila sampai tempoh mereka, tiadalah mereka akan dapat meminta dikemudiankan sesaatpun dan tidak pula mereka akan dapat meminta didahulukan..." (An Nahl:61)

Untuk tiap-tiap berita ada (waktu) terjadinya dan kelak kamu akan mengetahui (Al Anaam: 67)

".. Dan orang-orang yang kafir berkata: Adakah sesudah kami menjadi tanah dan juga datuk nenek kami, adakah kami semua akan dikeluarkan dari kubur (hidup semula)?.." (An Naml:67)

Bersediakah kita untuk menghadapiNya ?

Thursday, 18 February 2010

Ibnu Abbas memberitahu, bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Pada akhir zaman nanti akan muncul golongan-golongan manusia yang berwajah manusia berhati syaitan. Mereka diibaratkan seperti serigala buas, hati mereka tidak mempunyai sedikit pun belas kasihan. Mereka tidak suka menjauhi segala yang buruk dan mereka lebih suka melakukan pertumpahan darah. Kalau engkau ikut mereka, mereka akan mendekati kamu, kalau engkau jauhi mereka, maka mereka akan mengumpat kamu. Kalau engkau memberi amanat kepada mereka, mereka akan melakukan khianat padamu”. “Kalau meminta sesuatu dari mereka adalah kemiskinan. Hukum di kalangan mereka adalah bid”ah dan bid”ah di kalangan mereka adalah sunnah dan tatkala itu orang menganggap sunnahku sudah usang dan memperbaharui bid”ah. Maka barangsiapa mengikut sunnahku pada waktu itu, dia akan menjadi asing dan tinggal seorang diri dan barangsiapa mengikut bid”ah, dia akan mendapat lima puluh orang teman atau lebih”. Para sahabat bertanya, “Apakah mereka melihatmu Jawab Nabi, “Tidak”. Para sahabat bertanya lagi, “Apakah turun wahyu kepada mereka?” Nabi menjawab, “Tidak” Para sahabat bertanya lagi, “Bagaimana keadaan mereka?” Jawab Nabi, “Seperti ulat dalam cuka”. Para sahabat bertanya lagi, “Ya Rasulullah, bagaimana mereka menjaga agama?” Jawab Nabi, “Seperti bara api di tangan. Kalau diletak dia akan padam dan kalau diambil dengan tangan dia akan terbakar”.....Na'uzubillah !